Saturday, January 29, 2011

Wednesday, January 26, 2011

Nahas Udara (Part 3)

7. Iran Air Flight 655

Punca : Diserang peluru berpandu milik tentera Amerika Syarikat
Lokasi : Telukan Parsi
Mangsa : 290 mati (semua)

Sewaktu dunia menyaksikan penghujung Perang Teluk antara Iraq dan Iran, kejadian ini berlaku di sekitar Selat Hormuz. Pesawat milik Iran Air membuat penerbangan dari Bandar Abbas di Iran menuju Dubai di UAE.

Pagi 3 Julai 1988, pesawat yang sarat dengan penumpang ini melintasi perairan Teluk Parsi menuju Dubai Airport, di mana USS Vincennes iaitu sebuah kapal perang tentera Amerika Syarikat (AS) sedang bertugas di perairan Selat Hormuz. 2 butir peluru berpandu dilancarkan dan kedua-duanya tepat mengenai sasaran. Iran Air 655 jatuh menyembah lautan dengan kesemua penumpang dan anak kapal tiada yang terselamat.

Tragedi ini menerima kutukan hebat seluruh dunia. Iran menggesa Suruhanjaya Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) untuk mengambil tindakan ke atas AS dengan menyamai tragedi ini sebagai "Barbaric Act". Ada pihak yang menganggap tindakan AS ini sebagai jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai. Pihak Soviet Union (Russia) segera menggesa AS meninggalkan rantau teluk itu supaya menghentikan peperangan namun Timbalan Presiden AS ketika itu George W. Bush menyatakan tindakan tenteranya itu adalah tepat kerana ia berlaku sewaktu Perang Teluk masih melanda tanpa mengambil kira faktor korban nyawa awam yang sangat tinggi.

Kejadian ini tidak dimaafkan oleh Kerajaan Iran, dan AS memberi pampasan USD61.8 juta sebagai membayar kealpaan mereka. Sabuah laporan ditulis "Formal Investigation into the Circumstances Surrounding the Downing of Iran Air Flight 655 on 3 July 1988" tetapi hanya sebahagian sahaja dibacakan atas faktor yang tidak diketahui umum. Kini, pesawat pendaftaran Iran Air 655 masih diguna pakai untuk penerbangan Tehran-Dubai.



8. September 11

Punca : Keganasan
Lokasi : New York dan Pentagon (Washington D.C)
Mangsa : lebih 3000 mati dan 6000 tercedera.

Kisah ini tidak perlu lagi dicerita panjang lebar. Pastinya, motif utama adalah berbentuk serangan melalui perampasan kapal terbang. Tiada bukti kukuh atas tuduhan ini, tetapi pihak Amerika Syarikat menunding Osama Bin Laden, peneraju kumpulan Al-Qaeda.

Untuk keterangan lanjut boleh klik sini.

Sumber : Wikipedia.



9. Martinair Flight 138

Punca : Kegagalan persiapan mendarat
Lokasi : Maskeliya, Sri Lanka
Mangsa : 191 mati (semua)

Penerbangan Martinair 138 ini membawa jemaah haji dari Surabaya, Indonesia ke Jeddah, Arab Saudi dengan membuat satu hentian di Bandaranayake Airport, Colombo, Sri Lanka. Sebaik memasuki ruang udara Sri Lanka, pesawat ini menerima arahan untuk bersedia membuat pendaratan.

Keadaan cuaca adalah baik, pihak awalan udara memberi arahan kepada pesawat Martinair 138 untuk sedia turun ke aras kedudukan udara daripada 35000 kepada 5000 kaki ketika hanya 130 batu menghampiri lapangan terbang. Pesawat membuat laporan terakhir berada pada paras 8000 kaki, namun kurang 4 batu nautika pesawat ini yang sebenarnya berada pada paras 2000 kaki telah melanggar dan terhempas di kawasan pergunungan Saptha Kanya dengan mengorban seluruh jemaah haji dan anak kapal.

Monday, January 24, 2011

Pulau Ketam












Fishing Village of Pulau Ketam, Selangor.
23 Januari 2011

Crabby Island

tak dapat nak pi krabi, pi feti kerabi ailen pun jadi lah. oh pulau ketam! tengok pintu kecemasan tu aku pula yang cemas! dengan life jacket tersusun macam tak mau bagi guna je. tapi pulau ketam agak best untuk pergi snap pic perkampungan terapung.

feri to pulau ketam, ahad, 23 jan 2011

Friday, January 21, 2011

Pasrah

Tajuk gempak macam filem Erra Fazira sahaja. Tapi, setelah diamati, aku rasa pengalaman ini harus aku coretkan di blog supaya sama-sama member teladan kepada pembaca. Pengalaman bermula seawall pertengahan tahun lepas.

Ya, di tahun lepas aku mengunjungi sebuah butik barangan berjenama yang menjual pelbagai pakaian, aksesori dan keperluan fesyen. Di sini harganya amat boleh diterima alasan (reasonable). Bahan jualan merupakan keluaran terus dari kilang namun dijual dengan harga murah kerana dipercaya mempunyai sedikit celaan, dengan kata lain nama kedai ini adalah Brand Outlet. Di sini, aku mengunjungi took ini bagi mendapatkan tali pinggang, sehinggalah aku tidak sedar ada yang menegur dari belakang.

Suara yang tidak aneh itu adalah milik Natasha Aqilah Ramli. Aku terperanjat kerana setakat ini aku belum pernah menandatangani mana-mana kontrak rakaman atau dengan mana-mana penerbit filem. Rupanya Natasha, beliau hadir bersama Pak Cik Leman beliau yang dikhuatiri telah mengalami masalah perhubungan. Ye lah, Pak Cik Leman jalan jauh-jauh dari aku, macam merajuk dengan Natasha yang telah menduakan dirinya. Hahaha!!!! Tak masuk akal, pasti Natasha pula yang akan mengalami masalah persahabatan dengan aku kini. Tak mengapa, paling marah pun dia tak mungkin akan remove aku dari Facebook.

