Friday, May 29, 2009

awek delhi lagi

awek delhi ini dijumpai pada hari jumaat, sewaktu makan tengah hari di nizam kathi kabab di connought place. awek ini sungguh bersahaja membiarkan rambutnya beralun ditiup bayu. haha..paling best beliau cukup sporting. seksi woh!

shop-a-lot through window

anda boleh membeli belah, pelbagai barangan seperti sayuran, makanan, belon, kain dan pelbagai lagi. kali ini anda berpeluang membeli perabot rotan dengan harga yang murah. sil lihat gambar di atas, terdapat kerusi rotan, meja kopi dan bakul. setiap petang akan terdapat penjual sebegini akan melaungkan kata-kata promosi. anda akan membuka jendela lantas bertanya harga. jika berkenan, anda baru keluar rumah untuk meninjau lebih dekat.

sarojini market

ini merupakan suatu pengalaman adventure yang perlu ditempuhi jika anda mahu membeli belah secara murah terhadap barangan aksesori dan pakaian. sarojini market terletak di sarojini nagar, tidak jauh dari INA market, kedudukan hanya bersebelahan ring road. di sini anda boleh menawar harga. paling gembira jika pada waktu itu terdapat kunjungan pihak penguatkuasa NDMC di mana para peniaga akan lari bertaburan. ketika itu anda akan dapat membeli dengan harga yang cukup murah. paling merimaskan adalah di penjual sapu tangan, kaca mata gelap dan tali pinggang yang tak jemu-jemu mengekori dari belakang untuk membuat promosi. selain itu juga, kaki anda akan lenguh kerana berjalan sungguh jauh, bahu juga terasa sakit kerana berlaga-laga, tapi ianya cukup mengujakan jika anda melanggar bahu awek cun.

Thursday, May 28, 2009

who are my daily guests?

closely see, they were coming suddenly, fruquently, almost everyday in the evening after 5 o'clock. such shy guests, whenever i hold my camera to snap their pose, they hide somewhere. i realize them as not rude but only little shy. see the beautiful feathers, glittering pattern of colours and so shining. miss you my little shy friends.


they are coming...

see...closer...

and now u know who they are. peacocks

delhi post : public complaint against school bus driver

may this sentence warns them to be so obey all the time?

Tuesday, May 26, 2009

datang dan pergi

sebutir sel membahagi secara meosis atau mitosis, atau pembelahan dedua terus berganda membina hidupan. jika zigot bertukar fetus, rama-rama keluar dari kepompong,juga berudu tumbuh kakinya, itu semua proses lahirnya benda hidup. apakah ia diadun bersama perasaan? benarkan perasaan ini menyaluti organ hati justeru berlitar terus ke saraf minda? kenapa kita berperasaan walaupun kadang kalanya kita alpa?

takdir merencana kita berjumpa, dan takdir menyimpulkan kisah bagaimana perpisahan akan tercipta. ini hakikat yang kita tak punya kuasa sedikit pun, cuma berbekal usaha. ingin kekal, ia terlalu ajaib untuk berlaku. masa berlalu bagai air mengalir lalu. tempuhilah setiap pertemuan dengan memperingati bakal berlakunya perpisahan kerana perasaan wajib hadir tatkala meniti hari muka. apakah ubatnya jika perasaan bertukar gila? syukur dan sabar sentiasa.

selamat terbang , bawa bersama memori senja. 27/05/09

bintang malam


kau umpama bintang malam
menyinari terang malam
cantik nan jelita
tak ada bandingnya
bercahaya di angkasa

kau umpama bintang dan bulan
ingin hati nak berkawan
walaupun beribu
atau berjutaan
hanya kaulah kuidamkan



nyanyian : zaharah agus
ciptaan : ahmad nawab

suriram


suriram...
suriram ram ram...
suriram yang manis...
aduhai anakku sayang
suriram jantung hatiku


tinggilah tinggi si matahari
suriram...
anak kerbau mati tertambat
suriram...
sudahlah lama ibu mencari sayang
baru sekarang ibu mendapat


suriram..
suriram ram ram...
suriram yang manis...
aduhai anakku sayang
suriram jantung hatiku

palika bazaar, connought place

banyak kali weh pergi palika bazaar kat tengah-tengah roundabout connought place ni, bukan lokasi fevret pun. so far, hanya pergi sebagai konco bala tentera sahaja. last pergi 2 weeks ago. tempat ni underground dan agak sesak paru-paru la nak menyelinap masuk, bagai bunuh diri dengan lapisan oksigen nipis kerana paling tebal adalah gas ammonia. bau ketiak tidak ketara tapi yang kuat adalah bau dinding yang penuh cecair oren, sireh pinang. pening kepada weh. so, kalau snap gambar pun tak yah la nak taruk dalam fesbuk, buat orang loya nak lunch je. kat belog boleh, sebab i memang dah lama meloyakan esofagus anda. padan muka.

apa yang ada di palika bazaar? ada la jugak, macam-macam ada. dari pendrive, minyak wangi, herba safron, sari, kasut, enbeg, enpon, cd pirate, barang hiasan dan awek-awek melepak. pendek kata, asal saya masuk rasa tak sabar nak keluar balik. terbayang kisah bulan ramadhan di mana salah satu tong sampah tepi roundabout ni telah di bom dalam 5 letupan bom secara bersiri. adventure tak? ok, sila layan gambar berikut kerana ia tidak dapat diadaptasi melalui google earth.


ada a few gates, tapi saya masuk pintu ni selalunya sebab paling dekat ngan entrance ke parking.

tepi entrance ni banyak uncle-uncle jual pencuci mulut, buah, sayur (imagine makan karot macam makan epal) dan makanan eksotik india. mereka sesuai dibuat sugar daddy kepada blogger pompuan seratasians. haha.

barang perhiasan sari manik ke mutiara hinggalah kepada kristal dan kulit kerang. aku tahu faridah suka rantai mutiara tapi sila tahan nafsu anda kerana ia hanyalah ilusi yang maya.

shawl, selendang dan fabrik.

barangan kulit dari enbeg, purse, samsonite ciplak, passport holder, leather jaket and etc.

Monday, May 25, 2009

memenuhi jemputan

giler best sabtu minggu lepas dijemput ke makan-makan di rumah encik khairi yang baru tiba di new delhi. dia ni warga embassy. makan-makan itu diadakan di rumah kediaman dia di vasant vihar. not bad cuma i salah dressing, pakai baju lengan panjang. so memang panas dan of course tak tampil hot. eh apa kes nak hot-hot ke majlis makan-makan? padan la dato' tan tegur i, "eh bachelor u tak panas ke?" then dia tanya selalu di delhi buat apa? pergi mana? kelu lidah i nak jawab, takut menyalahi protokol. haha.. makanan yang disediakan adalah nasi impit, kuah kacang, kuih muih termasuk puding fruit mix siap nampak strawberi berketul-ketul, mi kari (perlu ke?) dan pelbagai juadah lagi.

kelmarin hari sabtu, ada makan-makan lagi! tapi kali ni di rumah encik faizal. dia pun staff embassy jugak. i sms eddy (now i tahu u jadi stalker blog i..haha), tanya kat mana dan u datang tak? eddy jawab tak tahu, tapi di annand niketan. dapat je address dari pak ya kot, shyam drives jumpa aje rumah encik faizal. woh kali ni i tak salah outfit, pakai baju nipis-nipis but still panas sebab matahari memancar sinar tepat menghala depan rumah dia. pasang kanvas pun tak de effect (so eddy u boleh senyum nape u tak datang, tapi haji seorang tu dari brunei ada datang je, siap kareoke lagi!) makanan utama adalah nasi tomato tapi i ambil nasi putih saja. lain tu banyak kuih muih, siap macam ada cendol ke apa tak sempat rasa sebab kenyang. best sebab ada ada ayam masak merah, acar sayur dan ikan bulu ayam goreng. tapi sekali lagi dato' tan request i nyanyi satu lagu, "eh bachelor come on nyanyi satu lagu." wah i malu betul!! after bagi excuses yang relevan, i tengok dato' tan pegang mikrofon tapi nyanyi 2 baris je.

ok, tadi ahad pergi embassy pula. ada ceramah katanya dari mufti wilayah. so, prof rahmat pesan pada kami semua masa di rumah encik faizal (bahagian lelaki di luar yang aviod conversation yang protocol di dalam, avoid dato' tan ke? haha..) supaya tidak memakai seluar 3 suku. jika mahu berkareoke pun, hanya dibenarkan lagu nasyid, terutama lagu "bila izrail..." memang kelakar la prof rahmat nih! masa mendengar tazkirah dari dato' mufti, semua kusyuk terutama encik boss saya. dia sibuk angkat tangan saya suruh introduce diri kerana sekampung. alamak!! malu lah saya yang kerdil ini. tamat je tazkirah, ada makan-makan, kali ni full table. siap ada laksa penang, mee goreng (pakai spagetti), nasi tomato halia, nasi putih berlauk, roti canai, kuih muih (paling yang kuih sampan berbuah campuran cukup cantik dan enak) dan pelbagai lagi.

wah sungguh teruja bila dijemput makan. semua orang suka makan, tapi makan membuatkan saya mengantuk dan bertambah malas kerana berat badan lah. so, layan lah gambar-gambar di bawah. kepada mereka yang lapar, sila praktikkan amalan makan secara ilusi optik (termasuk mereka yang berkaca mata).

lepas nampak rumah club ni, belok kiri sampai lah ke rumah encik faizal di annand niketan. eh norihan i snapped gambar ni khas buat u yang suka melancong dengan google earth. haha..

kuih muih di rumah encik faizal. kagumkan siap ada kuih denderam. kuih ini cukup sensitif di kampung saya kerana jolokan nama yang kurang sopan. paling best puding karamel.


