Tuesday, November 12, 2013

Monday, November 11, 2013

Tampar Laju-Laju



Ketawa aku apabila aku terbaca komen dari Azizul ni. Punyalah lama, aku tak perasan pun. Mungkin Azizul lewat komen, masa tu entry ni dah jauh terkebawah. Anyway, aku rasa masih ingat lagi saat tu di mana Azizul sangat obses dengan Siti Nurhaliza yang tika itu sedang popular dengan lagu Cindai, Ya Maulai dan Percayalah. Memang muka Siti Nurhaliza wajib ke final Juara Lagu. Menang pula tu.

Memang aku menghidap stress dengan Azizul, asal bertembung saja dia terus nak nyanyi lagu Siti, siap bawa kertas lirik lagi. Itu belum cover album kaset cetak rompak yang dibeli di pasar malam, di bawa ke mana pergi. Disebabkan aku suka dengan nyanyian Dayang Nurfaizah, lagi rancak Azizul membuat perbandingan, siap kata Dayang kulit hitam.

Aku tak benci Siti, cuma aku rasa suara dia biasa-biasa di telinga aku disebabkan aku dah muak dengan lagu ciptaan Azmeer atau Pak Ngah Suhaimi. Aku yang tiada idea nak mengutuk, terus sahaja aku tampar Azizul yang sangat annoying tetika tu. Minta maaf ya, sebab memang sengaja. Haha!! Patutlah Siti Nurhaliza berjaya sebab memiliki peminat yang cukup fanatik. Nasib baik kunjungan aku ke Sandakan dilayan baik oleh Azizul, thank you!!

Sunday, November 10, 2013

Saturday, November 9, 2013

Bangkok





Bangkok, the capital city of Thailand,
17th - 20th of August 2013

Friday, November 8, 2013

Spending Baht

Ramai orang suka pergi Thailand. Sebut saja nak ke Siam, kepala otak dah set nak shopping. Tapi aku tak, sebab dah tak minat shopping-shopping ni. Sekarang dah tua rasa nak tengok culture dan pemandangan je. Haha!! Ada la beli siki-sikit, loose sangat kalau tak beli fridge magnet.
 
Kalau shopping di Bangkok, yang pasti unik sikit berbanding lokasi lain di Asia Tenggara, sebabnya adalah Thailand sendiri adalah negara yang secara terang-terangan jual majalah lucah, VCD lucah tepi jalan je. Pemandangan biasa di Thailand, apatah lagi Bangkok. Cuba tengok gambar di bawah ni, tepi jalan jual viagra. Tapi hati-hati kepada pembeli, jangan tersalah ambil yang tiruan :p
 

Dari Malaysia dah set minda nak tempah baju. Menurut seorang kawan, tempah baju di Bangkok sangat berbaloi. Paling terkenal adalah Rajawongse, di kedainya penuh ditampal dan siap ada album bersama Barack Obama lagi. Terkenal taukeh ni, asalnya dari India berbangsa Punjabi. Tapi memang banyak tailor di Bangkok, yang anehnya semua tailor berbangsa Punjabi atau India, pekerja pula orang Nepal. Tercari-cari juga kalau ada designer local.

 

Kalau nak cari makanan halal, pergi saja ke Shukumvit. Bukan setakat kedai Arab, memang berselisih pun dengan orang Arab saja. Silap haribulan lagi ramai orang Arab berjubah putih dan hitam dari orang Thailand sendiri.


Terpandang juga ada stall yang menjual makanan local sama ada traditional atau yang sudah modified. Harga tak tau lah, saya tak beli langsung makanan luar. Rasanya murah je. Bukan apa, sebab malas kalau salah kena, nanti nak cari toilet pula satu masalah. Jadi untuk keselamatan, makan bila perlu sahaja. Air mineral pun bawa yang dari hotel.


Ini pula kedai menjual barang-barang seks. Lucah bukan? Nak buat macam mana dah itu keunikan Bangkok. Orang Siam memang seksi, pandai memujuk rayu dan pandai meniaga. Ikut la, kalau anda nak layan. Baik jangan, nanti kena apa-apa menyesal tak sudah. Padan muka.