Pada hari itu, aku telah membeli tali pinggang yang mana aku telah akur yang ianya adalah yang terbaik buatku. Pattern yang sama aku beli 2, satu putih satu coklat gelap. Aku memang sukar membeli tali pinggang, tak hairan dulu kala aku memang tak pernah ada tali pinggang. Punca utama adalah saiz pinggang aku yang sekecil saiz 29 sememangnya dicemburui oleh gadis-gadis di luar sana. Hahaha!!!

Dulu lagi lah, aku pakai seluar 28 nak cari seluar pun susah. Tali pinggang itu jenis yang bukan kena tebuk-tebuk lubang tapi yang jenis getah yang dianyam-anyam. So, teknik pin dia hanya cucuk sahaja di mana-mana yang selesa. Kalau jenis lubang-lubang tali pinggang kulit ni, aku akan terpaksa menyuruh promoter dia tebukkan extra lubang. Kemudian apabila dipakai, ia akan lebih panjang mencanak keluar dan kelihatan terlalu G-Q.

Pendek kata, tali pinggang ini adalah yang selama ini aku cari dek kerana panjangnya yang sekadars esuai dan harganya berpatutan, sesuai dengan gaji bersih aku setelah dipotong segala EPF,line meksis, PTPTN, cukai, sewa rumah dan ansuran kutu. Setelah hampir setengah tahun berlalu, aku memang menobatkan tali pinggang itu sebagai yang terbaik terutamanya yang berwarna coklat gelap kerana kekerapan kegunaannya mencecah 5 kali seminggu. Malang sekali, pada suatu hari tali pinggang ini telah terjatuh dari sangkutan di pintu lalu berderai patah pinnya. Apabila batang pin yang patah, sudah tentu tidak boleh digunakan lagi.

Aku kaget dan sedih! Keesokan harinya bersempena cuti peristiwa yang diumumkan syarikat, aku bergegas ke took tersebut bagi mendapatkan yang baru. Cuti peristiwa yang diumumkan ini adalah kerana Batu Caves menjadi sibuk luar biasa berikutan Hari Thaipusam di keesokannya. Setibanya di Brand Outlet, aku sepantas kilat menyusuri dari satu ke satu tempat digantungnya tali pinggang. Sungguh sedih apabila di kelima-lima lokasi aku gagal menemukannya. Sungguh sedih, sehinggalah teralih aqidah aku lantas membelek baju-baju, seluar jeans dan cardigan di situ cukup indah kalau dibeli, penuhkan bakul di rumah. Dalam sibuk mencuci mata, aku ternampak sesuatu!

Hanya satu! Alangkah tidak percayanya aku! terdapat satu tali pinggang yanga ku cari di gantungan. Cuma satu, memang ajaib. Mungkin kedudukannya di belakang yang lain membuatkan ia tersorok lantas tidak dilihat pelanggan lain. Aku lantas mendapatkannya. Aku merasakan mata aku telah terpilih dengan takdir yang menemukan aku dengan tali pinggang itu. Hanya satu, dan ia berwarna coklat gelap! Aku bersyukur dan merasakan ingin duduk tahiyat akhir di situ juga!!!

Tanpa banyak bicara, aku terus membawa barang dagangan itu ke kaunter untuk dibayar. Aku berasa amat lega seolah-olah suara aku didengari lantas dikabulkan doa. Selepas itu aku merajinkan diri untuk menyantap bebola daging tersedap di Mutiara Damansara, Ikea. Kemudian berbekalkan semangat tali pinggang itu, aku menghantar pulang kakak aku yang terkandas di pejabat akibat suaminya masih ada 2 courses lagi untuk dihabiskan untuk sebuah farewell party. Aku menghantarnya pulang ke Kesuma Lakes dan terus kembali ke Sentul.

Dua hari berlalu, dana ku perlu ke pejabat pada Jumaat ini, hari ini! Setelah 2 hari bercuti kini aku perlu ke pejabat sebelum kembali bercuti 2 hari di hujung minggu. Semasa bersiap-siap, aku terlihat tali pinggang lama yang telah patah pinnya tergantung di pintu. Aku berasa amat sedih, dan dari jauh aku mengucapkan kata terima kasih atas jasanya. Sentimental aku melepasi batas haiwan dan kepada benda-benda yang bukan hidup.

Sambil aku memakai seluar, kemudian aku mencapai tali pinggang baru. Mata aku masih terpaku melihat yang tergantung di pintu tanpa pin. Tapi mengapa tangan aku tidak boleh menyudahkan tali pinggang baru ini melilit erat seluar di pinggangku??? Mengapa??? Katakan Tidak??? Oh apakah dosaku sehingga aku terbeli tali pinggang yang juga tiada pin??? Aku menarik nafas dalam, hembuskan perlahan-lahan dan lutut aku mula lemah.

Thursday, January 20, 2011

The Hidden File : Perempuan

Setelah fail lama tentang pelajar lelaki (The Hidden File : Lelaki) dibacakan, kini kita buka pula fail pelajar perempuan. Jangan terkejut! Fail pelajar perempuan lebih tebal dan lebih unik untuk kita hayati. Perempuan terkenal dengan emosinya serta tingkah laku mereka yang terikat kuat dengan emosi semasa. Persoalan di sini, apakah yang difikirkan oleh Noor Hani Jusoh sehingga dia alpa untuk berwaspada ketika menyeberangi longkang? Aneh bukan, akan tetapi fail-fail ini akan dirungkap tanpa pendedahan.

