Friday, July 31, 2009

supernatural girls

wah dilisesss...
pun dilisesss jugak...
lagi dilisessss...! tapi nampak je lah dilises padahal biasa-biasa aje.

kisah bermula apabila cik faridah kita nih duk suruh aku simpankan kain cotton untuk dia. aku ni serba salah sebab rumah aku sendiri kini diserbu hantu kain. oleh yang demikian, aku sorok kain yang faridah book bawah katil aku. selepas beberapa malam, aku rasa tak tenteram apabila senah turut mengeluarkan hasrat berminat mengenakan fabrik cotton.

pendek kata, lepas kerja aku terus berpusu menaiki tren LRT putra yang dah mcm sardin cap king cup tu. turun KLsentral ya rabbi delay 20 minit! naik je komuter belah mengahala pelabuhan klang ni, dah berhimpit-himpit macam guni beras. hidung aku ni muat-muat nak bernyawa ja. bau-bauan tu jangan diceritakan, mau dibuatnya aku tak lalu jamah nasik ayam dara. sampai je subang jaya, lega!

aku bawak dalam 12 lai kot kain cotton. mula-mula mek confirm dah ambik 5 lai. aku lega tapi dalam hati aku risau dia tambah lagi. aku bukan apa, tak mahu dituduh menghasut! haha..tapi bukan ke hantu yang hasut manusia? eh, ke aku yang hantu? senah pun dua kali lima ja. aku sampai tahan-tahan dia suh ambik 2 lai je, tapi dia up diri seniri ambik 3 lai dengan selai tu under guarantee. tup-tup tak dan sampai 24 jam, dengar khabar terus jadi ambik. ni sorang lagi ponti kain pasang. hahaha...

nak tau dak ada sorang lagi ponti wannabe? dia adalah hasnor hashrah. lepas satu, nak lagi satu. mula selai, pastu book lagi 5 lai. was was aku dibuatnya. kain yang dahulunya 72 lai kini tinggal cenonet nasib baika ku sempat asingkan untuk diberikan free kepada orang di kampung, dalam 5 lai ja. pertemuan bersama hasnor dan natasha aqilah di stesen LRT pasar seni sungguh terancang dan semua mendapat manfaat!

quoted untuk mereka:

senah : dari dulu habaq nak berenti keje, tak moh dah keje amsteel tapi hitung-hitung dan 2 tahun hang keje situ. haha..

mek : ambik 5 lai sudah, aku risau tengok hang! esok-esok kalau aku bawak kain jenis lain mesti hang nak jugak. tak pa aku diam-diam ja tak bagi tahu hang. hahaha..

hasnor : bukan main habaq nak lekas kata bas pukul 730, sekali pukul 750 tu aku sms hang tak bergerak lagik. punya lekas dan cium pipi tasha ja, pastu blah. tak dan nak bersembang lama. haha..

tasha : amboi bila aku tanya duk tang mana, slow je jawab mcm duk pikir. last-last aku satu gerabak keta api dengan hang. hahaha...

Wednesday, July 29, 2009

emosi kalah bola

** belasan tahun dahulu…


Perasaan marah masih menebal, namun tidak setebal tadi. Hening malam di sepanjang jalan raya, hanya terdengar deruman enjin motosikal 2 lejang Yamaha SS miliknya. Samsuri kini semakin hampir tiba di rumah. Jam tepat 3 pagi, masih muda selaku jiwa remaja. Samsuri memperlahankan pecutan, masih terbayang riuh rendah sorakan penonton di Stadium Ipoh. Walaupun Perak tewas namun puas menontonnya secara “live” di stadium.

Melepasi sebuah restoran, tertera tulisan pada sekeping papan, senget dan hampir luluh menyembah bumi, “Restoran Tom Yam Kak Ti”. Samsuri yang hanya ditemani Didik hanya sekadar menoleh ke kiri.

“Depan tu sikit…aku turun situ je lah. Nak terkencing nih! Lepas tu aku berjalan je lah kelik ke rumah.”kata Didik.

“Ler..mari aku hantar mu sampai tangga rumah” balas Samsuri.

“Tak pa lah. Dekat dah. Aku lintas titi tu pastu jalan sikit dah sampai rumah aku. Mu nak hantar payah lah kena pusing masuk pastu nak keluar balik, payah kerja!”

Selepas turun, Didik terkinjit-kinjit turun berlari menuju ke titi. Jelas dari cermin sisi, dari atas titi kelihatan Didik membuka zip seluar lalu dari ketinggian magnitud aliran projektail bertenaga keupayaan tinggi, aliran dituju terus ke sungai dengan kelajuan kinetik maksimum. Tentu Didik merasa lega selepas pundi kencingnya meringinkan jisim selepas menyahsingkirkan bahan kumuh tersebut.

