Showing posts with label remaja seratas. Show all posts
Showing posts with label remaja seratas. Show all posts
Friday, May 1, 2020
Monday, February 24, 2014
Jawatan & Lagu Tema
Perasan tak, ada sesetengah jawatan boleh dikaitkan dengan bait lagu tertentu. Maksud penulis bukanlah pekerjaan sebagai penyambut tetamu kaunter di kedai kareoke. Pekerjaan yang dimaksudkan adalah pekerjaan yang dipopularkan menerusi lagu-lagu yang saban hari berkumandang di corong radio. Penulis mempunyai beberapa rakan yang sesuai untuk dedikasi lagu ini. Mari kita lihat, khusus untuk rakan Seratas.
1. Gerak Khas
"Bergerak, wahai demi untuk negara.. Melawan siapakah musuh durjana.. Tak kira, pangkat, darjat atau pun harta.."
Ini adalah lirik dalam lagu OST Gerak Khas yang amat sinonim dengan tugas polis. Polis yang gagah berdiri tegak, memacu pistol kepada penjahat yang botak dan bertatu pantas menundukkan penjenayah. Lagu ini didendangkan oleh AC Mizal beduet dengan Abby Abadi sebelum mengenakan hijab selepas kerana bercerai dengan Norman Hakim.
Dedikasi untuk : Hasnor Nashrah
2. Malaysia Boleh
"Jika kau fikirkan kau boleh.. Kau hampir boleh melakukan.. Jikakau fikirkan kemenangan kau hampiri kejayaan.."
Baik lagu ini adalah untuk memberikan inspirasi kepada atlet sukan negara ketika negara hangat menempuh perlawanan Piala Thomas tatkala Rashid Sidek sedang bergelut menentang Ardi Wiranata dari Indonesia. Lagu ini juga ditujukan khas buat rakyat Malaysia untuk terus memberikan sokongan kepada sukan negara. Setiap petang sekitar tahun awal 90an, kanak-kanak pulang ke rumah dari sekolah agama rakyat terus nak main badminton. Begitulah hebatnya lontaran vokal Roy Azman yang merupakan penyanyi RTM. Namun lagu ini juga sesuai ditujukan kepada para peniaga online menual produk kesihatan, bisnes MLM, jual baju bayi dan insurance pelindungan hayat.
Dedikasi untuk : Hasanah (ejen takaful aku), Nur Tasnim (Shaklee), Aini (Shaklee)
3. Keranamu
"Pakar IT pakar ekonomi, jaguh sukan dan juga jutawan.. Berkereta jenama negara, megah meluncur di jalan raya.. Alam siber teknologi terkini, kejayaan semakin hampiri.."
Penulis kurang pasti akan penyanyi lagu ini, akan tetapi lagu ini dipercayai digubah oleh komposer terkemuka tanah air bernama Pak Ngah Suhaimi yang pernah menaikkan nama penyanyi tersohor seperti Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris. Lagu ini menyentuh akan profesyen seperti pakar IT yang dipercayai menjadi menyumbang kepada pendapatan negara kasar GDP yang menunjukkan sektor perkhidmatan sebagai penyumbang terbesar. Pakar IT melibatkan mereka yang bekerja dalam sektor IT, bergelumang dengan perisian komputer dan multimedia.
Dedikasi untuk : Faeiz Taib, Ashabul Yamin, Natasha Aqilah (bahagian akaun)
4. Pelamin Anganku Musnah
"Masihkah, kau ingin lihat.. air mata ini berguguran.. Puaslah hatimu kini.. Memainkan perasaanku selama ini."
Lagu ini menceritakan tentang impian perkahwinan yang hancur berkecai. Memang sedih jika pelamin yang diangankan selama ini lengkap dengan tema warna dan konsep katering serta goodie bag, akhirnya tidak menjadi kenyataan. Jika masih dalam fasa awal, mungkin masih boleh dicegah. Namun, bagi yang telah berkahwin, perkhidmatan paling sesuai dituju adalah untuk mendapatkan rundingan kadi atau khidmat mahkamah syariah. Lagu nyanyian Azie ini sesuai untuk menggambarkan tugas penjawat awam yang menguruskan kes-kes penceraian terutamanya yang melibatkan pencerai berprofil tinggi seperti artis dan orang kenamaan.
Dedikasi untuk : Wan Hazila
5. UTC
"UTC..! UTC..! Pusat pelbagai perkhidmatan.."
