sambungan dari memory 4 waruna (part 7)
perut kenyang, badan terasa amat berat. melabuhkan badan merasai keempukan tilam dengan bantal tak bersarung cukup nikmat. aku menggeliat di atas katil, namun kotak fikiranku bercelaru memikirkan kelas persediaan petang yang sungguh bosan itu. beberapa ketika, aku berjaya melelapkan mata.
"wuhuuuuuu!!!!!!!!" terdengar pekikan suara azharudin dan syaihan. aku terjaga dari tidurku yang tidak bermimpi. berat terasa kepalaku, namun berat lagi kepala naim abdul rahman. lantas aku terjun ke lantai serta bersiap untuk ke kelas.
setibanya di hadapan warden, aku melihat faridah hashim, nor hafiza dan beberapa lagi pelajar perempuan sedang berjalan sesama mereka menuju kelas. faridah hashim menjadi tumpuanku. tengah hari yang panas terik, membuahkan titisan peluh di sekitar mulut terutamanya di bawah hidung, antara hidung dan bibir atas. faridah berkain singkat, jelas kelihatan tika berjalan, tapak kakinya mencapah. berbeza dengan siti zalipah yang hanya tapak kaki kanannya yang menumpu ke dalam.
aku terus berjalan, dan akhirnya tiba di kelas. kelihatan noor hani yang masih mengenakan baju seragam sekolah sedang sibuk berbual mesra dengan noor samsinar. tudung hani cukup serabai, lantas aku menegurnya,"weyy hani! pasal pa tudung hang tak buat kelepet? seghonyeh ja". noor hani menjawab, "aku malas lah! biaq pi lah. benci hang tau dak, tudung aku ni licin hang tau. haha...malas nak adjust satgi habih bedak aku".
"hani suka pekai bedak!" suara sayup dari belakang menyapa kami. rupa-rupanya khadijah orang. senyum sipu-sipu malu. lantas nor samsinar menambah, "weyy syed nak tau dak bedak apa hani pakai? mesti la bedak sejuk nyonya mampir".
"weyy..sknaq suka hati hang ja. jaga hang sat lagi aku duduk atas hang! bukan nyonya mampir. nyonya mener lah!! haha.." marah noor hani dalam sayang. noor hani bangkit dari kerusi, terusi melabuhkan punggungnya duduk di atas riba samsinar.
"arrrr!!! aduh sakit. haha...hish! juboq lebaq!" jerit samsinar sambil ketawa.
dalam keceriaan pelajar 4 waruna bergurau senda, aku melihat nur yasumira dalam gundah gulana. beliau dilihat sedang bercakap dengan adiknya, iqbal di balik tangga. aku khuatir jika igbal dan kawannya bergaduh lagi dengan pelajar tingkatan 4 khususnya. mereka sememangnya pantang berselisih, silap sedikit akan bercakar, bagai anjing dengan kucing!
petang ini aku menghabiskan masa dengan berbual bersama noor hani. aku terfikir akan suatu kisah semasa di tingkatan 3. noor hani yang merupakan pelajar kelas bahasa perancis pernah mengutarakan persoalan tentang kewujudan buah epal di bawah meja, semasa kelas bahasa perancis, di dalam meja yang ditumpangnya. buah epal yang merah lagi enak itu ditinggalkan bersama kertas nota seakan kad ucapan dedikasi yang telah digubah sendiri. namun pengirimnya adalah seorang misteri.
aku berhasrat ingin berdiskusi bersama noor hani dengan lebih lanjut dan terperinci. aku memilih kerusi belakang sebagai tapak strategik bagi mengupas misteri ini namun hani mempersoalkan kedudukan itu, supaya kami memilih kerusi di bawah kipas. lebih sejuk dan suhu badan menjadi seimbang jika berbincang kisah panas. kisah ini bertambah panas apabila noor hani sendiri telah menyedari arus perubahan yang berlaku sehingga misteri itu menghantui dirinya justeru beliau gagal memberi tumpuan ketika dalam kelas bahasa perancis di bawah kelolaan puan neoh swee hoe.
dialoq
hani : weiii, aku rasa memang dia yang bagi. tapi pasai pa nak bagi? special sangat ke? aku tengok dulu hari-hari ada ja. aku dah la lapaq, tengok coklat cadbury wat aku terliuq ja. nak ja aku makan.
syed : ye ke? mana hang tau?
hani : lorr...awat tak tau plak. tahun lepas, kelas perancis kami pakai kelas 4 waruna. aku pulak duduk kat tempat dia.
syed : ooo...jadi hang tau la! pasai pa hang duduk situ? hang pun skandal jugak ke?
