Wednesday, September 30, 2009

anda gila standard jika...

jika anda khususnya perempuan yang gila standard tapi masih menafikannya, tak mengapa. itu sekadar semangat yang mendorong anda berusaha lebih dalam membentuk karier dan peribadi. di sini, saya ingin membariskan beberapa bingkisan setelah kebosanan membuat kerja-kerja harian di pejabat. anda seorang yang gila standard jika anda....

1. bijak mengkerbedakan sesuatu perkataan walaupun maknanya adalah serupa. sebagai contoh, orang kampung yang telah lama tinggal di bandaraya akan menyebut tempeyek atau peyek itu sebagai rempeyek. secara total, perkataan rempeyek itu lebih melambangkan rupa paras tempeyek yang lebih eksotik atau mungkin menjalani pengubah suaian. apapun tafsiran anda, jiwanya apabila menyebut rempeyek itu menghindarkan anda daripada menjadi kekampungan. pernahkah anda membuat pesanan 'kopi-o' apabila bertandang ke cafe dome? semestinya 'coffee' menjadi taruhan lidah, tapi ianya sama.

2. apakah bayangan anda apabila mendengar lagu dangdut berbanding irama jazz atau hip hop? irama dangdut akan membuatkan anda mengingati seorang lelaki berketurunan jawa tanpa kacuk yang tidak berbaju serta mengalirkan sedikit peluh keringat, sekadar memakai kain batik jawa dengan misai lebat disikat rapi, bersongkok jawa, lantas bergelek luik lentuk mendengar lagu dangdut cici faramida. jelas bukan? namun jika dialunkan musik jazz, tentu anda terus berangan menjadi micheal buble yang segak berdiri menghayun stand microphone di atas pentas yang serba high class menyanyikan lagu 'how can you mend this broken heart'.

3. dalam hati seseorang perempuan yang baru mengenal dunia, membeli handbag carlo rino dengan wang PTPTNnya, berbeza pula dengan rakan sebayanya yang sudah bosan mengunjungi butik LV. lebih gila jika anda sanggup memesan kepada rakan anda untuk membeli handbag braun buffel atau coachtiruan gred A kepada rakan anda yang bercuti di bandung.

4. keghairahan membeli belah di gedung bukan keghairahan yang maksima. keghairahan optima mungkin apabila jualan yang diwarwarkan itu merupakan jualan murah namun jauh di sudut hati seorang yang standard tetap menyifatkan untuk membeli sesuatu sekiranya bungkusan tersebut kemas di dalam beg kertas. tentu berbeza emosi anda tika menghayun kaki mambawa beg kertas berbanding menjinjing beg plastik yang mungkin menampakkan isi dalamnya.

5. gila standard juga memaksa anda menyelak halaman surat khabar demi membaca notis jualan murah yang bukan diadakan di pasaraya sebaliknya diadakan di hotel dan sebagainya. venue yang kerap membuat jualan murah seperti ini seringkali memilih lokasi seperti hotel armada dan wisma atria, di mana jualan murah ke atas barangan jenama import ditawarkan.

6. kegilaan juga memaksa mereka, terutamanya wanita menjadi penyokong blog terkenal beggaholic. berhempas pulas mereka menghabiskan wang ringgit demi seutas handbag mahal, lantas menyusun duduk di atas suatu platform biarlah walaupun ia sekadar di atas katil, lantas mengambil gambar lalu dipaparkan di dalam blog. sungguhpun gila, tapi ia bagaikan virus yang terus menular.

Tuesday, September 29, 2009

posing sama nurbaya


ini adalah nurbaya husin atau bayos. beliau merupakan seorang pekerja handalan di bahagian kewangan syarikat atau senang dirumuskan dia kerja di tingkat 10. nurbaya ada fesbuk, dia rajin main game bercucuk tanam farm ville dan sering mengumpul mata. nurbaya ni suka bergambar, memiliki kamera yang boleh flip-flip secara rotaran (sekali pandang macam henfon) membuatkan beliau berakting nakal depan di hadapan lensa dengan pose-pose hangat mengalahkan liena hangat. interkom baya di 2042 (hahaha..).

pernahkah anda mendengar lagu yang berjudul siti nurbaya dendangan sheila on 7? kepada beliaulah laju itu diciptakan khas, dinyanyikan oleh duta.