Pusat Transformasi Bandar atau Urban Transformation Centre merupakan pusat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada warga sekitarnya dengan keunikannya yang dibuka sehingga malam. Oleh itu penduduk boleh mengunjungi UTC untuk melakukan pelabagi urusan seperti pembaharuan pasport, perkhidmatan pejabat pos, Jabatan Pendaftaran Negara, pertubuhan bukan kerajaan dan macam-macam lagi. Antara yang menarik perhatian penulis adalah penjawat awam diberi peluan untuk bekerja lebih masa, ini adalah suatu berita yang baik. Silalah berkunjung ke UTC jika anda tidak berkesempatan untuk berurusan diwaktu biasa tanpa perlu mengambil cuti separuh hari.
Dedikasi untuk : Hasmahafizi (UTC Pudu)
Friday, January 17, 2014
Selamat Bertunang Missone Hazel
"Kalau takut dipukul ombak, jangan berumah di tepian pantai."
Peribahasa di atas merujuk kepada langkah pencegahan yang dikatakan lebih wajar dilakukan dalam kehidupan kita jika takut ditimpa musibah. Kebarangkalian untuk berlaku musibah tidak dapat diketahui, seperti mana dalam kajian bidang pengurusan risiko, atau Risk Management. Namun setiap aktiviti yang memiliki hubung kait dengan aktiviti lain dapat dianalisa bagi merungkai risiko yang wujud lantas dapat disusuli dengan langkah pencegahan yang bersesuaian.
Menjelang hari bahagia, kadang kala kita lupa bahawa setiap tindak tanduk kita diperhatikan oleh rakan. Biar secara sedar atau tidak, nyata atau maya, kewujudan hasat dengki serta rasa iri hati sentiasa mengalir dalam diri setiap insan normal. Cuma yang membezakannya adalah tahap kemampuan seseorang mengawal perasaannya justeru daripada mengelakkan daripada perkara negatif berlaku.
Penulis telah mengalami suatu fasa di mana ternyata sekali sifat hasat dengki ini sentiasa ada walaupun pada rakan-rakan yang pada fizikalnya dikatakan rapat dengan kita. Bagaimana ia terjadi? Persoalan ini mungkin hanya kita yang dapat menjawabnya tapi kita tidak sedar kerana ianya berlaku secara tidak sedar. Perasaan negatif ini membiak sedikit demi sedikit dan akhirnya berkembang menjadi nafsu amarah yang berpuaka.
Bagaimana dan apa yang harus anda lakukan menjelang hari bahagia?
Kepada yang bakal bertunang, uruslah majlis anda sebaik mungkin. Jangan jadikan kejadian menimpa Samsinar Khamsi sebagai contoh, tapi teladan kepada semua. Jika difikir secara logik, tiada hak untuk rakan mencemburui rakan baiknya. Jika benar dianggap rakan baik, kenapa perlu cemburu? Memang sukar membendung perkara ini berlaku, namun berbekalkan pengalaman dan ketabahan, diharapkan Wan Hazila dapat merencana perjalanan terbaik. Persetankan segala risiko negatif ini kerana matlamat utama anda adalah hari bahagia anda. Jadi apakah fungsi pengurusan risiko di sini? Ucapan yang terbaik buat Wan Hazila, selamat menempuh hari kebahagiaan dengan pasangan pilihan hati anda. Selamat bertunang. Lepas ni boleh kareoke lagi ke tak?
Peribahasa di atas merujuk kepada langkah pencegahan yang dikatakan lebih wajar dilakukan dalam kehidupan kita jika takut ditimpa musibah. Kebarangkalian untuk berlaku musibah tidak dapat diketahui, seperti mana dalam kajian bidang pengurusan risiko, atau Risk Management. Namun setiap aktiviti yang memiliki hubung kait dengan aktiviti lain dapat dianalisa bagi merungkai risiko yang wujud lantas dapat disusuli dengan langkah pencegahan yang bersesuaian.
Menjelang hari bahagia, kadang kala kita lupa bahawa setiap tindak tanduk kita diperhatikan oleh rakan. Biar secara sedar atau tidak, nyata atau maya, kewujudan hasat dengki serta rasa iri hati sentiasa mengalir dalam diri setiap insan normal. Cuma yang membezakannya adalah tahap kemampuan seseorang mengawal perasaannya justeru daripada mengelakkan daripada perkara negatif berlaku.
