kelmarin hari sabtu, ada makan-makan lagi! tapi kali ni di rumah encik faizal. dia pun staff embassy jugak. i sms eddy (now i tahu u jadi stalker blog i..haha), tanya kat mana dan u datang tak? eddy jawab tak tahu, tapi di annand niketan. dapat je address dari pak ya kot, shyam drives jumpa aje rumah encik faizal. woh kali ni i tak salah outfit, pakai baju nipis-nipis but still panas sebab matahari memancar sinar tepat menghala depan rumah dia. pasang kanvas pun tak de effect (so eddy u boleh senyum nape u tak datang, tapi haji seorang tu dari brunei ada datang je, siap kareoke lagi!) makanan utama adalah nasi tomato tapi i ambil nasi putih saja. lain tu banyak kuih muih, siap macam ada cendol ke apa tak sempat rasa sebab kenyang. best sebab ada ada ayam masak merah, acar sayur dan ikan bulu ayam goreng. tapi sekali lagi dato' tan request i nyanyi satu lagu, "eh bachelor come on nyanyi satu lagu." wah i malu betul!! after bagi excuses yang relevan, i tengok dato' tan pegang mikrofon tapi nyanyi 2 baris je.
ok, tadi ahad pergi embassy pula. ada ceramah katanya dari mufti wilayah. so, prof rahmat pesan pada kami semua masa di rumah encik faizal (bahagian lelaki di luar yang aviod conversation yang protocol di dalam, avoid dato' tan ke? haha..) supaya tidak memakai seluar 3 suku. jika mahu berkareoke pun, hanya dibenarkan lagu nasyid, terutama lagu "bila izrail..." memang kelakar la prof rahmat nih! masa mendengar tazkirah dari dato' mufti, semua kusyuk terutama encik boss saya. dia sibuk angkat tangan saya suruh introduce diri kerana sekampung. alamak!! malu lah saya yang kerdil ini. tamat je tazkirah, ada makan-makan, kali ni full table. siap ada laksa penang, mee goreng (pakai spagetti), nasi tomato halia, nasi putih berlauk, roti canai, kuih muih (paling yang kuih sampan berbuah campuran cukup cantik dan enak) dan pelbagai lagi.
wah sungguh teruja bila dijemput makan. semua orang suka makan, tapi makan membuatkan saya mengantuk dan bertambah malas kerana berat badan lah. so, layan lah gambar-gambar di bawah. kepada mereka yang lapar, sila praktikkan amalan makan secara ilusi optik (termasuk mereka yang berkaca mata).
lepas nampak rumah club ni, belok kiri sampai lah ke rumah encik faizal di annand niketan. eh norihan i snapped gambar ni khas buat u yang suka melancong dengan google earth. haha..
kuih muih di rumah encik faizal. kagumkan siap ada kuih denderam. kuih ini cukup sensitif di kampung saya kerana jolokan nama yang kurang sopan. paling best puding karamel.
wah mufti wilayah, dato' wan zahidi sedang menyampai tazkirah berkisar tajuk "syukur dan sabar". sungguh terpesona saya bila diumumkan beliau berasal dari daerah kampung nenek saya. keterpesonaan bertukar menjadi keterkesimaan apabila beliau berkata, sapa orang kampung dato' mufti sila angkat tangan. jahat encik anuar siap jeling-jeling..
8 comments:
klu bab2 makan laju btol ang no...xtakut pertambahan berat badan yg terlampau ke?
anand ada club kat delhi??haha
lamanya aku xmelawat kelab aku tu..SS tlg tengok2 kan ye ;p
melancong ke delhi mmg menggumbirakan!
kak wan : kat mesia aku tak le nak makan banyak sebab boleh jumpa mana2, tapi disini untuk alas perut je..haha..
senah : anand mmg business besar. maklum la hidung mancung..haha..
anannd : mai ler melancong. tak yah la aku pun nak blah dah dari sini. hahha..
apa kaitan hidung mancung dgn bisnes?lain la kalo buat bisnes jual hidung..:o
*konpius ;p*
idung ko lah!!! wat2 tak tahu plak. bersyukur tau ko ada idung yg mancung, kurang2 cover simbol nike ko. hihi..
keh3 nike ku xperlu kaver kaver..haha..biaqla dia nak curpub..:O
kenangan bersama arwah abg aku tu..sob2..
ye ke? meh ler share story tu di blogggg..
Post a Comment