Kini samsuri keseorangan, ditemani angin malam. Anak kelawar terbang mengerumuni lampu jalan. Sungguh sunyi, tiada kenderaan yang hadir berselisih. Samsuri memandang ke hadapan, sejauh cahaya lampu motosikalnya menerpa turapan jalan. Di kiri dan kanannya hanya estet getah tua.

Samsuri menyanyi. Kesunyian terubat apabila lagu “Cinta untuk Nabila” menepati vokalnya seraya penghayatan hadir mengimbas kisah lampau. Saban kali tersenyum apabila terlupa lirik, namun kebolehan mengadaptasi emosi menghasilkan lirik rekaan yang mirip lirik asal. Dingin dan terus dingin.

Terus menyanyi, tatkala angin berhembus terasa motosikal tidak seimbang, dan seakan berat. Seekor kucing hitam melintas, berpinar mata kucing memantulkan balikan cahaya. Perasaan semulajadi menyelubungi diri, terasa seram seperti mengundang perkara buruk apabila melihat kucing hitam. Sesekali cermin sisi diperbetulkan. Lega. Tiada sesiapa yang memboncengnya di belakang.

Jalan menuruni bukit, laju. Lampu motosikal tiba-tiba malap namun kembali terang apabila kelajuan ditambah, pulas minyak! Angin malam terus berhembus, sejuk dapat dirasai hingga ke tulang selangka. Ah!!! Pandangannya gelap, tak dapat melihat!!!

Kini mana Samsuri kabur, gelap, hitam dan tiada apa yang dapat dilihat. Motosikal diberhentikan di bahu jalan. Sungguh cuak dibuatnya, rupanya sehelai daun besar yang terbang ditiup angin telah melekat di cermin helmetnya. Apabila daun tersebut dibuang, berderau darah Samsuri apabila melihat seorang tua berbaju seakan seorang papa kedana duduk mencangkung di tepinya. Alangkah terkejutnya beliau, namun perasaan gemuruh tadi kembali tenang apabila melihat di situ dekat dengan sebuah masjid yang bernama Masjid Banggol Belimbing.

“Pakcik nak tumpang ke? Kenapa duduk sini? Baru pukul 4 pagi, lambat lagi subuh.” soal Samsuri kepada orang itu.

Orang itu diam tanpa jawapan. Kepalanya tunduk ke bawah.

“Pakcik nak tumpang ke?” soalan ini terus berulang beberapa kali. Puas ditanya, Samsuri kembali bergerak menuju perlahan-lahan ke hadapan sambil matanya menoleh ke belakang.

Tidak lama selepas itu, kelihatan pada cermin pakcik tua itu seakan menggerakkan badannya, mendongakkan kepala. Samsuri lantas berhenti lalu menoleh ke belakang. Perlahan-lahan lelaki itu mengangkat kepalanya. Samsuri hanya menoleh, kemudian meneruskan perjalanannya. Maju ke hadapan terus menuju ke rumah yang jauhnya masih 30 kilometer.

Sampai di rumah, Samsuri terus tidur. Badannya menggigil kesejukan dan lebih buruk lagi tubuhnya demam kerana terlihat seorang tua tanpa wajah yang muncul di pertengahan jalan tadi.

Tuesday, July 28, 2009

Monday, July 27, 2009

aku bukan mat scoot

Bangun awal pagi, terus bersarapan pisang goreng. Benakku berkata aku harus dulu menjamah juadah ini sebelum ia sejuk, mengeras dan liat. Pisang disalut dengan bancuhan tepung gandum dan tepung beras, bukan campuran khas tepung jenama Adabi tetapi sesekali dulu pernah ibuku menggunakan tepung jenama Suri.

Terus mencapai teko, cawan kopi tersedia atas meja menarik nafsu ketagihan kafein. Hatiku terusik dengan tangkai teko yang licin berminyak. Mataku menjeling tajam tepat ke muka adikku yang khusyuk makan, siap bersila “ghenik”.

Tuala di bahuku. Berjalan menuju ke belakang, terus ke tandas. Damm!! Pintu ditutup laju. Hasrat untuk manjatuhkan air ke atas rambut belum kesampaian. Sejuk. Dingin pagi masih menggamit rindu si bantal empuk. Dengan kiraan satu..dua dan tiga! Pili mandian hujan terus menerpa wajahku, hidung yang tadi gatal kini mengerluarkan angin tajam, bersinn berkali-kali.

Harumah sabun jenama Popinjay berbau naik menghiasi ruang udara bilik air, sabun di sapu rata ke seluruh badan. Siap bersugi, pipi terasa kebas terus badan dikesat dengan tuala lantas berlari keluar untuk berpakaian. Siap! Baju merah seluar denim biru.