Penulis telah mengalami suatu fasa di mana ternyata sekali sifat hasat dengki ini sentiasa ada walaupun pada rakan-rakan yang pada fizikalnya dikatakan rapat dengan kita. Bagaimana ia terjadi? Persoalan ini mungkin hanya kita yang dapat menjawabnya tapi kita tidak sedar kerana ianya berlaku secara tidak sedar. Perasaan negatif ini membiak sedikit demi sedikit dan akhirnya berkembang menjadi nafsu amarah yang berpuaka.
Bagaimana dan apa yang harus anda lakukan menjelang hari bahagia?
Kepada yang bakal bertunang, uruslah majlis anda sebaik mungkin. Jangan jadikan kejadian menimpa Samsinar Khamsi sebagai contoh, tapi teladan kepada semua. Jika difikir secara logik, tiada hak untuk rakan mencemburui rakan baiknya. Jika benar dianggap rakan baik, kenapa perlu cemburu? Memang sukar membendung perkara ini berlaku, namun berbekalkan pengalaman dan ketabahan, diharapkan Wan Hazila dapat merencana perjalanan terbaik. Persetankan segala risiko negatif ini kerana matlamat utama anda adalah hari bahagia anda. Jadi apakah fungsi pengurusan risiko di sini? Ucapan yang terbaik buat Wan Hazila, selamat menempuh hari kebahagiaan dengan pasangan pilihan hati anda. Selamat bertunang. Lepas ni boleh kareoke lagi ke tak?
Tuesday, November 12, 2013
Monday, November 11, 2013
Tampar Laju-Laju
Ketawa aku apabila aku terbaca komen dari Azizul ni. Punyalah lama, aku tak perasan pun. Mungkin Azizul lewat komen, masa tu entry ni dah jauh terkebawah. Anyway, aku rasa masih ingat lagi saat tu di mana Azizul sangat obses dengan Siti Nurhaliza yang tika itu sedang popular dengan lagu Cindai, Ya Maulai dan Percayalah. Memang muka Siti Nurhaliza wajib ke final Juara Lagu. Menang pula tu.
Memang aku menghidap stress dengan Azizul, asal bertembung saja dia terus nak nyanyi lagu Siti, siap bawa kertas lirik lagi. Itu belum cover album kaset cetak rompak yang dibeli di pasar malam, di bawa ke mana pergi. Disebabkan aku suka dengan nyanyian Dayang Nurfaizah, lagi rancak Azizul membuat perbandingan, siap kata Dayang kulit hitam.
Aku tak benci Siti, cuma aku rasa suara dia biasa-biasa di telinga aku disebabkan aku dah muak dengan lagu ciptaan Azmeer atau Pak Ngah Suhaimi. Aku yang tiada idea nak mengutuk, terus sahaja aku tampar Azizul yang sangat annoying tetika tu. Minta maaf ya, sebab memang sengaja. Haha!! Patutlah Siti Nurhaliza berjaya sebab memiliki peminat yang cukup fanatik. Nasib baik kunjungan aku ke Sandakan dilayan baik oleh Azizul, thank you!!
Thursday, November 7, 2013
Mat Due??
Padahal dulu rapat, cuma bila dah berlainan aliran (dia tekno, aku bio) jadi jarang berjumpa. Kena pula dia dipilih jadi MPP. Lepas SPM dia pula belajar luar negara. Lagipun dia memang maintain je result dia, pandai dari form 1. Yang paling aku ingat bila dia ketawa, sah akan mengilai. Lepas tu ada seorang senior ni sangat berkenan, selalu datang ke Dorm A1-1 nak berbual dengan dia. Lupa nama abang matriks tu. Zaman kanak-kanak, memang banyak perkara lucu. Pasti Mat Due tersipu malu kalau aku sebut beberapa nama, pasti dia masih ingat: Mat Nor..? Raziah Ramli..?
