Monday, November 30, 2009

kain sari dibawa belayar

menerima tempahan dari rakan, membuatkan diri ini teruja. bukan niat kerana mengambil untung tapi kesempatan yang ada perlu diguna sebagai jasa kepada rakan taulan kita. berada di india sendiri membuat diri aku meraba mencari keunikan yang aku sendiri kabur. rugi kalau tak beli sari kerana di malaysia harganya sangat mahal. nak pergi ke india semata-mata untuk membeli sari? oh tidak! tiketnya sahaja mencecah lebih 2 ribu.

dari sunder vihar, aku menaiki otto (3 wheeler cab) menuju janak puri metro station atau lebih dikenali sebagai tren ringan. namun, aku perlu melakukan transit di connought place untuk mengemudi aliran vishvidyalaya sebelum turun di patel nagar. kesesakan umat manusia di connought place yang merupakan lokasi paling meriah di pusat bandar new delhi sememangnya diakui dengan tubuh dirempuh dengan hidung diharumi bauan bunga jasmin. setibanya di patel nagar, sekali lagi perlu menggunakan khidmat otto untuk menjejakkan kaki di sebuah pasar berhampiran persimpangan AIIMS (all india institute of medical sciences).

setibanya di INA market, aku terus menghayun kaki menuju koordinat raj silk store, di situ seorang kawan bernama bupesh akan menunggu. sememangnya pertemuan telah dipersetujuan melalui memorandun yang ditandatangani. buat pengetahuan, kain sari jenis sutera bangalore ditempah khas dan ditenun dari bangalore, yang berada di negeri karnataka iaitu negeri kelahiran aishwarya rai, nun jauhdi selatan. seawal satu minggu, aku menyampaikan tempahan berupa jenis kain sari, warna, rundingan harga serta bilangannya supaya melicinkan jihad ini.

keadaan INA market yang daif sering mengingatkan aku dengan kejadian pengeboman berani mati serta serangan pengganas. keadaan di sini juga amat panas, dipenuhi manusia. di bahagian belakang terdapat pasar yang menjual sayuran juga, termasuk ikan (jika ada), daging kambing, ayam serta daging-daging lain termasuk yang tidak halal. setelah membuat bayaran kepada bupesh yakni secara tunai, aku akan membawa gumpalan pukal ini untuk menaiki otto dan seterusnya kembali ke rumah tamu menaiki tren.

di rumah tamu, aku akan membuka kotak-kotak pembalu kain sutera sari ini supaya dapat mengaburi mata pihak kastam. disusun rapi dalam beg supaya mengoptimasikan ruang. kemudian, aku akan menimbang beg tersebut supaya tidak melebihi berat yang ditetapkan. setibanya hari untuk berangkat, beg akan dibawa bersama ke lapangan terbang antarabangsa indira gandhi yang terletak di sempadan gurgaon-dwarka iaitu di mayur vihar.

setelah berjaya melakukan pendaftaran bagasi, perasaan lega disaduri kepenatan terus membuatkan diri aku tidak sabar untuk menjejakkan kaki di KLIA. setibanya di sana, terus membawa bagasi yang berat melalui green lane terus ke kaunter teksi untuk perjalanan ke hentian duta.

membeli tiket di hentian duta untuk ke kampung halaman amat menguji kesabaran, kerana bagasi yang berat tidak dapat digerakkan atas jalan berturap. aku mendapati urat dan otot lenga amat sakit dengan migrain di otak mula dirasai. mengangkat beg masuk ke dalam bahagian bawah bas, kemudian naik ke atas untuk terus lena.

5 jam perjalanan, aku tiba. terus menuju ke rumah dan membuka bagasi untuk melakukan tugas secepat mungkin kerana cuti 10 hari digunakan sebaik mungkin. pos bungkusan apa yang patut , kecuali sehelai sari yang yang dipesan khas oleh seorang teman yang sudah lama tidak berjumpa. menurutnya beliau kepingin menerima kain sutera sari itu secara 'by hand' lagipun 'gathering' akan berlangsung di one utama.

aku berangkat ke kuala lumpur sekali lagi dengan bas, bersama barang-barang lain. tiba di hentian duta, aku membawa diri ke KLsentral. kemudian barangan termasuk kain sari tadi di simpan di sebuah laci yang disewa. kemudian, aku pergi ke pejabat untuk menguruskan hal-hal berkaitan. selasai, jam menunjukkan yang aku telah lewat dan perlu segera menuju ke stesen LRT taman jaya dan pulang ke semenyeh, rumah kakak. bermalam di semenyeh dengan hati tak tenang memikirkan nasib si kain sari yang bermalam renggang denganku di KLsentral.

keesokan paginya, keluar rumah awal mengikut rombongan kakak menuju petaling jaya. aku turun dari kereta di taman jaya, menaiki tren menuju ke KLsentral kerana hari masih pagi. bersarapan. kemudian mengambil barang yang ditinggalkan di dalam laci. sesudah tengah hari, aku menerima panggilan dari natasha yang sudah bersiap sedia di kelana jaya. bertemu di sana dan bersama menuju one utama.

setibanya di one utama, diri norihan hamid empunya kain sutera sari bangalore itu tidak dapat menghadirkan diri. lantas sebelum pulang, kain diberikan kepada siti nurol nour yang tinggal di wangsa maju ketika. menurut sumber, siti nurol nour kemudiannya tidak dapat menemui norihan, kerana kesibukan beliau yang telah berpindah ke bangi. lantas, kain tersebut diberikan kepada nursolihah (penulis tidak pasti) untuk disampaikan kepada norihan yang sangat sibuk ketika itu.

beberapa hari kemudian, penulis telah kembali ke delhi, dan setelah itu mendapat tahu kain telah selamat tiba ditangan empunya, norihan. menurut norihan, dia gembira dan tidak tahu fesyen apakah yang akan diadaptasikan dengan fabrik tersebut. sehingga kini, cik norihan hamid belum pernah memaklumkan kesudahan nasib kain sari sutera bangalore tersebut. sehingga kini koordinat norihan hamid masih kabur menerusi google earth.

kesimpulan :
kilang-bangalore-delhi-klia-perak-klsentral-OU-bangi-(emon bawak ke mana?)-empunya...pelbagai jenis kenderaan yang dinaiki oleh cik sari ini. dipanggil cik sari kerana penulis menggambarkan cik sari seorang perempuan seperti mana diperakui mother nature is a female.


