Wednesday, May 6, 2009

memori 4 waruna (part 2)

sambungan dari memori 4 waruna (part 1)...

satu persatu kertas soalan yang ditanda diberikan. dipanggil nama satu persatu kehadapan mengambil kertas dari tangan puan ooi kim hong. mengikut skima pemarkahan piawai, beberapa pelajar telah gagal. nama mereka terlebih dahulu dipanggil, dituruti sehingga markah yang tinggi. sehingga suatu ketika, puan ooi kim hong berhenti memanggil.

"ini merupakan teladan kepada you all untuk terus belaje lagi. girls at the back, ande jangan tidur di dalam kelas, ye dak norfisa?" ayat puan ooi kim hong yang pelat merujuk kepada barisan norfiza baharudin di belakang.

puan ooi kim hong terus lagi berucap,"ande tahu bukan, soalan ujian kali ini cukup senang bukan, ande baca lah buku, jangan hanya berbual saje. you tak mau tanya apa-apa soalan after class. ande diam. ande bukan diam-diam ubi berisi, tapi ubi yang basi!" memang banyak penggunaan perkataan bukan dalam setiap baris ayat beliau namun seluruh pelajar sudah mengerti situasi ini.

"hanya satu saje pelajar ini yang i betul-betul rasa dia berusaha. kertas dia di tangan saya bukan? ye azabul...ande jawab apa bukan-bukan tulis sahaja atas paper. you tak fikir! azizul...ande hanya mau study add math saje bukan? tiada masa untuk belaje biologi," beliau terus memberi nasihat.

tatkala itu mindaku berfikir siapakah empunya markah tertinggi tersebut. aku melihat siapa yang belum memegang kertas. aku meneka norihan hamid kerana menurut hipotesisku beliau sewajarnya mendapat highest kerana rajin mentelaah. melalui pemerhatian, keputusan aku gagal dengan menyimpulkan norihan telah memegang kertas jawapannya.

"so, i nak umumkan the highest mark goes to wan hazila," puan ooi kim hong menjawab teka teki di mindaku. dengan bangganya, wan hazila berjalan ke hadapan sambil membongkokkan badan, mungkin bangga bercampur segan menghasilkan bibit bongkok dek rasa hormatnya terhadap puan ooi kim hong. jelas sekali wan hazila tidak menaruh perasaan riak tatkala siti zalipah dengan suara perlahannya mengucapkan kata tahniah setelah wan hazila kembali ke bangku, "che wahhh! highest! haha..."

kami satu kelas membuat pembetulan bersama. puan ooi kim hong sibuk menjelaskan mengapa jawapan yang samar tidak dapat diterima sebagai markah penuh. beliau acapkali menjelaskan hanya jawapan yang tepat, merujuk kepada subjek yang ditekankan seterusnya perihalan kata-kata frasa sains yang tepat. beliau terus berucap di hadapan...

"you tak boleh katakan larutan itu berwarna putih bukan? ianya bukan putih! tetapi tidak berwarna bukan? ande salah di situ. so i tak kasi markah. if u say keratan kangkung itu hipertonik. tapi hipertonik terhadap ape? tak tepat bukan? mestilah ianya hipertonik terhadap sapsel. ayat you tergantung. so i tak boleh bagi you all markah di situ. okay next question!"

"noor hani!! you tulis makanan bergerak masuk ke dalam perut. ande tau dia bergerak macam mana? makanan itu ade kaki untuk berjalan ke? mestilah makanan itu dibawa ke dalam perut melalui peristalsis bukan? you tak boleh kata dia pergi begitu saje. mesti bagi tau, how??"

masa mencemburui kami. kringgg!!! kelas biologi bersama puan ooi kim hong telah berakhir dan menandakan waktu rehat. kami berpusu ke kantin untuk membeli makanan.


bersambung...


sedutan episod akan datang :
saksikan persiapan pelajar 4 waruna menghadapi kelas pendidikan islam bersama ustazah jamilah. adakah mereka akan terus ceria bersama menanti hari muka? apakah yang terjadi kepada mereka? (ikuti mereka; norhasliza, niner, husniyah halim, sheedah, apem dan penampilan khas muhd mawardi)

14 comments:

NaFeeZ said...

hohoooo, perfect la story nie...dulu hg bawak diary ke pegi kelas puan ooi? menakutkannnn...kakwan bawak dadu time peksa hahahaaaaa... syabas syed.. teruskan menulis.. ku menanti kisah kad bunga...

missone hazel said...

camna nak pakai dadu kalu peksa dia esei?...hoho...wei!!kisah x benar tu,mana penah dpt result camtu kan?kan?kan?konpius lak...haha

*TGATB....miss u all

Cik Faridah Huda said...

