Monday, April 25, 2011

Tarikh Hari Ini

Dalam kalendar kehidupan kita, terpalit suatu tarikh yang amat bermakna. Rasanya seperti mahu menantikan tarikh ini dengan penuh perasaan bermula dengan menghitung detik sehinggalah tepat jam 12. Ketika itu perasaan mula bercampur antara suatu kegembiraan bersulam keinsafan, dan tidak dapat dinafikan juga ada kesedihan.

Aku mengaku, bahawa aku merasakan tarikh itu amat unik sekali. Meskipun aku tahu ia turut dikongsi bersama yang lain tapi aku merasakan keunikan itu berbeza mengikut cara kita. Kalau diikutkan perasaan yang dramatik ini, mahu sahaja di malam hari aku mahu membuka jendela seluas alam maya. Merenung betapa indahnya malam berhiaskan cahaya bintang sambil sang bulan penuh muncul melambai riang. Dengan harapan tuhan memakbulkan, satu persatu doa dipanjatkan agar terjaganya dari tidur nanti, hari yang indah bakal menyusul tiba.

Tapi itu hanya drama yang dimainkan oleh minda dan diperkuat dengan perasaan yang tidak henti memasang angan. Malam ini aku hampir lelap, namun setiap urat sarafku menguatkan azam supaya aku mencoret di sini sekurangnya ia mampu kubaca di suatu masa nanti, atau mungkin tidak.

Aku tidak tahu apa kekuatan aku. Tiada istimewanya bergelar sebagai diri aku yang setiap hari akan berlaku penyesalan. Kadang aku mengira laluan hidup, sangat kabur dan aku tidak dapat menggambarkan siapa diri aku walau 5 tahun akan datang. Mungkin aku jatuh atau tumbang tetapi aku merasakan diriku dicipta bukan untuk tewas.

Malam ini aku meninjau ke atas, lampu terpadam dan tiada visual. Namun kegelapan ini berhasil memaparkan sebuah layar yang mengisahkan kenangan hidup yang aku lalui. Bermula sekecil dari aku mula ada ingatan sehingga kini, dan aku sedar aku sungguh kerdil. Kerdilnya aku kerana aku tewas menentang kenangan. Mula menyusul satu persatu peristiwa besar dan sedih, terpancar wajah-wajah mereka yang menjadi sebahagian kenangan hidup ini. Tanpa mereka, aku tidak akan belajar mendalami ilmu menjadi seorang manusia meskipun aku bukan insan yang berjaya.

Setiap hari adalah mulia, namun hari ini aku mendoakan kesejahteraan buat semua yang aku sayangi, yang aku kenali serta sesiapa sahaja yang pernah menampatkan diriku dalam hati mereka. Walaupun mereka yang sudah tiada, yang jauh di mata tapi percayalah tak semudah itu ia lenyap dari sanubari ini. Semoga tuhan memberikan daya ingatan kepadaku untuk aku menyimpan memori hidup supaya aku sedar siapa diri ini. Terima kasih kerana hari ini masih ada untukku. Terima kasih ibu dan bapa, keluarga dan sahabat handai.

25 April: selamat hari lahir buat diriku.

Friday, April 15, 2011

Kenangan Terindah

Dari kiri : En. Anuar Abdul, En. Zulkifli Sulaiman, Ahmad Faiz Awang, Luqman Hakim,
Mohd Abdul Hakim Abdul Rahman, Mohd Faizal Jalil & Shahrul Azhary.


Memory Remains.

14hb Apr 2011, orang terakhir meninggalkan persys, tinggal aku seorang je lagi kot sebagai yang snap gambar ni.

Monday, April 11, 2011

The Iron Lady

Beliau adalah seorang perempuan yang lahir di bumi ini sama seperti manusia lain. Tidak pernah dipinta untuk hidup susah, dari kecil merangkak dewasa sehingga tua menanti saat menutup mata. Namun sesekali tidak akan mengalah dengan takdir, selagi ada daya menggerakkan pancaindera dan kudrat dibanting demi kehidupan.

Kehidupan kadang-kala amat menzalimi. Bagi yang bahagia, kecapilah nikmatnya selagi ada. Bagi yang belum kunjung tiba, carilah di mana letaknya. Menyelami hati seorang wirawati yang gigih berjalan di bawah terik matahari mencari sisa logam yang mampu dijadikan hasil jualan, kemudian membawa bersama rezeki untuk keluarga.

Wanita di atas mungkin pernah menyesali kehidupannya. Namun apakah tangisan di dalam hatinya bisa didengari manusia lain? Sebagai manusia yang lahir ke dunia ini, mungkin beliau pasrah dan hanya mampu berdoa supaya masih ada sinar menanti di hujung kekaburan, di suatu masa yang belum pasti.

