encik kamaruzaman merupakan seorang pakar bidang IT. beliau bekerja di sebuah syarikat gergasi yang kini sedang rancak membina terminal lapangan terbang antarabangsa indira gandhi, new delhi. beliau tinggal bersama keluarga di sebuah pangsapuri. namun di suatu hari, beliau bersama anak-anak telah mengalami masalah berkaitan televisyen kabel, yang mana ia merupakan sistem rangkaian TV secanggih astro di malaysia. terdapat beberapa syarikat yang mengendalikan TV kabel ini, iaitu dish tv, tata sky dan sebagainya.
encik kamaruzaman : dah seminggu rosak tv kabel ni. sian kat budak takboleh tengok tv.
isteri beliau : ya lah. budak yang kecik nak tengok kartun pun tak bolah. call la orang dish tv tu.
encik kamaruzaman : eh dah call kan semalam. dia janji nak datang hari ni. kan semalam plan nak pergi jalan-jalan bawak anak-anak tapi sebab dah janji dengan orang dish tv nak datang. katanya pukul 2 petang. sekarang dah 2.10 petang, sekejap nak call dia balik.
encik kamaruzaman terus membuat panggilan lalu dijawab oleh seorang lelaki. lantas encik kamaruzaman dengan tertibnya memulakan bicara.
encik kamaruzaman : hello?? dish tv?? i made a call yesterday to you for repairing our dish tv.
lelaki dish tv : yes sir! yes sir! sorry sir. i am late because traffic jam. now i am on the way to your house, near that roundabout, will be there within 20 minutes.
encik kamaruzaman : ok. thank you. please be faster because my family and i will go outside later. i hope you can be punctual, you promise yesterday right?
lelaki dish tv : yes sir! i know. dont worry. i do my best.
panggilan diputuskan. encik kamaruzaman memaklumkan kepada isteri dan anak-anak tentang berita itu. segera mereka bersiap sedia menukar pakaian kerana encik kamaruzaman berjanji untuk membawa keluar bersiar-siar.
hari makin panas. seluruh seisi keluarga yang menunggu kini mula resah. tudung yang dipakai oleh isteri encik kamaruzaman mula tak keruan. masa 20 minit yang dijanji telah lama berlalu. kini jam menunjukkan tepat jam 3 petang. lantas encik kamaruzaman membuat panggila kedua.
encik kamaruzaman : hello...where are you? are you having problem to reach my house?
lelaki dish tv : yes sir. i am almost there. which one is your house sir?
encik kamaruzaman : at my place, only has one apartment. i live in second floor. do you need my address again?
lelaki dish tv : no need sir! i know! i know! you just wait there. i am coming now. give me just 5 minutes.
seisi keluarga kembali ceria. lantas encik kamaruzaman mengarahkan sesiapa yang terasa ingin ke tandas, sila berbuat demikian sebelum bertolak pergi. barang-barang mula dibawa turun ke kereta yang telah disiap diservis. kalut melalukan persiapan akhir, masa berlalu pantas, jam menunjukkan tepat jam 3.30 petang. namun kelibat pihak dish tv belum jua tiba. sekali lagi membuat panggilan.
encik kamaruzaman : hello...please faster because we decided to go out later on. please be faster.
lelaki dish tv : yes sir! i am coming with my men. they all are very experienced. only 10 minutes needed to do repairing. small matter.
encik kamaruzaman : yes that is not my problem. my time is precious. please be hurry. i am tired of waiting.
lelaki dish tv : ok sir. when i reach level 2 floor, i call you. ok? seriously i am coming.
encik kamaruzaman : ok. this is my last call. i want you to call me after this, i give you 15 minutes.
lelaki dish tv : ok sir. i understood.
beberapa anak encik kamaruzaman telah turun ke bawah. isterinya juga sedang membawa turun kelengkapan, maklumlah hidup di negara orang, pelbagai perancangan perlu dibuat teratur supaya tidak mengundang masalah. encik kamaruzaman yang kasihan terhadap anaknya, turun ke bawah menghidupkan enjin supaya bahang siang dapat didinginkan dengan sistem penyaman udara. lalu dia kembali ke rumah.
masa berlalu, resah menyelubungi jiwa encik kamaruzaman. diperiksa segala suis lampu, segalanya ditutup. tingkap dan pintu balkoni belakang telah ditutup dan dikunci supaya tiada anasir luar datang menceroboh. hanya menanti pihak dish tv yang katanya sudah berada di lokasi rumahnya. dengan sabar, beliau membuat panggilan akhir kerana kurang yakin dengan masa yang diberikan. kasihankan anak-anak yang telah girang menanti di dalam kereta. jika terlewat lagi, hari makin gelap dan masa yang diperuntukan untuk bersiar-siar akan menjadi sia-sia. hari ini adalah cuti yang dipohon oleh encik kamaruzaman minggu lepas walaupun kerja yang menimbun di pejabat. lantas panggilan dibuat.
encik kamaruzaman : hello...where have you been? now is 4.15 pm. where are you?
lelaki dish tv : i am coming sir but problem sir!!
encik kamaruzaman : what problem? if you need me to pick up you, tell me where you are then i come. where?
lelaki dish tv : actually...
encik kamaruzaman : actually what? what is your next excuse?
lelaki dish tv : actually today is holiday. i am coming but tomorrow sir.
segera encik kamaruzaman menutup telefon genggamnya dah berlari ke muka pintu. tiba-tiba anak-anak dan isterinya tercegat di situ dan masuk ke dalam rumah.
isteri encik kamaruzaman : lain kali je lah. dah lewat ni. tempat tu pukul 5 tutup. kalau nak bertolak sekarang pukul berapa nak sampai? tak pa lah, nanti pergi marah kat orang dish tv tu. apa main-mainkan kita macam ni.
encik kamaruzaman : ok lah.
8 comments:
tepon je boss dish tv tu..soh pecat mamat tu..haha..
aku rasa nk blasah ja mamat dish tv tu.hoho
kesian anak2 encik kamaruzzaman
isteri encik kamaruzzaman nmpk spt seorang yg penyabar
senah : boss dia pun mcm tu gak..takkan kita nak pecat boss dia skali? tak tgk tv la jawabnya.
kak wan : tu ah...sama kes dgn polis kesayangan ko plak...haha.
anand : ye bini dia mmg penyabar. anak depa ramai gak dalam 6 org, sorg tu agak istimewa sebab mengalami down sindrom. sungguh tabah suami isteri.padan la gaji 50ribu. huhu..
banyeknye gaji encik kamaruzzaman....jeles i...
aku boikot polis mesia pasni...sory yer...
ss terer tak aku analisis melalui penulisan?
cmana ko tau kisah nih?adakah ko pon anak encik kamaruzzaman?
mek : dia adalah general manager untuk bahagian IT di projek itu, bertanggung jawab membuat sistem barcode untuk luggage yang dibawa selepas check-in sama ada di airport mahupun city air terminal yang bakal siap nanti (sama mcm konsep klsentral)
kak wan : anda memboikot?? sian hasnor nashrah. hahaha..
anand : saya sering berjumpa dengan encik kamaruzaman setiap hari ahad, isterinya juga selalu buatkan kami laksam, nasik kerabu dan pelbagai lagi makanan tradisional kelantan seperti kuih akok. selain itu, encik kamaruzaman mempunyai dua anak gadis yang bergaya persis ina naim. iya norihan anda cukup pandai membuat tekaan. syabas!
Post a Comment