Monday, September 28, 2009

kanak-kanak di aidilfitri

ini baby mek nurul, namanya nur alisa erdina kot? lupa lah panjang and complicated sangat.

this is maimunah. ali mana?

syazanani binti shamsuri.

haaa!!! ini hasha yang telah didapati masuk ke bilik belakang lalu memakan minyak rambut. haha..

rahimee dengan baju melayu saiz kecik.

mahathir makan sausage ke carrot bakar?

aiman and jaja.

sarah comot makan aiskrim.

lain kali ikut kalendar

sekelip mata kemeriahan suasana hari raya telah berlalu, hari ini 9 shawal hampir keseluruhan warga kota telah mula bekerja. sungguh malas dirasakan untuk menggerakkan jari menekan papan kekunci. namun di pagi yang bernada rock balada ini, saya ingin berceloteh sedikit mengenai perbualan di aidilfitri baru-baru ini. kekalutan membuatkan persiapan raya tahun ini agak berterabur. ini terjadi gara-gara mempercayai bahawa kalendar silap dan raya adalah pada hari isnin. namun, kenyataan itu meleset apabila sah-sah raya diumumkan jatuh pada hari ahad. ambik!! kan dah gantung langsir pukul 2 pagi!! apa komen mereka?

puan M : tak sangka, selalunya raya tak jadi. aku lepas subuh tu bukak pintu depan tengok luar gelap lagi, tak nampak nak meraba dalam gelap nak gi ambik serai. nasib baik daging dah hiris semalam. pagi raya baru nak masak rendang!

encik T : gila sungguh! bakar lemang pakai torchlight!! malam pukul 9 tu tak siap masak lagi. kena pulak hujan lebat, terpaksa gali parit kecik nak alih air ke lain takut bara api basah. masak dalam gelap ni bukan sempurna, duk esok banyak lemang yang mentah!! haru!!

puan R : punya kalut!!! langsir jemur di luar tak dan nak angkat. hujan turun alih sidai depan rumah. kena pulak esok raya, gantung langsir jugak lah malam tu. lembap pun lembap lah dah esok nak raya!!!

puan H : wohhh! aku lagi kalut. dalam kepala otak ni nak buat macam-macam tak siap lagi. serabut punya pasal, sampai masa lepas mandi, pakailah baju dalam, baru sedar dah pakai dah. langsung terpakai dua kali. kalut sungguh sampai terlupa!!

cik I : kami di rumah pagi raya baju dari penyidai ada dua gunung di depan rumah. orang mari rumah lekas-lekas kalih ke lain. tak dan nak berkira, payah beranak kecik!!!!

cik J : pagi raya baru sedar nak try baju raya, kena-kena longgar sebab bulan puasa badan jadi kurus. langsung kena pakai baju raya 2 tahun lepas.

puan S : wohhh tak dan nak berkira ke rumah. kami pagi raya baru sedar balang kuih raya tak basuh lagi dari raya tahun lepas. kena pulok masa tu dengar lagu raya 'setahun hanya sekali...'

puan Z : dari lepas bukak puasa, sampai tengah hari raya tuh kami tak perkena nasik. ish tak buleh jadi. malam tu tanak jugak nasik. tang sangka sambal belacan semangkuk tak cukup! tu pun aku buat cair-cair nak bagi dapat banyak.

Wednesday, September 16, 2009

ucapan hari raya


muka annoying aku ni sengaja aku letak, siap pakai baju kurta india, berlatar belakangkan langsir bilik aku yang dijahit oleh emak. overall memang unrelevant reason, sebab officially i nak wish to all my blog readers/ stalkers a very happy hari raya aidilfitri. maaf zahir dan batin. selamat bercuti.

dari jauh aku merindu

suasana kian tenang. perasaan gementar dah lama hilang dari sanubari, dan kini aku tidak sanggup mengalami perasaan yang bakal menyelubungi jiwa sehingga membawa kepada perpisahan. tamat SPM, kertas biologi adalah yang terakhir.

selesai menduduki kertas terakhir itu, aku tidak memikirkan soal karier kerana diakui dalam hati bahawa memilih jurusan sains tulen demi cita-cita menjadi doktor. kini aku menghayun kaki menaiki tangga, jalan menyusuri koridor dan terus rebah di atas tilam. melihat barang-barang yang siap tersedia di dalam beg, hanya perlu aku mandi dan membuat panggilan kereta sewa.

siap segalanya, aku mengusung beg besarku ke bawah, ke pondok menunggu. melihat teman-teman sedang berjuang di dalam dewan peperiksaan, mereka pelajar aliran teknologi kejuruteraan. aku terngiangkan kata-kata mat alip, "sat lagi hang tunggu la dulu, kita lepak jap ramai-ramai. lepas ni payah dah nak jumpa".