** hehehehe...macam kisah aku sebatang pensel
..

Thursday, November 26, 2009

Tuesday, November 24, 2009

mari teman saya bersarapan

lapar sungguh! turun tingkat tiga pergi cafe, dah jemu nak makan nasik lemak so tukar selera kepada bubur nasik. tak der ikan masin tapi dia buat goreng-goreng seperti yang anda lihat pada gambar di atas. semenjak dua menjak ni macam kurang semangat nak post entry baru. kalau ada pun balik-balik video yang mudah dan murah itu. beberapa agenda yang ingin digariskan kepada teman-teman seperjuangan, iaitu berupa :

1) saya telah berpindah ke sentul, di taman dato senu yang merupakan sebuah rumah berhantu yang cukup mirip sebagai lokasi ghost buster. bukan apa, rupa paras rumah yang dibina seawal lewat 70an ini membuatkan anda teringat akan memori menonton filem lakonan uji rashid, r.jaafar dan kuswadinata muda. pertuduhan ini dibuat ketika menjejak kaki kali pertama di mana saya naik ke tingkat tiga untuk meliwat kabinet almari lantas terlihat beberapa pelekat majalah gila-gila yang ditempek di muka laci. bayangkan sticker itu yang berupa gambar hitam putih, kartun, lelaki tua memakai kaca mata hitam dan janggutnya panjang mengurai. oh!

2) perkahwinan kakak saya, anna akan berlangsung di perak dan kemudiannya selepas 2 minggu kenduri menyambut di pulau pinang. makna kata kena pulang ke kampung lah. then kenduri kawan-kawan yang nyata menguasai kalendar disember 2009 akan terpaksa dipilih yang mana mampu untuk dihadiri. bagaimanapun saya memberikan semangat untuk diri sendiri supaya mengkaji baik buruk pelan pemanduan agar ia berjalan lancar dan ekonomik.

3) aktiviti bekerja secara part time telah membuatkan saya agak gembira lately ini, mana tak nya dapatlah hamba mengumpul sedikit wang untuk perbelanjaan harian. kepada mereka yang ingin menyertai kerja mudah ini (ini kerja baru dapat duit tau! bukan MLM) mestilah komited dah memerlukan keazaman yang tinggi seperti beramah sampah serta very talkative. biasalah group discussion style lah kan. ok, esok saya akan berada di universiti malaya library untuk melakukan kerja part time di bawah kelolaan dr.siew dari UTAR untuk kajian terhadap terhadap penggunaan blog, rasanya kali ini merupakan kaji selidik TNS reserch international atau nielson international. jom join!

4) saya mengalami masalah dengan sistem email hotmail, jadi kepada semua para pelanggan mahupun yang ingin mendapat konsultasi mengenai kain sari, sila rujuk blog yang mana saya telah mementionkan email sekunder saya iaitu naharsyed@yahoo.com sebagai pengganti. diriku amat mengesali tindakan keji kumpulan group respek yang secara tiba-tiba menyalurkan rangkaian email forum mereka itu ke hotmail saya dan menyukarkan saya mencari kerja lain. selama ini hotmail menjadi email tunjang saya sejak 1997 (sejak mengenali internet).

itu saja kot? eh kenapa sikit sahaja? konon ingatkan banyak sebab otak serabut seperti bun chicken floss. ah, mungkin masalah kendiri. kalau ada tambahan boleh update kemudian.

Monday, November 23, 2009

a tribute to dilli haat



i really love this place, so cultural. you can have a walk with north indian traditional music background, ancient mughlai ambience. not so crowded!

suhaili sudah kahwin

congrats suhaili and rosharizal! ini adalah suhaili binti isa yang merupakan coursemate dulu masa di UTM. actually tak lah rapat sangat cuma selalu digroupkan dalam lab dulu. kena pulak rumah dia di batu caves, so dekat sangat nak pergi. lawa baju pengantun, berseri-seri.

pengantin and the bunians. ada 5 perempuan yang berbaju krim diketuai amirah farhanah. lain lain tu shahida, siti nurul huda, suzana dan diana nordin. yan bukan bunian adalah fazlina mat akhir, zuraidah (hampir aku tak dapat mengecam, setelah baca jampi 4 penjuru baru dapat ilham), wan salfarini, faradilla dan najihah farhanah. lama aku berborak dengan siti nurul huda yang skang ni keje dengan buildcon sebab dia dulu kata orang secretary ex-boss ACPI. diam-diam dia usha org-chart untuk penang bridge, oh no! haha..

aku bersama pengantin.

apai dengan siapa agaknya?

yang ni memang tobat aku kenal! nonoi bersama cik azu, yang juga merupakan warga seratas. aku sampai elok-elok diorang sampai so konvoi sekali. rupanya diorang sama-sama kerja gamuda di taiping.

anjang aki? apa pasal dia kareoke di sini? haha.. paling mengejutkan aku jumpa azharuddin yang mana aku perasan dia tengah bergambar bersama pengantin. rupanya rakan seperjuangan suami suhaili, rosharizal. kerja di shah alam rupanya.

last skali, itu adalah doorgifts yang diperolehi. lawa kotak tuh!