1. Kelas 2 Utarid memang terkenal dengan bintang-bintang handalan tak kiralah sama ada menduduki tempat pertama dalam peperiksaan mahupun kentut terbusuk sehingga memaksa seluruh pelajar bertempiaran melarikan diri keluar kelas sewaktu Cikgu Arifin sedang mengajar subjek Sejarah. Apabila menyebut nama Cikgu Arifin, tentu semua tahun, beliau mempunyai ketegasan yang tersendiri. Terkadang yang kita anggap mengganggu tetapi baginya tak mengapa dan sebangainya. Di kelas 2 Utarid, seorang pelajar perempuan telah ditujal kepalanya lantas dihambat keluar oleh Cikgu Arifin atas kesalahan yang minimal. Peristiwa ini dapat diperhatikan secara langsung dari kelas 2 Kejora yang terletak bersebelahan. Tidak hairanlah jika pelajar perempuan ini juga turut berani memegang watak perempuan 'brutal' sewaktu pementasan di dewan besar dengan mengenakan baju 'sweater'.

2. Tahukan anda bahawa pelajar perempuan mempunyai imaginasi yang sangat sukar dikawal. Jika pelajar lelaki sibuk mentelaah mata pelajaran sewaktu prep malam, terdapat segelintir pelajar perempuan yang juga sibuk tetapi menyediakan carta kedudukan lelaki terhandsome dari ranking pertama hingga ke-10. Mereka ini memang cekap membuat analisis, dan nyatanya mereka sangat awal dewasa. Namun, seorang daripada mereka merupakan pelajar yang sangat berani. Tanpa pengetahuan rakan sekumpulannya, beliau mempunyai hubung kait dengan pelajar lelaki yang amat kuat sekali, sebagai seorang pembeli rokok. Oleh itu wajarlah barang terlarang ini tetap bebas masuk ke dalam kawasan sekolah. Tentu beliau memiliki kebolehan istimewa bukan.

3. Bertumbuk bukan resmi perempuan, tetapi ditumbuk itu tidak mengenal siapa mangsanya. Era tahun 1997, kita digegarkan dengan satu kes tumbukan padu biol seorang guru lelaki kepada anak muridnya yang berjantina perempuan. Kes ini telah didiamkan atas dasar takut serta menjaga keaiban si pelaku. Apapun, contoh yang tidak baik ini tetap menjadi kenangan ngeri buat pelajar terutamanya pelajar perempuan ini yang kemudiannya bangkit melupakan sejarah hitam itu.

4. Seorang perempuan yang berjaya meraih hadiah adalah sangat bertuah, lebih bertuah jika hadiah itu lebih mahal harganya. Jikalau aktiviti x-dedikasi membuahkan banyak hadiah buat seseorang perempuan cantik, namun di antara mereka siapakah yang mencatat rekod tidak rasmi sebagai penerima hadiah termahal? Bukan menerusi x-dedikasi tapi beliau mendapat hadiah itu seikhlas hati dari seorang pelajar yang amat menaruh hati terhadapnya. Hadiah tersebut adalah berupa seutas rantai bernilai.

5. Sering kali keganasan hanya dikaitkan dengan pelajar lelaki, tidak kira yang dibuli atau pembuli. Namun, keganasan itu tidak terkecuali daripada golongan guru. Seorang guru yang dihormati dan ditakuti pernah menampar seorang pelajar lelaki yang macho sehingga mengalirkan air mata. Itu mungkin dianggap rasional. Tetapi bayangkan apabila guru ini menghukum seorang pelajar perempuan dengan menyuruhnya menjunjung kerusi di atas kepala, bagaimana anda mentafsirkan keadaan ini? Lucu bukan? Tetapi, beliau mungkin menjadi calon tunggal yang pernah menerima padah daripada kesan emosi tidak stabil dari guru berkenaan.

Wednesday, January 19, 2011

Fakir Miskin

Kita diwajibkan berzakat kepada fakir miskin untuk setiap lebihan rezeki pada kadar yang telah ditetapkan. Siapa fakir miskin yang digambarkan? Jika di Malaysia, mungkin kita tidak dapat membayangkan secara visual namun apa yang kita cuba untuk fahami adalah orang-orang susah yang rumahnya robek serta anak-anak yang kurang belanja untuk ke sekolah.

Pengalaman sewaktu di India membawa saya melihat sendiri siapakah fakir miskin. Mereka mudah didapati, mungkin kerana faktor India sebagai negara dunia ketiga. Kalau di Malaysia, kita hanya menonton filem P.Ramlee lalu membayangkan insan tua yang hidup serba kekurangan. Akan tetapi di India masih wujud fakir miskin yang tegar sekali.

Sewaktu menyuri salah sebuah lorong di Chandni Chowk di Old Delhi, saya secara diam-diam mengambil foto di mana para fakir miskin duduk bercangkung sambil berharap ada sisa makanan yang akan dilemparkan. Foto di atas nampak seperti mereka sekadar meraih simpati atau meminta-minta makanan dari periuk. Oh tidak, beberapa saat kemudian, lelaki pekerja restoran itu mencampakkan sisa makanan dari pinggan pelanggannya, lalu mereka yang fakir ini berebut-rebut menyerbu sisa tersebut tanpa mengendahkan tahap kebersiihan. Pesaing antara mereka adalah fakir-fakir yang lain dan juga anjing. Sungguh menyedihkan, serta menginsafkan. Wang sangat kejam memperletakkan manusia di keadaan sebegini. Wang tidak menjamin kebahagiaan tetapi wang manusia hilang pertimbangan. Sungguh berhantu wahai wang.

Sunday, January 16, 2011

Suatu Ketika Dahulu Ia Pernah Berlaku (Part 3)

Seratas bukan sahaja merupakan gedung ilmu malah penyimpan seribu kenangan pada mereka yang pernah berada di sana. Kenangan ini mekar abadi tatkala menyusur hari ke hari, sehinggalah kini kita sudah dewasa. Namun, jauh di mata dekat di hati. Sorotan ini merupakan yang ketiga. Bagi anda yang telah lupa, boleh mengemaskini paparan terdahulu; Part 1 dan PArt 2. Bagi pembaca setia, ayuh kita mulakan!