apakan daya, tiket telah siap disimpan dalam poket. aku hanya menunggu teksi hadir. dalam hatiku, aku ingin memberhentikan jarum jam demi meluangkan masa bersama kawan-kawan, memohon maaf dan bersalaman. namun masa amat mencemburui aku.

di seberang padang permaidani hijau yang luas terbentang, di laluan pejalanan kaki yang beratap asbestos, kelihatan fadzilah radzi dan nurul nadia bersama beriringan. di bawah pohon asam jawa, kelihatan kereta-kereta bersusun, menanti masa membawa pulang anak-anak yang kini merdeka. di depan pintu masuk asrama puteri, kelihatan pelajar perempuan berpelukan, hanya jelas di mataku adalah nor hasliza yang bertudung labuh.

lamunanku tersentak. sebiji teksi berwarna merah, proton iswara membunyikan hon. aku terus membawa masuk bagasi dan aku duduk di hadapan. perlahan kereta dipandu seorang cina tua. aku terdengar bunyi hiruk dewan yang menandakan tamat peperiksaan. perasaanku bercampur baur.

aku di dalam kereta yang bergerak perlahan. cermin kereta yang baru dibasuh, dibasahi titisan air mengganggu penglihatanku. aku mencuri tumpuan ke arah pintu besar dewan. para pelajar berpusu keluar. aku melihat syaihan sedang ketawa bersama zaid sambil tangan mereka memegang gulungan kertas soalan. terlihat siti noraisyah, syazwani dan beberapa lagi pelajar perempuan berbual sesama mereka. semakin jauh meninggalkan pergi, kini pandanganku kabur dan tidak mampu menoleh ke belakang lagi.

terus bergerak keluar dari pintu pagar sekolah. aku melihat pintu gerbang tertera ayat "dirgahayu tuanku", kereta membelok ke kanan melintasi perkarangan masuk zoo taiping. sebuah kereta wira memotong, aku terlihat husniyah halim dan keluarganya di dalam kereta tersebut. aku senyum.

tiba di stesen bas, aku terus masuk kedalam bas super ria berwarna merah. bas ini pernah dinaiki aku bersama idasary beberapa tahun sebelum itu, kami duduk bersebelahan kerana tiket dibeli bersama di kaunter. ayat yang masih segar diingatanku pada masa tu ialah apabila idasary menunjukkan aku kearah seorang perempuan, " syed, ko tengok pompuan tuh!! pakai jubah tapi tak pakai tudung. baik takyah pakai jubah. ko tau nape aku nak ambik techno? sebab sedara mara aku dah ramai jadik dokter so aku tak mau lah sama dengan diorang nanti". tidak lama kemudian, bas mula bergerak. terlihat red omnibus masuk mengambil penumpang, aku terkenang memori menaiki bas tersebut sama ada blue bus untuk menuju ke bandar taiping, namun bas tersebut dalam perjalanan menuju parit buntar.

perjalananku kini melepasi plaza tol jelapang selepas menuruni lebuhraya curam. aku terdetik untuk membaca buku "autograph" yang ditulis teman-teman. tidak sabar kurasakan namun aku kaget menyelami perasaan sedih jika tidak mampu mengawal emosi. lantas tanganku mencapai buku yang dibeli di kedai rythm, belakang stesen bas taiping.

muka surat pertama ditulis noor hani yang mewakilkan dirinya sebagai "honey" dengan perkataan "amycalment" di akhir ayat. seterusnya aku membaca tulisan cantik pelajar bijak matematik, siti nurol nour yang bersahaja mencoret ayat terakhirnya, "salam permisi".

ruangan ditulis norasheedah dihiasi kolaj kertas berwarna. cukup ceria! bahagian di tulis azizul othman amat sarat dengan hiasan, dan kata-kata semangat yang beliau coretkan penuh makna puitis yang berbunyi, "jika anda menanam pokok, siramlah ia dengan kebaikan agar ia berbuah ranum". aku terus menyelak halaman seterusnya. terlihat pula tulisan natasha aqilah, "past is past, but life goes on". seterusnya sedikit kata-kata perangsang dari mohd azreen dengan tanda tangan beliau, "the mischievous kitten in manhattan". rata-rata menyatakan ungkapan semoga berjaya atau "good luck" namun terdapat suatu bahagian yang belum aku baca kerana ia telah dikunci.

