negara india memang aneh. kita melihat rakyat india hidup dalam kesukaran, tapi mereka mudah mencipta nama mahupun karier. adakah ini membuatkan anda rasa anda patut hidup di india supaya bergaji besar?di india bidang pendidikan dilihat mahal. jika anda mempunyai tanah seluas 500 meter persegi dan berbekalkan 20 laks rupees bersamaan 200 ribu ringgit, anda mampu menubuhkan sebuah sekolah. selama 2 atau 3 tahun anda menggaji guru-guru yang mengajar, sekolah anda akan diiktiraf oleh kerajaan india dah selepas itu hanya akan bertindak sebagai pemilik sekolah sahaja. tidak perlu runsing seperti di peringkat awalan penubuhan sekolah anda. selama 2 atau 3 tahun itu, anda mendapatkan keuntungan semula melalui yuran tinggi yang dibayar pihak pelajar.
namun senario berubah tatkala seorang rakyat india bekerja. dengan berbekalkan segulung diploma dari kolej yang anda tidak tahu asal usulnya, mereka mampu menjawat jawatan seperti jurutera. kemudian setelah bekerja selama 2 tahun mereka akan menjawat jawatan di peringkat senior, seperti jurutera senior. mungkin setahun dua lagi gaji mereka akan terus berganda untuk jawatan pembantu pengurus projek. kemudian dengan bertukar ke syarikat lain, jawatan pengurus projek bakal disandang, tika ini gaji mereka mencecah 10 ribu ringgit. aktiviti lompat syarikat dilihat cukup membawa untung, kerana di sini tawaran gaji sangat lumayan kerana konsep gandaan gaji, peluang menceburi perniagaan melalui syarikat induk anda bekerja dan perlu diingat semakin banyak syarikat yang pernah anda kerja, itulah dikatakan banyaknya pengalaman anda. cukup berbeda namun itulah hakikatnya di sini. tahukah anda kini di projek pembinaan lapangan terbang delhi yang baru, seorang general manager dibayar gaji 100 ribu ringgit sebulan? jika di malaysia ianya mungkin berharga belasan ribu, tapi itulah apa yang berlaku di negara dunia ketiga ini.
laluan singkat ini yang mungkin sekadar 5 atau 6 tahun, mungkin sedikit lama untuk sesetengah rakyat india merupakan bonus kepada mereka. apabila berada di jawatan pembantu pengurus projek, ia merupakan suatu jawatan selamat. bayangkan di malaysia, kita perlu bertungkus lumus selama mungkin 15 atau 20 tahun untuk menjawat jawatan ini, beserta segulung ijazah sebagai kondisi menimum yang wajib dan talian politik sebagai pemudah cara.
di india, mereka tidak memerlukan bakat atau kebolehan, lebih kepada kebijaksanaan berkomunikasi. mereka bijak berbicara, tidak hairan jika anda sewenangnya ditipu, kerana tanpa penipuan dilihat agak sukar untuk pergi lebih jauh. tika bersoal jawab, mereka memang pantas memberikan jawapan. jika ditanya kenapa lewat? mereka mampu melunaskan jawapan seperti "kaki sakit" dan "beca pancit". namun sebagai seorang malaysia kita memandang ia sebagai helah kanak-kanak darjah 1. tapi hakikatnya mereka masih mampu mengekalkan memek muka yang seakan tidak pernah melakukan salah, atau mungkin menurut bidang kuasa perbuatan itu tidak menyalahi etika. mungkin juga ini menjadi faktor rakyat india mampu hidup di mana sahaja, terutamanya di luar negara kerana mereka cekal.
namun, jika anda bekerja bersama mereka, anda akan merasai perubahan. mereka hanya memegang diploma yang sangat am, tidak khusus kepada sesuatu bidang. sebagai contoh seorang jurutera kini menyandang jawatan pengurus projek, bergaji tinggi dan cukup dihormati namun hakikat beliau hanya mempunyai diploma dalam bidang komputer. selain itu seorang akauntan kini senior setelah hanya beberapa tahun berbekalkan diploma bidang seni. itu merupakan realiti, mereka yang kini menjawat jawatan tinggi di usia muda dengan empuknya diberikan pakej enak seperti sebuah kereta beserta pemandu, elaun dan sebagainya.