Friday, November 20, 2009

tribute to all characters in gelaran

flashback to 90s

kalau korang ingatlah...

kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask. lagi satu Gaban dan kesatria baja hitam. flashman ngan maskman jangan cite lah start kul 4.30 petang.

waktu petang tengok cite pasukan bola tampar jepun, dialih bahasa. tak salah tajuknya Mairo Attack dengan trade mark 'terimalah piring terbang'! huh dibalas dengan lompatan 3 summersolt. hahaha!! satu lagi cite Akantare yang heidimatsu mewarisi kilang membuat Momohiki. pastu cite Ring Hanikoma. aku suka tengok cite bola sepak kartun tajuk Kickers. kalau drama moden yang aku ingat cite oh my home atau dalam bahasa jepunnya adalah ah wagaya.

berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah sebab memang diarahkan suh bawah berus gigi semalamnye? hmm, mesti pegang cawan atau kole warna-warni kan? . mencangkung kat tepi longkang dgn classmates semua kat seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah, gila lemah lutut kita! ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 50 sen jek beb.....paling kelakar tengok geng-geng poyo yang meipu membaca buku konon, salin sinopsis je. alah apa nama program buku nilam?

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan. kelepap!! kan ?

nasik lemak bubuh kuah laksa? mee goreng bubuh kuah kari? haha..semuanya cuma 20sen jek kat kantin.

korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo, marco tapak hijau atau Pallas Jazz. kalau nak bergaya sikit mestilah kasut spark Bata atau twinkle yang iklan dia dia blink-blink bintangnya. konon kalau tengah malam lintas jalan mesti tak eksiden punya. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa.......

internet? email? Menda alah ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. tu pun cite melayu paling hangat adalah sembilu I dan II.

kite pegi kedai runcit, beli Cikerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum, gula-gula yang dapat cincin tu. tak dilupakan, 'TiKam'. bile dah abih exam, main Monopoly la (ekceli jutaria), Donkey la, Happy Family. (watak paling aku ingat dalam happy family adalah ; stanley stone, barbara bun dan daisy dose)

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim kat tepi gate luar skola tuh....ais krim potong yang di tenyeh dengan kacang tumbuk.

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal. best dapat RMT sebab makanan banyak, panas dan minum air kotak susu coklat free.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,
rounders laa... tapi rounders pukul dengan bola getah, bukan yang keras macam orang besboll main tuh.

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang lidi cungkil-cungkil, 'Pepsi Cola one-two-three' , zero-point, 'Police & Sentry', main kejar2 duduk.....

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen, ais-krim Pong kot? Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! bleh share!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik dengan getah. main masa cikgu mesyuarat. hmmm...ni pun kita main dulu ni. baling-baling kapur laa.

hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah main patung kertas yang bleh salin-salin baju tuh. alah dekat dia punya baju tu kertas tu ada macam cangkuk kena lipat sangkut kat bahu patung kertas tuh. siap ada yang tahyul kata patung tubleh hidup so calit pangkah kat leher dia. ni semua pengaruh filem child play. jahat ko chucky! pastu dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl'. yang budak skang tau, yg Westlife nyanyi.......bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam..

AIDS wujud sejak diorg lahir. CD pun wujud time diorg lahir. Michael Jackson dah putih dah time tu. Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer. apatah lagi diorg tak percaya penah ada TV hitam putih..... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control. tapi ada jugak yang reti tu pun kalau umah dia pakai TV yang berusia lama.

dan diorg tak rasa macam mana teruja nak pakai henpon masa kat univesiti. fuh di awal-awal kewujudan henpon, jenama pun kelakar jek. pakai siemen yang bentuk macam kepala usop sontorian tuh. hahaha..lempar kat anjing sure anjing tu cepet kakinya.


pernah tak naik bas ni? gila macam nak kanser otak aku bergegar!

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile tengok budak-budak kecik main komputer, selamba je main warcraft, dota dan half life.
4. kita geleng kepala bile nengok budak-budak skolah menengah guna handphone yang ada 3G. siap buat video call lah, komen fesbuk kat henpon jek.
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu.
7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir jugak walaupun rasa macam tak semua yang aku tulis korang alami. tapi at least, ada lah jugak. sedih ke rindu ke atau malu? ntah..tapi tetap perasaan tu ada.

pantasnya masa berlalu!!!
**p/s : isi asal aku copy n paste jek, tapi banyak benda yga ku tokok tambah apa yg pernah kualami. hehe..

Thursday, November 19, 2009

gelaran part 9

apa khabar anda sekalian? marilah kita sama-sama meneruskan subjek kita ini untuk mengkaji nama gelaran. diharap semua pembaca dalam menyediakan pen dan kertas bagi menyalin isi-isi penting seterusnya dinotakan secara peta minda. bagi yang baru saja mengikuti ruangan ini, bolehlah anda semak kembali slot Gelaran part 8.

41. siapa?
jika ditanya siapa? kita akan memberitahu namanya atau hanya katakan tidak tahu. namun, sekitar tahun 2000 hingga 2001, soalan terbabit dijawab dengan nama 'saparin' atau 'saparina'. Kisah 'sapa?' ini tercetus berikutan pergolakan cinta yang kian menerima populariti hangat antara salfarina dan mohd mawardi bin abdul majid. walaupun berakhir di tengah jalan, dominasi kisah ini terus dibawa ke pengadilan para pengkritik gosip terkemuka berikutan persoalan peralihan cinta berkulapok mawardi dari norhafiza kepada salfarina. nama salfarina seringkali dilelakikan kepada safarin, yang menyamai pemilik mohd safarin bin sabli. acapkali diwarwarkan persoalan 'siapa?' bakal mengundang jawapan yang bisa menyayat hati iaitu jawapan yang tiada pembayang atau pemaksud. persoalan 'siapa?' ditukar huruf konsonan dan vokalnya kepada 'saparin?' untuk lelaki atau 'saparina?' untuk perempuan. sememangnya ia mengundang komplikasi namun lebih mendesak anda supaya bersedia sebelum dicerca.