Sesekali bertanya di dalam diri, apakah usaha hari ini menjamin kehidupan di masa akan datang? Kenapa sungguh sukar hidup ini, selagi dikejar semakin menjauhi. Dugaan pasti menghampiri cuma mampukah diri ini menempuhi setiap liku yang berduri.

Sedetik melihat kesusahan orang lain, hati bertanya lagi. Walaupun dirinya bukan siapa-siapa, tiada tempat di dunia ini untuk dia menempa nama, namun apakah aku harus sekadar menutup mata menoleh ke lain mengharap ada keindahan lain untuk ditatapi. Bukankah itu menzalimi sebuah kehidupan? Pandanglah dia dengan sekelumit perasaan, renung dan fikirkan bahawa tiada jaminan kepada kita bahawa tidak menjadi sepertinya. Siapa tahu takdir diri kita?

Barulah perasaan sedih dan pilu mengelilingi hati, terselit duka dan penyesalan di dalam diri. Menyedari bahawa bukan sahaja keindahan yang harus dijadikan puncak impian namun pandanglah pada yang cela kerana di situ ada luka yang mahukan kita mencari penawarnya.

Kepada semua yang dirundung duka gelap mendung awan kegagalan, bangkinlah bersama kekuatan yang setiap insan punyai. Jika hentinya gerimis hadirnya pelangi, hentinya lahar berapi subur tanah dibajai. Kehidupan ini sungguh misteri.

Sunday, April 10, 2011

Spirit of Bangladesh








The Train Service, Bangladesh.
source : graceful.ali@gmail.com

Saturday, April 9, 2011

Tasik Bukit Merah

Ipoh-Padang Besar Double Track Project: Bridge Crossing Tasik Bukit Merah,
Bukit Merah, Perak.

Thursday, April 7, 2011

India Gate





India Gate, New Delhi.
Republic of India.

Wednesday, April 6, 2011

Usop Wilcha


"Usop Wilcha, bukanlah pelakon sepenuh masa. Dia juga bekerja sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat Oil & Gas, Tanjung Offshore Berhad. Padanlah, malam tadi ketika temubual bersama Scha & Awal di program Fuh, Usop mengenakan jaket Tanjung, siap bertopi lagi. Lagi kejutan, kami dapat tahu yang Usop Wilcha merupakan bapa saudara kepada Scha."


source: copy cari email berantai.

Briyani

Tiba-tiba dalam membelek satu persatu gambar lama dalam cakera keras, aku terpandang gambar nasi briyani di bawah. Aku bukan penggemar briyani tapi aku dapat bau rempah segar yang keluar dari nasi briyani yang dulu hampir selalu aku makan, merujuk kehidupan semasa bekerja di India. Kena pula order air soda sweet lemon.Tiba-tiba rindukan briyani di Nizam Kathi Kabab di Connought Place. So ada sesiapa mahu menjadi peneman hujung minggu ini untuk sama-sama membuat misi mencari sesuap briyani? Mungkinkah Thalapakathi di Jalan Ipoh? Bagaimana pula rasa briyani yang betul-betul original dari Lucknow macam dalam AFC tu?

"Briyani ek, chicken butter dho, naan theen, mineral water room temperature char!"

Tuesday, April 5, 2011

Keghairahan Yang Hilang

Bayangkan di suatu petang yang mendung, tiba-tiba hujan turun membasahi bumi. Anda yang bersantai di tepi jendela memandang ke luar melihat pohon kelapa meliuk-liuk ditup angin. Hawa sejuk kini memacu masuk ke segenap sudut rumah. Dingin angin petang, merayap naik dari bulu kaki sehingga menyirap masuk ke dada. Sambil duduk bersandar sebiji bantal kekabu baru, tiba-tiba anda dijamu secawan kopi dan goreng pisang panas. Nikmat bukan?

Walaupun kopi bukan tersenarai sebagai minuman kegemaran kita dalam biografi sewaktu di bangku sekolah dahulu tetapi anda akui bagaimana impaknya. Berbanding jika sedang kenyang setelah menjamah sepinggan pulut, sendawa tak henti sebaliknya dihidangkan kopi dengan baki pulut di pinggan masih ada suku. Begitulah kehidupan kita di zaman kini.