halaman berkunci, dikepilkan rapat beberapa helaian agar menjadi kejutan. aku membukanya. tulisan halus, dakwat pen berwarna biru. penulis menyatakan lebih kurang berbunyi "thanks sebab jadi kawan aku, walaupun hang tau aku tak banyak kawan kat 5M ni. aku masuk 5M ni pun tak halal sebab hang memang banyak membantu...". aku sedih!! aku terbayang wajahnya bersama-sama kawan lain, sama-sama bergelak ketawa dan meniti hari-hari lalu dengan pelbagai rona kehidupan.

karangannya diteruskan ke helaian seterusnya, amat panjang. aku sebak membaca satu persatu perkataan. di situ jua, penulis menggambarkan peristiwa bagaimana pertemuan di kelas 4W banyak mencipta memori indah. sering kali dinyatakan kisah ujian matematik tambahan bersama puan lee chooi fun. semakin jauh aku membaca, emosi aku terus terganggu. sesekali aku menutup buku itu, lalu memandang keluar sambil menghirup nafas panjang.

sambung membaca di halaman terakhir. berulang kali penulis menyatakan betapa dirinya akan merindui kenangan lalu. di separuh perenggan, tertera ayat putus yang berulang kali, "sebenarnya... sebenarnya..." dari satu baris ke satu baris. jauh di bawah, ayat itu bersambung tapi masih tergantung, "sebenarnya aku amat sayang..." aku makin sebak!!

aku menarik nafas panjang. pilu dan syahdu menyelubungi jiwa. aku meyelak halaman belakangnya, yang hanya tertera ayat kepenghabisan yang pendek sahaja, menyatakan "sebenarnya aku amat sayang....persahabatan kita!" aku tersenyum, dan kini aku amat sedih dan berat meninggalkan kenangan lalu tapi aku hanya insan yang mampu bekata-kata dalam hati, akan merindui saat itu selama ia mekar diingatanku. aku mengakui zaman sekolahku merupakan sungguh indah dan tiada tolok bandingnya. dihujung baris ayat ditulis lagi, "sekian, -sir-". aku menutup buku tersebut dan berusaha melelapkan mata kerana perjalananku ke kuala lumpur masih jauh.


selamat menyambut hari lebaran ini kepada semua rakan taulan tak kira di mana berada. sepuluh jari disusun memohon maaf. selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin.
**saja tulis panjang, siap tajuk tak masuk akal konon nak surprise pembaca tapi layan aje lah. tapi aku tak sure ayat azizul tu, tapi part s'siramlah ia agar berbuah ranum tu memang aku ingat! ayat sir tu memang aku ingat, gila kelakar even tak suspen pun sebab sir memang terkenal dengan penulisan cerpen namun dia tak pernah bagi aku baca tapi aku memang payah nak baca tulisan sir. tulisan hani lagi lah aku surrender. hahaha..sowi, just gurau-gurau! jangan amik hati. (tulis campur fikir dalam 30 minit tapi gila panjang aku tulis, mesti orang tak mau baca. ceh ceh! ok guys, selamat bercuti jugak. bye.

Tuesday, September 15, 2009

amaran : jangan buang mesin chainsaw ke laut

nampak tak muncung dia?

macam gergaji kan?

nelayan di belah-belah arab yang jumpa ikan ni.

Monday, September 14, 2009

selerakah anda?

semasa bulan puasa, badan kita rasa kering je. tentu penat dan jadi tak bersemangat, lagipun asyik tidur saja memang lah. kali ini, nak mengomel pasal penjagaan diri, difokuskan lagi pada bahagian kepala. apesal aku nak menulis cerita ini? saje je, ini je yang terlintas buat masa ni.

1. sewaktu di bangku sekolah, loceng berdering dengan sungguh kuat dan bisa menggegarkan tulang osikel telinga justeru mengalami radang gegendang telinga. dengan mulut yang pekat dan likat dengan air liur, mata sepet dan hembusan nafas berbau, para pelajar asrama akan turun ke dewan makan untuk bersahur. kurang selera menyebabkan semangat juga tipis untuk menjamu selera. tatkala anda memaksa diri menyuapkan nasi yang dikepal ke dalam mulut, anda ditemani seorang pelajarr lain di hadapan anda. lumrah kejadian alam, berlaku ketidak selesaan apabila pelajar di depan anda itu tidak menyucikan hidungnya dengan sempurna. kelihatan ketulan-ketulan putih sama ada kering atau berbentuk gelemair di hujung bulu hidungnya. mampukah anda meneruskan suapan nasi ke mulut?