1. Pelamin Anganku Musnah

Pelamin yang dimaksudkan bukan pelamin penulis walaupun ia dititip dari bait judul lagu Azie. Pelamin terhebat pernah tercipta di dewan besar Seratas. Tanpa kostum perkahwinan diraja mahupun solekan tebal Nurul Salikin, persandingan 3 pasangan pelajar Seratas ini tetap menjadi ingatan siapa yang melihat.

Perhubungan cinta di sekolah dilarang sama sekali dan dosa ini dianggap paling besar mengalahkan dosa membuli mahupun masbuk solat maghrib. Jika anda ditangkap kerana menjalinkan hubungan cinta, anda akan diaibkan oleh guru-guru sendiri. Cinta berkalang noda ini akan meninggalkan parut yang lama, seperti mana ada kata-katayang menyebut, bunga-bunga zina.

Di suatu pagi pada perhimpunan pagi isnin (kini mungkin perhimpunan pagi Seratas dibuat pada Jumaat), guru bertugas telah mengumumkan nama 3 pasangan cinta ini untuk naik ke pentas. Selain itu, ia juga menyampaikan maklumat bahawa sebarang jawatan dipegang secara otomatis dilucutkan. Pasangan tersebut adalah (deleted names), Adry Aziz - Norhafiza Mastor dan Norhan - Nik Syerina. Penulis sempat menemubual Encik Norhan, menurutnya kejadian itu berpunca setelah beliau berbual-bual dengan Nik Syerina di stesen bas Ipoh sambil menikmati kacang putih yang dibeli, malangnya kejadian ini dilihat oleh Effa Rina.


2. Rokol? Roll Call?

Penghuni asrama Seratas wajib melalui detik ini. Tidur lewat malam sememangnya membuatkan kita longlai di pagi hari. Tidur lewat berpunca kerana pelajar junior perlu berkhidmat untuk senior seperti membersihkan kamar, menyusun dan mengilatkan kasut, membasuh baju serta memasak Maggie. Satu jam sebelum azan subuh berkumandang, tepatlah waktu di mana seorang pelajar matrikulasi yang dibenci ramai, Roslan mengetuk baldi dengan penyangkut baju sambil melaungkan perkataan 'roll call'. Sungguh azab!

Dari bilik ke bilik, Roslan menyinggah namun hanya bilik pelajar junior sahaja. Suara beliau amat kuat, ditambah bunyi ketukan baldi yang menyakitkan hati itu. Setelah suis lampu dinyalakan, para pelajar mesti turun dari katil dan seberapa pantas menuju ke perkarangan untuk membuat barisan. Ianya mungkin jam 5 pagi, pelajar disuruh meluruskan barisan, disusuli nyanyian lagu sekolah dan bacaan Asma-ul-Husna. Mulut yang pekat dengan air liur basi ini terhangguk-hangguk melaungkan bacaan, kemudian terus ke surau. Di surau, pelajar akan membuat kumpulan untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran menantikan laungan azan subuh.

Roslan sering kali dicemuh masyarakat. Beliau gemar memberi ceramah percuma, mengemudi aktiviti yang direkanya sendiri serta mempersiakan waktu berehat pelajar junior. Di Seratas, 1 jam rehat itu amat berguna kerana tubuh yang keletihan memerlukan rehat yang cukup untuk mengembalikan stamina sebelum kembali dibulli nanti. Roslan yang suka berceramah ini juga dicemuh di mana ramai yang tidak mahu berimamkan beliau, atas alasan beliau memakai baju gambar cicak seperti mana ceramah beliau sendiri melarang borsolat dengan pakai motif binatang mahupun apa-apa yang boleh melambangkan kepercayaan anamisme. Tidak hairanlah jika ada yang memanggil Roslan dengan nama 'wayuyi wayumi'.


3. Inang Rodat dan Kumpulan Koir

Bagi penggemar teater, anda pasti ingat bahawa anda perah dihidangkan dengan sebuah pementasan teater dari Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim, Kati, Kuala Kangsar. Teater bertajuk Inang Rodat ini berkisarkan tentang kisah cinta penari istana. Teater ini dibawa atas inisiatif Cikgu Zul. Bagi para perempuan mesti berasa cemburu melihat pelajat Temenggung Ibrahim yang memakai baju kebaya ketat kerana pelajar Seratas hanya dibenarkan memakai baju kurung yang berketelapan air tinggi.

pada tahun 2000, Seratas menjadi tuan rumah untuk pertandingan koir peringkat negeri Perak. Pelajar yang menyertai pertandingan ini datang dari segenap daerah, sebelum memulakan pertandingan mereka tanpa segan silu berlatih teknik falseto tak kira di mana jua termasuklah bilik belajar, bilik pesakit dan dewan menonton asrama. Suara mereka memang 'high pitch' lantas membaw akita seperti berada dalam dewan gereja Sister-X.

Namun, penulis sempat melihat bagaimana beberapa rakan baru yang dilihat melempiaskan rindu terhadap rakan-rakan bekas sekolah mereka. Nor Sahliza berpeluk-peluk dengan ahli pasukan Tarcisian Convent, Maslinatasha dengan SMKSIS II dan Asrul Izwan dengan Sekolah Hamid Khan.

Saturday, January 15, 2011

Mughal Malaya






pulang dari khanna SS2 PJ.
15 jan 2011

Apis Mahu Adik

Hafiz; anak sulung Ash & Pijie.


makan-makan at flaming steamboat, 1 day delayed anniversary of Seratas intake; 13 jan 97.

Friday, January 14, 2011

Menguji Kehadiran Jin

Jika anda takut melihat orang yang dirasuk makhluk halus, apakah anda yakin dalam diri anda bebas dari makhluk halus? Saya berpeluang menemubual dengan seorang tua yang mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia alam ghaib. Kita perlu bermula dari mengamalkan pencegahan kerana mencegah itu lebih baik dari merawat.