Terbayang gaya Puan Ooi Kim Hong becakap di depan kelas ande.......!!!!

SYED NAHAR said...

ash : aku mana bawak diary, aku bawak buku teks je. kui kui kui!

kak wan : eleh kak wan ada skali dapat highest!! jgn buat2 lupa. sir yg ingatkan kami. hahaha...
TGATB?? the girls at the back???

mek : ye ande misti tau gaye guru ande bukan???

the bongsu said...

kah kah kah..gile ahh..taniah2 kakwan..hihi..bio aku mmg hampes la said oii..nak jwnpn tepat, hanya kakwan yg mampu..haha..next episode pliss!

[DnaZz] said...

Kelakar arr "makanan bergerak masuk ke dalam perut??"hahaha kl aku pon xbg markah penuh.hihi


p/s:nak wat luahan perasaan nie...sebenarnya aku rasa rugi sgt xambik boi dulu.kl la boleh pusing masa blik, aku nak ikut mek pindah kelas..huhu

missone hazel said...

betoi syed! TGATB=the girl at the back...

SYED NAHAR said...

anand : yes norihan, even ko rajin gila stadi, tapi kak wan secara halus telah mendapat highest! ini mesti kak wan underground kawtim ngan assistant lab puan ooi, si makcik zalina. hahaha..

achik : tu la achik, bila tau ko masuk kustem amik kimia ke apa ntah, sian plak. ko patut tukar ngan aku, aku plak pi amik engineering civil. mmg jadik bodoh aku kat UTM. tapi kalau ko nak ikut mekrida, ko kena duk kelas 5M. hahaha...sian mek coontrol ayu dlm kelas sebab ada jejaka baru. tapi mek ada baqi selaku teman.

kak wan : hahaha...kak wan sila tulis mcm mana ko bleh dapat highest?? anand tak puas hati tuh!! hahaha..

Cik Faridah Huda said...

acik..jgn diungkit kisah nan lalu...
ko tahu tak betapa rase serba salah aku nak ckp kat hang yg aku sudah boh nama tok tukar ke BIO....dan di hari kejadian..ang nyata terkezut beruk...melihat aku melangkah pergi setelah nama di panggey oleh Teacher Zuraidah...sian kat ang acik..aku tinggai ang kat 4K....saje bt ayat sedey...

aku x reti lukih..tiap kali prep malam aku susah hati ttg LKJ aku..seraya memanggil nama Meso tok lukih kat aku...hahahahaha..x kan exam pun aku nak panggey Meso..!!!

SYED NAHAR said...

achik!!!! inikah yang dikatakan sahabat? oh faridah! kenapa dikau sanggup pergi dengan diam-diam meninggalkan achik yang masih merangkak penyu? ini sah kes kawan tinggal kawan. hahahaha...

apa daa..hepi pe belajar bio?? bleh dengar kisah sedih anak katak dari puan ooi kim hong. hahaha...

achik sila tuliskan cerita mengenai toman dan LKJ????

missone hazel said...

anand : xyah la tnya,sbb kak wan pun hentam je jawab tu. mmg terkezut beruk la kan dpt result.

SYED NAHAR said...

hahaha...kak wan semangat masa tu asyik nak study bio je...kejap je sampai ujian julai buat peel lain pulak. hahaha...

Anonymous said...

Bgmana kisah Azabul tidak berpuas hati dgn markah...sehingga uols pergi kantin tapi dia pergi MASUK BILIK PB OOI...uPAS

SYED NAHAR said...

hahaha..amboi ate dah tahu tuh, ate ler menulih belog nye..aku rasa rame nok bace ate azizul menulih! kamon ler..!