Kenikmatan yang dikecapi kadang kala tidak sama, walaupun masih melibatkan perkara yang sama. Mungkin perubahan arus masa mengubah fungsi sesuatu perkara sehingga ia juga turut member impak terhadap kenikmatannya. Kenikmatan selalu hadir bersama keghairahan atau excitement. Di sini saya ingin mencoret beberapa bentuk kenikmatan yang dulunya dianggap begitu besar nikmatnya tetapi kini tidak lagi:


1) Kad raya

Sewaktu kita kecil, apakah perasaan kita sewaktu menerima sekeping kad hari raya? Walaupun ia bersaiz kecil, tetapi ilustrasi yang tercetak di atasnya ditatap penuh perasaan biarpun hanyalah lukisan kartunis Ujang dan Din Beramboi. Apatah lagi jika kita menerima sekeping kad hari raya istimewa berupa kad muzikal, tentu keghairahan itu bertahan sebulan syawal. Kalau boleh semua kad raya ni nak digantung pada dinding atau ada yang lebih kreatif mencari ranting pokok dah hiaskan ala pokok krismas.

Tetapi kini, kita yang sudah bekerja akan dapat banyak kad raya yang sekurang-kurangnya berharga RM1.60 bentuk petak dengan ilustrasi kubah masjid, siap berjenama Total Care, Memory Lane, Carduta mahupun Hallmark . Kad dihantar daripada supplier pasir, consultant projek mahupun budak praktikal sebelah kubikal anda. Tetapi kenapa kita kurang ghairah walaupun kad itu dihantar oleh bukan diri sendiri? Kini pula hadir ucapan hari raya melalui mesej pesanan ringkas.

2) Minuman Dalam Tin

Dulu masa kita kecil-kecil, tentu rasa teringin sangat nak minum air bikarbonat tak kiralah berjenama Mirinda, Coca Cola ataupun F&N. Lebih ghairah dan nikmat lagi kalau dibeli secara canggih iaitu di mesin vending. Sebab itu ada sebuah filem Hollywood menceritakan seorang budak berazam nanti kalau dah besar dah kaya dia akan beli sebuah mesin vending dan letak dalam rumah. Begitulah impak minuman tin ini, tetapi zaman kini kita sampai takut nak teguk memandangkan email-email laying yang menceritakan betapa hakisnya minuman itu. Kanak-kanak kini juga tak perlu merayu pada ibu bapa, malah setiap kali balik kampong seorang akan dapat 2 tin.

3) Makanan Ekzotik

Pernahkah anda merasai betapa enaknya buah rotan? Mungkin rumah aku dekat dengan hutan oleh itu mudah mendapat bekalan hasil hutan. Itu pun hanya sekali dua seumur hidup, kini tiada lagi. Selain itu, betapa enaknya menggigit sendiri tebu dan jus manis yang meleleh masuk ke atas lidah dirasakan begitu nikmat sekali. Kini, beli sahaja air kotak Yeos minuman berperisa tebu dengan kandungan perasa, pewarna dan pengawet makanan yang dibenarkan. Sebab itu zaman sekarang walaupun umur masih muda tapi apabila buat pemeriksaan darah, kepekatan ajinomoto (monosodium glutamate) lebih tinggi berbanding hemoglobin (tipu).

Apabila keaslian sesuatu makanan itu berkurang, nikmat merasainya juga berkurang. Sebab itu kini sibuk di kaca TV dengan program Jalan-Jalan Cari Makan yang sanggup meredah setiap pelosok daerah untuk mencari makanan-makanan yang asli, kadang-kadang sungguh ekzotik. Wajarlah ada saluran khas untuk dunia makanan seperti Asian Food Channel. Tetapi, siapakah di antara anda yang gemar memakan telur ikan sungai yang dibakar? Isi telur yang dibasuh akan dilumur garam dan kunyit, dibalut dalam daun pisang kemudian dipanggang atas bara. Sungguh nikmat!

4) Alat Tulis

Macam tak ada logika nak tulis pasal alat tulis, tapi nak tulis juga. Dulu, kalau anda ada pensel tentu anda sangat menghargainya. Duit belanja disimpan selama berhari-hari (mungkin sehari 10sen) untuk membeli sebatang pensel 2B berjenama Staedtler. Belum lagi sebut pasal pensel warna Luna dan kotak pensel yang ada pintu dua belah bahagian, atas dan bawah. Tapi yang ada cuma sampul kain berzip, yang menjadi paket bungkus kain pelikat cap Gajah Duduk.

Tapi kini, aku lihat budak-budak hanya campak-campak sahaja pensel warna, langsung tak macam kita kanak-kanak zaman era 90an yang amat tersentuh perasaannya apabila pensel warna itu jatuh ke lantai. Tentu di dalamnya karbon pensel sudah patah-patah. Tidak cukup dengan itu, setiap kali kawan meminjam pengasah tentu tak lupa pesan supaya jangan tiup pengasah takut nanti jadi tumpul. Di pejabat, pen tak habis dakwat lagi, baru guna 2 hari dah hilang ke mana. Terus pergi ambil yang baru.

