"chowk" dalam bahasa hindi membawa maksud persimpangan. di sini ada beberapa simpang yang korang boleh pergi, boleh pilih nak ke mana. ada simpang yang hanya jual kasut. ada pulak yang menjual kain sari jek. ada pulak yang jual barang berasaskan logam seperti sudu garpu, periuk dan belanga. ada pulak satu tempat khusus jual mercun, eh apakah ini sumber diorang buat bom? ada lorong yang hanya jual manik-manik dan riben. pendek kata ianya cukup sesak dengan manusia.
delhi merupakan sarang habitat manusia mau dalam 20 juta atau lebih, itu dengarnya yang berdaftar untuk layak mengundi masa pilihan raya. ada pihak dari kedutaan menyatakan populasi semasa 40 juta. namun dalam otak aku terbayangkan kereta api yang sentiasa sarat dengan penumpang sampai ada yang duduk atas bumbung, semua tu nak mencuba nasib mencari rezeki di delhi. di mundka saja kereta api melalui landasan selang beberapa minit jek, dalam 15 minit jalan ditutup untuk memberi laluan kepada kereta api untuk melintas.
jalan kereta api mundka khusus untuk trek ke negeri haryana. kalau nak ke agra, lucknow atau bandar lain di uttar pradesh, bihar dan wilayah timur laut india, laluannya bukan di mundka tapi terus dari stesen kereta api yang terletak berhampiran delhi canttonment. ada pula landasan lain menuju ke negeri punjab, rajasthan mahupun ke arah selatan, mungkin penumpang akan transit di stesen utama new delhi berhampiran connought place. dasyat!
tak heran lah, india negara ke-7 terbesar di dunia mempunyai penduduk kedua teramai di belakang china, melebihi satu billion. lokasi seperti chandni chowk ini boleh lah anda lawati seraya tengok dengan bijik mata anda betapa padatnya manusia. tadi pergi ke chandi chowk, aku hanya memilih untuk pergi ke lorong jualan kain sari, dari lorong itu, terdapat kedai-kedai kecil, kemudia ada lorong-lorong kecil ke dalam yang makin padat dengan manusia. setiap lorong tidak menunjukkan titik penghujung, mau sesat kalau aku terus berjalan.
kalau anda sedang pening, marilah kita tambahkan lagi kepeningan itu dengan melihat gambar-gambar yang sempat saya ambik, layanlah! jika anda merupakan peminat filem bollywood, lokasi ini menjadi plot utama filem "chandni chowk to china" lakonan akshay kumar dan deepika padukone. chandni chowk merupakan lokasi kepada kebanyakan senibina lama empayar mughlai, kerana old delhi itu sendiri merupakan kota pemerintahan empayar mughlai sebelum dipindah ke agra. nama lama bagi old delhi adalah shahjahanabad. terdapat kota pemerintahan yang cukup luas di old delhi iaitu red fort, masjid tertua di asia selatan dan banyak lagi.
persimpangan utama, chandni chowk.
jenis pengangkutan yang digunakan untuk penghantaran barang, masih menggunakan kudrat manusia sebagai tenaga penggerak. menangis kau kalau disuruh berbuat demikian seperti pak cik tua ini.
jenis pengangkutan yang digunakan untuk penghantaran barang, masih menggunakan kudrat manusia sebagai tenaga penggerak. menangis kau kalau disuruh berbuat demikian seperti pak cik tua ini.
lorong kasut, kebanyakannya menjual kasut kulit seperti capal, terompah dan kasut rajasthan.
4 comments:
kilauan sari menyilau mata..kekekeke
kalau tak silau bukan india namanya...haha!
wahh..mcm nmpak sesuatu yg mnarik je kat N3 nih...for sale ka?...manawan jgak yer..heheh=)
oh di sini rupanya dia jumpa sari yg i sorok..haha..
rilex, kalau i nak jual, i akan upload on blog. then sapa cepat dia dapat! for now i discuss nak tolak kat butik pengantin..
Post a Comment