Ada juga ke mall yang paling terkenal di Bangkok iaitu, The Siam Paragon, berdepan ada Sian Plaza kalau tak salah. Accessible, ada station BTS terdekat tepi mall tu saja. Di Siam centre ada Madame Tussauds. Tapi agak mahal, dalam 800 Baht. Masa macam suntuk, skip saja. Lagipun masa tu cash dah running out. So kena saving sikit untuk teksi nak ke airport nanti.

 
 
Haaa.. di Bangkok ada satu tempat namanya Silom. Sangat terkenal dengan aktiviti nakal. Sengaja lah, turun BTS jalan kaki ke situ. Memang seram, tapi sekadar nak tahu kegiatan di situ, ada macam-macam tema. Nampak tepi jalan ada yang memakai baju sekolah, ada yang pakai baju cowboy, skirt merah, tema halloween dan pelbagai lagi aksi merepek yang mereka boleh buat. Kinky sangat! Haha. Kalau seorang diri memang tak berani, gerak berkumpulan ok la sikit. Industri pelacuran di Thailand memang dibenarkan, tapi kawasan di situ ada juga kedai urut kaki yang biasa, pasar malam, mall dan deretan restoran. Tidak lah segelap Lorong Haji Taib di KL, sebab di situ perniagaan mereka secara illegal.


Pergerakan di Bangkok, mudah sahaja. Boleh naik BTS atau Metro yang rasanya agak menyeluruh. tapi menurut kawan katanya kurang mesra pengguna, alasannya adalah kurang kerusi untuk menunggu. Lenguh lutut. Teksi memang mudah didapati di mana sahaja, majoriti menggunakan meter. Selain itu boleh juga menaiki Tuk-Tuk yang sangat popular. Agak murah tetapi bagi orang Malaysia yang penakut atau mengada-ngada, tiada apa yang bahaya cuma perlu beri arahan yang jelas kerana takut sesat. Bukan apa, nak patah balik di Bangkok ni jalan raya sangat sibuk. Jam di mana-mana. So, rugi masa.






Pasal makan, ada banyak kedai yang halal. Tapi biasalah, restoran halal biasanya harga lebih tinggi dan anda perlu berusaha dari segi infomasi. Kalau malas nak Google sebelum datang, memang masalah. Kalau nak walk in mencari, pergi lah ke Shukumvit sebab di situ banyak restoran halal, tapi lebih kepada restoran makanan Arab. Selain tu anda boleh cuba makan seafood. Tapi di Chatuchak Market, tak dapat nak cuba seafood sebab mahal sangat. Lobster dia dah melebihi harga di KL. Nasib baik tanya dulu.

Kalau nak beli barang seperti pakaian dan sourvenir, memang banyak market di Bangkok. Pilih dan Google sendiri sahaja. Paling popular adalah Chatuchak. Boleh pergi naik Metro sahaja, station underground. Katanya ada ribuan stalls tersusun ikut beberapa wings. Setiap wing ada yang jual pakaian, makanan, aksesori, sourvenir dan pelbagai lagi. Rambang mata memilih. Tapi saya tak pandai menawar, so dirasakan di sini dia sudah block harga pada sesuatu had, tak boleh nak murah lagi. Nasiblah. Lagipun niat tak nak membazir sebab duit tak bawa banyak. Miskin!! Yang pasti setiap hari pergi urut kaki sebelum balik tidur di hotel. Sebab murah sangat!!








Bangkok City:
Siam Paragon & Siam Centre - Silom - Shukumvit - James Tailor - Chatuchak Market - Terminal 21
17th - 20th August 2013

Thursday, November 7, 2013

Mat Due??

 
 
Aku rasa terkejut, petang ni entah kenapa aku tengok entry-entry lama, ternampak pula komen dari Mat Due. Oh Em Ji!! Dulu pernah tersebar kisah Mat Due hilang di negara paling berkuasa dalam dunia ketenteraan, Amerika.