Dulu suka shopping, sekarang malas.
Boleh terjadi tapi kenapa?

Sebab duit tiada.

Monday, April 4, 2011

Malam Kemenangan Shaheizy Sam

Malam ni, baru je tadi tengok Shaheizy Sam menang ABP. Bestnya dapat rezeki durian runtuh macam ni. Dari awal aku bosan aje nengok balik-balik artis menyebut nama pereka yang sponsor baju dan kasut. Next year pun sama juga la akan berulang. Mujur ada Usop Wilchar masuk last-last minit menggamatkan suasana. Thanks Usop dan Johan.

Cinonet aje cakap pasal Shaheizy, sebenarnya malam ni aku mengenang nasib diri. Betapa bertuahnya Shaheizy dapat kereta. Kalau aku, ntah lah. Masih pakai kereta yang kakak aku punya, orait lah tak perlu berhutang dengan bank. Tapi tidakkah nak dapat kereta macam kena berhutang dengan bank 9 tahun baru habis bayar. Barang kemas pulak sama harga rumah apartment. Gila!! Orang lain sampai pencen kot berhutang dengan bank.

Saje je letak gambar aku di opis. Gambar lama dah pun. Ini pun menulis sebab ada orang kata blog aku dah macam blog perlancongan. Malas menulis punya pasal. Tapi malas-malas aku pun, aku berkreatif cara aku. Aku upload gambar yang mungkin boleh buat ada orang tengok then terfikir di mana? Aku rasa tak ramai yang tahu pasal Tasik Raban even kami sekeluarga memang tak dapat dipisahkan dengan nostalgia tasik ni. At least aku berkongsi?

Tapi gambar di atas lebih nak menunjukkan diri ni hanya mengabdikan sepenuh hati dengan kerja. Even buat tak siap-siap, kerja ni memang tak habis. Satu keluar, 3 masuk lagi. Nak kata kaya, jauh sekali lah. Naik gaji pun tidak. Sudah berapa lama gamaknya gaji aku nak kekal dengan angka ni? So, kalau macam ni, tak mampu lah nak membeli rumah atau apa-apa yang menjamin kehidupan di masa akan datang. Zaman sekarang ni, ada ijazah pun maish tak mampu nak beli rumah kos rendah. Jangan mimpi lah apatah lagi nak beli apartment lebih 1000 sq feet. Angan Mat Jenin!

Kenapa kita tak berubah nasib? Mungkin kita ni kurang berusaha atau kurang berdoa. Atau doa kita masih terapung di udara. Tiap kali kita buat, ada yang akan push kita supaya terus berbuat demikian. Tak boleh toleh belakang, buat sampai siap. Belum lagi rakan-rakan lain yang selalu dikaburi janji-janji manis. Aku memang tiada janji ditaburkan sebaliknya dateline yang menanti. Cuba kalau kita stop buat, kita akan dikata sebagai malas dan dengan cara ini tidak akan berjaya dikemudian hari. Oleh itu kita terus buat dan bersabar.

Apabila kita terlalu sabar, akan ada suara yang mengatakan kita ini bodoh. Bodoh kerana lurus, buat tanpa mengira apakah ia berbaloi atau tidak, membuta-tuli buat dan kemudian di penghujungnya tatkala orang lain bergembira ketika membuka payslip tapi kita mengalami kemurungan. Mahu sakit jiwa nanti. Ada pula yang kata tak mengapa, cari pengalaman. Mungkin kalau apa yang diharapkan tak dapat di tahun ke-7, mungkin ia akan tiba di tahun ke-8 atau tahun ke-13 atau pada tahun kita pencen?

Jadi, untuk elakkan daripada penyesalan selepas bertahun memendam duka, kita cuba bertanya dan mengajukan keluh hati ini kepada yang berwajib namun kita diibaratkan sebagai tidak bersyukur. Kita dibandingkan dengan manusia yang hidup di Libya, Somalia mahupun di tempat-tempat yang dilanda bencana alam.

Apa yang harus kita buat? Apabila kawan pergi meninggalkan kita, kita sedih walaupun kita tahu di pergi demi sebuah kehidupan yang lebih menjamin masa depan. Tapi kenapa kita masih di takuk lama? Adakah ini kesetiaan atau suatu kesilapan? Tarik nafas dalam-dalam dan hembus, selamat malam!!

Sunday, April 3, 2011

Indira Gandhi International Airport



Indira Gandhi International Airport (IGI) & the Airport Line (Delhi Metro),
New Delhi, India.

Saturday, April 2, 2011

Thailand : Betong










Betong, Thailand.
27 Mar 2011

Friday, April 1, 2011

Gunung Kenderong : The Twin Peak

Gunung Kenderong,
Gerik.