Kunci skuter dicapai, pacuan dua roda ini kepunyaan Paksu. Niat untuk ke pekan untuk membeli surat khabar telah makin segar di minda tatkala diri segar selepas mandi, mengundang suasana rajin membaca. Skuter Mosquito ini cukup kuat bunyinya, seraya enjin dihidupkan seekor kucing yang lena di balik tangga lari bertempiaran.

Memandu laju, melihat meter petrol kian susut. Lantas deria pertimbanganku memujuk diri menyinggah laluan ke stesen minyak petronas. Angin sejuk pagi menerpa ke muka, cukup dingin, sedingin angin hujan hujan khatulistiwa di tanah tinggi.

Uhuk! Uhuk! Batuk kerana dadaku sebu dengan udara nipis. Penyesalan menghiasi minda kosong ini kerana alpa menggunakan baju tebal. Seketika menunggang, kini tayar skuter mencecah lantai stesen minyak petronas.

Penuh bangga dengan skuter baru berkilat ini. Baru semalam ia dicuci dengan cecair buih syampu kereta Paksu. Tepat berhenti di sudut pam petrol, enjin dimatikan. Kunci dicabut, lantas perasaan yakin mendorong tangan membuka ruang tempat duduk. Seorang gadis pekerja petronas di situ memerhatikan kilauan skuter baru lagi bersih itu, nescaya ia terpesona dengan keindahannya.

Aneh! Hanya kutemui ruang meletak helmet yang kosong, Cuma diisi sehelai baju hujan. Aku terpinga-pinga. Idea tiba, aku berpura-pura niat mencari kain pengelap, tapi nyata meleset kerana ia tiada disitu. Ah!! Aku gagal sekali lagi.

Dengan penuh rasa rendah diri, aku kembali menutup pelana skuter. Tap!! Rupanya penutup tangki petrol berada di belakang. Tidak terlihat dek mataku, dan sungguhpun skuter itu dikilangkan begitu. Petrol dituangkan dan wang dibayar, lantas tangki ditutup dan terus berlalu tanpa memerhatikan gadis yang memulangkan wang baki. Aku malu dengan tindakanku. Kini hening dingin pagi mengubah rona ceria kepada malu. Kuingati lokasi kunci tangki petrol di situ, sampai bila-bila, sampai mati!

anak panah menunjukkan lokasi tangki petrol scooter mosquito yang tidak memerlukan anda membuka pelana tempat duduk. **gambar dipinjam dari internet, lalu dibuat pengubahsuaian dengan anak panah merah, skuter dalam cerita adalah bewarna merah.

ghairah

Cikgu omputih baru lintas depan aku, bau tak berapa masam sebab baru sat tadi cikgu zuraidah lalu bau perfume dia tak habih lagi. Mesti semerbak bau kelas English set 2. Aku ngan Kepri jalan pi surau, singgah sat kat sudut bacaan surat kabar kat belakang bilik pameran. Tak dak berita best pun!

“Wei malam tadi hang kena berapa kali?”aku tanya kepri. “Ketuk ketampi 50 kali, pumping 30,” Kepri jawab.

Aku tak puas hati, terus Tanya lagi, “aik! Awat sikit? Aku kena 80 kali. Sakit lutut habih ketaq! Kuajaq sungguh. Pasai pa hang kena 50 ja?”

“Aku abang-abang blok C semua aku dah mintak sain depa dah. Sikit ja belen hat blok A. Gila hang abang Budin belum mintak sain dah mencarut merapu. Pastu suruh kemas bilik, tegang cadaq, wat Maggie. Last-last dia tak sain pun. Tapi yashar lagi kesian,” Kepri laloq bercerita.

“Pasai pa yashar?”

“Lorr! Hang tak tau ka? Kan Yashar kena teruk lagi pada hang. Kul 2 pagi tu tak balik bilik lagik. Aku lena dah. Hang tau, masa mintak sain petang tu, Yashar pi mintak kat C26, lepas tu dia tak perasan ada abang tu pi tukar nama atas kertas Yashar. Nama sepatutnya Akhirul Walat. Tapi hurup W tu tukaq jadi P. Mana tak haru!” Gelak Kepri yang mesra dipanggil Jinggo.

Lama duk gelak, sampai surau. Waktu amali memang best buleh balik awal. Macam biasa ustaz Ahmad dah ready duk bersila, mesti nak sambung cerita pasai Baghdad. Tapi tak tau la, semenjak dua menjak ni dengaq cerita dia rajin duk teguq Siti Rahayu.