Anyway, macam mana Mat Due boleh tahu aku ada blog? Tapi kenapa lambat sangat sebab sekarang ni ramai dah meninggal dunia blog. Aku je terasa nak update semula, macam sayang pula. Aku anggap blog ni umpana sesuatu yang aku perlu bagi makanan. Macam bela kucing pula. Kalau Mat Due baca post ni, make sure engkau sudikan untuk meninggalkan sama ada nombor telefon atau email, sebab banyak perkara nak dibualkan. (Email: naharsyed@yahoo.com)
Wednesday, October 30, 2013
Kongratulasi Samsinar
Perghhh.. dah kahwin ko Samsinar!! Macam tak percaya. Kongratulasi buat Samsinar dan Toman. Walaupun menempuh pelbagai dugaan namun akhirnya seperti tertulisnya jodoh korang dapat juga bersanding di atas pelamin. Bukan lagi episod pelamin anganku musnah nyanyian Azie.
Berbekalkan ayat power dan mungkin sedikit jampi dan tipu muslihat, Samsinar berjaya dijinakkan oleh Toman. Walaupun bercinta jarak jauh, dihalang hubungan tanpa restu oleh seorang kawan, namun Samsinar tetap percaya dengan cintanya yang tak bisa dihalang meskipun saban kali menerima kecaman hebat.
Demi cinta, samsinar juga sanggup memekakkan telinganya dengan kain tudung serta veil yang dipakainya pada hari bahagia tersebut. Samsinar bersama lelaki idamannya mengenakan tema krim coklat, busana separa muslimah yang yang cukup elegan walaupun Toman khabarnya tak boleh kancing butang leher akibat saiz leher yang melebihi paras normal. Mekap berjaya menutup sebarang celaan di wajah dimana Samsinar tampil begitu anggun siap dengan bulu mata palsu, akan tetapi kasut pula yang ketat, lambat dia nak pergi salam Toman.
Kelihatan kelibat Ina Jumali yang dikhuatiri menjadi juru tatarias atau mungkin sekadar pengkritik jemputan. Selain itu, mereka yang turut memeriahkan majlis adalah pasangan Fizi Tok Kaya dan Hasnor Ronggeng, Noriah Gonjeng, Kakwan Prala serta penyanyi tersohor tanah air Naharudin Haji Dasuki. Apapun khas buat Samsinar dan Toman, selamat pengantin baru dan anda juga kini telah diblocked!! Sekalung Tahniah!! Tragedi Oktober!!
Berbekalkan ayat power dan mungkin sedikit jampi dan tipu muslihat, Samsinar berjaya dijinakkan oleh Toman. Walaupun bercinta jarak jauh, dihalang hubungan tanpa restu oleh seorang kawan, namun Samsinar tetap percaya dengan cintanya yang tak bisa dihalang meskipun saban kali menerima kecaman hebat.
Demi cinta, samsinar juga sanggup memekakkan telinganya dengan kain tudung serta veil yang dipakainya pada hari bahagia tersebut. Samsinar bersama lelaki idamannya mengenakan tema krim coklat, busana separa muslimah yang yang cukup elegan walaupun Toman khabarnya tak boleh kancing butang leher akibat saiz leher yang melebihi paras normal. Mekap berjaya menutup sebarang celaan di wajah dimana Samsinar tampil begitu anggun siap dengan bulu mata palsu, akan tetapi kasut pula yang ketat, lambat dia nak pergi salam Toman.
Kelihatan kelibat Ina Jumali yang dikhuatiri menjadi juru tatarias atau mungkin sekadar pengkritik jemputan. Selain itu, mereka yang turut memeriahkan majlis adalah pasangan Fizi Tok Kaya dan Hasnor Ronggeng, Noriah Gonjeng, Kakwan Prala serta penyanyi tersohor tanah air Naharudin Haji Dasuki. Apapun khas buat Samsinar dan Toman, selamat pengantin baru dan anda juga kini telah diblocked!! Sekalung Tahniah!! Tragedi Oktober!!
Parit Haji Hassan, Along Pongsu, Bagan Serai.
13 Oktober 2013
Tuesday, October 29, 2013
Mari Mencerca: Wan Hazila
Dalam studio ketawa melalak,
Suara Kak Wan membenam Joyah,
Rujuk nikah bercerai talak,
Dalam mahkamah syariah wilayah.
Lawan bowling palilng beriya,
Masuk longkang markah cinonet,
Kerap menulis status karier,
Sibuk sentiasa menaip minit.
Pasaran niaga di alam maya,
Promosi hebat tak kurang bakat,
Kurus anggun segak bergaya,
Tapi kekasih payah nak lekat.
Dari pekan ke satu pekan,
Singgah membeli tanpa alasan,
Minat sukan gemarkan makan,
Salah bersenam terbaring pengsan.