2. gigi memainkan peranan yang penting dalam sistem pencernaan tubuh badan kita. gigi mengunyah makanan, justeru tindakan mencerna serta mengemulsikan makanan daripada bentuk kompleks kepada bentuk ringkas diambil alih oleh enzim-enzim serta pergerakan otot badan seperti peristalsis di esofagus. namun, gigi yang dicelahnya terdapat hirisan kecil cabai kering mahupun makanan lain terlekat di gigi dan gejala ini mengundang ketidak selesaan di antara kita. lebih buruk jika orang berkenaan terus mengambil penculik gigi lantas mencungkil-cungkil gigi dan tahi giginya di depan anda yang masih perlu menghabiskan 2 per 3 nasi yang berlaukkan gulai lemak telur tawar. kemudian ditambah lagi selepas menculik gigi, orang berkenaan membuat bunyi desiran yang mana dihasilkan hasil tekanan dan sedutan lidah, pipi dan gusi serta gigi. ketidak selesaan ini mengundang padah jika berdepan dengan manusia yang sangat jujur untuk menegur di khalayak ramai. namun penulis memang anti dengan mereka yang membiarkan penculik gigi berjuntai melekat dibibir.

3. misai yang serabai sangat mudak mengundang perilaku kurang sopan dan kelihatan tidak siuman. misai yang lebat, meminum susu lalu terbentuk embunan putih di hujung misai yang tercelup air susu itu. tabiat ini menggambarkan ketidak senonohan lantas menjemput rasa tidak puas hati orang lain terhadapnya.

4. pernahkah anda duduk dihadapan mereka yang mengalami resdung tahap kronik mahupun pertumbuhan jerawat tegar yang bercambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan panas. kulit tidak sekata, ketulan jerawat merah membusung serta mengheningkan sinar kilatan keemasan ditambah dengan hujungnya jika bernanah. kuning jika dipicit, tentu pancutan nanah akan terpancul sehingga membasahi cermin.

bersamalah kita menjaga kebersihan diri sempena hari baik bulan baik ni.eh? hari-hari lah tak kira bulan apa pun. hehehe...

Saturday, September 12, 2009

kelas mengumpat

perlu ke intro sebelum mengumpat? perlu kot.. sebabnya bila kita nak mengumpat tu, perlu test market dulu sama ada ahli group tu membenarkan dalam hati akan topik yang bakal diusulkan atau bakal join the mengumpat assessment. setakat ini, aku pernah mendengar beberapa gaya atau bait kata yang digunakan oleh pengumpat professional. maybe boleh share sempena bulan ramadhan yang mulia ini. cekidaud!

pengumpat tak mengaku pengumpat :
"weh..aku ni bukan nak mengata tapi orang kata memang sungguh. betui ka dema kata laki yah bisu tu tak berapa cerdik?"

pengumpat sedar diri :
"aku ni bukan nak bawak mulut. saja pun ustad hat mari ceramah dulu tu pun ada kata mengumpat tu berdosa tapi, kita ni bila dah tahu tu mula teringin la nak bermulut je lah, nak mengata tu dak! anak kakak rokiah tu aku rajin duk nampak dia tu duk isap rokok di sungai, mata merah jek. mesti mengisap dadah!"

pengumpat tegas :
"weh!! nak dengar cerita dak? laki zawyah menikah muda. saja laki dia dahi licin!"

pengumpat nak salahkan orang lain yang mula buat cerita :
"baru-baru ni aku jumpa melah dengan kiah di kenuri menikah anak pian hat mata kuyup sebelah tu. aku ni dengar-dengar je lah, bukan aku kata tapi dema kata sendiri. kalu dema tak kata aku tak tahu!!! anak pian tuh kena tangkap basah. dah menikah dah! saja buat kenuri tu nak tutup mulut orang kampung tak bagi orang bawak bercerita. kembung dah perut pengantin nye. dalam 3 bulan dah kot?"

pengumpat pioneer :
"eh try tengok tuh, mika perasan dak laki milah hat baru ni jalan nak senget-senget sikit. ni mesti penyakit kencing manis ni! tak lama lagi milah dapat ke dia la tanah kebun di bagan tuh. uiiiih!!!!! 3 ekar mika jangan tak tahu!"