hani : sorry la. not my taste! tapi aku heran la. asal aku duk situ ja, meja dia mesti ada makanan siap ngan kad ucapan. orang tu buat sendiri tuh. rajin duk buat.
syed : haha...tapikannnn...choppp!!! dia tulis apa? aku tau mesti dia punya kerja. sebab dia je yang suka buat hiasan pakai ranting kayu la, daun kering la, macam-macam.
hani : banyak tulis dalam english. selalunya "good luck", "happy wednesday", lirik lagu pun ada, kadang tu macam poem sonnet 18 pun ada. bila masa dia letak?
syed : bila orang tak dak la kot.
hani : yang heran kadang tu kelas pagi. kelas mula sekali. ntah mamat tu tak tau pun apa ada dalam meja dia. aku nampak dulu. sekali tu dia siap tulis nak mintak dijadikan adik angkat. nyampah la pulak. tapi biasanya kad-kad tu semua akan dibuang. sebab next kelas aku tengok meja dia clear ja. tak tau la kalau dia simpan. haha...tapi yang kekal atas meja bawah pelapik plastik tu tiket perlawanan bola kat kelab orang putih mai mesia tuh.
syed : aku rasa dia buh malam. lepas prep malam. aku selalu nampak dia balik lambat. bukan tahun lepas ja, tahun ni pun.
hani : ya ka?
syed : awat tak tau pulak. malam tadi aku nampak kad baru dalam meja dia. design baru tuh.
hani : design apa? takkan tak tulis apa-apa lagi? siap ke belum?
syed : kulit kerang dan cengkerang siput. haha..siap dah. mesti la design baru kali ni ada maknaaaa!!! ada siput di balik mi! tringat la pulok masa makan high table, sekali dalam sup sayuq cikgu sohor ada siput babi. haha..padan muka. kita kompen dia tak caya, hambik. geli aku!
pembuka bicara antara aku dan noor hani jusoh kian beransur panas. penuh teka-teki. sedikit demi sedikit misteri dikupas, sehingga khusyuk dan tawadhuk menyampaikan isi hati namun sesekali mentafsir kebarangkalian kisah panas ini, kami ungkapkan dalam nada suara yang cukup istiqamah. terang, jelas dan tidak dengung.
bersambung...
sedutan episod akan datang :
apakah misteri yang dianalisis oleh penulis dan noor hani jusoh? siapakah yang menerima epal merah? siapakah yang menulis kad-kad aneh itu? bagaimana ia berlaku? apakah kaitan antara cengkerang siput dengan ucapan di atas kad tersebut? (ikuti mereka ; noor hani jusoh, husniyah halim dan hasnor nashrah)
15 comments:
kisah ni cam blur skit nk paham...huhu...
capah sangat ke aku berjalan weiii....
la dak dah kot..pakai high heel...hahahha
tak pasal2 ade citer bab kepala aku...hampeh...
kak wan : mmg blur skit nanti paham la..haha.
mek : la capah dah lagi? tak perasan la ari tu..haha.
naim : kepala hang kan glemer! la ni kecik dah kepala hang...haha.
x taw la capah ke dak???
x de org tegur pun....hehehhehe
tapi capah hang tak ketara...dia ketara dulu sebab kain hang singkat. stoking loose tu pun nampak jugak. haha..kisah duka lara zaman seratas...nak wat cam ner kita dulu pokai. nama pun program khas masuk free ja...
wow...saya tahu segala-galanya. Malah ada lagi rahsia-rahsia panas yang masih tersimpan di hati ku..Bukan stakat apple yer..malah dipesan McD delivery untuk si tuuutts ithew
oh azizul aku merindui mu... berikan daku gosipmu itu... kerana ia adalah santapan rohani sekalian pembaca blog ku...hahahha...
oppss...sila betulkan...
aku ngan sheedah kes sensetip n khas...bayaq yuran ooooo.....
tp bab stokin loose mmg x leh handle la...
tiba2 je die melurut masuk lam kasut itam...hak..hak..hak..
tambah sorg lagi nurul syatilla pun kena bayaq yuran. tak tau pun hang kena bayaq..hehe...tau sheedah n cik la je..
aku dulu kasut plak cepat tobek..aku n pae kesian bukan kasut kulit tapi kasut plastik semata..huuhuhu..
aku pun kena.....
di hari pendaftaran mak aku kena mengadap Cikgu Roli.....pas tu bincang p bincang mai...aku x layak...maklumle adik beradik 2 org ja!!! diskriminasi.....
GOSIP JA KEJE HANG...
gosip kat blog je..tak kuasa nak layan lebih2...(padahal siap sms)
uish,sakan gosip no...hehe
hahaha..eleh kak wan. ko plak sepakat dua berkat ngan tasha..ini apa kes??
Post a Comment