Padahal dulu rapat, cuma bila dah berlainan aliran (dia tekno, aku bio) jadi jarang berjumpa. Kena pula dia dipilih jadi MPP. Lepas SPM dia pula belajar luar negara. Lagipun dia memang maintain je result dia, pandai dari form 1. Yang paling aku ingat bila dia ketawa, sah akan mengilai. Lepas tu ada seorang senior ni sangat berkenan, selalu datang ke Dorm A1-1 nak berbual dengan dia. Lupa nama abang matriks tu. Zaman kanak-kanak, memang banyak perkara lucu. Pasti Mat Due tersipu malu kalau aku sebut beberapa nama, pasti dia masih ingat: Mat Nor..? Raziah Ramli..?

Anyway, macam mana Mat Due boleh tahu aku ada blog? Tapi kenapa lambat sangat sebab sekarang ni ramai dah meninggal dunia blog. Aku je terasa nak update semula, macam sayang pula. Aku anggap blog ni umpana sesuatu yang aku perlu bagi makanan. Macam bela kucing pula. Kalau Mat Due baca post ni, make sure engkau sudikan untuk meninggalkan sama ada nombor telefon atau email, sebab banyak perkara nak dibualkan. (Email: naharsyed@yahoo.com)

Wednesday, November 6, 2013

Chao Phraya














Chao Phraya, Bangkok,
17th - 20th August 2013

Tuesday, November 5, 2013

Pembenci & Pembencian

Zaman sekarang tidak semestinya hanya artis sahaja yang mempunyai pembenci atau haters. Tidak percaya?? Cuba amalkan menulis status annoying di fesbuk sekerap mungkin. Apakah reaksi pembaca setelah beberapa kali anda pengulanginya? Untuk kaedah fast-track status itu hendaklah ditulis bersama elemen yang boleh meraih perhatian pembaca, sama ada menyentuh isu perkauman, lucah mahupun mengecam individu atau organisasi berprofil tinggi. Terus waran dikeluarkan dan di bawah akta hasutan 1948 anda meringkuk dalam ISA. Akan tetapi, ini adalah kes yang menggugat perpaduan negara, jika dibandingkan dengan masalah persahabatan yang sekadar gaduh-gaduh manja, selepas itu diikuti dengan amalan unfren di Facebook.

Apakah hebat menjadi seorang pembenci? Sedar atau tidak, setiap individu pasti ada perkara atau objek yang diminati, atau kurang disenangi. Mungkin kerana bukan pilihan namun atau sekadar perasaan tidak suka, namun ia boleh membentuk suatu kebencian. Bagaimana boleh timbulnya benci?

Ambil contoh, jika anda keluar dari pejabat dan terdapat sebuah kereta yang dipacu laju, tidak mahu beratur malah terus memancung anda dan meluru tanpa segan silu tanpa memberi sebarang amaran kecemasan atau angkat tangan tanda maaf. Kondisi ini boleh kita bahagikan kepada dua. Jika si pelaku adalah orang awam, maksudnya orang lain yang tidak dikenali, mungkin kesannya hanya kita akan memaki hamun satu kali, kemudian ia boleh lupakan. Jika ditanya seminggu kemudian, apakah warna kereta yang melakukan kesalahan itu? Mungkin kita sudah lupa.

Sebaliknya berlaku jika si pelaku adalah insan yang kita kenali? Tentu hukuman yang kita jatuhkan untuknya lebih hebat bukan? Jadi penilaian tahap kebencian adalah berbeza, sangat subjektif. Namun, kebencian ini boleh dibendung, boleh dikaji punca kehadirannya dan mungkin boleh diatasi. Faktor emosi menjadi penyebab kebencian bertukar menjadi tidak terkawal.

Jika saya, anda mahupun rakan anda adalah pembenci, apakah elemen-elemen yang ada dalam diri pembenci? Mari kita kaji satu persatu daripada kebanyakan ciri yang sangat signifikan dengan seorang pembenci. Hanya mengkaji beberapa, atas dasar frekuensi dengan mengambil contoh kejadian menerusi teknologi media sosial kini. Tidak perlu pergi jauh, hanya dihujung jadi anda mampu menjadi seorang pembenci.


