Monday, February 27, 2012

Drama Klasik: Rumah Terbakar Nampak Asap, Hati Terbakar Tak Siapa Tahu

Pagi ini Kak Ira kurang tidur, matanya kuyup. Melangkah masuk ke pejabat dengan penuh longlai namun ditabahkan jua demi mencari sesuap nasi berlauk untuk anak-anak di rumah. Kak Ira yang berhati lembut, sopan dan ayu terus menuju ke mejanya. Tiba-tiba, terdengar suara terpekik-pekik memecah kesunyian pagi.

Cukup tinggi lontaran vokal Mr.Lecthumanan. Pengurus bahagian teknikal produk konkrit pra-tetuang ini adalah bos kepada Kak Ira. Dengan perasaan terkejut, Kak Ira hanya mampu berdiri terpaku memandang ke arah Mr. Lecthumanan. Kak Ira akur, mungkin semalam dia ada melakukan kesilapan namun dalam soal pekerjaan ini, tak siapa yang bisa lari dari berbuat silap lebih-lebih lagi urusan teknikal.

Kemarahan Mr.Letchumanan terus menerus berpanjangan. Seorang demi seorang yang baru tiba ke pejabat semuanya memerhatikan keadaan ini. Kak Ira terus duduk di kerusinya, lantas mukanya tunduk memerhatikan helaian kertas yang berbaki sisa kerja semalam yang masih banyak. Tak termampu rasanya untuk mengembleng seorang diri, namun prinsip syarikat adalah mahukan pekerjanya untuk berdaya saing di samping mempunyai kebolehan yang pelbagai.

Kak Ira menekan suis komputer, lantas terus meneruskan pekerjaan walaupun masih terlalu awal, berbeza dengan pekerja lain yang berpusu-pusu menuju ke kafe untuk bersarapan. Makian dan cercaan kian reda, suara Mr.Lecthumanan beransur perlahan. Apakan daya, tidak tertahan sebak di hati, air mata seorang ibu yang berkumpul di kelopak akhirnya mengalir membasahi pipi. Satu persatu titisan air mata jernih ini menerpa ke meja, lantas disapu dengan kertas tisu.

"Tak sarapan ke?" Ujar seorang teman. "Tak mengapalah, kau saja yang sarapan," hanya ini yang mampu dibalas oleh Kak Ira. Semenjak beberapa hari yang lalu, Kak Ira sering diundang malang. Kali ini, entah kenapa air matanya tetap mahu mengalir jua meskipun dia sudah beberapa kali menasihati diri agar cekal dan tabah. Mungkin Kak Ira berasa malu dengan pekerja-pekerja lain. Sampai hati Mr.Letchumanan memarahinya di depan yang lain, di masa hari masih pagi sebelum waktu pejabat. Apakah kerana kelemahan ini dirinya terus diaibkan di khalayak ramai?

Personaliti Kak Ira memang diakui ramai. Suaranya amat lembut, jarang sekali ditinggikan. Tidak pernah ada yang dimarahinya, apatah lagi mahu mengarah-arahkan orang. Suaranya yang pembut dan perlahan itu kadang-kala menyebabkan dia berasa tersisih. Mungkin padanya ramai yang tidak mahu berkawan dengan dirinya yang disifatkan sebagai lemah dan terlalu keperempuanan. Cukuplah sekadar bersendirian mengubat luka di hati.

Tiba-tiba seorang kawan datang menyentuh bahunya. "Kenapa kau menangis Ira? Kau sakitkah?" Kak Ira tersipu-sipu menyapu pipinya hang basah. "Eh, tidaklah! Aku tak apa-apa," ujar Kak Ira.

"Kau jangan bohong! Aku nampak kau menangis tadi. Ceritalah pada aku, mungkin aku dapat membantu. Sekurang-kurangnya kitakan kawan, apa salahnya untuk berkongsi kesusahan," tangan kawannya menepuk-nepuk bahu Kak Ira.

"Bukan. Aku cuma sedih. Aku tersentuh hati kerana sebaik sahaja Mr. Lecth nampak aku masuk ke pejabat di seawal pagi ini, bukan penghargaan yang aku dapat. Malahan dia terus memarahi aku, suaranya semakin marah semakin tinggi. Aku malu diaibkan begini," Kak Ira menceritakan pengalamannya.

"Mr.Lecth marah pada kamu? Apa salah kamu? Bila kejadian ini berlaku?" Kak Ira ditanya lagi.