Macam mana nak tahu? Baiklah, ambil sebiji limau nipis, potong sehiris dan perah 4 titik jus ke atas lidah anda. Lakukan di waktu malam tika masuk tidur. Jika anda didatangi mimpi yang buruk, itu mungkin member petanda bahawa terdapat makhluk halus seperti jin yang sudah mula bertempat dan mengalir dalam urat darah anda. Berjumpalah dengan yang pakar untuk pengubatan yang selanjutnya.

Yang satu ni jangan tiru, bahaya! Bukan apa, takut betul-betul terjadi. Menurut beliau, limau nipis ini sangat tajam. Jadi, menurut beliau juga, jika anda ingin melihat hantu, perah limau nipis di lokasi kejadian maut. Tak kiralah sama ada lokasi kemalangan jalan raya, orang bunuh diri atau sebagainya. Selepas diperah, tunggulah. Di malam hari nanti akan ada penampakan sosok ghaib di situ. Mahu mencuba?

**Projek di Delhi dulu, ada beberapa kejadian maut berlaku, antaranya jatuh semasa kerja-kerja pemasangan I-beam dan mould besi. Tapi budaya India yang kita tahu kurang mengaitkan cerita hantu. Tapi di sana, ada je drama hantu seram di TV, hantu dia pakai punjabi suit dan rambut rebonding juga.**

Intengah Bowling Tournament

Bersempena meraikan tamatnya kursus fail meja Wan di INTENGAH, kami bermain bowling sebagai bersuka-suki. INTENGAH adalah akronim bagi INTAN Wilayah Tengah. Kami 4 orang membuat balingan jaya di Selayang Mall atas faktor lokasi yang strategik dan kepadatan. Tapi di sini, kami (Aku, Wan, Shiro dan Hasler) membuat analisis yang pelbagai, namun apa yang ingin disampaikan adalah nama jenis balingan yang sempat dimasyhurkan bersempena INTENGAH.

1. Balingah apakah yang menjerumus ke arah ‘strike’?
- INTENGAH.

2. Serumpun pin baki berkumpul di tengah-tengah, tetapi di kiri dan kanannya telah jatuh, pin yang tertinggal itu dirujuk kepada suatu nama.
- INDUK.

3. Keadaan apabila kedudukan pin adalah ‘split’?
- INSECURE.

4 . Balingan 'spare' yang tidak menjadi?
- INSIPI-SIPI.

5. Balingan apakah yang menjerumus ke arah longkang?
- INTEPI.

6. Dua kali membuat balingan ke longkang?
- INLLEK (atau yillek/ illek, Nun mati bertemu Lam).

7. Membuat balingan tepat (bagaikan balingan intengah), meluncur laju ke sasaran, semua pin jatuh kecuali satu pin sahaja yang hanya bergoyang-goyang tetapi tak jatuh.
- INUL.

**Macam biasa, hero hindustan bukan sahaja kalah dulu, malah dikhianati 3 balingan awal oleh Hasler/ Budak degil! Hahaha!!!**

Wednesday, January 12, 2011

Bandung - Paris Van Java

Pertama kali ke Bandung, aku hanya berbekalkan kisah-kisah gembira mereka yang telah ke sana. Terus aku memasang kehendak untuk ke sana atas tujuan untuk membeli belah. Tangkuban perahu merupakan antara yang aku inginkan tapi belum ada insan yang boleh menemani aku ke situ. Dua kali ke Bandung, aku sedikit memahami budaya Sunda.

Bulan ramadhan 2010, aku ke Bandung dan melihat permandangan ini. Kali kedua baru-baru ini (7-10 Jan 2011) aku melihat permandangan sama sekali lagi lantas aku mengambil gambar. Aku malu untuk bertindak menghidupkan suis kamera dan membuat bidikan melalui tingkap pesawat. Tapi kali ini aku menaiki Air Asia Indonesia dan aku lihat ramai yang berbuat seperti aku, kalau kedatangan pertama, nescaya ada yang akan mengeji aku.

Malam pertama untuk kedua-dua kalinya kedatangan aku ke tanah masyarakat Sunda ini, pasti aku tidak akan melupakan jasa seorang kawan yang memberi info akan restoran ini. Sierra terletak di lereng bukit ini memberikan aku panorama indah, makan malam sambil menikmati kota Bandung bermandikan cahaya. Di sini chef menawarkan menu makanan barat, tapi makanan Sunda dan Bali juga enak, jangan ragu!

Lukisan ini pasti nostalgia. Budaya Sunda yang dipengaruhi elemen Hindu ini akan membuai mata anda melihat lentok seninya. Kita masyarakat Melayu Semenanjung akan kurang terpukau kerana ia kerap dilihat di kaca televisyen, tapi cubalah hayati mana tahu ia mampu menitip idea akan sesuatu. Lukisan dan ukiran adalah makanan masyarakat Sunda.

Patung dewi ini sesekali seperti ukiran Eropah tapi ramai yang tahu ia adalah Rumah Mode yang menjual barangan berjenama dengan harga kilang. Bandung amat terkenal dengan 'Factory Outlet', oleh itu membeli-belah adalah agenda utama yang bakal dilalui. Awas! Jangan kerana ghairah memilih, anda lupa yang mana tulen dan yang palsu. Saya lebih mengesyorkan anda berkunjung ke Jalan Dago/ Ir H Juanda, Jalan Cihampelas, Pasar Baru, Heritage, Jalan Riau, Cigondewah dan Cibaduyut, Braga dan Komsambi. Rangka perjalanan dari awal akan menjimatkan masa serta membantu kurangkan sakit kepala.

Makananlah makanan yang bersih, rasanya sedap atau tidak itu tiada dalam bidang kuasa namun pengalaman itu amat bermakna. Harganya murah dan berbaloi jika anda peruntukkan agenda makan sebagai antara matlamat utama. Jangan lupa Teh Botol Sosro, Brownies Kartika Sari/ Amanda dan apa-apa yang boleh dikongsi bersama.