wah mufti wilayah, dato' wan zahidi sedang menyampai tazkirah berkisar tajuk "syukur dan sabar". sungguh terpesona saya bila diumumkan beliau berasal dari daerah kampung nenek saya. keterpesonaan bertukar menjadi keterkesimaan apabila beliau berkata, sapa orang kampung dato' mufti sila angkat tangan. jahat encik anuar siap jeling-jeling..

konsep garden di rumah encik khairi cukup best tapi panas lah. tapi best makan di luar sebab tak perlu control menjamah makanan dengan pelbagai aksi memek muka.

saja je snap gambar kereta dato' pesuruh jaya tinggi. ah lari dari topik sudah!

ye dato' mufti sila makan. tak baik tau, meja sini je ada bunga, meja lain ada alas meja je. haha..

hujan batu di negara orang

negara india memang aneh. kita melihat rakyat india hidup dalam kesukaran, tapi mereka mudah mencipta nama mahupun karier. adakah ini membuatkan anda rasa anda patut hidup di india supaya bergaji besar?di india bidang pendidikan dilihat mahal. jika anda mempunyai tanah seluas 500 meter persegi dan berbekalkan 20 laks rupees bersamaan 200 ribu ringgit, anda mampu menubuhkan sebuah sekolah. selama 2 atau 3 tahun anda menggaji guru-guru yang mengajar, sekolah anda akan diiktiraf oleh kerajaan india dah selepas itu hanya akan bertindak sebagai pemilik sekolah sahaja. tidak perlu runsing seperti di peringkat awalan penubuhan sekolah anda. selama 2 atau 3 tahun itu, anda mendapatkan keuntungan semula melalui yuran tinggi yang dibayar pihak pelajar.

namun senario berubah tatkala seorang rakyat india bekerja. dengan berbekalkan segulung diploma dari kolej yang anda tidak tahu asal usulnya, mereka mampu menjawat jawatan seperti jurutera. kemudian setelah bekerja selama 2 tahun mereka akan menjawat jawatan di peringkat senior, seperti jurutera senior. mungkin setahun dua lagi gaji mereka akan terus berganda untuk jawatan pembantu pengurus projek. kemudian dengan bertukar ke syarikat lain, jawatan pengurus projek bakal disandang, tika ini gaji mereka mencecah 10 ribu ringgit. aktiviti lompat syarikat dilihat cukup membawa untung, kerana di sini tawaran gaji sangat lumayan kerana konsep gandaan gaji, peluang menceburi perniagaan melalui syarikat induk anda bekerja dan perlu diingat semakin banyak syarikat yang pernah anda kerja, itulah dikatakan banyaknya pengalaman anda. cukup berbeda namun itulah hakikatnya di sini. tahukah anda kini di projek pembinaan lapangan terbang delhi yang baru, seorang general manager dibayar gaji 100 ribu ringgit sebulan? jika di malaysia ianya mungkin berharga belasan ribu, tapi itulah apa yang berlaku di negara dunia ketiga ini.

laluan singkat ini yang mungkin sekadar 5 atau 6 tahun, mungkin sedikit lama untuk sesetengah rakyat india merupakan bonus kepada mereka. apabila berada di jawatan pembantu pengurus projek, ia merupakan suatu jawatan selamat. bayangkan di malaysia, kita perlu bertungkus lumus selama mungkin 15 atau 20 tahun untuk menjawat jawatan ini, beserta segulung ijazah sebagai kondisi menimum yang wajib dan talian politik sebagai pemudah cara.

di india, mereka tidak memerlukan bakat atau kebolehan, lebih kepada kebijaksanaan berkomunikasi. mereka bijak berbicara, tidak hairan jika anda sewenangnya ditipu, kerana tanpa penipuan dilihat agak sukar untuk pergi lebih jauh. tika bersoal jawab, mereka memang pantas memberikan jawapan. jika ditanya kenapa lewat? mereka mampu melunaskan jawapan seperti "kaki sakit" dan "beca pancit". namun sebagai seorang malaysia kita memandang ia sebagai helah kanak-kanak darjah 1. tapi hakikatnya mereka masih mampu mengekalkan memek muka yang seakan tidak pernah melakukan salah, atau mungkin menurut bidang kuasa perbuatan itu tidak menyalahi etika. mungkin juga ini menjadi faktor rakyat india mampu hidup di mana sahaja, terutamanya di luar negara kerana mereka cekal.

namun, jika anda bekerja bersama mereka, anda akan merasai perubahan. mereka hanya memegang diploma yang sangat am, tidak khusus kepada sesuatu bidang. sebagai contoh seorang jurutera kini menyandang jawatan pengurus projek, bergaji tinggi dan cukup dihormati namun hakikat beliau hanya mempunyai diploma dalam bidang komputer. selain itu seorang akauntan kini senior setelah hanya beberapa tahun berbekalkan diploma bidang seni. itu merupakan realiti, mereka yang kini menjawat jawatan tinggi di usia muda dengan empuknya diberikan pakej enak seperti sebuah kereta beserta pemandu, elaun dan sebagainya.

jika mereka ditanya tentang umur, mungkin 24 tahun. kita menyangka dia baru menamatkan pembelajaran kerana dikatakan mempunyai ijazah. tapi orang itu memaklumkan anda dia memiliki pengalaman kerja sebanyak 2 setengah tahun. anda akan tertanya-tanya bilakah tarikh beliau menjalani konvokesyen? jangan biarkan degupan jantung anda meningkat apabila dia memberitahu yang dia bakal menggemgam segulung ijazah sarjana atau master lagi beberapa bulan, kerana terdapat mereka yang memiliki segulung ijazah sarjana dengan hanya 6 bulan pendidikan jarak jauh di mana anda akan menjawab soalan peperiksaan melalui email yang dihantar. cukup mudah, dan anda kini membayang suasana peperiksaan yang dijawab sambil buku dibuka, boleh memiliki ijazah melalui kaedah online, senang dan mudah. saya pernah duduk di sebelah seorang warga india yang menuju ke australia, katanya masih belajar di peringkat phD dan umur beliau baru 22 tahun.

bidang pembinaan dilihat cerah di india. kebolehan bersuara tinggi dilihat sebagai bonus untuk meningkat naik jawatan. idea yang bernas, kebolehan mempraktikkan teori kepada situasi di tapak bina dan rangka perancangan menggunakan perisian komputer dilihat tiada gunanya. pengalaman bekerja bersama mereka cukup membuatkan diri berfikir. tatkala membuat lukisan menggunakan perisian autocad, diri dijemput pada hari ahad untuk menyiapkan 17 peringkat, langkah demi langkah, perlu disiapkan hari itu juga. menurutnya ia adalah tahap kecemasan. anda tekun melakukannya walaupun terasa diperbodohkan namun anda masih berfikir wajar kerana selaku pekerja perlu berkhidmat kepada syarikat yang menggaji anda.

sepatutnya kita terfikir mereka di negara sendiri, sebuah negara yang cukup popular dengan kecanggihan IT dengan wujudnya lembah silikon. namun beliau yang bergaji besar itu meminta simpati anda supaya membantunya. siap dibuat, anda cukup bertuah jika diucapkan dengan kalimah terima kasih. tapi lebih pahit jika nama anda tidak disebut sebagai telah menyiapkan kertas kerja itu, sebaliknya beliau menggunakan nama sendiri. kita rakyat malaysia cukup pemalu, sebolehnya kita akan rela mendahulukan sesiapa untuk menjadi pemula namun di sini mereka akan berusaha keras berdiri di hadapan anda walaupun dia sedar status kelayakannya. ada juga akan merasa terhina apabila anda berfikir yang anda telah meninggalkan keluarga jauh demi bekerja di negara unik ini, dengan makanan yang penuh was-was, menerima layanan yang "racist", dibayar gaji kecil, elaun yang tetap tanpa skala pemboleh ubah dan hidup dalam keadaan pencemaran yang tinggi. namun mereka yang bekerja di tanah air mereka, menikmati gaji tinggi dan jawatan yang gah. lebih malang jika anda dijangkiti bronkitis, selsema burung, selsema khinzir, jangkitan penyakit kulit, alahan terhadap pencemaran selain kulit anda dibakar rentung.

kini saya mengalami semarak jiwa kenegaraan yang tinggi. namun kenegaraan akan berbaur "racist" namun kita sekadar merindui kampung halaman. keberlainan kita sebagai manusia membuat pelbagai tafsiran, seperti ingin melalukan penebusan ke atas apa yang anda terima. mungkin anda mahu menebus kecewa setelah mendapat tahu kadar sebenar apa yang patut anda terima? atau mungkin anda terus cekal ingin berjuang di lokasi yang anda gagal itu? atau anda ingin kekal di situ supaya dapat terus menikmati peluang yang ada sebagai mana yang mereka itu terima kerana anda mungkin akan dapat lebih dari itu? tapi kita adalah manusia yang cuba merona hidup atas desakan dunia yang penuh pancaroba.

Sunday, May 24, 2009

come and join us

saje jek rajin buat sepanduk ini. sambil poyo dan perasan bagus, saya nak meransang hormon andrenalin annand supaya ingat bahawa program ini perlu dijayakan, sebagai balasan dendam terhadap beliau yang gagal hadir ke gath @1utama tempoh hari. siapa nak join? ada terma-terma yang perlu dipatuhi. nanti akan dijelaskan kelak. weh, tajuk dia macam tak ingat dunia je?