"Apa besar sangatkah kesalahan aku padanya? Aku tahu aku seorang wanita lemah tapi jangan layan aku sebegini. Aku punya maruah, dan aku di sini adalah untuk bekerja mencari rezeki yang halal untuk keluargaku. Kalau benar salah aku, aku bisa memperbaiki cuma berilah aku peluang. Kejadiannya baru tadi, bagaimana kau tidak nampak atau kau cuba untuk mengurangkan kesedihanku?" balas Kak Ira.

"Ya, aku nampak kau masuk ke pejabat tadi. Tapi di waktu itu aku tidak nampak apa-apa yang salah. Bahkan tika itu Mr.Lecth sedang berbual di telefon bimbitnya," jelas kawan Kak Ira.

"Telefon?? Jadi dia bukan marah pada aku?" Kak Ira ingin mendapatkan kepastian.

"Ya! Aku sangat pasti. Tadi orang yang dimarahi itu adalah subkontraktor kita. Aku kenal dan tahu kerana masalah semalam apabila barang yang patut dihantar dari kilang semalam tergendala kerana jumlahnya tidak cukup. Itu sahaja. Tiada kena mengena dengan kau. Sudahlah, kau jangan nak perasan. Semua di antara kita tahu suara Mr. Lecth itu kalau bercakap di telefon pun, satu bangunan bergegar. Sudahlah, keringkan air mata kau tu. Nah ambil tisu ni," nyata kawan Kak Ira lagi.

"Oh, malunya aku. Padanlah semasa aku menangis, tiada siapa yang menegurku kecuali kau. Semuanya tidak mempelawa aku sarapan bersama padahal aku belum makan pagi lagi. Kalau begitu, marilah kita ke bawah membeli kuih, masa masih ada 15 minit lagi. Marilah"

Sunday, February 26, 2012

Saturday, February 25, 2012

Ragam Air Asia-X

Projek nak melawat kawan lama akhirnya bertukar jadi tiada mood nak fikir, sebab tiba-tiba syarikat penerbangan buat ragam. First time aku jadi pelanggan Air Asia-X, sekali dia cancel untuk beberapa route, termasuk route tiketku. Katanya dia nak bagi beberapa options, sama ada dia pulangkan duit. Mungkin juga dia akan tukarkan dengan penerbangan lain atau tukar ke destinasi lain seperti route baru ke Sydney.

Suka-suka hati dia saja nak tukar gara-gara salahkan airport tax (yang berkenaan) telah meningkat. Sama ada kita yang decide nak option yang mana satu atau dia yang suka hati tentukan? Katanya 2 bulan sebelum penerbangan dia akan call, so far belum ada menerima sebarang panggilan. Nak plan apa-apa, nak booking pun jadi risau. Booking lambat nanti tak dapat offer menarik pula atau penuh. Pasrah sahaja. Projek ekonomik boleh bertukar menjadi mahal. Tak mungkin kita beli tiket semata-mata nak lari dari Malaysia, atau pergi tanpa berfikir. Mestilah ada purpose yang pelbagai. Rasa nak tampar bini big boss Air Asia-X! (emosi haha)

Friday, February 24, 2012

Tuesday, February 21, 2012

Alif & Dunia Kecilku

Tahun 2001, masa itu aku dan tingkatan 5. Sibuk nak SPM. Aku bukan jenis ulat buku mahupun ulat beluncas tapi aku tetap nak bawa balik buku ke asrama demi nak memuaskan hati. Tengok kawan-kawan lain bawa balik buku, aku jadi risau. Oleh itu aku pun jinjing juga buku kemudian diletakkan di atas katil dan tidur bersama-sama buku di sebelah sampai esok pagi.

Dalam dunia terumbang-ambing tu, kisah hidup aku diselit dengan kewujudan seorang kanak-kanak kecil yang bernama Alif. Budak ni rabun, pakai cermin mata. Muka dia memang 'innocent' oleh itu aku jadi tak kisah kalau dia nak tanya aku apa-apa. Aku bukannya jaguh asrama yang boleh bagi perlindungan selamat daripada kes buli sedangkan sejarah hitam aku di asrama dulu pun kerap dibuli terutama masa tingkatan 1. Aku pun tak tahu apa-apa dan aku bukan seorang yang suka memberi komitmen.

Tapi Alif ni lain. Dia pendiam, penakut dan baik hati. Kalau dia nampak aku, dia jalan laju-laju. Tapi kalau selisih mesti bagi salam. Macam aku tingkatan 1 dulu pun wajib bagi salam sebab terpaksa, biarlah sekadar 'kum bang!' atau 'semekom bang!' Agak dah lama aku perasan, akhirnya aku tegur dia. Rupanya Alif ni pelajar tahun lompat, umur muda setahun dari kawan-kawan yang lain di samping ada masalah belajar. Kalau tak silap dia menduduki tempat terakhir masa peperiksaan.