pengumpat paling updated :
"amboi eh!!! aku tahu lama dah. aku memang perasan dari dulu lagi dah tak dak sapa cerita pun aku tahu. buleh baca! sebelum mika tahu lagi aku dah lama tahu. sebelum anak rahim tu kena tangkap basah, aku hari-hari dah duk tengok anak rahim tu duk basuh cadar hari-hari!! duk bawak masuk jantan ke rumah la tu bila rahim ngan bini dia gi kerja"

pengumpat ajinomoto penambah perisa:
"aku bukan nak menambah apa dak, tapi tengok lah, dah la perangai huduh, muka pun huduh. dengan batang idung kembang berbanir tu ada hati nak masuk meminang anak yah hat kerja astro tuh. benci tengok! betui orang dulu kata idung kembang mesti perangai tak tahu malu"

pengumpat alim :
"besar sungguh kenuri menikah anak dolah trektar tuh. nampak membazir dak? membazir kan! yang tu tuhan duk marah tu. kita bukan buleh buat besar-besar jatuh membazir amalan setan. dalam kitab pun ada cerita!! tapi aku tak percaya dema kata anak dolah trektar tu keja makan gaji di kolumpo. kecik dulu sekolah bukan duk pandai pun. ntah ke pinjam duit bank rakyat, pastu bayar tak bayar kete perdana yang bawak pengantin tadi tu kena tarik. mana kita nak tahu kan???"

pengumpat branded :
"aku ni segala pencuci muka semua aku beli hat mahal. hat mahal tu la elok! hat murah tu semua main bahan kimia. aku ada gi kenuri adik miah. patut ka pihak laki tu bagi hantaran barangan syurah? idak la aku. kalau aku jadi adik miah tu, la la tu jugak aku mintak cerai !!! kulit aku ni allergic dengan benda murah. rantai silver tak leh pakai, kena emas 916 jugak!!!"



bulan puasa tak baik mengumpat tau. tunggu dan tahan je dulu, masuk je shawal continue balik. hahahaha....

Monday, September 7, 2009

syazanani

ini nursyazanani, anak sulong kepada paksu dan maksu kathy merangkap sepupu saya. seorang kanak-kanak periang dan suka bergaya. tak payah suruh pun dia reti posing depan camera. cayalah!

sengih yer?? hahaha... seksi sangat ler tuh.

Sunday, September 6, 2009

raya cookies

i can imagine they are so busy baking cookies and doing other preparation for this coming raya. link to : http://rumahkek.blogspot.com/

Saturday, September 5, 2009

new stock available


sesi lelongan belum bermula, namun kepada yang ingin memiliki koleksi sari sila kemukakan hasratanda mulai minggu hadapan mulai 09/09/2009. keutamaan diberikan kepada mereka yang berada di sekitar taman melati, gombak setia.
please visit this saree blog at http://warm2welcome.blogspot.com/

Friday, September 4, 2009

akan datang but not for sale

tampil cantik seperti katrina kaif.

labuh dan sarat labuci

baju paras paha dengan leher bersulam

baju paras paha dengan jalinan manik.

perniagaan paksu di bazar ramadhan

tak ingat satu bungkus berapa ringgit, rasanya RM5.00

di kiri tu sup gearbox, sebelah tu gulai daging masak hitam yang biasanya dijumpai pada kenduri-kendara di sebelah sini je! my fevret!!

ini pula gulai kawah kambing dengan batang pisang, sebelah dia gulai kawah batang pisang jugak tapi daging lembu. sedap woh!! hari-hari semua keempat-empat menu ini habis licin.

deretan kawah di bawah khemah yang sentiasa panas.

malas nak interframe dekat-dekat nanti kantoi. baju merah belang putih tu paksu, yang lain tu maksu kathy, awie, jey dan amira.

baby hasha

ini adalah my brother's very first daughter, nama hasha. ada yang kata ia adalah gabungan nama sha dan kak wani tapi ternyata tidak. hahaha..baby ini sangat obesiti. ini gambar lama, yang terbaru dia dah kurus skit tapi still berat dan obes. kira diet yang dijalankan kurang berkesan. baby ini suka bermain air liur,oleh itu pipinya yang tembam itu selalu dibasahi air liur. hahaha.. jarang jumpa dia ni sebab dia selalu lepak rumah semi-d baru milik ayah n mak dia di taman sinaran hijau. nama macam taman angkasa lepas alien mana ntah.

mciea 2009

lepas ni aku busy sikit, sebab aku dapat tugasan extra untuk masuk contest yang dikelolakan CIDB. so kena lah siapkan presentation untuk contest yang diberi nama malaysian construction industry excellence award MCIEA 2009 for international achievement category. boss aku mempertaruhkan projek pembinaan jamarat improvement bridge yang diakui keunikan pembinaannya itu. projek ni dah siap pun, tinggal part grouting je kot, so sume pekerja malaysia di sana pun dah balik malaysia kebanyakannya. actually aku dalam process mendapatkan idea on how to make my presentation goes uniquely well. nak buat something different lah tapi apa eh? aku tak pernah lagi masuk contest. my boss suh aku try to make a best presentation. any idea??

illustration by artist upon completion.

