sambungan dari memori 4 waruna (part 8)...
dialog
hani : eh chopp! pasai pa kulit kerang pulak?
nahar : tak tau...malam ni hang pi selidik bawah meja dia. kalau ada.
kemudian, hani memperbetulkan tudungnya. kini tudung hani kian tidak teratur itu kian kusut masai, herot-petot dan tak keruan. terdapat seurat dua rambut terjulur keluar.
hani : lorr..sampai la dia duk bagi lagi ka??
nahar : haha..ha la! awat hang tak tau ka?
hani : pasai pa eh? lawa sangat ke?
nahar : ntah..rambut perang kot. pastu anak orang kaya. kawan dah bajet cute, mesti la dia rasa dia buleh dapat. ke hang pun skandal jugak? weyy lupakan lah! dia dah skandal!
hani : haha..gila pa. tak hingin aku! not my taste.
nahar : ceh! ngada. taste hang sapa?
hani : kuajaq!! dah hang jangan nak ungkit kisah form 1 dulu. tak sanggup aku!
nahar : hahaha.. ok ok!
hani : aku pelik tengok dia duk buh ranting kayu kat sudut nota belakang kelas dia. merapu.
nahar : wehh..hang ni tak reti menilai seni. bak kata abang roslan matriks dulu, "pelik itu menawan". hahaha..aku tau dia pun pelik gak. suka buat "rolkol". gila betul. pastu dia pi surau pakai baju gambaq cicak. dah tu kami pun jahat gak, sebab dia selalu suh wat al-mathurat, kami panggil dia "wayuhyiwayumi". haha...teruk btul. tapi memang pepagi buta tak larat la. nak bukak mata pun tak buleh. malam-malam jadi hamba abdi buat maggie bancuh ayaq, tidoq kul 2 pagi, kul pat setengah dah "rolkol". ngantuk gila.
hani : hahahaha...wei nak gelak lagi. hahaahha...
kelibat husniyah tiba mengejutkan kami. husniyah dengan tiada segan silu berdiri di sebelah hani seraya menumpang sekaki mendengar kisah gosip kami.
husniyah : wei apa dia? nak gelak jugak?
nahar : weyyy suka hati hang ja nak gelak. wooo banyak cantik, share gosip tak moh, tau-tau nak menumpang. nonie ni memang nak kena.
husniyah : weii mana ada. aku tau gosip pun hani bagi tau.
hani : weiii, hang nak kena pijak ngan aku kaaaa????
nahar : hahaha..dah lah. sian nonie. kan kan?? sat ni dia repot abang azizan pulak. haha
husniyah : weyy mana ada!!! tu sir yang wat cerita!!!
hani : haha...eleh nonie aku tau hang minat dia. nonie minat orang alim. bukan macam mirwan ashran. hahaha..stakat rambut perang, buh ja inai mekah. merah terus!
nahar : wehh hang ni hani! terus nonie tau gosip hang. rugi jaa!!!!
hani : tak pa...aku redha.
nahar : hahaha...
hani : weyyy husniyah ambik buku atas meja pijah sat. baling ja!
husniyah : ambik la seniri. malas ngat aih!
hani : ha la! kalau aku banyak bergerak, sapa nak ganti lemak-lemak aku yang terbakaq tuh?
nahar : hahaha...
terlihat hasnor berjalan di belakang kelas dengan muka bengang, tiada peri kemanusiaan...
hani : weyy hasnor! aku tak bayaq lagi duit puan ooi! file ngan tali hijau tuh. mahai nya. awat fail buruk tu pun kena bayaq? bukan free ka?
hasnor : ha!! hang tak bayaq lagi. aku hutang kat puan ooi. dia bising dah semalam.
nahar : brapa lagi tak bayaq?
hasnor : tujuh ringgit dua kupang lima duit.
hahahaha!!!! kami semua ketawa. sungguh bahagia menghabiskan saat-saat suka duka bersama sewaktu di kelas 4 waruna yang sungguh kebal dengan keceriaan.
sedutan episod akan datang :
apakah yang akan berlaku pada episod terakhir paparan memori 4 waruna? sila ikuti mereka yang sentiasa sepakat bersama "sederap meluru memburu gagal sifar".
12 comments:
lagi kisah menarik 4 waruna..aku tungguuuuu.....hehe
ceh ceh..tunggu aje? takkan tunggu je kot..mesti ada apa2 nih..
siapakah disebalik ranting2 tu?rambut perang?mirwan ashran?
*blurry*
*muka konpius*
takkan korg tak knal? takkan takleh nak adapt crita nih?hahaha..eleh pura2 tak tau!
tak..aku xpura2..mmg xtau pon(-.-)
mcm tu baru lah misteri nama nya..hahaha..
huhuhu...memory run....
ya lah, memori runs...but now almost at the end. episode 10 is the last. so jangan nangis pula nanti...meratab hiba teringat kisah ceria tatkala semua bujang belaka. hahaha...
10 is the last for 4w,but can create memori baru kan?hahahaha...5w?
aku 5m lah. mana aku tau sangat kisah 5w...hehe. apa kata suh kak wan yg tulis??? haha..
"Sederap meluru memburu gagal sifar"..kalo ang tak tulis...sah aku takkan ingat dah sampai bila2..hahahah
hahaha ayat cikgu noh. ada tulis kat wall tepi padang.. hahaha..
Post a Comment