Saturday, May 23, 2009

kisah 3 zul dan kepulangan pak ya


ini adalah pak ya. dia keje kat embassy. rasanya dia orang melaka kot tapi yang pasti bini dia orang perlis. lepas ni, pak ya dah tamat kontrak keje di new delhi dan dia dengarnya nak balik ke perlis. setiap ahad, skang ni semua rakyat malaysia di delhi akan ke embassy. suka rela masing-masing bawak makanan untuk sama-sama makan sambil buat aktiviti ringan.

kalau sebut pak ya, mesti akan teringat kuih karipap. sebab bini dia memang terer buat karipap yang sedap, first class! pak ya jugak hebat bermain ping pong. skill dia nak serve tu pun dah nampak style. belum smash lagik. tapi skill serve tu menurut encik ehsan CEO petronas kata fault, sebab bola ping pong itu tidak di baling ke udara, dan sepatutnya berada di luar petak gelanggang ping pong. tapi memang benar, encik ehsan juga hebat bermain ping pong. asal dia smash je, pastu dia buat muka cool je. orang ramai pun support la tepuk tangan. bodek ke? tak lah, jumlah rakyat malaysia yang sedikit ni, itu saja pengubat kebosanan. lepas ni mesti ramai akan rindukan pak ya.


ahad lepas, anak-anak teruna ini telah secara suka rela mempersembahkan gig percuma mereka. tak tahu lah mana mereka belajar guitar ni. tapi not bad bunyinya. dari 3 orang, yang tengah baju hijau tu anak encik azahar, regional manager MAS for south asia. 2 lagi tu anak prof rahmat, padanlah prof pun terus duk depan ngadap anak dia buat showcase. madame norlin yang baju merah tu sedang baca surat khabar. lupa pulak, prof rahmat ni dulu bekas timbalan naib canselor UITM. kepada bekas pelajar UITM, sila recognise beliau. beliau cukup mesra dan selambar. kelakar juga, even saya muda remaja, dia tegur sama macam tegur yang lain, siap gelak tuh.

ni gambar masa family day. lama dah dulu, tapi saya nak focus kepada yang berbaju putih. beliau adalah encik zulkifli. ya, teruskan keliru. kenapa terlalu ramai yang bernama zulkifli? haha.. encik zulkifli ini keje embassy. skrang dah ada kat mesia, end april dia balik. oh sekrang i rindu masakan isteri beliau yang sedap tu. encik zulkifli serba boleh, pandai menyembelih kerbau, pandai ilmu silat, sihat sentiasa seperti remaja kerana cukup lincah bermain bola sepak. anak beliau bernama aziq, dulu kacip ar dengan kita orang even aziq muda lagi. sejak tahun lepas aziq sambung belajar di malaysia, di kolej sedaya USCI. aziq ni even muda, dah drive mercedes di sekitar basant lok menuju embassy dan kembali ke vasant vihar. pernah dulu keluar tengok wayang bersama, termasuk zuhdi si kanak-kanak tu pun ikut, tengah malam tu wayang start kul 11. haha.. zuhdi anak encik rabin.

sebelah tu my boss encik anuar abdul, project manager berbaju denim biru. beliau cukup berjiwa rakyat. paling best beliau cukup stylo! nak tahu kenapa? lain entry la kita soksek-soksek. haha..


rasa nak juga expose gambar ni. pada hari keluarga, saya ingin mengambil gambar seorang juara makan sate iaitu encik zulkifli sulaiman. zulkifli lagi?? ya. beliau adalah akauntan syarikat kami di sini. yang mendepa tengan itu adalah my big boss. nama beliau juga zulkifli, iaitu zulkifli kamarudin atau lebih mesra dipanggil encik zulkay. tak kena mengena dengan mary kay tapi beliau cukup tegas, hebat bermain bola sepak, peminat manchester united dan juara slum! eh sekali lagi nama zulkifli ditulis? ya. sekarang jawpannya terjawab. encik zulkay adalah general manager atau kini selepas diselaraskan beliau adalah vice precident. beliau adalah insan yang telah melakukan sesi temuduga ketika saya apply keje sini. seriously cukup takut dan aura beliau cukup gempaq!!!

Friday, May 22, 2009

kiriman pos



kepada macrieda,

bungkusan ini telah diposkan kepada alamat anda. ia sekarang berada di pusat pengumpulan dan bakal menaiki pesawat khas menuju ke kuala lumpur. lalu selepas beberapa hari, seorang abang posmen kacak akan menemui anda untuk menyampaikan kiriman ini.

harap anda dapat menantinya dengan penuh kesabaran, terima kasih.

sekian.

tahniah buat sonu

"sonuuu...chai!" atau "sonuu...panni?" kemudian jawapan yang dibalas adalah "han jiii??" inilah kehidupan sonu, seorang budak lelaki yang umurnya hampir 20an, mungkin 18 atau mungkin 19. umur itu tidak bermakna sonu tidak mampu menjejak kota new delhi untuk mencari rezeki. sonu segak, setiap hari berkemeja lengan panjang kemas berbutang kacip di pergelangan tangan, berseluar hitam dan rambut disisir rapi denan ramos.

sonu si chai walla, mereneh susu bersama teh perisa masala, kemudian dihidangkan kepada setiap mereka yang berada di pejabat. sekali di waktu pagi, kemudian selepas makan tengah hari. teh masala atau chai merupakan minuman tradisi masyarakat india utara. sonu berasal dari negeri bihar, sebuah negeri di bahagian timur india.

bihar sebuah negeri yang miskin. populasi yang meningkat rata-rata bekerja sebagai buruh di ladang yang dipunyai oleh seorang hartawan. ia mirip zaman feudalisme yang mana rakyat hidup dalam kongkongan, yang melanda eropah sebelum sejarah revolusi renaissance. di negeri bihar, tidak banyak peluang kerja. ibu negeri bihar adalah patna. bihar sering dilanda banjir, memusnahkan sejumlah besar tanaman. hujung tahun lepas bihar dilanda bah yang dahsyat sehingga membawa pihak unesco dan badan dunia lain untuk berbuat kerja amal di bihar bagi menyelamatkan terutamanya anak kecil yang mati akibat tiada makanan.

ladang yang dipunyai hartawan yang cukup bengis, memiliki senjata api juga suatu perkara biasa di bihar. buruh di ladang cukup tertekan, hidup dalam ketakutan dan tiada apa yang boleh diubah hidupnya selain berhijrah ke kota lain. tidak hairanlah, jumlah besar buruh-buruh binaan di new delhi berasal dari bihar. mereka dipanggil bihari. seorang bihari biasanya sukar mendapat peluang belajar di sekolah, kerana masalah wang dan darjat.

seperti sonu, dia berhijrah, menaiki kereta api sejauh perjalanan 2 hari. tiba di new delhi tanpa saudara mara. nasibnya cukup bertuah kerana menjawat jawatan chai walla. sonu kini sudah mampu tersenyum walaupun pernah jatuh akibat kemalangan tika menunggang skuter milik syarikat. hidup sonu terlalu sinonim dengan chai, oleh itu enak atau tidak teh masala yang disediakannya, itulah penentu jatuh bangun kariernya. tanpa sebarang sijil, sonu hanya mampu berpuas hati dengan tugasnya di dapur.

hari ini sonu gembira. segera dia menunjukkan sehelai sijil. ia merupakan government secondary school certificate of bihar state, lulus semua mata pelajaran, termasuk kertas bahasa inggeris dan amali sains. kini sonu mampu berangan-angan untuk menjawat jawatan seperti kerani kerajaan. mungkin tuah sonu telah membuat lembaran menutup kejadian. sonu tidak malu menunjukkan kepada seluruh warga pejabat akan sijilnya.

tika ditanya, sungguh kita teruja melihatnya memperolehi lulus semua mata pelajaran. sonu yang tidak boleh membaca atau bertutur bahasa inggeris telah membuat khabaran gembira kerana lulus peperiksaan ini sedangkan dia berada di new delhi. sonu senyum, terus memberitahu dia turut teruja dan seakan tidak percaya. sememangnya dia tidak pernah ke sekolah. dia bersyukur kerana abangnya telah menduduki peperiksaan itu untuk dirinya sebagai wakil. tahniah sonu dan syabas kepada abang sonu di negeri bihar.




terjemahan :
chai - seperti teh tarik di malaysia cuma ia dibuat dari teh perisa masala.
panni - air
han ji - ya tuan (ji bermakna tuan)
chai walla - si pembuat teh (tea boy/lady)

Thursday, May 21, 2009

s.oliver


saya tidaklah begitu taksub dengan brand ini, so far hanya pernah membeli belah di kedai berjenama s.oliver ketika terdesak, lama dulu ketika musim sejuk tahun lepas. semasa tu saya amat memerlukan fabrik bantuan untuk memerangkap haba badan, justeru saya membeli 3 pasang sarung kaki dan sehelai mafla di butik ini yang terdapat di select city walk, saket. pakaian jenama ini sememangnya tidaklah terlalu mahal tapi saya tidak teruja dengan rekaannya sahaja. ia diklasifikasikan sebagai jenama mampu milik. haha..tapi rasanya jenama ini tidak terdapat di malaysia? atau saya yang belum pernah menjumpainya yang mungkin tersorok di midvalley?

delhi post : curious

see the photo closely, i am ponting you at the blue coloured signboard which is the name of the restaurant hotel. the photo is snapped 2 months ago when i went to urdu bazaar near jama masjid. a few questions to be shared with my beloved readers :

1- what is your oppinion about "subhanallah hotel"?
2- is that name suitable? against our religion?
3- do you like to make a visit and try the food here?