Lama la ustaz Ahmad duk berceramah, lama tu lah kami duk bergelak sakan. Satu persatu hal duk ungkit, sat-sat naik nama zamri anuar sebab feveret, muka target lah katakan. Tapi ustaz Ahmad selalunya tak menghampakan. Dia suka Tanya soalan-soalan kat student pastu sapa jawab dapat la pujian free. Suka la tuh. Sebab tu depa suka sangat la volunteer nak jawab.

“Sapa tau pompuan yang makan jantung Hamzah Assadullah masa perang Uhud?” ustaz start dah buat sesi soal jawab,lepas ni cepat la buleh pi dewan makan.

Mat Due jawab, “Hendon!”

“Topppppat!” japawan dari ustaz. Sambung lagi, “ Sapa wanita tabah yang sanggup mempertahankan keimanannya meskipun nyawa diancam, dia tukang sikat rambut Firaun?”

“Masitah!” Muktamir jawab dengan tangan terangkat ke atas.

“Toppppat! Lepas ni sapa jawab mesti jagi terer. Sapa dia yang diseksa supaya keluar dari agama Islam meskipun diseret di tengah padang pasir dengan batu besar diletakkan di atas perut? Haaa..Syaihan Mohamed angkat tangan tu.”

“Bilal Bin Ghunnah!”jawab Syaihan penuh ghairah.

“Awat jawapan hang pelik sangat? Bilal Bin Rabah lah. Ghunnah tu mai dari mana? Hang ni orang belajaq pasai Sirah hang duk teringat hukum tajwid. Takpa, sekurang-kurangnya ada usaha.Ni payah ada orang Baghdad sesat duk dalam kelas nih!” Senyum ustaz Ahmad.

Saturday, July 25, 2009

bila sebut pasal teh

teh ais : minuman yang bagi aku sangat nikmat.

teh cap masjid : aku tak suka minum teh wangi.

teh zaharah : best fren mak aku kat kampung.

teh see yee : amoi paling vouge kat fakulti awam utm.

teh han bin : nama yang sepatutnya didaftarkan kepada tea han bin, seorang cina dari kelantan yang tidak tahu bertutur bahasa cina.

teh 888 : aku bawah teh ni,2 kotak yang besar ke new delhi khas untuk buat teh tarik dan teh ais.

masa kat delhi pernah la sekali aku suh orang sana amik gambar aku konon jadi chaiwalla, gila feeling aku. aku tak pernah minum chai kat luar, sepanjang setahun setengah di india. standing ovation!!

Friday, July 24, 2009

the oblong melon

water melon is sweet and juicy but in india it is in oblong shape.

Thursday, July 23, 2009

riuh rendah

aku bergerak dari segambut, terus amik teksi ke one utama. on day aku sms tasha and kak wan, ngehehe..padahal tujuan aku nak cepat tu sebab aku nak beli hadiah tema tuh. makanan beb.. memang jusco jadi sasaran! chaiyok.

gila ah, lepas beli keluar je jusco terus terserempak tasha yang tersipu-sipu malu sebab dia pun tak beli lagi hadiah tema tuh. aku nak ngendap dia, nak usha dia beli coklat apa. chewah bajet tau dah mesti coklat. tapi tak mau ah skodeng, tak surprise ah. aku tunggu tasha depan east india, terbeli satu beg secara tak sengaja.

pastu jumpa gak kakwan kat depan wayang, dia mai ngan sepupu dia budak UM. mekrieda habaq tak leh mai sebab ada masalah peribadi. peribadi ke emosi? haha.. apa pun, kita makan dulu. tasha dengan nafsu amarah telah memakan nasik lemak seolah-olah kampung baru tak de nasik lemak. dilises sangat la tuh makan pun tak abis. aku layan chicken chop.

lepas tu pi layan kareoke jamban. gila ah 6 lagu dinyanyikan dengan penuh emosi, suara lunak merdu bak buluh perindu. siap nyanyi lagu seiring sejalan lagik. hahaha..best!! pastu, balik ngan tasha, naik teksi ke LRT. bleh plak on da way nak balik kat traffic light nampak kak wan siap babai lagi. penat gak hari ahad tuh tapi cukup best.

sepatutnya agenda kena ada senah and macrieda tapi depa tak keluangan masa. samsinar pun omongnya nggak ada transportasi. so, kelmarin lepas keje aku berpusu ke subang jaya berjumpa mek sebab nak amik kain tasha, padahal 2 lai kain kastemer aku nak tengok. hehe..tak berapa dilises makan kat rasamas tu kan mek. ayam dia rasa ala kadar je. tapi mek vouge ngan kasut putih ala misi klinik desa. hehe..

Wednesday, July 22, 2009

the waif

seorang kanak-kanak tidur di kaki lima di nehru place. pasti terbuku dilubuk hatinya yang rindukan ribaan seorang ibu.

ibu...ibu...
engkaulah ratu hatiku,
bila ku berduka,
engkau hiburkan selalu,

ibu...ibu...
engkalah ratu hatiku.