42. juntai
norhidayatullah mohd tajri telah melakar sejarah menyayat hati dengan kisah jatuh bangunnya dari bangku di tingkatan 1 kejora sekitar 1997, namun terus melakar persepsi kepada satu fenomena baru di sekitar tahun 1999 ketika sarat dengan tugasan menempuh PMR. norhidayatullah sering membina baris ayat di luar tabii, di mana beliau yang pada asalnya begitu ikhlas membina bait ayat tersebut, kemudian disalah ertikan oleh rakan seperjuangan berikutan kejanggalan cantuman kata yang dibuat beliau. kelas bahasa melayu di bawah didikan puan noraini ahmad sememangnya memerlukan anda bersiap sedia dari segi rohani dan jasmani, walhal diketahui sebahagian besar para pelajar perempuan mempunyai persepsi lain terhadap abang jasman syazri. norhidayatullah yang popular dengan nama june dikaitkan dengan watak penjahat utama dalam siri 'di mana joe jambul' iaitu june maskana. selain itu, june digosipkan berupa jelmaan artis tersohor juhara ayob yang sama bentuk dagunya. kisah juntai ini bermula apabila norhidayatullah diminta membaca baris ayat yang beliau karangkan kepada umum, di mana kejanggalan baris ayat tersebut didambakan beliau dengan perkataan juntai yang sememangnya aneh atau lucah. bagi mengabadi kisah yang berlaku di kelas 3 zuhrah itu, norhidayatullah dipanggil "juntai" atau "june".

43. nyet
nyet merupakan kata asal yang membayangkan pergerakan lenturan dari objek yang lincah bergerak ksana ke mari iaitu monyet. monyet dikelaskan kepada haiwan mamalia, berada dalam kumpulan yang sama dengan beruk, ungka, kera, babun, orang utan dan gorila. monyet amat meresahkan kita, kehadiran monyet akan menyebabkan tong sampah digeledah, makanan tersimpan dicuri serta serangan fizikal. monyet di taiping juga comel, bermata bulat. mohd yashar bin yusof telah menyertai kelab pertubuhan yang dikelolakan oleh mohd zulkepri yang disinonimkan dengan watak maskot orang utan serta pengikut ajaran lain iaitu umar fakhrin sebagai babun dan lain lagi. kecomelan dan bermata besar, dengan kelincahan mohd yashar meraih simpati rakan-rakan supaya menganugerahkan gelaran manja 'nyet' kepada beliau yang bertahan selama bertahun di hati sanubari.

44. g-lair
sewaktu di arena 1997, seorang senior di blok al-ghazali bernama mohd azlan berasal dari tanah cik siti wan kembang, kelantan. abang azlan dikenali dengan nama 'jelir' mengikut bahasa telor rakyat kelantan. setiap yang 'azlan' akan dipanggil 'jelir'. tidak mustahil lagi norazlan zainal abidin mewarisi nama tersebut sebagai rangkuman sistem monarki di seratas. justeru, norazlan gusar dengan telor negeri kelantan yang kian pupus di seratas, kerana dengan berakhirnya senior tingkatan 5-1997, maka dominasi bahasa utara menjadi bualan harian sedangkan norazlan berasal dari tanah kegemilangan ketuanan melayu perak iaitu manong, kuala kangsar. lantas noazlan menjalankan suatu urbanisasi ke atas nama itu kepada 'G-lair' yang lebih sesuai dengan genre musik terkini. setiap harta beliau termasuk buku nota, komik dan majalah 'abang harun driver teksi' dicatit nama 'G-lair' sebagai penanda empunya.

45. 45. stim
stim merupakan suatu perubahan yang berlaku pada suatu jirim (air) yang berada pada suhu melebihi takat didihnya, di mana air akan berubah menjadi stim atau wap apabila mencecah 100 darjah selsius. aplikasi stim diguna pakai untuk beberapa teknologi lama seperti enjin kuasa wap oleh kapal-kapal laut bersaiz kecil dan sederhana. bagi menyingkap istilah stim di bangku seratas terutamanya lelaki, ia membawa maksud kepada suatu takat emosi yang mana ia memisahkan percaturan kawalan minda dengan jiwa, selalunya berlaku ke atas mereka yang mengalami ereksi. pada ketika ini, mata mereka yang 'stim' akan membuat bukaan separuh dan ini mirip mata yang mengantuk. meskipun pelajar perempuan tidak tahu akan makna sebaliknya, namun nama 'stim' menjadi dorongan kepada peserta musabaqah tahunan norhasliza yangberasal dari sungai acheh, nibong tebal pulau pinang. norhasliza atau kak chik liza memiliki mata yang cantik, amat stim sekali. tidak gusar lagi jika beliau menjawat gelaran stim walaupun digusari tidak mengetahui asal makna perkataan itu sendiri.


semoga kita berjumpa lagi dalam Gelaran part 10 di masa akan datang.

Wednesday, November 18, 2009

Tuesday, November 17, 2009

sistem penimbang

hampir keseluruhan kedai dan penjaja di delhi (rasanya whole india) mengguna sistem sukatan ini, iaitu penimbang kaedah keseimbangan. pemberat logam digunakan, agak kurang accurate sebab kalau nak beli just 2 kilo tapi kamu mesti membelinya dengan ia dibundarkan kepada 500 gram terhampir walaupun masih ada pemberat 250 gram selaku yang terkecil atas alasan leceh sebab sebiji epal dah berapa? kalau tepung ke rempah ke boleh lah melakukan penelitian. konsep dacing ini kira okay lagik, terdapat juga yang cara manual di mana dacing itu dipegang dengan tangan, contohnya membeli maruku kacang di yashwant place, chanakya puri. itu dah dekat dengan kawasan penempatan kedutaan kira sepatutnya moden tau. tapi gambar kali ini diambil di simpang empat sunder vihar menghala sunder colony dan peeragarhi.

cuba teka berapa kilo agaknya epal-epal yang dibeli tu?

seperti melangkah ke alam 30 tahun kebelakang. tapi unik jugak kan?

Monday, November 16, 2009

tembikai labu

eh jap, kalau tembikai biasa tu orang panggil timun cina kan kalau di pantai timur? ntah lah saya pun keliru. tapi kali ni, gambar di atas merupakan sejenis tembikai juga. seakan tembikai susu tapi isinya memiliki rasa manis labu. memang sedap dimakan sejuk. isinya berwarna kuning kejinggaan dan bijinya seperti labu. memiliki bahagian-bahagian seperti labu tetapi tidaklah begitu jelas dan kadang-kadang ia hampir rata permukaan sferanya. kulitnya keras. jika yang satu lagi (kulit warna coklat di bahagian bawah tembikai labu tadi) iainya lebih lembut dan boleh diklasifikasikan sebagai tembikai susu atau timun india? salah tak?

flinstone project

kalau sesiapa nak join, please let me know nanti i cuba registerkan kalau-kalau ada rezeki, boleh dapat RM150 dengan hanya berdiskusi 2 jam sahaja.