Wednesday, May 20, 2009

suasana peperiksaan di uttar pradesh

suasana sesak di dalam dan luar kawasan sekolah. ibu bapa tidak mengenal erti penat, patah untuk jemu melihat anak sendiri menduduki peperiksaan. keputusan yang cemerlang amat penting untuk menjamin tempat di peringkat yang lebih tinggi sama ada ke kolej perubatan, pusat latihan kejuruteraan mahupun di bidang pengurusan fesyen. ada juga tempat disediakan untuk ke kolej latihan krew penerbangan namun rupa paras yang cantik menjadi ukuran.

kepanasan yang membahang, membakar kulit setiap mereka yang bersidai diri. namun jelas di minda mahu melihat anak berjaya. hari ini merupakan hari peperiksaan di sekolah-sekolah seluruh daerah di negeri uttar pradesh, india. sememangnya jika di negara kita, ibu bapa mungkin akan hanya memberi ciuman harapan sebagai inspirasi kepada si anak supaya menjawab soalan peperiksaan dengan tenang. namun di sini, ianya berbeza.

seluruh pelajar dilihat tidak tenteram menanti kertas soalan diedarkan di dalam kelas. udara yang panas bebas berhembus masuk ke dalam kelas yang hanya bertingkapkan jaringan "wire mesh". terlihat jelas ibu bapa yang berdiri di luar kelas, berpusu-pusu berhimpit-himpit sesama mereka dengan tangan yang memegang erat dawai tingkap. anak-anak murid di dalam kelas kelihatan gugup dengan soalan yang bakal dibaca.

sebaik jarum minit jam di hadapan kelas menyentuh senggatan dua belas, seorang guru berkata "starttt!". seluruh pelajar dengan pantas membuka buku soalan. kelas dilihat memanjang ke belakang. sungguh padat dengan pelajar, mungkin ratusan pelajar. gambaran ini mengingatkan kita dengan kisah p.ramlee di mana satu kelas didiami lebih dari seratus pelajar. namun pelajar di sini adalah pelajar yang bertuah kerana keluarganya mampu menanggung kos persekolahan yang tinggi.

jeritan ibu bapa semakin kuat didengar. guru yang bertindak sebagai pengawas peperiksaan tidak dapat mengawal keadaan. seorang demi seorang pelajar membuka nota kecil yang ditulis dari rumah. nota kecil yang juga lebih dikenali sebagai "toyol" menjadi nadi utama para pelajar supaya mereka dapat menjawab soalan sebaik mungkin. guru menjerit memberi amaran di hadapan namun tiada yang peduli.

ibu bapa di luar kelas terus bertanyakan anak mereka supaya menjawab dengan sebaik mungkin. bagaikan menonton erlumbaan kuda, tangan melambai-lambai seperti memegang nombor ekor, ada yang melompat dan ada juga yang terpekik menyebut nama anaknya. seorang pelajar membaca soalan, menghadapi masalah bagi menjawab lalu kertas soalan itu dikoyak, direnyukkan dan dilempar ke luar tingkap. bapanya menyambut dengan cekap lantas terus membuka soalan itu. si bapa tadi menulis jawapan bagi 3 soalan tersebut dan kemudian ia dilemparkan kembali kepada anaknya.

pelajar lain ada yang terus menjerit kepada ibunya, membaca soalan-soalan. si ibu bertanyakan muka surat mana yang perlu dibuka bagi mencari jawapan tersebut. sungguh pikuk, suasana bertambah tidak keruan. ada di antara para ibu dan bapa yang mengoyak helaian buku teks lantas di lontarkan kepada anak mereka kerana gusar membazir masa anak-anak mereka menjawab soalan. senario ini terus berlaku sehinggalah masa menjawab tamat.

bentuk soalan biasanya merupakan subjektif di mana kertas jawapan diasingkan dari kertas soalan. kertas kajang disediakan oleh pihak sekolah untuk para pelajar menulis jawapan. namun begitu, setiap kali penghujung semester, kelihatan banyak buku teks sekolah bertaburan di tepi jalan. pelajar sekolah hanya membaling buku-buku teks mereka ke luar tingkap bas sekolah, kerana buku itu tidak berguna lagi. ia bukan bermakna mereka telah tamat persekolah, tetapi kerana buku teks itu telah tidak lagi mengandungi baris ayat ilmu. banyak muka surat yang telah digunting untuk dibuat nota ke dalam dewan ujian. ada juga yang dikoyak oleh ibu bapa yang telah bertindak mengoyak halaman itu kerana khuatir masa yang singkat diberikan semasa menjawab soalan peperiksaan. pelbagai lagi sebab musabab lain, namun itulah fenomena peperiksaan di sini.

Tuesday, May 19, 2009

fcuk

ini merupakan kedai yang amat saya suka. cuma masalah utama adalah berkaitan saiz. kalau ada saiz xs saya beli. haha...itulah masalah utama saya selaku orang asia yang kurang tinggi dan pinggang kecil. tapi saya pernah membeli beg galas untuk kegunaan harian. harga memang grand jugak tapi berbaloi kerana mendapat pujian ramai dan ianya selesa digendong ke hulu hilir. tapi saya beli beg itu di suria KLCC, bukan new delhi. haha..tapi beli di mana pun sama sebab harga yang tertera di tag adalah US dollar. bagi mereka yang mempunyai ketinggian tahap nasha aziz, silalah ke gedung ini kerana ianya menarik untuk diterokai, tak suruh beli pun. dulu nyaris beli seluar dia di pavillion KL tapi tiada saiz. haruskan saya menggemukkan badan? nanti rendang pula. haha... sungguh kasihan diriku.

Monday, May 18, 2009

dialog pagi : menanti pasti

encik kamaruzaman merupakan seorang pakar bidang IT. beliau bekerja di sebuah syarikat gergasi yang kini sedang rancak membina terminal lapangan terbang antarabangsa indira gandhi, new delhi. beliau tinggal bersama keluarga di sebuah pangsapuri. namun di suatu hari, beliau bersama anak-anak telah mengalami masalah berkaitan televisyen kabel, yang mana ia merupakan sistem rangkaian TV secanggih astro di malaysia. terdapat beberapa syarikat yang mengendalikan TV kabel ini, iaitu dish tv, tata sky dan sebagainya.

encik kamaruzaman : dah seminggu rosak tv kabel ni. sian kat budak takboleh tengok tv.

isteri beliau : ya lah. budak yang kecik nak tengok kartun pun tak bolah. call la orang dish tv tu.

encik kamaruzaman : eh dah call kan semalam. dia janji nak datang hari ni. kan semalam plan nak pergi jalan-jalan bawak anak-anak tapi sebab dah janji dengan orang dish tv nak datang. katanya pukul 2 petang. sekarang dah 2.10 petang, sekejap nak call dia balik.

encik kamaruzaman terus membuat panggilan lalu dijawab oleh seorang lelaki. lantas encik kamaruzaman dengan tertibnya memulakan bicara.

encik kamaruzaman : hello?? dish tv?? i made a call yesterday to you for repairing our dish tv.

lelaki dish tv : yes sir! yes sir! sorry sir. i am late because traffic jam. now i am on the way to your house, near that roundabout, will be there within 20 minutes.

encik kamaruzaman : ok. thank you. please be faster because my family and i will go outside later. i hope you can be punctual, you promise yesterday right?

lelaki dish tv : yes sir! i know. dont worry. i do my best.

panggilan diputuskan. encik kamaruzaman memaklumkan kepada isteri dan anak-anak tentang berita itu. segera mereka bersiap sedia menukar pakaian kerana encik kamaruzaman berjanji untuk membawa keluar bersiar-siar.

hari makin panas. seluruh seisi keluarga yang menunggu kini mula resah. tudung yang dipakai oleh isteri encik kamaruzaman mula tak keruan. masa 20 minit yang dijanji telah lama berlalu. kini jam menunjukkan tepat jam 3 petang. lantas encik kamaruzaman membuat panggila kedua.

encik kamaruzaman : hello...where are you? are you having problem to reach my house?

lelaki dish tv : yes sir. i am almost there. which one is your house sir?

encik kamaruzaman : at my place, only has one apartment. i live in second floor. do you need my address again?

lelaki dish tv : no need sir! i know! i know! you just wait there. i am coming now. give me just 5 minutes.

seisi keluarga kembali ceria. lantas encik kamaruzaman mengarahkan sesiapa yang terasa ingin ke tandas, sila berbuat demikian sebelum bertolak pergi. barang-barang mula dibawa turun ke kereta yang telah disiap diservis. kalut melalukan persiapan akhir, masa berlalu pantas, jam menunjukkan tepat jam 3.30 petang. namun kelibat pihak dish tv belum jua tiba. sekali lagi membuat panggilan.

encik kamaruzaman : hello...please faster because we decided to go out later on. please be faster.

lelaki dish tv : yes sir! i am coming with my men. they all are very experienced. only 10 minutes needed to do repairing. small matter.

encik kamaruzaman : yes that is not my problem. my time is precious. please be hurry. i am tired of waiting.

lelaki dish tv : ok sir. when i reach level 2 floor, i call you. ok? seriously i am coming.

encik kamaruzaman : ok. this is my last call. i want you to call me after this, i give you 15 minutes.

lelaki dish tv : ok sir. i understood.

beberapa anak encik kamaruzaman telah turun ke bawah. isterinya juga sedang membawa turun kelengkapan, maklumlah hidup di negara orang, pelbagai perancangan perlu dibuat teratur supaya tidak mengundang masalah. encik kamaruzaman yang kasihan terhadap anaknya, turun ke bawah menghidupkan enjin supaya bahang siang dapat didinginkan dengan sistem penyaman udara. lalu dia kembali ke rumah.

masa berlalu, resah menyelubungi jiwa encik kamaruzaman. diperiksa segala suis lampu, segalanya ditutup. tingkap dan pintu balkoni belakang telah ditutup dan dikunci supaya tiada anasir luar datang menceroboh. hanya menanti pihak dish tv yang katanya sudah berada di lokasi rumahnya. dengan sabar, beliau membuat panggilan akhir kerana kurang yakin dengan masa yang diberikan. kasihankan anak-anak yang telah girang menanti di dalam kereta. jika terlewat lagi, hari makin gelap dan masa yang diperuntukan untuk bersiar-siar akan menjadi sia-sia. hari ini adalah cuti yang dipohon oleh encik kamaruzaman minggu lepas walaupun kerja yang menimbun di pejabat. lantas panggilan dibuat.