1. Pembenci Adalah Stalker

Jika benar apa dikata, rasa benci lahir dari hati setelah mendapat kawalan dari otak. Rasa benci yang dilahirkan terjana setelah mata, mulut atau deria lain menerima maklumat. Proses mengadaptasi maklumat ini dianalisis oleh otak, justeru maklumat ditafsir dan sebagai side effect lahirlah suatu rasa. Pelbagai rasa yang boleh wujud, seperti rasa kagum, rasa bahagia, rasa sedih dan juga rasa benci. Oleh itu, rasa benci terhasil, di mana pembenci membenci suatu kebencian. Namun dari mana datangnya rasa benci ini?

Sedia maklum, jika kita membenci sesuatu, kita terus mengkaji atau mencari maklumat untuk mengetahu info lanjut tentangnya, kebencian akan meningkat. Pendek kata, pembenci bertindak menjadi stalker, tanpa dijemput dan kemudiannya menyakitkan hatinya sendiri. Gejala ini boleh dibendung tetapi emosi ingin tahu menewaskan segalanya dan disusuli tindak tanduk yang sama ada relevan atau tidak. Jika anda masih mengamalkan aktiviti stalker, anda berisiko menjadi pembenci dan anda sebenarnya menyakitkan hati anda sendiri.

Selain itu, pembenci juga boleh melakukan aktiviti sub untuk tugasan stalker, namun hanya boleh dilakukan jika bergerak dalam satu kumpulan yang lebih dari satu. Ini diamalkan agar memudahkan tugas pencarian maklumat kerana banyak media sosial sudah mempunyai ciri keselamatan yang sentiasa dipertingkatkan dari hari ke hari.


2. Sastera Ekstrim

Pembenci menulis mengikut perasaan, membuat pengakuan mahupun menyatakan pendapat dan tak kurang juga yang mengherdik individu lain mahupun organisasi tertentu. Pembenci meluahkan segala yang terbuku, dengan baris ayat yang dapat dihidu akan intonasinya. Biasanya ayat-ayat ini mempunyai maksud yang keras.

Pembenci dalam diam, tidak terkecuali menjadi pembenci tegar namun pembenci dalam diam ini kurang memberi impak. Menurut amalan, sebarang perkara tidak baik yang dibuat dalam diam akan merugikan diri, tidak pula dinyatakan ianya akan merugikan pihak lain. Pembenci yang lantang bersuara adalah pembenci yang tegar. Pembenci tegar menggunakan liuk bahasa, tatabahasa yang keras dan paling ketara adalah objektifnya yang menampakkan kesan negatif kepada diri pembenci mahupun yang dibenci. Penggunaan bahasa yang kesat, tatabahasa yang tidak sesuai digunakan oleh pembenci bagi meluahkan perasaan yang terkandung dalam dirinya, kerana target pembenci tentunya kepada yang dibenci sama ada pembenci mahukan yang dibenci itu merasa sedih, terkilan, sentap mahupun membuat serangan balas.

Ciri penulisan pembenci boleh dikenal pasti melalui pembacaan beserta intonasinya. Selain itu, kebencian dapat dilihat pada penulisan tersebut, seperti menggunakan kata-kata kesat, pengulangan berganda, warna tulisan jika ditulis dengan tangan, penggunaan perkataan ultimation, huruf besar pada kesemua atau sebahagian penegasan, penggunaan tanda baca yang luar biasa dan sebagainya.


3. Penjatuh Hukuman

Bidang kehakiman adalah badan tertinggi yang bertanggung jawab untuk melaksanakan undang-undang. Bukan bermaksud tugas mereka hanya ketika ada perbicaraan tapi secara berterusan sepanjang masa. Ibarat seorang hakim yang menjatuhkan hukuman, begitu pembenci meletakkan satu batu tanda sebagai rujukan, atau aras piawai.  Jika tersasar dari piawaian ini, pembenci akan menggunakan akal fikiran dan pertimbangan yang dia ada pada ketika itu untuk menghakimi sesuatu perkara dan selalunya membuat perbandingan.