Eye Care
- Contact Lens & Multi-Purpose Lens Care Solution The following focus group discussion will be held at client's research venue.

Group 1

Date : Tuesday, 1 December 2009
Venue : Kuala Lumpur
Arrival Time : 6.30pm (Registration & Dinner)
Discussion Time : 7.00pm to 9.00pm
Language : English
Race & Gender : Chinese / Malay Female
Age : 20 - 29 (as of 2009)
Education Level : College & Above
Occupation : College or University Student / Working Adult
Monthly Income : RM3,000 & Above (Household) /
RM2,000 & Above (Personal)
Criteria :
- Currently wearing contact lenses i.e. weekly, bi-weekly, monthly, quarterly, half-yearly or yearly disposable at least 4 times a week for more than 1 year
- Using multi-purpose solution (single bottle) for lens care
- Responsible for the brands decision and the purchase of eye care products
Token : RM150 Cash

Group 2

Date : Wednesday, 2 December 2009
Venue : Kuala Lumpur
Arrival Time : 6.30pm (Registration & Dinner)
Discussion Time : 7.00pm to 9.00pm
Language : English
Race & Gender : Chinese / Malay Female
Age : 24 - 29 (as of 2009)
Education Level : College & Above
Occupation : Working Adult Monthly Income : RM2,000 & Above
Criteria :
- Currently wearing contact lenses i.e. weekly, bi-weekly, monthly, quarterly, half-yearly or yearly disposable at least 4 times a week for more than 1 year
- Using multi-purpose solution (single bottle) for lens care
- Responsible for the brands decision and the purchase of eye care products
Token : RM150 Cash

Group 3
Date : Wednesday, 2 December 2009
Venue : Kuala Lumpur
Arrival Time : 3.30pm (Registration & Refreshment)
Discussion Time : 4.00pm to 6.00pm
Language : English
Race & Gender : Chinese / Malay Female
Age : 20 - 23 (as of 2009)
Education Level : College & Above
Occupation : Full-Time College or University Student Monthly Household Income : RM3,000 & Above
Criteria :
- Currently wearing contact lenses i.e. weekly, bi-weekly, monthly, quarterly, half-yearly or yearly disposable at least 4 times a week for more than 1 year
- Using multi-purpose solution (single bottle) for lens care
- Responsible for the brands decision and the purchase of eye care products
Token : RM150 Cash

Thursday, November 12, 2009

party oh party

rohaila was blowing the candles well.

he is my big boss, mr. shukor the executive director, the rest you can see his wife (who was responsible for this surprise party), mr. vijayakumar and mr.abdul halim suratman.

oh they are ex-4th floor mates, from left norsidayu, wan rafidatul and zamzuliza.
yes she won the day! akashah wore red kebaya modern, standing next to her friends haniza (contract manager) and zalhafizah.

i dunno why this action is made by puan salwah. cekak pinggang? then why mr. wan zulkifli was smiling? are they fighting? haha.. no way, they are waiting for the boss, to complete the surprise theme party.

Wednesday, November 11, 2009

esok aku sambung taip

ekceli aku taip satu story...pasal aku la tapi aku akan sambung balik sebab ngantuk dah. tapi sebenarnya malu nak post.wahahaha... tak pa esok aku pertimbangkan...nite!

Tuesday, November 10, 2009

gelaran part 8

apa khabar anda sekalian? marilah kita sama-sama meneruskan subjek kita ini untuk mengkaji nama gelaran. diharap semua pembaca dalam menyediakan pen dan kertas bagi menyalin isi-isi penting seterusnya dinotakan secara peta minda. bagi yang baru saja mengikuti ruangan ini, bolehlah anda semak kembali slot Gelaran part 7.

36. mek i
apapun sejarah penganugerahan nama 'i' terhadap haniza mohd nor sememangnya tidak diketahui oleh penulis. penulis menabur fitnah bahawa ianya mempunyai kaitan dengan nama beliau yang bunyinya ringkas dan mudah dipanggil 'i' atau ainiza. sewaktu lewat 90an, jenama 'I' sangat popular sehinggakan turut mengeluarkan produk elektronik seperti kamera dan pemain mp3. penulis pernah melihat mohd hafis ibrahim yang suatu ketika dulu rapat dengan haniza, di mana hafiz telah mempromosikan nama haniza dengan produk 'I' periuk nasi yang sedang hangat di pasaran. namun, idea itu telah ditempelak oleh haniza yang diakui memiliki vokal high peaching.

37. jungle tasmania
pulau tasmania di bawah pemerintahan negara yang mendaulatkan monarki ratu elizabeth II, australia memiliki keunikan tersendiri sebagai satu-satunya lokasi di negara pulau terbesar dunia itu yang menurunkan salji. pulau tasmania terkenal dengan buah epal dan haiwan seperti beruang koala. tasmanian devil merupakan haiwan mirip koala yang terkenal menjadi ikon australia selepas kangaroo. animasi tasmania yang memaparkan seekor haiwan yang gemar memakan apa sahaja termasuk batang pokok dan kerusi meja. nur tasnim ismail mendapat jolokan tasmania daripada suhaili basri yang pada ketika itu mengejek-ngejek nurtasnim yang telah dimarahi puan sabihah. nurtasnim didakwa menyimpan dan memakan jajan yang disimpan di dalam laci meja sewaktu kuliah. apabila diarahkan mengeluarkan barang bukti, didapati jumlah makanan tersebut mampu dibuat kenduri tahlil yang mana laci tersebut mengandungi ban sosej, kerepek ubi pedas, kacang goreng, maruku, kerepek pisang masin, kacang tumbuk, jambu potong, burger, hotdog, biskut chipsmore dan pelbagai lagi. tidak dapat dinafikan, kelaparan menjadi faktor para pelajar kurang tumpuan, namun makan secara berlebihan sememangnya mengundang rasa cemburu rakan taulan. setiap kali melihat nur tasnim menyuap makanan, suhaili basri akan menyanyikan lagu tema animasi tersebut, jungle tasmania.