encik kamaruzaman : hello...where have you been? now is 4.15 pm. where are you?

lelaki dish tv : i am coming sir but problem sir!!

encik kamaruzaman : what problem? if you need me to pick up you, tell me where you are then i come. where?

lelaki dish tv : actually...

encik kamaruzaman : actually what? what is your next excuse?

lelaki dish tv : actually today is holiday. i am coming but tomorrow sir.

segera encik kamaruzaman menutup telefon genggamnya dah berlari ke muka pintu. tiba-tiba anak-anak dan isterinya tercegat di situ dan masuk ke dalam rumah.

isteri encik kamaruzaman : lain kali je lah. dah lewat ni. tempat tu pukul 5 tutup. kalau nak bertolak sekarang pukul berapa nak sampai? tak pa lah, nanti pergi marah kat orang dish tv tu. apa main-mainkan kita macam ni.

encik kamaruzaman : ok lah.

awek delhi

ini adalah seorang gadis yang dilihat sedang berlegar di restoran karim cawangan baru rajouri garden, new delhi. wajahnya persis gadis malaysia namun dia juga bijak bergaya dan tampak manis dengan anting-anting tersebut. haha...tidak ada sebarang niat saya candid wajah beliau, hanya untuk paparan anda si pembaca. mari mengenal wajah-wajah mereka di delhi.

cotton and chiffon

saya bukan "SS" wahai annand!

cotton of good quality.


chiffon with geometrical abstract design.


those two types of fabric i found at nehru place. so far i bought only 8 pieces which is 4 metres each. there are so many patterns, types of particular chiffon and cotton. so im getting blur on how to choose the best or the latest design to bring back to malaysia. hopefully, i did but when i reach home i found myself in doubt. im not having instinc with this newly fabric but on my oppinion i tried to get something fresh, up to date wannabe and elegant look. does it look matching with your figure? maybe we have a different angle of evaluating those design. hopefully i didnt make a big mistake. check it out there on this fabric blog.

memori 4 waruna (part 9)

sambungan dari memori 4 waruna (part 8)...


dialog

hani : eh chopp! pasai pa kulit kerang pulak?

nahar : tak tau...malam ni hang pi selidik bawah meja dia. kalau ada.

kemudian, hani memperbetulkan tudungnya. kini tudung hani kian tidak teratur itu kian kusut masai, herot-petot dan tak keruan. terdapat seurat dua rambut terjulur keluar.

hani : lorr..sampai la dia duk bagi lagi ka??

nahar : haha..ha la! awat hang tak tau ka?

hani : pasai pa eh? lawa sangat ke?

nahar : ntah..rambut perang kot. pastu anak orang kaya. kawan dah bajet cute, mesti la dia rasa dia buleh dapat. ke hang pun skandal jugak? weyy lupakan lah! dia dah skandal!

hani : haha..gila pa. tak hingin aku! not my taste.

nahar : ceh! ngada. taste hang sapa?

hani : kuajaq!! dah hang jangan nak ungkit kisah form 1 dulu. tak sanggup aku!

nahar : hahaha.. ok ok!

hani : aku pelik tengok dia duk buh ranting kayu kat sudut nota belakang kelas dia. merapu.

nahar : wehh..hang ni tak reti menilai seni. bak kata abang roslan matriks dulu, "pelik itu menawan". hahaha..aku tau dia pun pelik gak. suka buat "rolkol". gila betul. pastu dia pi surau pakai baju gambaq cicak. dah tu kami pun jahat gak, sebab dia selalu suh wat al-mathurat, kami panggil dia "wayuhyiwayumi". haha...teruk btul. tapi memang pepagi buta tak larat la. nak bukak mata pun tak buleh. malam-malam jadi hamba abdi buat maggie bancuh ayaq, tidoq kul 2 pagi, kul pat setengah dah "rolkol". ngantuk gila.

hani : hahahaha...wei nak gelak lagi. hahaahha...

kelibat husniyah tiba mengejutkan kami. husniyah dengan tiada segan silu berdiri di sebelah hani seraya menumpang sekaki mendengar kisah gosip kami.

husniyah : wei apa dia? nak gelak jugak?

nahar : weyyy suka hati hang ja nak gelak. wooo banyak cantik, share gosip tak moh, tau-tau nak menumpang. nonie ni memang nak kena.

husniyah : weii mana ada. aku tau gosip pun hani bagi tau.

hani : weiii, hang nak kena pijak ngan aku kaaaa????

nahar : hahaha..dah lah. sian nonie. kan kan?? sat ni dia repot abang azizan pulak. haha

husniyah : weyy mana ada!!! tu sir yang wat cerita!!!

hani : haha...eleh nonie aku tau hang minat dia. nonie minat orang alim. bukan macam mirwan ashran. hahaha..stakat rambut perang, buh ja inai mekah. merah terus!

nahar : wehh hang ni hani! terus nonie tau gosip hang. rugi jaa!!!!

hani : tak pa...aku redha.
nahar : hahaha...

hani : weyyy husniyah ambik buku atas meja pijah sat. baling ja!

husniyah : ambik la seniri. malas ngat aih!

hani : ha la! kalau aku banyak bergerak, sapa nak ganti lemak-lemak aku yang terbakaq tuh?

nahar : hahaha...

terlihat hasnor berjalan di belakang kelas dengan muka bengang, tiada peri kemanusiaan...

hani : weyy hasnor! aku tak bayaq lagi duit puan ooi! file ngan tali hijau tuh. mahai nya. awat fail buruk tu pun kena bayaq? bukan free ka?

hasnor : ha!! hang tak bayaq lagi. aku hutang kat puan ooi. dia bising dah semalam.

nahar : brapa lagi tak bayaq?

hasnor : tujuh ringgit dua kupang lima duit.

hahahaha!!!! kami semua ketawa. sungguh bahagia menghabiskan saat-saat suka duka bersama sewaktu di kelas 4 waruna yang sungguh kebal dengan keceriaan.


sedutan episod akan datang :
apakah yang akan berlaku pada episod terakhir paparan memori 4 waruna? sila ikuti mereka yang sentiasa sepakat bersama "sederap meluru memburu gagal sifar".

united colors of benetton

saya suka mengajak anda membeli belah di kedai ini, sebab pakaian amat selesa. di malaysia dulu tak berapa kenal, datang new delhi kedai ini bersepah. so, masa sale disember lalu, ada la masuk tengok-tengok. terbeli la 2 helai seluar dan sehelai tshirt lengan panjang. harganya murah di sini sebab kebanyakannya made in india. kat malaysia sila lah survey. ada pakaian lelaki dan perempuan even kanak-kanak termasuk aksesori. so lengkap lah! dari pakaian kasual kepada sut pejabat. kasut pun ada. selamat berbelanja...

Thursday, May 14, 2009

memory 4 waruna (part 8)

sambungan dari memory 4 waruna (part 7)

perut kenyang, badan terasa amat berat. melabuhkan badan merasai keempukan tilam dengan bantal tak bersarung cukup nikmat. aku menggeliat di atas katil, namun kotak fikiranku bercelaru memikirkan kelas persediaan petang yang sungguh bosan itu. beberapa ketika, aku berjaya melelapkan mata.

"wuhuuuuuu!!!!!!!!" terdengar pekikan suara azharudin dan syaihan. aku terjaga dari tidurku yang tidak bermimpi. berat terasa kepalaku, namun berat lagi kepala naim abdul rahman. lantas aku terjun ke lantai serta bersiap untuk ke kelas.

setibanya di hadapan warden, aku melihat faridah hashim, nor hafiza dan beberapa lagi pelajar perempuan sedang berjalan sesama mereka menuju kelas. faridah hashim menjadi tumpuanku. tengah hari yang panas terik, membuahkan titisan peluh di sekitar mulut terutamanya di bawah hidung, antara hidung dan bibir atas. faridah berkain singkat, jelas kelihatan tika berjalan, tapak kakinya mencapah. berbeza dengan siti zalipah yang hanya tapak kaki kanannya yang menumpu ke dalam.

aku terus berjalan, dan akhirnya tiba di kelas. kelihatan noor hani yang masih mengenakan baju seragam sekolah sedang sibuk berbual mesra dengan noor samsinar. tudung hani cukup serabai, lantas aku menegurnya,"weyy hani! pasal pa tudung hang tak buat kelepet? seghonyeh ja". noor hani menjawab, "aku malas lah! biaq pi lah. benci hang tau dak, tudung aku ni licin hang tau. haha...malas nak adjust satgi habih bedak aku".

"hani suka pekai bedak!" suara sayup dari belakang menyapa kami. rupa-rupanya khadijah orang. senyum sipu-sipu malu. lantas nor samsinar menambah, "weyy syed nak tau dak bedak apa hani pakai? mesti la bedak sejuk nyonya mampir".

"weyy..sknaq suka hati hang ja. jaga hang sat lagi aku duduk atas hang! bukan nyonya mampir. nyonya mener lah!! haha.." marah noor hani dalam sayang. noor hani bangkit dari kerusi, terusi melabuhkan punggungnya duduk di atas riba samsinar.