Tuesday, July 21, 2009

tepuk amai-amai

saya menjadikan anak kepada seorang intelligent army yang tidur penuh dramatik yang dirakam di suatu tengah hari ahad, selepas beliau yang aktif bermain kepenatan lalu tidur di sofa berdepan screen kareoke.


tepuk amai-amai,
belalang kupu-kupu,
tepuk adik pandai,
nanti emak upah susu.

susu lemak manis,
santan kelapa muda,
adik jangan menangis,
emak buat kerja.

Monday, July 20, 2009

Tabiat “over” budak seratas : Part 2

disambung dari episod lalu...

posing yang over ini sekadar hiasan dan dilakukan tanpa niat.

4. over shadow : perlakuan menunjukkan kebolehan diri dengan menenggelamkan kebolehan orang lain.

Bagi mereka yang memiliki rupa paras, ia merupakan satu tiket untuk mudah bergerak maju walhal memiliki rekod akademik yang sekadar purata. Kelakuan “over shadow” boleh didefinasikan kepada beberapa situasi. Sebagai contoh, pelajar yang pandai, bertanyakan soalan kepada guru walhal dirinya telah mengetahui akan jawapan itu. Kesengajaan bertanya adalah semata-mata bagi meraih pandangan supaya dilihat amat pandai. Selain itu, dalam pada seluruh warga kelas mendiamkan diri akan kerja rumah latih tubi soalan yang gagal disiapkan, terdapat seorang pelajar yang secara sukarela membuat pertanya yang memiliki niat serong, seperti “teacher! Soalan nombor lapan ni macam mana?” lantas guru itu menjawab, “haaa…latihan semua hantar! Nasib baik saya tak terlupa, semua mesti letak atas meja saya sebelum tengah hari!”


5. over acting : ekspresi emosi yang melebihi had.

Sering dilihat, ramai pelajar yang memiliki rekod cemerlang ataupun mereka yang rajin belajar walaupun keputusan peperiksaan sekadar purata telah bertindak “over” secara tidak disedari melalui bahasa tubuh. Dengan berbekalkan buku-buku rujukan yang tidak terlalu tebal, pelajar-pelajar ini mengampu buku-buku itu sambil membongkokkan badan seolah-olah berat menanggung ilmu. Lebih dahsyat bila kepala turut teleng, atau muka masam tunduk ke bawah sambil mata jelling ke kiri kanan, atau menyalin setiap kata-kata dalam seminar hari sabtu akan ceramah motivasi cikgu izhar setiap sabtu, dan sebagainya. Lebih buruk lagi jika seseorang itu berlumba-lumba menuju kelas atau makmal tanpa bersembang dengan orang lain serta langsung segera demi diri sendiri tidak ditegur guru kerana lambat. Selain di bidang akademik, terdapat juga definisi dari segi publisiti. Contohnya, seseorang pelajar perempuan selalu menceritakan masalah keluarga yang dihadapinya justeru menitiskan air mata supaya menagih simpati pelajar lelaki, namun rakan perempuan karibnya sendiri tidak pernah diceritakan perihal itu. Pelajar lelaki pula sibuk berlatih melaungkan azan ketika bersendirian, kemudian pergi ke surau awal-awal, moga-moga disiruh menjadi bilal, kemudian mengeluarkan fakta bahawa diri dipaksa warden bertugas walaupun sebenarnya diri ingin mencipta rekod menahan nafas paling panjang.


6. over compliment : niat memuji diri pada pada skala tiada tolok bandingnya.

Perasankah anda, seseorang yang “cun” sering memuji orang yang kurang “cun” sebagai “cun”? ini menafsirkan bahawa mereka mengharapkan diri diberi pujian, seperti, “eleh ko pun cantik jugak, aku rasa ko lah paling cun kat sekolah ni”. Namun, bagi mereka yang telah menyedari hakikat ini, mereka yang kurang “cun” ini akan hanya berdiam diri atau berlagak malu-malu dipuji. Seharusnya dia merasa sungguh terkilan kerana pujian yang diberikan itu sebenarnya membawa maksud yang bertentangan. Selain itu, pelajar yang pandai dan sering memberi galakan kepada teman seperjuangan tatkala markah kertas ujian diberikan. Contohnya, ketika nama seseorang itu dipanggil mengambil kertas, beliau terus membuat pujian, “fuyyo highest!” padahal beliau merupakan antara pelajar yang kerap mendapat “highest”. Cuba anda perhatikan, apabila membuat pembetulan, beliau sering menyebut perkataan “yessss” namun yang kedengaran hanyalah bunyi “esssss!!”.


