padang rumput ini tidak lagi semeriah dulu kerana cuaca panas terik.
seawal pagi jam 6, matahari sudah muncul memberi sinar bahang di tanah delhi. ahad, seperti biasa aku ke bangunan canseri kedutaan malaysia untuk bertemu warga masyarakat malaysia kerana sudah rindu bertutur melayu saban hari. mingkin ia rencana kedua, hasrat pertama adalah menjamu selera. hari ini aku cukup bertuah kerana terlihat hidangan laksa perlis, sayup semerbak bau ikan merona masuk ke rongga nasalku yang sudah bertahun resdungnya. air belacang cukup meruntun jiwa. terdapat makanan lain lagi namun bagiku sudah nikmat terlihat laksa tersebut. berbual, terus berbual. hatiku teringat akan mereka di kodiang yang hiruk pikuk suasananya, mungkin barang kali. lantas aku mencuri khabar dari wan hazila. namun hari ini, cukup bermakna buat hasmahafizi yang menimang cahaya mata setelah isterinya hasnor nashrah selamat bersalin. faridah bersahaja membalas mesej menyatakan hari ini hari ibu namun haniza menjerit terpukau dengan berita dua dalam satu ini. seterusnya hari ini aku ke INA market mengambil pesanan kain sari. haha..
No comments:
Post a Comment