Suara Kak Wan membenam Joyah,
Rujuk nikah bercerai talak,
Dalam mahkamah syariah wilayah.
Lawan bowling palilng beriya,
Masuk longkang markah cinonet,
Kerap menulis status karier,
Sibuk sentiasa menaip minit.
Pasaran niaga di alam maya,
Promosi hebat tak kurang bakat,
Kurus anggun segak bergaya,
Tapi kekasih payah nak lekat.
Dari pekan ke satu pekan,
Singgah membeli tanpa alasan,
Minat sukan gemarkan makan,
Salah bersenam terbaring pengsan.
Wednesday, November 14, 2012
Blog Mek Ai Menjana Pendapatan
Email spam banyak masuk, setiap hari pasti ada. Tapi kali ni lain sikit, aku rajin nak tengok subjeknya. Sekali terkejut sebab tertulis "Haniza Mohammad Nor earned $57.87 today". Sakan dia kereoke di Penang kalau macam ni. Wah, diam-diam Mek Ai ada blog, mahu melompat kalau dia baca ni. Tapi tak tahu kalau betul-betul ada. Tapi apa kaitan ada link dengan email Yahoo aku? Siap menjana pendapatan lagi di blog, register dengan Nuffnang ke? Haha.. baru semalam Mek Ai sms aku tanya pasal B. Haha..
Monday, May 14, 2012
Trip To Mars
Trip kali ni berkisar kepada menghadiri majlis perkahwinan Mohd Alif Imran yang lebih dikenali sebagai Piko, watak utama dalam siri animasi terkenal dari Jepun iaitu Dragon Ball. Piko mempunyai kulit bewarna hijau dan berasal dari planet Nameck. Tidak salah jika aku memakai baju hijau, memang tepat ramalan aku, warna tema yang dipilih adalah hijau.
Terima kasih untuk undangan itu, lebih-lebih lagi kerana menguruskan penginapan di homestay. Dalam gambar di atas, tidak terdapat wajah Motat kerana beliau malu-malu nak masuk ke dalam. Romzi pulak jangan sesekali korang nak tanya, ada ke patut datang kenduri pukul 5.30 petang? Nasi pun tinggal kerak je kot. Gambar ini Bidi lebih sopan, maklumlah sibuk di dapur mengambil tugas memasak semenjak lama berpisah dengan Cik Tie.
Eh ada silat? Tentu sekali, sungguh klasik budaya Utara. Bukan sahaja lauk pauknya lazat sehingga menjilat jari tetapi ada persembahan juga. Hafizi jilat apa sampai langsung tak nampak lalat berterbangan? Kalau di Perak persempahan kenduri diraikan dengan kugiran dan dendangan lagu oleh Wan Norziah, tapi di Utara khususnya di Jitra lebih menonjolkan bakat seni mempertahankan diri. Tapi aku nampak parang tu macam bukan logam saja. Kalau melayang pergi ke muka pengantin macam mana?
Selebihnya, kami membuat rombongan untuk melawat lokasi-lokasi menarik seperti eco-perlancongan di Megat Dewa yang amat terkenal suatu ketika dahulu. Tiga panglima utama dari Kodiang; Borek, Zaidi dan Mr.Ax amat sinonim dengan perkataan Pida 6, Orang Kampung mahupun Manggol Bongor. Tapi mereka lupa bahawa terdapat seorang lagi puteri yang juga berasal dari keindahan ini iaitu Siti Zalipah. Gambar di atas, kami dibawa melawat tapak projek tanaman padi oleh Borek, bakal usahawan muda tetapi kini mengalami masalah apabila hasil tanaman diserang oleh siput godang.
Menyusuri setiap denai yang ada, kemudiannya kami ke Kuala Perlis melalui Jalan Kuala Sanglang. Permandangan indah dirakam dah terus diupload di fesbuk sehingga Besah teruja nak ikut sekali. Di Kuala Perlis, kami bersama berGala-Dinner dengan pelbagai menu yang dipesan mengikut hawa nafsu syahwat yang pada asalnya ingin mengunjungi tanah Danok di sempadan. Ini belum masuk cerita kereta Borek terkepung, kisah kareoke di Kangar dan skandal-skandal yang selama ini (bukan Selama, Perak) menjadi misteri.