Tamat.

delhi post : tank on tow



this pic was taken at paschim vihar heading to peeragarhi natinal hiway, or rohtak road. the towing truck was transporting a tank, dangerously. you can imagine as you were placed underneath the tank, sitting on the shadow then suddenly the towing cable which liaise itself with pulley system is broken. you might be a slice of chapatti..

Friday, July 17, 2009

my wallpaper : agra fort







pic last ni tak de motif.

Wednesday, July 15, 2009

invitation to another splendour

click the above advertisement for enlargement.

Tabiat “over” budak seratas

Sikap yang over memang membuatkan kita yang terasa hati sebagai cukup menyampah. Walaupun diri kita itu langsung tidak merasa sakit secara zahir, namun lumrah manusia kerana mudah tersentuh. Namun takrifan tabiat “over” atau sikap yang berlebih-lebihan sehingga ia menjadi “over” boleh dipecahkan kepada beberapa kategori, seperti berikut:

aksi aku ketika over.

1. over dramatic : tiba-tiba terasa diri bagaikan dalam rakaman drama atau filem.

Sewaktu di bangku sekolah sekitar tingkatan 4, dek kerana lewat, mohd hidhir telah disebat dengan tuan pengetua, Tuan Hj Ahmad Arbi bin Hamzah, lalu lengan beliau telah tercedera lantas titisan darah mengalir keluar. Hidhir yang syahdu secara tiba-tiba tersasar dari skrip asal lantas berkata dengan nada sebak “cikgu, suatu hari nanti kalau cucu-cucu saya tangan pasal parut ni, apa saya nak jawab?”. Tidakkah skrip asal wajar hidhir mempertuturkan “cikgu, apa saya nak jawab kalau mak saya nampak parut ni? Nanti kalau dia kata saya bergaduh di sekolah macam mana?” atau mungkin perkataan “cucu-cucu” itu akan membuatkan diri beliau menjadi kurang over jika ditukarkan kepada perkataan “anak-anak”.

2. over confident : keghairahan yang lahir setelah suka-suka hati berpendapat diri akan dapat buat dengan jayanya, ekpresi secara zahir dan batin. ia adalah bunga-bunga kepada sikap angkuh dan takabur.

Pernahkah anda membezakan pelajar yang bosan dengan yang bersemangat? Pelajar yang bosan lagi malas itu akan duduk membongkok, bertongkat dagu, memek muka yang masam dan mula mengecilkan saiz tubuh dengan berselindung ketika guru mencari calon sukarelapaksa untuk menjawab soalan. Namun, ia sungguh berbeda dengan semangat waja penuh iltizam yang dipertonjolkan oleh sebahagian pelajar. Mereka kerap memandang-mandang kepada pelajar lain yang separa lena, ditambah “over” bila dia menggeleng-gelengkan kepala seraya berkata-kata dalam hati, “ ish cikgu ni pun takkan tak perasan diorang lena, apa lagi dendalah!” paling ketara, tanpa beliau bersuara, kita dapan mendeteksi tabiat perbuatan orang-orang yang “over confident” ini, kerana tulang belakang mereka membengkok dengan jejari negative seperti batang kangkung yang direndam ke dalam larutan yang hipotonik terhadap sapsel, dan paling jelas adalah bahagian punggung beliau yang hanya menyentuh sedikit sahaja platform atau pelana kerusi, iaitu hanya di bucu-bucu kerusi. sungguh bersemangat inkuiri.

3. over protected : perasaan menghargai diri sendiri daripada sebarang anasir yang boleh menjejaskan prestasi pada kadar yang terlalu tinggi dan sekali sekala menjejaskan alam sekeliling.

Para pelajar dinasihati supaya tidak mengabaikan faktor masa, kerana semasa menjawab peperiksaan amat penting untuk bertindak bijak membahagikan masa. Sebagai tindakan yang wajar, para pelajar memakai jam di tangan atau membawa jam kecil dan diletak di atas meja. Sikap ini ditambahkan dengan was-was terhadap jarum pada jam yang digantungkan di dinding dewan besar yang mungkin tidak tepat. Namun jika silap langkah, jam yang diletakkan di atas meja itu berdering dengan sendirinya kerana calon peperiksaan terlupa untuk mematikan “system alarm” lantas mengganggu penumpuan pelajar lain serta mengundang malu, sememangnya ia pernah berlaku sewaktu menduduki peperiksaan PMR dan SPM lalu. Selain itu, para pelajar juga disarankan menggunakan mesin kira-kira yang bersaiz besar supaya tidak melakukan kesalahan setiap kali menekan punat-punat nombor di mesin tersebut. Oleh itu, segelintir pelajar memillih untuk menggunakan mesin kira-kira atau “kalat” yang dilengkapi system bunyi-bunyian. Setiap kali punat ditekan, bunyian yang “annoying” itu akan membuatkan pelajar lain menyumpah seranah.