"arrrr!!! aduh sakit. haha...hish! juboq lebaq!" jerit samsinar sambil ketawa.

dalam keceriaan pelajar 4 waruna bergurau senda, aku melihat nur yasumira dalam gundah gulana. beliau dilihat sedang bercakap dengan adiknya, iqbal di balik tangga. aku khuatir jika igbal dan kawannya bergaduh lagi dengan pelajar tingkatan 4 khususnya. mereka sememangnya pantang berselisih, silap sedikit akan bercakar, bagai anjing dengan kucing!

petang ini aku menghabiskan masa dengan berbual bersama noor hani. aku terfikir akan suatu kisah semasa di tingkatan 3. noor hani yang merupakan pelajar kelas bahasa perancis pernah mengutarakan persoalan tentang kewujudan buah epal di bawah meja, semasa kelas bahasa perancis, di dalam meja yang ditumpangnya. buah epal yang merah lagi enak itu ditinggalkan bersama kertas nota seakan kad ucapan dedikasi yang telah digubah sendiri. namun pengirimnya adalah seorang misteri.

aku berhasrat ingin berdiskusi bersama noor hani dengan lebih lanjut dan terperinci. aku memilih kerusi belakang sebagai tapak strategik bagi mengupas misteri ini namun hani mempersoalkan kedudukan itu, supaya kami memilih kerusi di bawah kipas. lebih sejuk dan suhu badan menjadi seimbang jika berbincang kisah panas. kisah ini bertambah panas apabila noor hani sendiri telah menyedari arus perubahan yang berlaku sehingga misteri itu menghantui dirinya justeru beliau gagal memberi tumpuan ketika dalam kelas bahasa perancis di bawah kelolaan puan neoh swee hoe.


dialoq


hani : weiii, aku rasa memang dia yang bagi. tapi pasai pa nak bagi? special sangat ke? aku tengok dulu hari-hari ada ja. aku dah la lapaq, tengok coklat cadbury wat aku terliuq ja. nak ja aku makan.

syed : ye ke? mana hang tau?

hani : lorr...awat tak tau plak. tahun lepas, kelas perancis kami pakai kelas 4 waruna. aku pulak duduk kat tempat dia.

syed : ooo...jadi hang tau la! pasai pa hang duduk situ? hang pun skandal jugak ke?

hani : sorry la. not my taste! tapi aku heran la. asal aku duk situ ja, meja dia mesti ada makanan siap ngan kad ucapan. orang tu buat sendiri tuh. rajin duk buat.

syed : haha...tapikannnn...choppp!!! dia tulis apa? aku tau mesti dia punya kerja. sebab dia je yang suka buat hiasan pakai ranting kayu la, daun kering la, macam-macam.

hani : banyak tulis dalam english. selalunya "good luck", "happy wednesday", lirik lagu pun ada, kadang tu macam poem sonnet 18 pun ada. bila masa dia letak?

syed : bila orang tak dak la kot.

hani : yang heran kadang tu kelas pagi. kelas mula sekali. ntah mamat tu tak tau pun apa ada dalam meja dia. aku nampak dulu. sekali tu dia siap tulis nak mintak dijadikan adik angkat. nyampah la pulak. tapi biasanya kad-kad tu semua akan dibuang. sebab next kelas aku tengok meja dia clear ja. tak tau la kalau dia simpan. haha...tapi yang kekal atas meja bawah pelapik plastik tu tiket perlawanan bola kat kelab orang putih mai mesia tuh.

syed : aku rasa dia buh malam. lepas prep malam. aku selalu nampak dia balik lambat. bukan tahun lepas ja, tahun ni pun.

hani : ya ka?

syed : awat tak tau pulak. malam tadi aku nampak kad baru dalam meja dia. design baru tuh.

hani : design apa? takkan tak tulis apa-apa lagi? siap ke belum?

syed : kulit kerang dan cengkerang siput. haha..siap dah. mesti la design baru kali ni ada maknaaaa!!! ada siput di balik mi! tringat la pulok masa makan high table, sekali dalam sup sayuq cikgu sohor ada siput babi. haha..padan muka. kita kompen dia tak caya, hambik. geli aku!

pembuka bicara antara aku dan noor hani jusoh kian beransur panas. penuh teka-teki. sedikit demi sedikit misteri dikupas, sehingga khusyuk dan tawadhuk menyampaikan isi hati namun sesekali mentafsir kebarangkalian kisah panas ini, kami ungkapkan dalam nada suara yang cukup istiqamah. terang, jelas dan tidak dengung.


bersambung...


sedutan episod akan datang :
apakah misteri yang dianalisis oleh penulis dan noor hani jusoh? siapakah yang menerima epal merah? siapakah yang menulis kad-kad aneh itu? bagaimana ia berlaku? apakah kaitan antara cengkerang siput dengan ucapan di atas kad tersebut? (ikuti mereka ; noor hani jusoh, husniyah halim dan hasnor nashrah)

Wednesday, May 13, 2009

memory 4 waruna (part 7)

sambungan dari memory 4 waruna (part 6)...

"sirrr! dah siap belum soalan semalam? tiru!" aku membisik ke arah siti zalipah namun tidak dilayan. noor hani menjeling aku lantas dia bersuara, "nah! cepat sikit". aku segera membuat salinan sepantas kilat memecut laju menyalin setiap patah kata tanpa berfikir. sememangnya aku lemah dalam subjek bahasa inggeris.

"good morning teacherrrr!"semua murid memberi ucap pagi.

"okay! close all your books. today i wont teach you about these short stories even the poems. i tought we may do some interesting lessons. do you have any idea?" puan zuraidah bertanya. kami semua terpegun.

"teacher! nak buat apa?" nur solihah bertanya sambil tersenyum dan memandang ke sekeliling kelas. tiba-tiba syuib berdiri, "teacher! homework semalam tu soalan number five dalam poem sonnet 18 tak cakap pun musim apa yang cantik. summer atau spring?"

"okay, take a look at soalan 5. we go for short discussion. commonly, in the united kingdom the most beautiful season is summer, bloom and blossom! am i right? usually even malay, we will describe something beautiful like...as beautiful as a blooming flower. sonnet 18 is written by a very legendary poet, by william shakespears who was born in upon avon, UK. so we have to fresh our knowledge about the place he was born. okay? maybe in other country spring is much better but we have to consider this question based on its original circumstances," panjang lebar ulasan puan zuraidah.

sambungnya lagi, "actually, today im not feeing better. i wish to let us destress. how about if you play some light game. i think spelling bee is fine. okay?? we go playing this game only for 20 minutes then we continue for our literature study."

"Yessss!!!" keseluruhan pelajar menyatakan persetujuan.

"i guess all of you knew the terms and conditions of this game. who did mistake like giving wrong spelling or too late replying or who are discussing, this people will be disqualified. ok? i start with azharuddin with a letter or K,"ulasnya lagi.

"K for kite"...terus bersambung kepada pelajar disebelah dan seterusnya.

"E for elephant, E.L.E.P.H.A.N.T"...

"T for tame, T.A.M.E"..

"E for Apple, E.P.P.E.L"

puan zauraidah seraya menjerit, "idasaryyyyy! i nak ketuk you. suka hati u spell apple salah? even small childrens know, so embarassing. apple is A.P.P.L.E!!!! you are the first to be disqualified!" seluruh pelajar mentertawakan idasary. idasary hanya mampu menutupkan mukanya dengan telapak tangan, menanggung malu selaku bekas pelajar set 1 dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3, namun kini di set 2.

setelah beberapa pusingan, kejuaraan menjadi milik nur solihah. sememangnya beliau sepatutnya berada di set 1 kerana begitu lancar, petah berbahasa inggeris dari awal mula. saingan utama beliau hanya datang dari syuib dan noor hani jusoh, mungkin hani tewas dek kerana tulisan beliau yang sungguh cakar ayam. pernah hani yang mengantuk, memegang pen menyalin nota, tidak sedar mata penanya yang berlalu di atas kertas, terus mengulit dakwat sehingga ke atas meja sambil matanya terbuka separa.

syuib disuruh puan zuraidah mendeklamasikan puisi sonnet 18. lantas beliau berdiri.dalam keheningan pagi jumaat, seluruh pelajar lelaki kemas berpakaian kebangsaan iaitu baju melayu bersampin hijau muda serta bersongkok hitam. sebaik syuib berdiri, aku melihat siti zalipah yang berada tepat dibelakang syuib, menutup mulutnya. bahu siti zalipah berdenyut-denyut, sambil noor hani jusoh yang tadi mengantuk kini segar bugar.

wah! kini kutahu kenapa mereka ketawa. jelas! sungguh mengaibkan. dari belakang, aku dapat melihat sampin yang dipakai syuib tersedut ke celah punggung. aku juga hairan, biasanya ia terjadi jika seseorang tidak mengenakan seluar dalam. tapi, hari ini hari jumaat dan sampin itu cukup tebal untuk terlipat dan disedut. padanlah siti zalipah dan noor hani tersipu-sipu ketawa tak berbunyi, walhal aku tahu ia sungguh melucukan.

perkara ini pernah berlaku sewaktu awal kemasukan kelas 4 waruna apabila fadli shah pernah melihat perkara yang sama berlaku ke atas seorang pelajar perempuan di kelas itu. padanlah fadli shah yang melihat kejadian tersebut dengan secara spontan beristighfar sebanyak 2 kali.

"kringgg!!" loceng berbunyi menandakan kelas tamat dan kami semua bersurai. perasaan gembira kerana hari jumaat bilangan kelas hanya sedikit.

tamat beberapa sesi kelas, selepas jam 12 tengah hari, semua pelajar lelaki akan ke masjid telekom untuk solat jumaat. selain itu ia turut menjadi igauan mereka yang gemar akan lauk udang sambal yang dihidangkan untuk menu makan tengah hari di dewan makan.


bersambung...


sedutan episod akan datang :
apakah aktiviti pelajar 4 waruna di hujung minggu? teruskan membaca episod akan datang apabila penulis bertemu noor hani jusoh membincangkan sebuah kisah panas, iaitu sebuah pendedahan eksklusif. (ikuti mereka : noor hani jusoh, nuryasumira, khadijah dan penampilan khas faridah hashim)

Tuesday, May 12, 2009

delhi post : tasting capatti

a monkey was having lunch with capatti.

actually there was a baby monkey hiding inside the tenderly mother' care.

memori 4 waruna (part 6)

bersambung dari memori 4 waruna (part 5)...