jika mereka ditanya tentang umur, mungkin 24 tahun. kita menyangka dia baru menamatkan pembelajaran kerana dikatakan mempunyai ijazah. tapi orang itu memaklumkan anda dia memiliki pengalaman kerja sebanyak 2 setengah tahun. anda akan tertanya-tanya bilakah tarikh beliau menjalani konvokesyen? jangan biarkan degupan jantung anda meningkat apabila dia memberitahu yang dia bakal menggemgam segulung ijazah sarjana atau master lagi beberapa bulan, kerana terdapat mereka yang memiliki segulung ijazah sarjana dengan hanya 6 bulan pendidikan jarak jauh di mana anda akan menjawab soalan peperiksaan melalui email yang dihantar. cukup mudah, dan anda kini membayang suasana peperiksaan yang dijawab sambil buku dibuka, boleh memiliki ijazah melalui kaedah online, senang dan mudah. saya pernah duduk di sebelah seorang warga india yang menuju ke australia, katanya masih belajar di peringkat phD dan umur beliau baru 22 tahun.
bidang pembinaan dilihat cerah di india. kebolehan bersuara tinggi dilihat sebagai bonus untuk meningkat naik jawatan. idea yang bernas, kebolehan mempraktikkan teori kepada situasi di tapak bina dan rangka perancangan menggunakan perisian komputer dilihat tiada gunanya. pengalaman bekerja bersama mereka cukup membuatkan diri berfikir. tatkala membuat lukisan menggunakan perisian autocad, diri dijemput pada hari ahad untuk menyiapkan 17 peringkat, langkah demi langkah, perlu disiapkan hari itu juga. menurutnya ia adalah tahap kecemasan. anda tekun melakukannya walaupun terasa diperbodohkan namun anda masih berfikir wajar kerana selaku pekerja perlu berkhidmat kepada syarikat yang menggaji anda.
sepatutnya kita terfikir mereka di negara sendiri, sebuah negara yang cukup popular dengan kecanggihan IT dengan wujudnya lembah silikon. namun beliau yang bergaji besar itu meminta simpati anda supaya membantunya. siap dibuat, anda cukup bertuah jika diucapkan dengan kalimah terima kasih. tapi lebih pahit jika nama anda tidak disebut sebagai telah menyiapkan kertas kerja itu, sebaliknya beliau menggunakan nama sendiri. kita rakyat malaysia cukup pemalu, sebolehnya kita akan rela mendahulukan sesiapa untuk menjadi pemula namun di sini mereka akan berusaha keras berdiri di hadapan anda walaupun dia sedar status kelayakannya. ada juga akan merasa terhina apabila anda berfikir yang anda telah meninggalkan keluarga jauh demi bekerja di negara unik ini, dengan makanan yang penuh was-was, menerima layanan yang "racist", dibayar gaji kecil, elaun yang tetap tanpa skala pemboleh ubah dan hidup dalam keadaan pencemaran yang tinggi. namun mereka yang bekerja di tanah air mereka, menikmati gaji tinggi dan jawatan yang gah. lebih malang jika anda dijangkiti bronkitis, selsema burung, selsema khinzir, jangkitan penyakit kulit, alahan terhadap pencemaran selain kulit anda dibakar rentung.
kini saya mengalami semarak jiwa kenegaraan yang tinggi. namun kenegaraan akan berbaur "racist" namun kita sekadar merindui kampung halaman. keberlainan kita sebagai manusia membuat pelbagai tafsiran, seperti ingin melalukan penebusan ke atas apa yang anda terima. mungkin anda mahu menebus kecewa setelah mendapat tahu kadar sebenar apa yang patut anda terima? atau mungkin anda terus cekal ingin berjuang di lokasi yang anda gagal itu? atau anda ingin kekal di situ supaya dapat terus menikmati peluang yang ada sebagai mana yang mereka itu terima kerana anda mungkin akan dapat lebih dari itu? tapi kita adalah manusia yang cuba merona hidup atas desakan dunia yang penuh pancaroba.
3 comments:
ish ish..kalo aku warga india..mesti aku leh jadi kaya raya diusia muda...
haah, sure ko kaya. pastu bleh niaga sari..
sakit ati xhilang lagi walaupn dah 5 bulan balik malaysia..sampai malaysia,kene lecture plak.topik syukuuur.
Post a Comment