Aku cuba bertanya sedikit latar belakangnya. Kebanyakannya aku sudah lupa. Yang pasti, dia asal sama orang Perak juga. Dah lewat kenal, jadi baik la juga. Dia tak pernah belanja aku, aku pun sama juga tak pernah belanja dia pun. Katanya dia kagum aku dapat nombor 1 dalam kelas Waruna. Entah dari mana dia skodeng. Padahal waktu tu dia belum wujud di Seratas.

Kali terakhir bersama 'junior', aku sempat ambil gambar. Antaranya adalah gambar di atas, dia bagi 'peace' pada aku. Masa itu, radio dewan makan kuat kedengaran lagu Amy Mastura, Siapalah Aku. Ingatkan itulah yang terakhir, tiba-tiba Alif bagi aku satu hadiah yang berbalut cantik dengan kertas. Terkejut dan nak ketawa pula bila aku buka tengok frame gambar warna kuning keemasan, tertulis di belakangnya 'Good Luck' dan ada sepucuk surat yang seperti salinan biodata tentang dirinya. Sungguh kelakar tapi kanak-kanak di masa itu memang begitu cara penulisannya. Terima kasih banyak-banyak walaupun aku tidaklah 'lucky' sangat. Tak melayakkan aku untuk menjadi doktor atau apa-apa kerana aku bukan bercita-cita tinggi, sedangkan aku tak tahu hala tuju aku masa itu dan tiada yang pernah menerangkan pada aku pilihan hidup selepas SPM.

Lama peristiwa ini berlalu pergi, tanpa pernah lupa yang aku pernah mengenali Alif. Aku mengakui akan kelemahan aku yang seperti ambil mudah, tapi aku jujurnya tak pernah lupa sehinggalah pada suatu hari, baru-baru ini aku menerima ' friend request' di Facebook. Rupanya Alif masih mengingati aku.

Sekali lagi terima kasih. Masih ingat rupanya Alif pada aku. Aku pun 'accept', terus aku ketawa besar tanda aku masih ada memori silam yang turut sama dikongsi dengan orang lain. Sudah dewasa si Alif, banyak perubahan tapi aku masih dapat mengecam dirinya. Sungguh kecil dunia ini.

Sunday, February 19, 2012

Di Mana Silap Aku?

Lately ni, aku merasakan ada sesuatu yang aneh pada diri aku. Aku buat apa semua tak kena. Perasaan sentiasa melayang ke laut, mata kalau nak memandang apa-apa pun tak leh nak fokus. Macam dah tak de faedah jadi orang. Stress juga tapi aku sendiri tak tau apa puncanya.

Hati ni rasanya kosong. Macam ada ruang kosong yang gelap tanpa suara dan suam-suam kuku saja. Aku buat apa pun kurang enjoy. Mungkin apa yang berlaku setahun dua ni banyak mengubah keadaan. Aku cuba nak listkan beberapa faktor yang aku rasakan ia menyumbang ke arah kesunyian hidup aku ni.

1) Ramai kawan yang dah mula berhijrah. Ada yang resign dari company, ada yang dah sambung belajar, ada yang dah tak duduk KL, ada juga yang bila dah kawen terus diam. Terus aku rasa aku makin kerap nak berjalan sorang-sorang. Mujur masih ada segelintir yang masih keep in touch. Terima kasih.

Tapi hidup dah tak semeriah dulu walaupun rasanya dulu-dulu pun hidup aku tak meriah pun, cuma ada teman untuk berbual kisah-kisah lama untuk diungkit. Rasanya seperti semua orang nak meninggalkan aku, especially yang pada aku mereka ni dekat di hati. Haha :)

2) Aku sendiri kurang faham. Rasanya aku amat sukar sekali nak menyimpan hasrat untuk menjauhi kawan yang mana ada. Tapi setiap kali aku berkawan dengan sesiapa pun, pasti ada yang tak suka. Terus menjadikan aku tak boleh nak berkawan dengan siapa-siapa. Kawan dengan orang ni tapi orang sana tak suka. Makan dengan orang ini orang sana terasa hati. Berkomen di fesbuk dengan si anu ni tapi si anu sana rasa diri terancam.