Keesokannya, kami ke Padang Besar untuk mencari habuan masing-masing. Tiada langsung terfikir di fikiran aku selain jersey Spurs. Tapi aku sempat rembat sebentuk cincin zamrud tiruan yang dilihat sangat berpadanan dengan jari-jemariku yang berkedut tu. Malangnya dah nak sampai KL, cincin jatuh bawah seat kereta Honda City milik Yashar lantas sehingga kini gagal dijumpai. Gambar di atas adalah pemandangan ladang tebu Chuping yang pernah menjadi lokasi pengambaran filem arahan Bade Hj Azmi iaitu KL Menjerit. Haha :)
Terima kasih kepada Yashar- penaja pengangkutan, Pak Tam- penaja rempah kari, Bidi- masterchef keluaran dewan makan Seratas dan Amir- penghibur di kala sunyi. Haha.. Terima kasih tak terhingga buat Borek yang sudi menjadi pemandu pelancong dan akhir kata tahniah buat pasangan mempelai: Piko & Wife :)
Monday, April 9, 2012
Lawatan Orang Johor
Sebelum jadi basi, baik aku update sikit pada pertemuan singkat dengan 2 orang johor yang sudi datang melawat kami di KL. Mereka adalah tasnim dan hani, dua-dua bergelumang dengan dunia pendidikan. Diorang ni saja je diibaratkan orang johor walau pada dasarnya sorang dari penang, sorang dari perlis tapi tempat kerja saja di johor bahru.
Maaflah dalam gambar tiada muka apoie, tasnim mahupun natasha apatah lagi pijie. So far gambar ini saje yang aku sempat rembat dari fesbuk. Apapun, ketawa tetap ketawa walaupun aku seorang saja lelaki yang hadir. Pijie sah-sah pergi kursus di terengganu so yang hadir hanya bini dia dan hafis.

Tak de conclusion mahupun agenda, cuma sekadar small gathering saja. Topik perala pun suam-suam kuku saja. Tak mahu isu berbangkit mencemar keriangan kami, apatah lagi nak ungkit isu block di fesbuk, apapun yang terjadi jadikan sempadan.
Apa yang menarik, hani rupanya mempunyai bakat dalam dunia persolekan. Gigih dia pakai 2 jenis bedak, padanlah kulit pun mulus sebab pakai simplysiti kot. Cemerlanglah anak didik dia. Haha.. Next time agaknya kena turun ke JB untuk membalas lawatan. Tapi motif ke singapore mungkin akan over shadow niat asal. Apapun, terima kasih atas ingatan kalian.
Tuesday, February 21, 2012
Alif & Dunia Kecilku
Tahun 2001, masa itu aku dan tingkatan 5. Sibuk nak SPM. Aku bukan jenis ulat buku mahupun ulat beluncas tapi aku tetap nak bawa balik buku ke asrama demi nak memuaskan hati. Tengok kawan-kawan lain bawa balik buku, aku jadi risau. Oleh itu aku pun jinjing juga buku kemudian diletakkan di atas katil dan tidur bersama-sama buku di sebelah sampai esok pagi.
Dalam dunia terumbang-ambing tu, kisah hidup aku diselit dengan kewujudan seorang kanak-kanak kecil yang bernama Alif. Budak ni rabun, pakai cermin mata. Muka dia memang 'innocent' oleh itu aku jadi tak kisah kalau dia nak tanya aku apa-apa. Aku bukannya jaguh asrama yang boleh bagi perlindungan selamat daripada kes buli sedangkan sejarah hitam aku di asrama dulu pun kerap dibuli terutama masa tingkatan 1. Aku pun tak tahu apa-apa dan aku bukan seorang yang suka memberi komitmen.
Tapi Alif ni lain. Dia pendiam, penakut dan baik hati. Kalau dia nampak aku, dia jalan laju-laju. Tapi kalau selisih mesti bagi salam. Macam aku tingkatan 1 dulu pun wajib bagi salam sebab terpaksa, biarlah sekadar 'kum bang!' atau 'semekom bang!' Agak dah lama aku perasan, akhirnya aku tegur dia. Rupanya Alif ni pelajar tahun lompat, umur muda setahun dari kawan-kawan yang lain di samping ada masalah belajar. Kalau tak silap dia menduduki tempat terakhir masa peperiksaan.