"tahukah kamu guru itu mengajar agama? kenapa kamu bersikap kurang ajar?" suara tegas bergetar cikgu noraini ahmad memecah sunyi yang hanya diselang-selang bunyi kipas berputar. tatkala itu kelihatan faridah hashim yang tiba-tiba muncul ti pintu, terpacul seakan ingin berkolaborasi mengisi hari petang, namun usahanya terbantut melihat cikgu noraini yang berdiri di hadapan. faridah hashim lekas terus beredar.

"kenapa kamu tak tahu menjaga adab? guru itu menangis, mengadu kepada saya yang kamu melawannya, itu biadab! apakah dosa dia yang hanya mengajar kamu ilmu agama? kalau kamu tidak menghormati guru, kamu seperti derhaka kepada ibubapa kamu. itu adalah dosa."cikgu noraini terus memberi tohmahan percuma. mungkin beliau hanya mendengar rintihan dari sebelah pihak. kami langsung tidak bersuara, hanya sekadar menerima apa sahaja. seluruh pelajar akur kerana tidak mempunyai medium perantara lain kerana kuasa tidak berpihak kepada pelajar.

cikgu noraini sempat menjeling ke arah 4 pelajar lelaki. kami disifatkan lemah kerana gagal mengembleng dan membimbing 26 pelajar perempuan. ashabul yamin berkelakuan aneh kerana masih mampu senyum, dan terdengar tawa kecil. aku yang mudah membuat analisa melalui ironi ini mula menafsir sesuatu. tapi padaku, itu mungkin kerana beliau cukup rapat dengan guru tersebut, seperti sudah biasa bersemuka oleh itu menghasilkan bibit ironi tersebut.

cikgu noraini terus berhujah petang itu, selama hampir separuh jam. tamat hujah, beliau memberi salam dan terus beredar tanpa sempat kami berdiri memberi salam hormat. kemudian, kami kembali bising. setiap sudut berbincang tentang perihal sebentar tadi. tidak lama selepas itu, ustazah husna masuk ke bilik darjah dan tercegat di hadapan. menyambung kesinambungan yang baru dilalui.

isi yang disampaikan ustazah husna hanya sama. aku sekadar memekakkan telinga. selepas ustazah husna pergi, barulah nafas ditarik lega. aku ke belakang menghampiri meja natasha aqilah untuk bergosip. terasa panas punggungku apabila mendengar ceramah percuma tadi. dengan tidak semena-mena, kami terus bergelak ketawa berbual kisah hidung. aku memberitahu natasha suatu resipi bagaimana untuk membangkitkan semangat diri apabila berhadapan musuh. perbualan ini hanya sekadar membangkit suasana gundah bertukar ceria.

"weyy, nak tau dak. katakan lah kalau hang nak bagi bengang kat sorang tu, cuba hang tengok lubang idung dia lama-lama. lepas tu konfem rasa bengang. terus membangkitkan ideologi nasionalisme. haha.."aku berjenaka bersama tasha dan sememangnya natasha hanya ketawa kecil namun siti zalipah yang ketawa "over".

tamat kelas persediaan petang, seluruh pelajar pulang. menyambung episod baru di hari esok dan begitulah saban hari. sungguh memenatkan jika difikirkan, melalui usia remaja di dalam jaringan asrama, berpagarkan undang-undang namun kini ia bagaikan segar dalam ingatan.

keesokan pagi...

kringggg!! loceng berbunyi. seluruh pelajar bersiap sedia membawa segala buku dan peralatan untuk ke kelas bahasa inggeris. aku yang sudah kelewatan segera memecut laju menuju ke set 2, kelas cikgu zuraidah. aku sempat berselisih dengan cikgu loh teik sze dan mengucapkan selamat pagi kepadanya. tiba di kelas 4 utarid, aku melihat azharuddin sedang bersemangat membaca buku kompilasi puisi dan cerpen, terlihat beliau sedang membaca kisah the lotus eater .

aku di sebelah fakhzan rosli. terlihat nur solihah sedang menggoncangkan kakinya, cukup pantas, mungkin sedang melakukan senaman ringan untuk mengelakkan diri dari mengantuk. noor hani baru tiba, terus duduk di sebelah siti zalipah. tidak lama kemudian, bau harum semerbak minyak wangi berjenama avon iaitu far away menusuk hidung. haruman ini cukup popular di sekitar lewat 90an. petanda bagi haruman ini bukan jelmaan makhluk halus atau orang bunian tapi ia bermakna cikgu zuraidah sedang dalam perjalanan menuju ke kelas bahasa inggeris set 2.


bersambung...


sedutan episod akan datang :
apakah tragedi istimewa yang berlaku dalam kelas bahasa inggeris set 2 di bawah kelolaan cikgu zuraidah ini? siapakah mereka yang terlibat? (ikuti mereka ; fakhzan rosli, siti zalipah, noor hani jusoh, nur solihah, azharuddin dan penampilan istimewa syuib)

Monday, May 11, 2009

delhi post : uttar pradesh auto-rickshaw





all these photos were taken when i was on journey to agra. just passing the border or uttar pradesh at faridabad, i saw the public carriages were different. the auto-rickshaws (commonly known as tuk-tuk) were black in colour and bigger size. different with the same type cab in delhi. dont ask me about the safety aspect as they seemed to be so comfortable for this facility, maybe they are not demanding good accomodation as they prefer for economic transport.

memori 4 waruna (part 5)

sambungan dari memori 4 waruna (part4)...

krekkk!!! kerusi bergesel dengan lantai, kelihatan azizah yang tinggi berbaju biru pengawas bangun berdiri, lantas dia menyatakan isi buku hatinya, "ustazah, saya selaku salah seorang pelajar 4 waruna di sini ingin menegaskan, bahawa saya tidak masuk ke mana-mana belah pihak. saya ingin tidak mahu....".

belum sempat azizah menghabiskan ayat-ayatnya, ustazah jamilah terus meluru keluar. sambil beliau berjalan, terdengar tangisan, "wuuuu...jadi maknya kamu semua nak lawn saya la ni? tak pa! tak pa!..wuuuu...!!!!". azizah masih terpaku, kepalanya masih teleng 25 darjah, mulut separuh bukaan dan bibir muncung menjebik. detik hatiku tergambar, azizah mungkin kecewa kerana belum sempat mengutarakan kata-kata jampi serapah beliau, iaitu "dengan kata kunciii.."

kami semua terpaku di dalam kelas, pun begitu kepuasan turut dirasai jauh di dalam benak hati. aku menjeling ke arah norhasliza atau lebih mesra dipanggil kak cik liza, dia hanya duduk dan masih bersedih. kelihatan wajahnya pilu dan masih bergenang titisan air mata, belum kering semenjak menangis ketika berdiri di hadapan, mungkin terkejut dengan momentum perubahan drastik yang berlaku. maksud kenyataan azizah ghazali tentang "tidak memihak kepada mana-mana pihak" telah ditangkap oleh ustazah jamilah sebagai kami pelajar 4 waruna telah melancarkan perang secara padu. beliau menangis, menaiki anak tangga dengan hentakkan kaki yang agak jelas kuatnya, meluru ke bilik guru, "wuuuu....". kelas 4 waruna kekal diam.

ashabul yamin mencemuh, "ish korang ni". lantas ashabul yamin juga terus belari keluar, digusari menghala ke bilik guru. azizul othman memandang belakang ke arahku, dia memberitahu bahawa dia rasa ingin mengekori ke mana ashabul yamin menghala semata-mata atas dasar semangat inkuiri beliau. aku hanya menjebik kerana aku pada waktu itu berpuas hati dan menyokong penuh akan situasi yang berlaku.

mungkin tindakan kami akan diwartakan sebagai kurang ajar. tapi kami ingin menegakkan hak sebagai pelajar yang ingin mendapat perhatian melalui pembelajaran kerana saingan yang kian kompetitif, justeru meningkatkan prestasi masing. kami bukan pantang dibanding, tetapi merasakan maruah dijatuhkan kerana pernah sesekali ustazah jamilah menyentuh hal mengenai kenapa pihak sekolah masih memberi peluang kedua kepada mereka yang tidak mendapat A dalam mata pelajaran sains dan matematik pada PMR lalu untuk terus belajar di SERATAS.

aku juga dapat mengimbau kenangan pahit bersama beberapa pelajar lain. masih segar di sanubari apabila tidak lama dulu ustazah jamilah pernah berbual bersama beberapa pelajar lelaki 4 musytari. beliau yang bersuara nada tinggi mempersoalkan prestasi pelajar 4 waruna yang tidak sehebat pelajar 4 musytari. beliau juga menyatakan tidak menyukai beberapa pelajar 4 waruna, tetapi tidak ditekankan dengan lebih lanjut apakah alasan beliau.

pernah juga suatu ketika beliau hadir sewaktu kelas persediaan petang untuk meninjau suasana kelas 4 musytari yang dipegangnya selaku guru kelas. semasa beliau berdiri di pintu belakang, menyaksikan beberapa pelajar lelaki berdiri di atas peti buku bagi menggantungkan kad manila sebagai carta nota subjek. ustazah jamilah pernah bersuara seakan berbunyi, "lain kali buat lah cantik-cantik sikit, takkan nak bagi sama macam kelas W!" pada diriku, ia menyentuh hati.