Mensyusur jauh ke kawasan desa adalah antara agenda yang tidak akan saya lepaskan. Melihat kehidupan di lerengan bukit, rumah-rumah dipahat, apakah ia persedia menempuh hari muka? Tapi itu adalah risiko yang wujud tak kira di mana kita berada. Ancaman bencana bukan pematah semangat untuk terus hidup. Yang pasti potret desa di indonesia amat indah dan unik. Pasti saya akan mengunjungi Indonesia lagi.

**pertama kali naik Air Asia ke luar negara, aku rasa amat takut dan mula rasa amat perlu beli insuran. Tadi ada pesawat Air Asia Malaysia tergelincir dari landasan di Kuching? Dulu naik Ipoh-JB rasa macam ok saja. Pengalaman Flight-Cancelled di saat akhir apapun telah memperkenalkan aku dengan Pak Tedy yang amat baik, banyak info berguna. Bilakah saya akan dapat melawat Fran di Paris?**

Rickshaw Day Parade

It was a rickshaw day parade, the day i saw a very long-line-connected rickshaw. It was quite surprise to see this phenomenon, so i took picture. Hence came out a question to Mr. Balvinder, why? He said those were disobey tax payer or maybe they failed to renew their registration and operate illegally. So the municipal council had to keep their rickshaws as retention untill they pay the bills.

Friday, January 7, 2011

cuti awal

Aku mahu cuti!! Tapi kali ini amat terburu-buru kerana aku tersedar yang aku ada tiket yang dah lama aku beli. Aku hampir lupa, nasib baik ada orang call beritahu flight delay 30 minit. Akhirnya aku godek-godek email, ya aku akan bercuti bermula jumaat ini. Aku harus apply cuti. Isnin boss cuti lagi, selasa baru apply cuti, nasib baik dapat! Thank you boss.

Aku nyaris ingatkan flight hujung januari, rupa-rupanya 7 januari! Memandang otak sedang serabut, aku perlu mengisi peluang ini dengan keadaan yang tenang, buat-buat tiada masalah walaupun sebenarnya kewangan tidak kukuh. Aku cuba rancang yang terbaik.

Dear Paris van Java, here i come! ceh, padahal ke jalan Dago je pun. T_T

**Esok baru nak cash duit dan tukar kat money changer. Aku baru sedar beg beroda feveret aku tertinggal di pejabat! terpaksa aku bawa beg backpacker aku. Esok pagi juga aku baru nak bungkus segala baju nak bawa. Aku perlu tidur sekarang, semoga terjaga awal! Alamak dalam kepala otak aku lupa mana aku simpan passport??

Thursday, January 6, 2011

The Hidden File : Lelaki

Hi There! Eh??? Kenapa tiba-tiba aku mengachikkan diri pula??? Sorry, nanti Achik saman saya. Baiklah, sesi pada kali ini saya ingin mengimbau fail-fail lama yang perlu kita kaji kerana ia melibatkan kisah-kisah aib mahupun membanggakan, yang mungkin kita lupa. Ayuh kita mulakan dengan fail pelajar lelaki:

1. Korang tahu tak, siapa pelajar lelaki yang paling malas basuh baju? Cuba fikir balik, tentu korang akan teka orang yang salah. Sampai hati korang tuduh Khairul Anuar Bin Abdul Wahab walaupun beliau digelar Orang Gila selama 5 tahun angkara sikapnya yang diluar dugaan. Sebenarnya watak si dia yang kita cari ini amat berbeza. Anda tak akan tahu yang dia ni malas basuh baju. Dengan muka inesen, watak pun nerd, nampak luaran pun macam bau dakwat pen wangi, akan tetapi kalau korang selak kolar baju dia baru korang tahu azabnya! Sesekali agak dah berlengas, barulah dia akan hantar baju-baju yang sudah digunakan saban minggu ni ke rumah pakciknya di Bagan Serai. Siapa dia?

2. Pada 1998, pelajar tingkatan 2 diserang suatu jangkitan yang luar biasa tahap penularannya. Tidak syak lagi ia adalah dan kurap. Ramai di antara pelajar mengamalkan sistem peminjaman kain pelikat, sejadah sebagai alas seterika, katil untuk melepak walaupun kain basah. Faktor ini telah membawa kepada penularan tahap kuning kepada seluruh pelajar di mana kita boleh lihat dengan jelas, para pelajar yang sesudah solat jemaah di surau akan menggentel-gentel jari jemari mereka yang kemerahan dan ada yang sudah memiliki biji-biji gelembung air bisa dan gegelang cacing. Orang pertama yang menghidap penyakit ini adalah seorang terkenal dengan kepemurahannya namun tidak akan sesekali bertolenrasi dengan dengan wang.

3. Amalan menyimpan jambu telah diamalkan turun-temurun. Sebut sahaja nama-nama pelajar comel, tentu anda akan terbayangkan wajah ganas abang angkat mereka. Biarpun ada yang berutus surat lantas kantol di bilik gerakan pengawas, tetapi tahukah anda siapakah di antara batch 97-2001 yang pertama ‘fly’ atau lompat pagar? Pelajar ini dikatakan tidak pernah diseksa para senior kerana sentiasa di bawah jagaan sempurna oleh abang angkatnya sehingga membuatkan anda ingin memfitnah mereka sebagai pasangan seperti Naqib dan pengikutnya dalam Usrah. Hahaha.. aku auta sedikit! Tapi aku yakin anda akan mula tertanya-tanya siapakah insan yang bertuah ini bukan?

4. Kita semua tahu, tandas adalah tempat untuk berhadas, yakni buang air besar atau kecil lalu beristinjak. Tetapi, ada pihak yang telah menafikan hak tandas ini, sebaliknya telah menjadikan surau yang ditala. Kerana terlalu penat dan gejala masalah tidur, pelajar ini telah terkencing sambil melelapkan mata sewaktu di surau. Pelajar ini diberikan kurang publisiti namun kini beliau dilihat lebih Berjaya mengejar cita-citanya.