...bersambung

tender saree with care

dear my valued customers,

here i would like to mention a few steps for your action in order to sustain good condition of saree fabrics :

1. wash separate with cold water, dry cleaning is preferred
2. do not spin.
3. dry fabrics in shadow or not direct to light source that can bring heat.
4. iron with low/suitable temperature

sekadar gambar hiasan.

Tuesday, July 14, 2009

cautious

so sudden, as the news of the collapse of elevated viaduct is still being commentated, trauma freshly haunts victims' mind, people around the debris watched live 3 cranes collapsed. those cranes were busy lifting down all the components of the tumbled-down steel box structure, massive and dense but now . see others more pictures showing the dramatic incident.

Monday,13/07/2009









close up sonu


ingat lagi tak kepada sonu? kisah sonu si chai walla? terutamanya kepada annand kerana anda merupakan peminat sonu yang kerap kali cuba mencari koordinat keberadaan sonu di peta delhi melalui google earth. ini merupakan gambar yang sempat saya ambil, tanpa paksaan kerana sonu cukup gemar memberikan aksi bersahaja bila berdepan kamera. sonu cukup "sporting" orangnya, lihat keputusan peperiksaannya beliau terima dengan jayanya itu.


jika anda ingin kembali membaca kisah kronologi keberjayaan sonu menduduki peperiksaan dari bihar school examination borad, sila klik pada link berikut :---> (tahniah buat sonu)


jika anda ingin mengingat kembali suasana peperiksaan di india, sila klik link berikut:---> (suasana peperiksaan di uttar pradesh) walaupun ia mengenai negeri uttar pradesh namun senarionya hampir sama.
h so

Monday, July 13, 2009

second debris : lesson to remember

Rescue operation is in progress after a Delhi Metro Rail Corporation flyover, an elevated light train on going project, collapsed.

Workers remove debris from the site where a partially built viaduct.

Workers inspect the damage at the site.


A partially built bridge, part of new metro rail system.

Onlookers and rescue workers gather at the site where a Delhi metro bridge collapsed.


sunday, 12/07/2009

**more stories please visit : http://bc9project.blogspot.com/

Friday, July 10, 2009

mari mendobi


hari ini mesin basuh aku sampai. lepas ni selesa sikit. adakah aku pemalas??

pen bertali

Aku : wei pasai pa lambat?

Zalipah : meluat aku nak mai prep petang ni. Ngantuk. Nak lena kang ada cikgu lalu tepi tingkap. Kelas kita ni dah la tepi tangga. Senang nak kantoi.

Aku : ha la kan. Dulu zaman pak halim sibuk nak kelas tahanan. Zaman pak arbi pun sama. Berbulan aku tak outing. Ni semua gara-gara fail bahasa arab.

Zalipah : ha wei, aku nak habaq. Aku baru teringat…

Aku : apa dia?

Zalipah : dok aih! Dulu… masa pi kelas tahanan masa tu zaman pak halim lagi la. Kan kena pi sain nama kat satu buku log kat pejabat.

Aku : oo.. kenapa?

Zalipah : sekali tu pak halim dok tunggu situ. Pastu dia Tanya apa ntah aku lupa dah.

Aku : Tanya apa?

Zalipah : wei aku lupa. Tapi aku sebenaqnya malu la wei, kelas tahanan. Nampak sangat tak pandai. Benci betoi. Tapi kan, lawak gila!

Aku : awat?

Zalipah : dok masa nak sain tu, kan selalunya ada pen kat celahbuku tu, eleh pen yg ada tali dia ikat tuh takut hilang la kot.

Aku : ooo.. macam kat bank tu lah!

Zalipah : haa.. tapi masa tu aku nak sain tak buleh. Macam tali tu pendek. Aku pun tarik la. Siap rentap-rentap lagi banyak kali la jugak.

Aku : cabut je lah tak leh?

Zalipah : mana buleh. Tapi masalahnya, lepas aku sain baru aku perasan.

Aku : awat??

Zalipah : dok! Hang tau dak pen yang aku rentap tu bukan pen buku tuh. Tapi pen pak halim, dia kan suka pakai pen yang ada tali pastu dia sangkut kot lehiaq.

Aku : hahaha.. ya ka?

Zalipah : ha lah, sampai terhinggut-hinggut lehiaq dia!

Aku : tak kena marah ke?

Zalipah : ah tu la pasai. Dia tak marah pun. Nasib baik.

Aku : weh, jom pi ko-op dulu, beli forerro roka?