Aku cuba bertanya sedikit latar belakangnya. Kebanyakannya aku sudah lupa. Yang pasti, dia asal sama orang Perak juga. Dah lewat kenal, jadi baik la juga. Dia tak pernah belanja aku, aku pun sama juga tak pernah belanja dia pun. Katanya dia kagum aku dapat nombor 1 dalam kelas Waruna. Entah dari mana dia skodeng. Padahal waktu tu dia belum wujud di Seratas.
Lama peristiwa ini berlalu pergi, tanpa pernah lupa yang aku pernah mengenali Alif. Aku mengakui akan kelemahan aku yang seperti ambil mudah, tapi aku jujurnya tak pernah lupa sehinggalah pada suatu hari, baru-baru ini aku menerima ' friend request' di Facebook. Rupanya Alif masih mengingati aku.

Sekali lagi terima kasih. Masih ingat rupanya Alif pada aku. Aku pun 'accept', terus aku ketawa besar tanda aku masih ada memori silam yang turut sama dikongsi dengan orang lain. Sudah dewasa si Alif, banyak perubahan tapi aku masih dapat mengecam dirinya. Sungguh kecil dunia ini.
Tuesday, January 10, 2012
10 Keanehan Diri
1. Tidak mudah percayakan orang luar meskipun sudah jatuh hati.
2. Selalu memikir terlalu mendalam untuk perkara remeh. Jika hendak memilih seluar dalam, tentu akan pilih yang terbaik. Tidak mahu ada longgar, koyak atau berlubang, warna pudar mahupun bercorak aneh. Membayangkan jika berlaku apa-apa sehingga pengsan dan perlu merujuk hospital, betapa malunya jika sekiranya doktor terpaksa buka dan melihat seluar dalam yang dipakai itu tidak senonoh. Ianya amat memalukan.
3. Kalau bersarapan mihun, pasti sebelum jam 11 pagi lutut sudah terketar-ketar akibat lapar. Lebih parah daripada tidak makan apa-apa. Penyakit diwarisi daripada datuk.
4. Walaupun nampak macam budak-budak, kalau kareoke hanya pilih lagu-lagu lama.
5. Baca surat khabar atau majalah dari muka surat paling belakang. Tapi kalau baca Star hari sabtu terus buka bahagian StarJob.
6. Sangat meminati dunia kesenian halus. Bayangkan Nahar mampu buat bakul dianyam dari rotan halus dan menyiapkan bunga straw dalam kelas Cikgu Noryati. Lukisan kolaj kalau boleh nak koyak cebisan sehalus-halusnya. Bercekang mata demi folio seni sampai diusik lembaga tak diundang. Sangat tidak meminati seni bina baru dan dunia pembinaan.
7. Sukar tidur jika tidak berkatil. Selain itu kalau dah berkatil mampu tidur selama 2 hari.
8. Kalau memasak suka letak belacan lebih-lebih.
9. Sangat flexible, dari segi rohani mahupun jasmani. Dalam kelas pendidikan jasmani, Nahar boleh menaikkan kaki dan diletakkan di belakang leher.

Friday, September 30, 2011
Zorro Main Pedang
Selamat pengantin baru buat Zorro atau nama dia Mohd Zurul Kamal yang baru sahaja menamatkan zaman bujangnya. Sempat salam sahaja waktu dia tengah makan. Pastu kitorang kembali berbual tanpa mempedulikan dia. Terima kasih dengan undangan through FB dari Zorro. Majlis dia standard la tentera mesti kena lalu bawah pedang. Tema biru so secara tanpa sedar aku disyaki mengikut tema seperti mana sama warna baju aku dengan kain seperah di meja. Tahniah kepada para penari dari AB Entertainment yang berjoget lambak. Sorry, memang langsung tak de gambar bersama Zorro sebab kami secara total tidak mempedulikan pengantin. Lain kali kita yamcha ok?

Tuesday, September 13, 2011
Like?

Sekadar mengambil contoh. Bahaha!! Kesian Syaihan, tapi dia sporting so harap-harap tak ambil hati. Anyway, semenjak SPM langsung tak pernah jumpa Syaihan. Byk nostalgia lama bermain dalam fikiran. Oh ya! Teringat pula kisah setiap kali dengar azan kami warga dorm B13 akan usik Syaihan bahawa dia akan lari masuk ke tandas, kononnya panas! Kami tukarkan namanya yang ada konsonan "H" kepada "T". Cubalah! Bahaha..
Wednesday, March 23, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)