5. Dalam industry hiburan dakwah seratas, nasyid adalah satu-satunya nyanyian yang diterapkan kepada pelajar. Ingatkah anda siapakah tekong nasyid pertama yang mengetuai kumpulan nasyid lelaki tingkatan 1? Aneh bukan, kita hanya dihiburkan dengan alunan merdu suara Norasheedah Abdul Razak dan Fatimah Ahmad serta rakan-rakannya sahaja tetapi ke mana perginya kumpulan nasyid lelaki? Tentunya peristiwa memalukan yang menimpa tekong nasyid kita ini telah mematahkan semangat rakan yang lain untuk mengambil posisi tersebut. Bayangkan sewaktu masuk bahagian korus, sambil menarik suara dengan pitching yang tinggi, “oh ayahhh…oh ibuuuu….” tiba-tiba tak lepas dan suara yang dikeluarkan hanyalah datang dari dalam perut. Siapa tekong kita itu?

**pendedahan ini tidak akan dibuat, walaupun anda rahsuah saya kerana kes adalah eksklusif.

Tuesday, January 4, 2011

kemaskini buku 2010

tahun 2010 aku adalah sama sahaja untuk tahun-tahun sebelumnya. ada kegembiraan, bagai graf halaju-masa yang meningkat dengan pertambahan masa. bila analisis, kehidupan tidak berubah kerana jika diplotkan graf halaju-masa tadi kepada graf pecutan-masa hanya menghasilkan garis lurus mendatar yang menyaksikan nilainya adalah malar.

aku ada diari, tapi buku tersebut syarikat emtidi bagi tiada tarikh. aku yang bukan penulis diari tulen akan melihatkan catatan berada di mana-manatak kira muka surat mahupun kulit buku. tujuan kali ini untuk meninjau apakah yang dilakukan sepanjang 2010, tanpa mengikut rentetan tarikh sebenar.

1. nomad
berpindah dari apartment melati impian dijangka mengubah hidup dari segi keselesaan. nyata meleset. mula berpindah di awal disember 2009, nikmat kehidupan kota hanya ditemani tikus dan nyamuk aedes. taman dato senu bukanlah pilihan tepat tetapi ada baiknya kerana ia dekat dengan pejabat aku bekerja iaitu di batu caves selain perjalanan yang menyongsang arus kesesakan lalu lintas.


2 and a half storey, taman dato senu

penangan tikus, kaki aku digigit di suatu malam sehari selepas kematian din beramboi telah membuatkan aku cuak hingga terus keesokan paginya berkunjung ke klinik doktor suhana di sri gombak bagi memastikan tahap kesihatan. namun din beramboi sebenarnya meninggal dunia kerana demam denggi berdarah.

tidak cukup dengan itu, awal disember telah membelenggu hidup aku selama seminggu setelah dikenal pasti mengidap demam denggi. atas ketinggian iltizam aku meminum air 100plus, aku sihat kembali. bintik-bintik merah di merata kulit sungguh membuat aku panik tetapi pengalaman yang lalu telah memberi semangat untuk sekali lagi melawan virus denggi melalui terapi air.

2. kenduri
tahun 2009 menutup tirai dengan kisah kami satu keluarga bersedia untuk melaram di kenduri kahwin kakak aku, anna yang telah bernikah dengan jejaka pulau pinang. tidak cukup dengan itu, tahun 2010 telah membawa aku ke beberapa lokasi untuk menghadiri perkahwinan kawan-kawan.

setakat yang aku hadiri adalah kenduri apem-jaa yang aku hampir tersalah tarikh dengan kenduri kakak aku. kemudian kenduri salfa menjemput aku ke gopeng, kenduri jamalina di tanjung malim, kenduri chin di kuala kangsar, kenduri achik di sungai sumunkenduri reza fahmi-syuhada di labis, kenduri kamil di hotel grand blue wave shah alam, kenduri azharuddin di rawang dan beberapa lagi. aku kurang menggemari kenduri-kenduri ini kerana memaksa aku untuk memandu jauh, sehingga bil untuk membaiki kereta mencecah ribuan ringgit. kali terakhir adalah kenduri pajan-emon di grik.

3. rio
kereta kia rio yang dipandu sering kali membuat pasal. bermula detik balik dari saujana impian, kereta rio ini telah dipecahkan oleh pencuri yang sungguh pengecut. kesempatan yang diambil ketika hari hujan telah menyebabkan radio dicuri tapi aku terpaksa membayar sejumlah besar wang demi membaiki kerosakan seperti cermin yang pecah, sistem penggera yang dirosakkan, pendawaian sekitar steering serta sistem automatis cermin kereta yang telah bercelaru. tidak cukup dengan itu, kereta rio beberapa kali dilanggar oleh mereka yang tidak bertanggung jawab. kira kes langgar lari tak bayar.

pernah sekali aku tidak dapat memandu dengan sempurna kerana kereta menjadi ketat untuk bergerak di samping bunyi geseran yang amat seram. kemekan yang aku tidak sedari telah bergesel dengan tayar depan. cilaka kau yang melanggar kereta aku yang kusyuk parking di taman dato senu. tak lepas dari situ, di pejabat emtidi juga kereta rio telah disapu cat putih pada cermin sisi oleh mereka yang aku tuduh yang melakukan kerja-kerja renovasi pejabat syarikat alloy. musim hujan november, aku yang bersahaja menunggu kereta dato' membuat reverse parking telah dilanggar oleh sebuah van dari syarikat di serdang. pesalah tersebut membuat rayuan untuk tidak mahu bertanggung jawab kerana gusar dipecat oleh majikan.