38. sekenar
bunyi sekenar sebenarnya berasal dari susunan konsonan dan vokal seperti berikut; S.K.N.A.R. nama sknar diterajui oleh nor samsinar khamsi yang sangat popular suatu ketika dahulu sebagai orang kuat planet zuhrah selain nor hasliza dan siti rahayu. jika nor hasliza dengan dunia musabaqah beliau, samsinar pula dengan dunia sukan dan adik angkat. samsinar sering kali menjadi perhatian para senior, tidak dinafikan samsinar amat langsing ketika itu. watak samsinar telah mencuri tumpuan daripada lelaki egois dan liar, mohd naim bin abdul rahman yang dulu juga turut ramping, lalu menyusun koleksi kisah cinta klasik. menurut fakta sumber lisan sekunder dan tertier, SKNAR membawa maksud Samsinar Khamsi Naim Abdul Rahman. keunikan cantuman nama membentuk akronim itu berjaya membawa nama sknar menjadi abadi di sanubari setiap warga seratas. apapun, jodoh mereka tidak berakhir di jinjang utara mahupun tilam vono.

39. robot
"siapa? wani? wani mana? ohh...wani robot! lain kali sebutlah robot baru confirm!"ujar seorang teman. terdapat dua orang perempuan di seratas ketika dulu yang memiliki nama syazwani, iaitu nurul syazwani dan nor syazwani. nor syazwani dikenali sebagai wani robot, dikatakan berjalan seakan sebuah robot berbateri, tegak dengan postur robot berperisian. berbeza dengan idasary yang berjalan seperti penguin, ketegakan syazwani lebih jelas sudut tepatnya, boleh ditentu-ukur dengan menggunakan pembaris tembereng ataupun dibuktikan melalui garisan pembahagi dua sama serenjang.

40. empat serangkai
empat serangkai ditubuhkan bukan untuk merompak bank BSN taiping, tapi bagi melengkapi trio jejaka koodiang, kedah yang utuh dengan semangat asal usul tempat kelahiran. siti zalipah yang dipanggil 'sir' juga memiliki nama ini yang mungkin ramai atau beliau sendiri tidak tahu. apabila melihat siti zlipah, ramai yang akan mengucapkan kalimah 'empat serangkai' sambil menjeling ke arah mohd khairul nizam bashiron, azrul aziz dan mohd zaidi. menurut pengkaji, siti zalipah melengkap trio itu menjadi triplet, atau berempat disatukan identitinya dengan setiap mereka memiliki konsonan 'Z' dalam nama mereka yang jelas sekali. tanpa konsonan ini, tentu tidak semeriah mana. mereka juga dipanggil orang 'Pida' namun disangkal oleh siti zalipah yang menegaskan beliau tidak terjebak dengan trio itu, justeru membuat pindaan kepada 'Feeder', seperti yang tertera pada kad pengenalan ibunya.


berjumpa lagi kita dalam Gelaran part 9 di masa akan datang.

rumah kek

Monday, November 9, 2009

sareewala

siap sudah


dah lama pun, last sehari dua sebelum 20 october 09, siap sudah video yang dimaksudkan untuk pertandingan yang dianjurkan CIDB, international achievement award (MCIEA 2009) yang mana 2 projek dari persys telah memasuki peringkat akhir. keputusan akan dikeluarkan tidak lama lagi dalam satu majlis makan malam. kini hidupku lebih keruan. tak menaruh harapan tapi video ini bakal digunakan di masa akan datang untuk pelbagai hal seperti masuk tender dan sebagainya, sebagai salah satu alternatif promosi syarikat, MTD group.

buah keranji dalam perahu

saya tidak berniat untuk menceritakan kisah kawan lama saya yang bernama keranjit kaur atau lebih popular dipanggil kiran itu, tapi kisah ini berlaku pada hari jumaat lepas. saya sangat teruja kerana selama ini saya hanya mendengar melalui pantun dan syair.

kakak ani rahayu memberikan saya 3 biji kuah keranji. katanya ia adalah pemberian dari seorang kakak lagi yang mana kakak ani rahayu mengagih-agihkan 3 biji seorang supaya saling rasa-merasai. kulitnya seakan baldu nipis di luaran biarpun nampaknya seperti kekacang dalam filem ice age.

close up, lihatlah! buah kernji perlu dikupas menggunakan teknik yang betul supaya ianya sekadar membuat bukaan belahan dedua seperti pembelahan sel secara mitosis. isinya hanya sedikit, rasanya masam seperti asam jawa tapi hanya seketika. memiliki biji yang keras, bewarna coklat kehitaman membuatkan saya teruja kerana ini pertama kali seperti mana saya mendapat tahu asal biji kacang badam yang bakal menyusul di entry akan datang.


lihatlah diriku yang teruja diungkapkan di dalam gambar dengan bebaju merah menyala. gambar ini bagi mengabdikan sejarah hari saya bertemu buah keranji yang sering difitnah hanya berada di dalam perahu.