Thursday, September 3, 2009

how are you noddy?


semalam aku bermimpi memegang noddy doll ni. noddy doll dijual di ambience mall, gurgaon. nyesal tak beli dulu. patung ni cute je. kalau aku pi lagi, aku nak cari sampai dapat!

jumpa balik gambar ni

gambar ini diambil pada suatu petang, masa tu aku tengah tunggu masa nak blah pi new delhi. bertempat di KLsentral, kami melepak di secret recipe. time kasih diucapkan pada mastura dan mekrieda. walaupun sempat bersempat sikit ja dalam sejam tak sampai, tapi lepas balik ni, puas aku sembang ngan hang. tapi setiap hari rindu lagi. hahaha.. ceh ceh! tapi memandangkan mastura baru saja kehilangan ibu tersayang sehari sebelum ramadhan menjelma, diucapkan takziah kepada beliau dan keluarga. mastura seorang yang rajin memberikan komitmen so dia akan dikenang walaupun kini berada di penang agak lama.

aku ngan mek minum air buah, mastura order green tea.

mekrieda.

mas and mek!

mek lagi.

mastura toleh ke lain macam pesen cover album kumpulan rock.

Tuesday, September 1, 2009

antara sedar dan tidak

suasana tengah hari yang sungguh panas terik. pemandangan kampung seperti hari-hari berlalu, dalam pada jarum jam semakin hampir menunjukkan masa 12 tengah hari, terdengar tumbukan lesung batu berdentam-dentum menggambarkan populasi masyarakat yang cukup gemar sambal belacan. sambil mengutip pucuk-pucuk ulam, dua jiran sibuk bercerita hal semasa.

pak ngah mat taib telah lama bersiap. baju kemeja rona biru kelabu dengan seluar coklat, rambut disisir rapi. pak ngah mat taib turun ke tanah, menyarung sepatu hitam tanpa bersarung kaki. terus menuju ke bawah rumah, menghidupkan enjin motosikal EX5nya dengan minyak dipulas beberapa kali.

"wohh! pulas deras lagi kot nak bagi runtuh rumah ni." mak ngah turun ke tanah menyarung selipar sambil melibas selendang ke belakang. dompet kecil diapit di celah ketiak, dompet yang diterimanya percuma dari kedai emas 4 tahun dulu.

"orang nak panas enjin. mika tahu penamo?" balas pak ngah mat taib selamba.

dalam pada itu, seorang wanita sedang menyidai baju di ampaian, dengan sekadar berkemban basah, air menitik dari hujung kain batik terus membasahi bumi. kain diambil dari dalam besen, diperah-perah, lalu dilibas-libas bagi membuang titisan air kemudian disidai.

"wohh!! nak ke mana tuh??? pakai lawa macam nak gi jauh." tanya wanita ini.

"makan kenuri." jawab mak ngah.

"hoo..kenuri demo di baling tu ka? kena belah mak ngah kan? ada nampak demo baling mari 2 minggu sudah. madah kenuri la tuh kot."

"ho lah! anak dua pupu dengan kami. ingat gi ni nak tengok orang tua demo tu sakit." jawab mak ngah lagi.

brommm! brommmm! kini motosikal pak ngah telah sedia untuk bertolak pergi. ditunggangnya ke tepi mak ngah yang maih berdiri bersembang.

"tak pa lah na. kalu sapa cari cerita kata kami gi makan kenuri. gi dulu lah weh." kata-kata mak ngah mengakhiri perbualan.

tangan mak ngah memegang erat bahu suaminya. kaki kiri memijak pedal, tangan kanan menyepit kain batik seraya membuat jangkauan mengangkang yang luas untuk duduk membonceng.

"allahhhhhu akbar!"

brommmm!!!! dengan pantas, dari gear satu, pak ngah mat taib meluncur laju terus menukar gear seterusnya dan hilang dari pandangan.

ibu ayam berlarian dikejar ayam jantan. burung murai hinggap di dahan jambu, berkicau-kicau memanggil teman lain. bunyi dentuman lesung batu masih kuat berdentum. begitu juga kedengaran minyak panas meletup-letup menggoreng ikan. dari rumah batu cikgu wan ghani, bunyi mesin pengisar nyaring memecah suasana.

brommmm!!! kelihatan pak ngah mat taib kembali ke halaman rumah.