Contohnya, pembenci menyatakan sesuatu kejadian sebagai tidak relevan dan dikuti dengan pendapatnya mengapa ia tidak relevan. Pendapat ini disokong oleh suatu perbandingan di mana pembenci akan meletakkan sesuatu tanda aras yang sepatutnya keadaan itu terjadi. Ini dilakukan untuk menampakkan bukti atau sokongan atas kenyataannya. Akan tetapi, jika sokongan itu tidak kuat atau mampu disangkal, ia akan menjejaskan kredibiliti pembenci itu sendiri. Pembenci yang bijak akan mencari sokongan yang signifikan serta mempunyai tahap komplikasi rendah. Jika dibidas, setidaknya pembenci mampu membidas lagi.

Kebiasaannya, dalam keadaan yang marah, pembenci biasanya membuat perbandingan yang mempunyai konsep ironi. Oleh itu, ayat yang lengkap biasa digunakan oleh pembenci dimulai dengan kenyataan dan perbandingan, dikuti bukti sokongan dan diakhiri dengan hukuman. Hukuman yang sangat berat biasanya dijatuhkan untuk memberi elemen kepuasan hati.


4. Penafian

Penafian penting untuk menganjakkan diri pembenci dengan meminimumkan atau mengecualikan dirinya daripada kejadian yang ingin dibahaskan. Ini berlaku kerana kejadian tersebut telah diletakkan suatu klasifikasi perbandingan beserta hukumannya. Oleh itu wajar bagi pembenci membuat kenyataan penafian.

Jika ditafsir, penafian ini berkait rapat dengan karaktor awal pembenci sebagai stalker. Sebagai penganalisa yang bijak, kita boleh membuat siasatan mengikut modus operandi pembenci ini kerana kelemahan pembenci adalah penafian yang sebenarnya berkait rapat dengan sumber maklumat. Jika tiada maklumat, bagaimana fenomena pembencian wujud? Jelas sekali pembenci yang gagal merahsiakan konsep pencarian maklumatnya akan menghadapi krisis bahaya.

Pembenci yang gagal peringkat awal untuk elemen ini boleh dilihat pada penulisannya. Contohnya, pembenci menyatakan untuk tidak mengendahkan kejadian. Akan tetapi, jika tidak diendahkan, bagaimana berlakunya proses pencarian maklumat yang kemudiannya mencetuskan suatu pembencian?


5. Sambutan

Skala kejayaan pembenci adalah bergantung dengan sambutan yang diterima. Di laman sosial fesbuk, jumlah like dan komen menjadi kayu ukur kejayaan ini. Kita boleh amati sesorang pembenci mempunyai kelompok pembacanya, sama ada perhubungan menerusi sekolah, pengajian tinggi, tempat kerja, kawasan tempat tinggal mahupun rakan rawak.

Kenyataan pembenci selalunya meraih sambutan menggalakkan. Jika isu yang dibahaskan itu dipersetuji ramai kelompok perhubungan, ia boleh diklasifikasikan sebagai universal di mana ia diterima ramai oleh setiap jaringan hubungan dalam semua kelompok. Akan tetapi, jika kenyataan itu disokong oleh hanya satu kelompok, atau sebaliknya. Konsep ini juga membolehkan kita menafsir kelompok yang menyokong dan kelompok yang tidak menyokong. Kajian ini boleh boleh mendedahkan kelemahan pembenci. Oleh itu, pembenci yang bijak akan membuat penyataan terperinci agak elemen-elemen lain turut terlaksana dan dikunci rapat agar tidak boleh dibolosi pihak lawan.

Jika terdapat perpecahan dalam kelompok yang memberi atau tidak memberi sambutan, kajian boleh dilakukan dan amat signifikan kerana kajian ini lebih fokus kepada hanya satu kelompok sahaja. Amat berbahaya kepada pembenci, jika kenyataan kebencian menjurus ke suatu kelompok namun tidak menerima sebarang sokongan dari pihak kelompok itu, pembenci anda mungkin sedang dihakimi oleh pihak ketiga. Silap langkah, pembenci dapat diberkas dan layak menerima hukuman yang setimpal dengan kenyataan pembenci sebelum ini.

Monday, November 4, 2013

The Grand Palace

 






 














Grand Palace, Bangkok,
17th - 20th August 2013.