Sunday, November 8, 2009

mari buat part-time

pagi tadi aku pergi buat keje part time. sesaja menyertai sebey tentang radio-radio bahsa inggris di mesia nih. yang penting dapat lah seratus lebey free jek. sapa taknak siap minum dan makan di cititel midvalley tuh. ok lah pada aku menghabiskan masa ujung minggu secara sia-sia. best pulak bila dapat duit tuh. bukan susah pun, hanya perlu dengar lagu-lagu yang diputarkan dan rate kan lagu tuh sama ada best ke tak. sapa nak join next time? tapi kowang sure tak mau sebab nampak macam desperate jek tapi siyesli amat bersahaja dan benda tu dibuat secara tertutup dalam ballroom. siap ada deejay dari red.fm mai tapi aku tak knal pun. lagipun aku ditugaskan untuk menjadi pendengar lite.fm. siyes aku tau light and easy, tak tau sepeninggalan aku ke delhi dia dah jadi lite.fm hahaha...pastu ada jumpa seorang pompuan yang familliar mukanya yg dia ada kena mengena dengan drama nur kasih tv3. sapa eh???

sajer nak menghantui pembacaan anda dengan muka annoying aku ni. aku pun tak sedar mcm mana aku bleh menghasilkan gambar yg tanpa diadobekan ini bisa membuatkan aku berbakat sebagai badut.

apapun time kasih kepada nielson yang organized benda nih. chaiyok! sapa nak join next time? aku sedang berusaha menempatkan diri ke sebey yang bernilai 200 hengget plak pas ni. tarikh belum tau. tapi topik tentang penggunaan postpaid dan prepaid. aku pakai postpaid maxis so ia akan jadi aku punya kata kunci! eh kata kunci tu adalah perkataan budak-budak bahas sekolah dulu. hahaha.. kepada orang yang kerjanya macai je macam aku nih, sapa nak bagi kau seratus lebey untuk kerja 2 atau 3 jam? so???

Thursday, November 5, 2009

pantun jejaka pujaan dara

gedik-gedik ikan puyu,
percik air daun pandan,
muka cina nama melayu,
asal karai empunya badan.
jawapan 1 : __________

jangan kain digosok berus,
nanti koyak terasa sayang,
kulit putih badan kurus,
tiup angin terbang melayang.
jawapan 2 : __________

kalau mahu ajar mengait,
mari duduk sebelah mariam,
kedekut pahit berkira duit,
bijak niaga si orang siam.
jawapan 3 : __________

tangis budak tak henti-henti,
dipukul bapa dengan belantan,
s buang t ganti,
berubah nama jadi syaitan.
jawapan 4 : __________

Wednesday, November 4, 2009

hakrok delhi

sebelum blah dari delhi, ada la lepak dengan en. zuleman ajak ciha asmal baderi pergi makan-makan cari pasal. destinasi utama adalah berbeza sekali dari lokasi asal. rasanya mula tu pergi kedai membeli ole-ole, lepas tu melencong ke saket, mencari makanan halal.

akhirnya singgah di hard rock delhi yang baru sahaja dibuka. juga membeli ole-ole di sini, 2 lai t-shirt untuk diri sendiri dan selai untuk my sister yang pesan air liur, ekceli sistem barter dengan t-shirt hard rock jakarta. mahal lah hard rock delhi harganya up lagi pada malaysia, pas ni beli ah lok cafe punya brand sudah lah. lepas tu barulah menuju ke kedai bersebelahan, iaitu pizza hut untuk memakan makanan vegee, tak vegee pun seafood jek.

lihatlah udang tempura yang menguasai pentas. dia deko juga la, kira presentation dia ok.

yo..kita carpub dalam restoran! sama biru laut temanya.

sedut ice blended strawberry..very berry kan!

taraa..! sebelum makan melakukan tabiat azali. haha.. konon-konon mempamerkan gizi seimbang untuk paparan slot AFC.

Tuesday, November 3, 2009

gelaran (part 7)

apa khabar anda sekalian? marilah kita sama-sama meneruskan subjek kita ini untuk mengkaji nama gelaran. diharap semua pembaca dalam menyediakan pen dan kertas bagi menyalin isi-isi penting seterusnya dinotakan secara peta minda. bagi yang baru saja mengikuti ruangan ini, bolehlah anda semak kembali slot Gelaran Part 6.

31. win/ wind
idasary binti ibrahim memiliki keunikan tersendiri. dari tahun 1997, beliau merupakan objek penegasan di kelas 1 utarid. keunikan yang beliau miliki selain dari merupakan warga kuala lumpur yang tunggal adalah tingkah lakunya yang istimewa. ramai jejaka yang pernah dikaitkan dengan idasary, mengumpulkan koleksi kisah cinta yang pelbagai rona. seorang pelajar matrikulasi yang berstatus tengku pernah mendominasi kisah klasik cinta idasary, dikiuti dengan beberapa watak rakan sebaya. idasary merupakan peminat fanatik kumpulan boyband terkemuka amerika di era lewat 90-an seperti backstreet boys. namun di sebalik penampilan idasary yang indah itu, beliau telah dikaitkan dengan watak seekor haiwan comel, penguin. gerak jalan idasary dikatakan menyerupai penguin. sebagai nama panggilan manja, win nama diberi.

32. karen/ current
tidak ada kena mengena di antara karen kok atau karen mok dengan nama yang bakal diperbincangkan selepas ini. karen merupakan terjemahan dari perkataan inggeris iaitu current yang membawa maksud arus. menurut hukum arus V=IR di mana masing V adalah voltan, I adalah arus dan R adalah rintangan. jelas, mohd amin bin ibrahim merupakan tokoh terbilang dalam dunia fizik, lanjutan dari peninggalan sir isaac newton, moyang kepada olivia newton john. mohd amin ibrahim mendapat nama karen/ current hasil daripada fenomena yang dicetuskan dari sitkom animasi terkenal jepun, pokemon. watak pikachu telah disinonimkan dengan mohd amin ibrahim, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada mohd amin adalah pengikut setia ajaran kumpulan cakera alam atau tidak. kehebatan cakera alam yang dipelopori oleh seorang lelaki berbangsa india muslim bermarkas di cheras, adalah teknik rawatan kesihatan yang berasaskan aliran elektrik. misteri pernah dibongkar dalam siri popular tv3, misteri nusantara.

33. salamander
mohd salam bin yahya dipanggil salamander. sangat mudah mencipta nama, hanya perlu membuat penambahan bukan imbuhan terhadap nama beliau. salamander merupakan haiwan yang tergolong dalam keluarga cicak yang hidup di kawasan lembab seperti di pinggir kali. sesekali mohd salam bin yahya marah dengan ajukan kawan-kawan yang memanggilnya salamander namun tidak dihiraukan malah diugut dengan gelaran lain, dipanggil salam-spender yang membawa maksud seluar dalam.