"patut berasa ringan. tak dok oghe di belakang." suara pecah pak ngah mat taib menggamit rasa curiga wanita yang menjemur kain tadi.

"wok po???"

"mak ngah mu nih! aku ingat dia ada duk di belakang." jawab pak ngah.

"aduhhh! tunggu la oghe naik duduk betul dulu. ni dak! tak dan dan nak pulas minyak. sakit la belakang aku. pimpin sat. tak jadi la nak gi makan kenuri." jawab mak ngah yang sedang terbaring di atas tanah.

"lerr..tak dengar suara pun. kami pun tak perasan mak ngah jatuh. yang pak ngah ni pun satu kalut nak lekas sangat. tak dan oghe nak duduk molek pulas minyak slalu. nak gi kenuri jah bukan nya nak ke mekah pun!"

"mika tanak nasik dah ka?"

"dah! tak po lah, lepas usung mak ngah tu, mari makan di rumah kami je lah. nasik menggelegak dah tadi. bukan jenuh nak pengat dapur kayu, la ni oghe pakai periuk letrik dah. hahaha..."

bergaduh itu asam garam kehidupan

dapatkah anda membuktikan bahawa anda tidak pernah menyimpan sekelumit dendam di jiwa semasa bergelar remaja? namun, paparan pada kali ini ingin menyingkap sejarah peradaban remaja di seratas berlatar belakangkan kehidupan di asrama yang memperuntukkan para pelajarnya supaya berakhlak mulia. salah satu daripadanya adalah kisah pergaduhan. mari kita kenang kembali kisah marah-marah sayang ini.

1) azizul othman pernah ditampar noorhazilawati sewaktu di tingkatan 1 utarid gara-gara perang mulut. azizul othman kemudiannya dikhabarkan melaporkan pengalaman ngerinya itu kepada cikgu raja sariah namun kes ini tergantung dan berakhir di hujung jalan mati.

2) nur tasnim ismail pernah menampar fadli shah yang sering mengguriskan hatinya. fadli shah ditampar semasa sedang enak meneguk air di mesin water cooler.

3) dua menara tertinggi, mohd hidhir pungot dan mohd hakimi abdul rahman pernah bercakaran di dalam kelas 1 kejora walhal mereka dudk bersebelahan. mohd hidhir pungot yang dilahirkan di kuala lumpur tetapi dibesarkan di pulau pinang itu sering kali tidak disenangi oleh mohd hakimi abdul rahman. isu utama yang sering menjadi bual bicara mereka berdua sehingga berhentak-hentak kaki adalah gangguan fisikal terhadap hakimi yang gemar membaca buku teks sejarah. mohd hidhir gemar menyanyi, gurau senda yang menyentuh perasaan dan berbuat bising walaupun sebutannya kurang lancar.

4) isu aurat dan perdebatan hak keistimewaan sering menjadi punca utama para pelajar terutamanya pelajar perempuan tidak berpuas hati terhadap segelintir pelajar lelaki. paling jelas apabila platform kerusi panas dijadikan medium untuk melunaskan geledak di dada. sebagai contoh, faridah hashim telah dinobatkan sebagai memegang tokoh 3G yang membawa maksud gedik, gatal dan galak.

5) akibat tekanan dari ramai pelajar yang memanggilnya katak, wan norziah binti haji meor mohd ali telah berani setelah bangkit dengan semangat jiwa provokasi, dengan lantang memanggil yashar dengan nama monyet sewaktu temasya istimewa yang diadakan bagi meraikan pelajar yang telah selamat menjalani peperiksaan PMR.

6) noor hani jusah pernah menarik telinga norazlan setelah merasakan dirinya diajuk. noor hani yangsering dikaitkan dengan nama aura telah menggunakan tenaga yang ada bagi menarik dan memulas telinga norazlan sehingga kesakitannya dirasai selama dua hari dua malam. pun begitu, noor hani sering kali mendenda rakan taulannya. sebagai contoh, noor hani jusoh telah duduk di atas riba nor samsinar khamsi setelah samsinar membocorkan rahsia nama bedak sejuk kesukaan noor hani iaitu bedak sejuk nyonya mener.

delhi post : greenery

this picture was taken at chanakya puri, after passing a few hotels, the maurya and the taj hotel, very near to karnataka and pondicherry house. actually at this moment, the car was breakdown due to a little error. i snap this little poor tree because it seemed very sad to me. how are you now? did they feed you well? got some water to quench?