tidak lama kemudian, ashabul yamin hadir ke kelas. dia hanya diam membisu, tidak berkata apa-apa. bila ditanya dia sekadar menjawab, "tunggu la nanti kena". aku tidak faham maksudnya namun aku dapat berimaginasi akan nasib yang bakal dihadapi oleh sekelas 30 orang pelajar ini. bukan setakat sumpah seranah namun "target"!

kemudian guru sejarah dengan ayunya masuk ke kelas. cikgu sapura pertama kalinya mengenakan kaca mata. namun aku tidak setuju dengan bentuk kaca mata itu. beliau seorang pemudi yang masih muda, cantik mulus serta mampu bergaya lebih dari itu. tapi aku akur dengan jiwa seorang guru yang dikatakan cukup piawai. kaca mata agak besar, bingkai warna emas, tidak sesuai digayakan oleh cikgu sapura yang berwajah kecil molek itu.

tidak banyak yang berlaku pada kelas subjek sejarah, cikgu sapura seakan langsung tidak memberi sebarang komen. mungkin beliau belum mendapat cerita terbaru tentang apa yang berlaku sebentar tadi. mungkin keadaan di bilik guru telah hingar dengan gempita kisah yang diadu oleh ustazah jamilah. 2 jam berlalu, tamat kelas cikgu sapura, loceng berbunyi dan kami bersiap untuk ke surau dan seterusnya makan tengah hari.

jam 2.30 petang, kelas mula dipenuhi pelajar. 4 waruna cukup kekal meriah tetapi kali ini masing-masing berkisah, bercakap perihal kejadian yang berlaku. 4 waruna didiami 26 pelajar perempuan, selebihnya hanya 4 pelajar lelaki iaitu penulis, azizul othman, ashabul yamin dan mohd hidhir pungot. aku bertanya komen dari siti munira, beliau menyatakan berasa puas hati dengan hak pelajar ditegakkan. belajar berguru lebih mendatangkan manfaat dan aku berpendapat, walaupun guru itu bagaikan pelita yang membakar menerangi suasana namun guru dibayar gaji seperti mana kerjaya lain. pembelajaran melalui perbentangan sememangnya baik secara praktis tetapi bukan 100 peratus tanggungjawab pelajar, tetap guru perlu membimbing.

hening petang yang cukup indah itu dinodai oleh suatu kunjungan tidak rasmi oleh seorang yang cukup digeruni. tanpa bunyi, dia memasuki pintu, perlahan berjalan, berdiri di bawah gelombang angin yang dialun kipas pada senggatan 5. seluruh pelajar terpaku melihat sekujur tubuh berdiri dengan tudung labuh berwarna coklat. seluruh pelajar segera kembali ke tempat duduk masing-masing. diam dan memandang ke hadapan, hanya bersedia.



bersambung...



sedutan episod akan datang :
ingin tahu apakah yang berlaku semasa kelas persedian petang itu? siapakah guru yang bakal memberi syarahan percuma? adakah hanya beliau seorang? (ikuti mereka ; faridah hashim dan natasha aqilah)

kemaskini

penat mengemaskini mata pun dah stim mau tidur.

himpunan sari.

himpunan sari sisi lain.

sekarang dah pikul 2.56 am pagi, aku dah telah mengemaskini dan ada lagi tempahan yang belum dibeli. oleh itu, aku akan tulis list dan kemudian terpaksa menghantar sms kepada gedung sari sutera yang dijanji. masih banyak yang belum dibeli dan mujur cash masih ada. dengan ini bermakna tempahan sari akan diambil pada minggu ini, iaitu minggu terakhir. kepada mereka yang masih lagi memegang kuota sila lekas sebelum saya menutup akaun pada 17 may ini, kerana terdapat pelanggan dari alumni seratas yang menyatakan hasrat untuk membuat tempahan lagi.

berita yang dua

padang rumput ini tidak lagi semeriah dulu kerana cuaca panas terik.

seawal pagi jam 6, matahari sudah muncul memberi sinar bahang di tanah delhi. ahad, seperti biasa aku ke bangunan canseri kedutaan malaysia untuk bertemu warga masyarakat malaysia kerana sudah rindu bertutur melayu saban hari. mingkin ia rencana kedua, hasrat pertama adalah menjamu selera. hari ini aku cukup bertuah kerana terlihat hidangan laksa perlis, sayup semerbak bau ikan merona masuk ke rongga nasalku yang sudah bertahun resdungnya. air belacang cukup meruntun jiwa. terdapat makanan lain lagi namun bagiku sudah nikmat terlihat laksa tersebut. berbual, terus berbual. hatiku teringat akan mereka di kodiang yang hiruk pikuk suasananya, mungkin barang kali. lantas aku mencuri khabar dari wan hazila. namun hari ini, cukup bermakna buat hasmahafizi yang menimang cahaya mata setelah isterinya hasnor nashrah selamat bersalin. faridah bersahaja membalas mesej menyatakan hari ini hari ibu namun haniza menjerit terpukau dengan berita dua dalam satu ini. seterusnya hari ini aku ke INA market mengambil pesanan kain sari. haha..

Sunday, May 10, 2009

chandni chowk, old delhi

aku pernah banyak kali pergi chandni chowk, di old delhi. ape? old delhi? new delhi yang sedia nampak "old" tu pun masih ada tempat yang bernama old delhi? jawapannya adalah yes. tempat ini sungguh menggambarkan suasana primitif yang mungkin telah kekal sejak beratus tahun lamanya. antara yang aku nampak adalah masjid shahi sunheri yang dibina pada 1721. old delhi mula dibina sejak empayar mughlai pada kurun ke-16. lamanya? parameswara yang tak de kesan tapak kaki, hampir mitos itu pun jejak melaka pada lingkungan zaman itu. kagum ar pulak sebab di sini pernah menyaksikan suatu tamadun dengan senibina tersendiri, kerajaan, ketenteraan dan sistem perparitan. tapi kenapa delhi masih di belakang? banyak faktor.

"chowk" dalam bahasa hindi membawa maksud persimpangan. di sini ada beberapa simpang yang korang boleh pergi, boleh pilih nak ke mana. ada simpang yang hanya jual kasut. ada pulak yang menjual kain sari jek. ada pulak yang jual barang berasaskan logam seperti sudu garpu, periuk dan belanga. ada pulak satu tempat khusus jual mercun, eh apakah ini sumber diorang buat bom? ada lorong yang hanya jual manik-manik dan riben. pendek kata ianya cukup sesak dengan manusia.

delhi merupakan sarang habitat manusia mau dalam 20 juta atau lebih, itu dengarnya yang berdaftar untuk layak mengundi masa pilihan raya. ada pihak dari kedutaan menyatakan populasi semasa 40 juta. namun dalam otak aku terbayangkan kereta api yang sentiasa sarat dengan penumpang sampai ada yang duduk atas bumbung, semua tu nak mencuba nasib mencari rezeki di delhi. di mundka saja kereta api melalui landasan selang beberapa minit jek, dalam 15 minit jalan ditutup untuk memberi laluan kepada kereta api untuk melintas.

jalan kereta api mundka khusus untuk trek ke negeri haryana. kalau nak ke agra, lucknow atau bandar lain di uttar pradesh, bihar dan wilayah timur laut india, laluannya bukan di mundka tapi terus dari stesen kereta api yang terletak berhampiran delhi canttonment. ada pula landasan lain menuju ke negeri punjab, rajasthan mahupun ke arah selatan, mungkin penumpang akan transit di stesen utama new delhi berhampiran connought place. dasyat!

tak heran lah, india negara ke-7 terbesar di dunia mempunyai penduduk kedua teramai di belakang china, melebihi satu billion. lokasi seperti chandni chowk ini boleh lah anda lawati seraya tengok dengan bijik mata anda betapa padatnya manusia. tadi pergi ke chandi chowk, aku hanya memilih untuk pergi ke lorong jualan kain sari, dari lorong itu, terdapat kedai-kedai kecil, kemudia ada lorong-lorong kecil ke dalam yang makin padat dengan manusia. setiap lorong tidak menunjukkan titik penghujung, mau sesat kalau aku terus berjalan.

kalau anda sedang pening, marilah kita tambahkan lagi kepeningan itu dengan melihat gambar-gambar yang sempat saya ambik, layanlah! jika anda merupakan peminat filem bollywood, lokasi ini menjadi plot utama filem "chandni chowk to china" lakonan akshay kumar dan deepika padukone. chandni chowk merupakan lokasi kepada kebanyakan senibina lama empayar mughlai, kerana old delhi itu sendiri merupakan kota pemerintahan empayar mughlai sebelum dipindah ke agra. nama lama bagi old delhi adalah shahjahanabad. terdapat kota pemerintahan yang cukup luas di old delhi iaitu red fort, masjid tertua di asia selatan dan banyak lagi.

persimpangan utama, chandni chowk.

jenis pengangkutan yang digunakan untuk penghantaran barang, masih menggunakan kudrat manusia sebagai tenaga penggerak. menangis kau kalau disuruh berbuat demikian seperti pak cik tua ini.

lorong kasut, kebanyakannya menjual kasut kulit seperti capal, terompah dan kasut rajasthan.

lorong utama ke penjualan kain sari di chandni chowk.

jauh berjalan menuju ke dalaman lorong sari, bilangan manusia masih belum luak tapi makin ramai lagi ada.

dari lorng simpang, aku masuk ke lorong sari, masuk lagi ke celah lorong kecil dan inilah suasana yang dilihat.

kilauan sari yang biasanya dipakai semasa hari perkahwinan.

senibina di lorong-lorong kedai.

aku telah membeli 6 helai kain sari songket yang setiap satunya 6 meter panjang.

kenangan di chandni chowk, jika anda datang ke new delhi jangan lupa ke sini!