34. wak
nilai jawa dalam masyarakat salah satunya diertikan lagi dengan kata nama. bukan frasa kata nama kedua atau kata ganti nama namun maksud tersirat sesebuah nama itu sendiri. jika apek dibayangi kaun cina, sememangnya wak melambangkan jawa. wak saini atau mohd saini pajuri telah dilahirkan di beruas, perak. perilaku saini tidak pernah melambangkan jawa, apatah lagi pertuturan beliau yang sudah lama bertutur dalam bahasa rasmi ibunda, bahasa malaysia. sikap saini yang disenangi ramai juga membuatkan beliau dikenali dengan identiti masyarakat jawa, justeru dipanggil wak sebagai tanda ingatan 1 malaysia.

35. nuhu

nama nuhu tidak asing lagi di kalangan majlis perwakilan pelajar. nuhu menjadi milik nurul huda binti mohd noor yang berasal dari kampung gajah mati, mukim pokok sena, kedah. nuhu mungkin merupakan gabungan daripada ambilan nama beliau sendiri sebagai satu sebutan membentuk kata sendi, di mana pabila mulut kita muncung menyebut nuhu, sendi mulut akan tertujah ke hadapan tanpa memberikan sebarang refleksi terhadap sendi lesung di punggung. nuhu merupakan pelajar yang sungguh kuat jiwanya, menghayati situasi. nuhu pernah dinobatkan sebagai ratu bahasa peranchis sejurus menguasai peperiksaan lisan semasa di seratas apabila mampu menewaskan muhd rizuwan ismail hanya dengan berbekalkan kecantikan luaran. nuhu amat menggemari nasi goreng pattaya gerai belakang bomba serta teh ais bawah fajar jalan panggung wayang, taiping.


berjumpa lagi dalam gelaran part 8 di masa akan datang. sekian.

kak ida rikues

kak ida rosemiza rikues sekeping kad utk uncle joe yang telah menamatkan perkhidmatannya di MTD. so, saya tak dah hilang sel neuron cuba sedaya upaya menyiapkan kad itu dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada, yakni tak beli apa sangat.

bunga purple tu amik kat satu goblet potpouri masa kenduri sapa ntah. kad keras tu biasa la, tulisan segala tu print kat opis je lah pakai kertas sarikat yg banyak nih. tali ikat parcel tu plak rembat kak niza punya. hahaha.. apa salahnya sekali sekala. dinding tingkap tu kertas pelapik kotak. belah dalam tu ada la 2 keping kertas yg saya beli sebab nak jugak kaler tcerah utk dibuat tullis-tulis oleh lebih 20 orang nanti yang mana mereka ni daro opis masa di PJ dulu. meriah tak? very gurlish sebab ada bunga. tema tingkap tu nanti bila bukak nampak muka uncle joe kira mcm iklan adabi lah nanti. azizah ghazali harus berbangga kerana pernah menjadi staff adabi rawang.

Monday, November 2, 2009

dilema

pasar malam memang meriah, ramai pengunjung termasuk anak-anak muda yang hadir sekadar mencuci mata. sinaran cahaya dari mentol seakan pesta menerangi seluruh pelosok gerai begitu kekuningan jadinya. tawar menawar terdengar di sana sini. melalui gerai-gerai pakaian berwarna-warni merambangkan mata, menggamit rasa berkenan.

anak : mak! lawanya baju ni!!
ibu : mu tak buleh pakai, mu kecik lagi. sat gi kata di orang pakai baju anak dara.

terus melangkah lagi, deretan gerai menjual pakaian tiada penghujungnya. kemeja-T, kain pasang, seluar jeans sehinggalah kepada kain pelikat gajah duduk serta kain langsir.

anak : mak! yang ni lawa kan kalau orang pakai?
ibu : ish mu nih! mu besar dah, pakai apa baju budak kecik.

sampai di gerai kain tudung, si ibu singgah sebentar melihat koleksi terbaru. terdapat tudung bawal, tudung mawi, tudung dato' K dan tudung ariani. terdapat tudung yang sarat labuci, manik dan dihiasi dengan sulaman membuatkan agenda si ibu terpesong lantas membeli dua helai kain tudung.

anak : mak nak buat apa asyik beli tudung ja. tudung kami yang sekolah tu pun dah kena kaler air mak tak ganti lagi.
ibu : dah aih! baju mak yang kaler hijau ngan kuning cair tu mak tak dak lagi tudung nak padan. kena la beli. uish!! tengok tu ada kain pasang kerat siap dah tuh lawa jugak kot buleh sepasang dua. mu nak dak?

keghairahan membeli belah meransang jiwa si ibu terus berbelanja. jiwa seorang wanita telah ditewaskan oleh peniaga dengan begitu mudah, hanya dengan koleksi kain angkasawan bisa meruntunkan jiwa si ibu.

ibu : jom lah balik. nak hujan dah. abang kat rumah lapar sat gi sejuk burger yang mak beli nih tak sedap pulak! lekas!

sampai di rumah, si anak terus duduk di hadapan kaca TV menonton siri drama gerak khas.

abang : mak beli apa? banyaknya...
ibu : tak dak duk beli apa pun. mula lalu di kedai kain tu ingat nak beli ke Iya sepasang dua tapi dia tak berkenan.
anak : apa mak nih? mak tak offer orang pun. semua mak beli yang mak punya.
ibu : tadi mak suruh pilih tak mau?
anak : orang pilih yang tu mak kata orang besar-besar dah, pilih yang ni mak kata orang kecik lagi tak boleh pakai. semua tak boleh. mak je boleh...
ibu : har har har...ha la kan! tak pa lah nanti mak beli lah kat sungai petani ka, ipoh ka.
anak : beli apa? kain mak jugak. yang tak berjahit pun bertimbun dalam raga.
ibu : har har har...!! woh marah bukan apa tadi dia berkenan t-shirt cutting-cutting nih bukan apa mak tak berkenan.
anak : bukan mak yang nak pakai.
ibu : dah lah! makan lekas burger nih. sat gi kucing makan!