4. delhi
hujung februari membawa aku untuk terbang ke new delhi bersama bekas boss. kami perlu menyelesaikan tugas khas yang amat penting untuk karier beliau yang mana memaksa kami untuk membawa pulang sejumlah wang milik syarikat yang masih tersimpan di dalam peti besi di sunder vihar untuk dipulangkan.


middle ring road, heading to south extension.

selain itu, kami juga dapat merasai pengalaman hidup sebagai pelarian apabila para sub-kontraktor dikhabarkan merusuh di hadapan pejabat sunder vihar justeru terus ke bazar dan toko-toko di serata new dlehi untuk membeli belah. sekali lagi di awal bulan disember, aku terbang ke new delhi untuk tugas-tugas khas termasuk hal peribadi yang menyaksikan banyak pengalaman baru yang dikhuatiri untuk dikongsi bersama.

5. sari
kain sari di blog sareewala mula dijual secara meluas dengan bekalan yang tidak putus-putus dari rakan kongsi bupesh nagpal. selain kain sari sutera bangalore, sareewala juga menjanjikan fabrik kapas terbaik, set pakaian wanita punjabi, kain sari sifon berlabuci serta beberapa lagi. namun masalah dihadapi apabila sukan komanwel delhi telah menyebabkan harga runcit kain melonjak naik.

6. bandung


my passport & the boarding pass.

pada bulan ramadhan, aku terbang ke bandung untuk meninjau kehidupan warga indonesia dan mencari jawapan mengapa ramai rakyat malaysia berpusu-pusu ke bandung. nyata bandung atau paris van java merupakan syurga membeli belah. itinerary yang dirancang kurang berjaya sehingga aku tersilap membayar wang teksi yang sepatutnya nilai 7 ringgit tapi kerana tersalah angka sifar, aku membayar 70 ringgit.

namun, aku mendenda pemandu teksi yang pura-pura ikhlas itu untuk membawa aku pusing-pusing kota bandung sehingga lewat malam. kini aku hanya menghitung hari kerana buat pertama kalinya aku akan menaiki pesawat air asia untuk ke bandung lagi selain jakarta di bulan may.

7. kesihatan
setelah lama aku hidup dengan berat badan purata 50 kilogram namun 2010 menyaksikan berat badan aku bertambah dan syukur ianya berkeadaan purata sekitar 55 kilogram. tiada bahagian tubuh yang dilihat jelas membesar tapi nyatanya aku merasa mudah letih sewaktu menjalankan aktiviti riadah. mungkin lemak mula bermastautin di sekitar perut.

kesedaran ini telah membawa aku untuk terus berusaha mengekalkan kesihatan dengan menceburi sukan bowling dan menyinar di arena seni suara melalui program kareoke hujung minggu. eh macam tak relevan pula?


bowling excitement.

yang pasti ahli-ahli mesyuarat tingkap sentiasa sudi meluangkan masa. selain itu, aku telah dihasut warga pejabat dan menjadi ahli produk kesihatan giffarine sehingga mengheret aku ke kursus make-up yang nyata aku tidur di belakang kelas.

8. penjimatan
aku amat jimat ketika membeli belah. meskipun dituduh membeli belah barangan mahal namun aku bersyukur kerana t-shirt semurah RM4.10 di carrefour telah mengaburi mata sahabat handai. pernah tercatat aku tidak mengunjungi pusat membeli belah untuk 3 bulan. sungguh hebat dan kenikmatan ini dirasakan satu yang hemat.

9. jelajah
siri jelajah tidak sehangat tugasan melawat kampung kuantan. aku menyalahkan mereka yang tidak mahu membuat perancangan. mungkin mereka mengharap aku yang membuat itinerary. namun beberapa kali aku keluar kota bersama beberapa rakan, seperti ke bukit tinggi gang selama, bagan lalang bersama hantu seafood dan genting highland bersama warga sumah sewa.

pada aku, pengurangan aktiviti sebegini juga berpunca dari sikap aku sendiri yang sibuk dengan tugas-tugas di sareewala seperti mana seorang kawan-kawan lain yang sibuk dengan perniagaan insuran, multi-level marketing dan produk kecantikan. isi nombor 9 ini sebenarnya tak patut dinamakan jelajah kerana sememangnya tiada tempat yang aku jelajah. hanya kerana kenduri kahwin, aku berkesempatan melawat kellie's castle walaupun menara condong hanya terngiang di awang-awangan.

10. karier
tiada perubahan, aku masih bergelar eksekutif biasa yang berkehendakan pemegang ijazah. namun, kelayakan ini bukan menjanjikan kehidupan duniawi yang piawai. walaupun ada ijazah tapi masih tak mampu membeli rumah flat kos rendah. aku tidak dapat membayangkan bagaimana graf harga rumah lebih besar nilai kecerunannya berbanding graf gaji aku yang malar.

tetapi, pada bulan julai aku telah menerima habuan di mana pendapatan bulan kini memaksa aku membuka fail di pejabat cukai. kenaikan nilai itu boleh tahan tapi apabila dilihat akan faktor kecairan dan pengaliran, hidup masih di keluk kuadratik yang lama, tetapi perasaan aku sahaja yang tidak seimbang seperti garisan graf kubik. selain itu, di pejabat emtidi tak putus-putus mengadakan farewell party yang memberi kesan mendalam terhadap kami yang tinggal.


down memory lane, acpi.

begitulah diari aku yang sangat general. tiada keistimewaan namun jika mahu dikupas dengan lebih mendalam, aku gusar pembaca akan mentertawakan aku. takkan aku ceritakan pengalaman gundah gulana serta malu yang menebal sewaktu nak kemas kini buku amanah saham bumiputera. aku malu kerana semestinya dividen aku sekadar lekat celah gigi. tapi perasaan inkuiri telah memotivasikan diri aku. kalau ini pun nak cerita nanti dah jadi blog diari. aku sendiri menyampah!

Sunday, January 2, 2011

humayun

first gate.

then another gate to pass.

there you are, a monument with a big white dome.

it reminds me the taj mahal.

the dome from inside.

humayun, he was a great king hundred years ago.

view at one corner.

7th Dec 2010.