Kenapa aku rasakan macam aku ni sangat negatif, macam sentiasa menjadi salah terhadap keadaan. Apakah aku ni orang yang jahat? Buruk sangat ke aku ni? Susah nak cakap, terlalu subjektif dan yang pasti aku tak kacau hidup orang dah cukup baik. Biar yang memahami aku saja yang tahu betapa aku menghargai sesuatu perhubungan itu.

3) Aku lebih suka layan perasaan sorang-sorang. Malu nak mengaku yang aku dah lama mengamalkan aktiviti menonton wayang seorang diri, mahupun layan DVD pun sure lah sorang-sorang je. Rasanya macam tak de yang sudi join. Jadi aku lebih melayan feeling sendiri. Lama-lama bleh jadi mereng, tapi kadang-kadang okay juga sebab aku boleh layan buat kerja pejabat aku. Mujur setakat ni walaupun suntuk dan banyak nak buat tapi siap je. Belum pernah ada yang memekik nak marah, siap ada yang minta tolong. Walaupun nampak macam ditaichi tapi so far aku ikhlas nak buat orang happy.

4) Hidup aku kalau tak de internet rasanya memang tak de makna dah. Tapi nak kata aku mengadap sangat pun tak. Balik-balik buka fesbuk, yahoo cek email dan blog. Nak beryoutube takut broadband cecah limit. Ada beberapa orang saja yang rajin menegur aku di fesbuk, terima kasih banyak-banyak! Tapi semuanya orang yang jauh. Saja nak buat aku rindu pada kenangan lama. Hidup atas kenangan, apa yang aku dapat?

Tapi ada juga makhluk yang menggunakan fesbuk untuk mancari jawapan yang dia reka sendiri. Lepas tu mula nak make up story. Sikit lagi makan penerajang lah jawabnya. Daripada aku mula melawak, nanti makan betul-betul puas hati kamu ya.

5) Aku kena membina hobi baru atau kembalikan hobi lama. Aku berhasrat, dapat duit kelim insuran nanti aku nak beli kemre sebijik macam dulu. Lepas tu aku nak pindah dari rumah durjana ni. Aku nak hidup selesa tanpa dibelenggu masalah dari orang lain. Aku nak bebas hidup sebab aku bukan lagi muda, rasanya dah tua pun.

Tapi terima kasih pada yang menganggap aku muda. Mungkin muka kau yang berkedut ni nampak muda sebab aku selalu melemparkan senyuman dan aku ikhlas untuk tidak mahu menyusahkan orang lain. Aku nak jaga kesihatan. Jogging seminggu sekali, kalau ada duit lebih nak beli apa-apa untuk kulit yang kusam ni kembali remaja. Nak pergi gym aku tak berani sebab nampaknya seperti untuk orang-orang elit saja lagipun aku malu. Tapi rasanya dah kena beli baju kerja baru sebab dah setengah tahun tak beli hadiah untuk diri sendiri.

Duit? Mujur aku masih waras. Tengok kawan-kawan yang terperangkap masalah kad kredit, hutang dan overshopping buat aku berfikir panjang. Walaupun duit aku tak banyak, tapi rasanya aku masih mampu join kelab bowling, belanja kawan makan, beli pewangi kereta mahupun penyental hebat Mr.Muscle untuk pastikan tandas sentiasa berkilat tanpa kulat.

Friday, February 10, 2012

Rindu Mr.Burn


· · · Share · December 2, 2011
    • Nahar Abdullah en bakar duk bergebang apa tuh kemain lagi :) haha..
      13 minutes ago ·
    • Abu Bakar Mohd Noh oooih..smua area hang serang noooo:) tengh dok kelentong pasai P2B la...'Project 2 Bini' he he he:)
      12 minutes ago ·
    • Abu Bakar Mohd Noh saya ni cari pasai...lawak aje tuuuu:)
      11 minutes ago ·
    • Nur 'Adillia Ab Halim ayah chikk...bgtau aunti rozi...:pp
      10 minutes ago ·
    • Nahar Abdullah hahaha... tak kira selagi en bakar tak blanjer saya isytihar perang teluk hahaha..
      10 minutes ago ·
    • Abu Bakar Mohd Noh ala...auntie rozi tau dah P2B tu 'project 2 bi....' dah kena warning puuun he he he:)
      9 minutes ago · · 1
    • Nur 'Adillia Ab Halim hahahahha...advance tol auntie rozi...ya kagum...:)) takot tak..:p
      8 minutes ago ·
    • Abu Bakar Mohd Noh perang teluk ke perang teloq...
      7 minutes ago ·
    • Nahar Abdullah tak kira la.. sbb ada org yg serang dulu.. kita buat serang balas :p eh en bakar kesian persys tak dpt mrt..
      6 minutes ago ·
    • Abu Bakar Mohd Noh itu la hangpa... kat sana peram teloq aje, bg la dapat job...nanti team p2b nak balik x da keja:(
      4 minutes ago ·
    • Nahar Abdullah kalau tak dak keje, mujur kami ada kerusi dan meja.. en bakar bleh share bilik ngan en halim :)
      3 minutes ago ·
    • Abu Bakar Mohd Noh kah kah kah....hang lawak nooo...bg aku 1juta rupiah pun sy x dok ngan ahs:)
      about a minute ago ·
    • Abu Bakar Mohd Noh ok stop jgn balas dah.......
      about a minute ago · · 1
    • Abu Bakar Mohd Noh jenuh x tidoq sy melayan nahar ni:)
      a few seconds ago ·