Zalipah : haha.. ok jom, jap ajak tasha ngan kak wan sekali.

Thursday, July 9, 2009

pantun fesyen

siapakah yang penulis maksudkan? jika ingin tahu, silalah anda sekalian wahai pelajar seratas, deklamasikan pantun di bawah dengan intonasi sepenuh jiwa dan raga. tentu anda akan tahu, siapakah mereka yang digambarkan dalam dunia fesyen ini yang belum lagi bergelar sebagai ikon. layan...

tegak berdiri macam tunggul,
menanti kereta dipandu teman,
tudung hitam gaya unggul,
memikat kasih cinta pakcik leman.

nasi himpit sate hangit,
punca shamuri kena sebat,
tumit tinggi gayat melangit,
fesyen NGO masuk pejabat.

silap make-up sakit hati,
naik darah suara berderau,
tudung ekin selendang siti,
ratu GPS lena di surau.

mari menyapu minyak urut,
dibuat asli keluaran cik yah,
tudung labuh ilham tuk-turut,
ayu melangkah masuk kuliah.

kain sari kedai minachi,
lilit badan setiap sisi,
baju kurung sarat labuci,
menuju kenduri singgah KLCC.


sekadar gambar hiasan, mungkin persis pekerja farmasi watson... (T_T)

Wednesday, July 8, 2009

met mak buyung

me and wan hazila, seriously she is on her way to become a fashionista unless i know she havent replace yet her old make-up before we met because its too busy and on rush. thanks alot for that sate kajang at shamuri's stall, even we didnt make any order of ABC teringin. you, emma and that johor girl owe me to finish up all that beef sate! it was not fare for me to clear the last pieces. haha..such a memorable rainy night.

i knew she is a mom, so she acted like being so shy to stand next to me closely. haha.. i just cant believe it, she is still slim. didnt you??

yes they are very close friend, friendly, friends of mine. wallaweh!


i always called her mak buyung, even i know she wont mad at me, just to bring fun among us. dont worry hasnor nashrah, you are such a super mom! trust me. i know how much you miss you very first son, but in order to bring happiness in life, you need to sacrifice and yes what you face now is really hardest tough ever but that what life is all about. all the best for you.! salute!
**eh..where else the rest pictures at sate haji shamuri's? all in wan's magic sony camera.

Tuesday, July 7, 2009

tidurlah sayang

Pagi tu dia nangis, seawal pagi lagi. Kata pak ngah bunyi dating dari tepi pokok kelapa. Dah tu mana? Tak nampak pun. Pak ngah kata dia kat rumah padi. Petang tu, nampak dia tidur, nyenyak sangat. Comelnya!! Sian dia tidur atas papan jek. Jom angkat dia letak atas kain, empuk sikit.

Tengok, comelnya dia.masih nyenyak, dia tak sedar saya ambik gambar dia. Opst perlahan-perlahan, nanti dia bangun. Pindahkan dia dalam kotak, kesian dia kehilangan ibu. Mata pun belum buka lagi, bayi. Setiap hari, beberapa kali bagi dia minum susu. Siap cari seluruh pecan nak dapatkan botol susu bersaiz kecil. Urut-urut badan dia, lama-lama dia tidur. Tapi dia selalu terjaga. Agaknya mimpi ibu dia. Kesian sangat. Kadang-kadang nangis bila ditinggalkan sendirian. Bila malam, terdengar suara dia menangis, saya ambil dia letak atas tapak tangan, kemudian suara dia makin perlahan lalu tidur. Alahai manjanya! Mungkin dia sejuk tadi kan. Tak pe, banyak kain untuk selimutkan dia.

Saya perlu ke Kuala Lumpur, sebolehnya saya cuba balik agar dapat melawat dia. Rindu! Bila Tanya khabar, adik kata sihat. Paksu pun jaga jugak, bagi minum susu. Nanti lagi sebulan dia akan lincah bermain, tubuh semakin comel. Tak sabar nak ambil gambar dia nanti.

Tiba harinya untuk bertemu, tak sabar. Rindu sangat! Dalam perjalanan ingatkan dia, rasanya kali ni nak pergi kedai belikan rumah cantik untuk dia. Sampai saja kat rumah, terus cari mana dia. Kat mana dia? Ewan kata pagi tadi okay je. tengah hari nampak dia diam, ingatkan tidur. Tapi memang dia tidur, mimpi lama-lama, mimpi yang indah bertemu yang tersayang. Buai mimpi indah.

tengok, nangis dia kalau kita kacau dia tidur. comel tak?


alahai tidur!

comelkan anak musang saya. kesiankan, mesti dia rindukan ibu dia. opst, jangan bising nanti ganggu dia tidur.



in memory:

anak musang pandan
12/06/09 - 16/06/09