Thursday, February 9, 2012

I Love Hijau



When i was a trainee at TNB,
10 weeks, 2006.

Tuesday, February 7, 2012

Goodie Bag

Tiap kali kenduri, tuan rumah akan menyediakan goodie bag sebagai ole-ole untuk para tamu sebagai tanda terima kasih, selain adat lama yang memberikan bunga telur. Begitu juga sewaktu kenduri yang diadakan untuk majlis perkahwinan kakak aku sekitar tahun 2009.

Riuh rendah, satu persatu goodie bag diberikan kepada tetamu yang hadir. Aku hanya memerhatikan sepupu aku yang ditugaskan, walaupun kelam kabut tapi berjalan lancar. Nak dijadikan cerita, ada seorang kanak-kanak yang cukup comel menyerikan suasana.

Aku lupa namanya, tetapi dari awal lagi dia hadir dengan menaiki basikal kecil yang sesuai dengan tubuhnya. Bergaya mengalahkan artis, kaca mata hitam tidak lekang darinya. Dari satu tempat ke satu tempat, dia tidak lokek bertegur sapa, berjenaka dengan sesiapa sahaja. Tak kira warga tua mahupun rakan seusianya, mulutnya petah berkata-katanya membuatkan orang senang dengannya.

Umurnya sudah tentu anda boleh jangka, pasti seusia kanak-kanak sekolah rendah. Kelibatnya dari mula, hingga tamat kenduri. Kemudian dia hadir berdekatan rumah pengantin dan tanpa segan silu dia terus menyapa aku untuk meminta goodie bag. Katanya dia adalah tetamu istimewa. Lantas aku mencapat satu goodie bag dan berikan kepadanya. Tapi dia minta lebih, mungkin sebiji dua lagi. Alasannya dia sakit, macam-macam penyakit ada.

Aku menyangka dia berjenaka seperti kanak-kanak lain. Cuma gurauannya sedikit berani. Aku berkata tidak, kerana wajar hanya satu goodie bag diperuntukan untuk seorang tetamu. Aku yang malas berfikir terus beredar dari situ, dan keletahnya dillihat terus dari jauh. Tertanya kepada diri sendiri, siapakah kanak-kanak ini? Mungkin anak kampung ini juga.

Beberapa minggu kemudian, ketika aku pulang ke kampung secara tidak sengaja aku bercerita tentang kanak-kanak ini kepada Maksu. Maksu bertanya, anak siapa? Aku nyatakan yang aku tidak mengenalinya tapi cara percakapannya seperti warga tempatan. Apabila gambar ini diajukan, terus Maksu berkata, "Oh budak ni, dia sakit. Dari kecik dah ada penyakit macam-macam. Sakit jantung, masalah buah pinggang, kencing manis pun ada. Tengoklah perut dia pun buncit. Dah meninggal dah baru-baru ni."

Aku terkejut! Terus aku rasa menyesal kerana tak percayakan kata-katanya dahulu. Mati-mati aku sangka dia bergurau. Kalau aku tahu, tentu aku berikan lagi satu atau dua goodie bag seperti yang dia minta. Kadang-kadang kita tidak menyangka perkara sebegini akan membuatkan kita diulit rasa bersalah dan menyesal. Maaflah, aku tak tahu. Kini sudah bertahun kisah ini berlalu. Al-Fatihah buat rohnya.

Thursday, February 2, 2012

Pucuk Rebung

Selamat Menyambut Hari Wilayan 1 Feb 2012 (semalam).
Menara TM- Pucuk Rebung,
Kuala Lumpur.

Wednesday, February 1, 2012

Sayonara Kekna!

Lastday Kekna@Miss Azlina Maatan.
MTD, 31 Jan 2012.