Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Tuesday, December 20, 2011

Dhobi Ghat

I regret for not watching this movie when it was just released. I like it very much!!
What a real life..

Wednesday, February 10, 2010

iris


ringkasan :
mengisahkan perjalanan hidup seorang lelaki yang baik namun sangat 'skima' lantas menyintai seorang gadis sosial yang cantik. menangkis perasaan cemburu dan bersabar dengan setiap karenah yang dilakukan oleh gadis itu (lakonan kate winslate), lelaki tersebut terus berjuang demi sebuah cinta yang suci. berkat kesabaran, mereka mendirikan perkahwinan. namun, meniti usia tua, pelbagai lagi cabaran yang terpaksa ditanggung. isterinya mendapat penyakit tua yang membuatkannya lupa akan nostalgia silam, berbuat perkara diluar tabiat serta tahap kesihatan yang teruk. sehinggalah saat akhir pemergian isterinya, lelaki 'skima' ini menyatakan dia dapat merasakan kesunyian yang belum pernah dirasai, tatkala isterinya pergi buat selamanya.

komen :
kisah ini sangat berat untuk ditonton, namun perlu kuat semangat. saya suka filem ini sebagai antara filem awal terbaik lakonan kate winslate. tidak hairan bagaimana kate winslate kini boleh berdiri gah dengan kemenangan oscar untuknya menerusi the reader. lakonan mantap judy dench (pelakon wajib untuk watal dalam james bond) juga amat berkesan. apa pun, filem ini baik untuk mereka yang bakal menempuhi alam perkahwinan sebagai persediaan kerana apa yang bakal berlaku akan tetap berlaku meskipun tak seperti yang dijangkakan.

Thursday, January 28, 2010

the rainmaker

ringkasan :
kisah kebijaksanaan 2 sepakatan peguam yang bermula dari kosong, bijak mengatur strategi dengan menubuhkan syarikat kecil-kecilan, mencari sendiri kes-kes penganiayaan untuk dibawa ke pengadilan. dengan azam yang tinggi, minda yang cerdas serta tuah, mereka akhirnya berjaya membawa kes penipuan syarikat insuran ke mahkamah, justeru memenanginya dengan jumlah saman tertinggi. sememangnya karya john grisham amat menarik! lakonan mantap oleh tunjang utama matt damon dan francis ford coppola.

komen :
kisah ini amat bijak! dapat bayangkan betapa sesebuah plot dikarang hebat menerusi imaginasi yang tinggi dan perancangan yang sempurna. sarat dengan unsur jenaka juga, namun filem ini dilihat amat bersahaja serta tulen. pada bahagian emosi sedih, ianya amat berkesan, iaitu apabila mangsa yang teraniaya itu meninggal. mari kita kagum dengan matt damon kerana lakonan beliau yang best!!

Friday, January 22, 2010

a prairie home companion

ringkasan :
filem musikal yang mengisahkan kehidupan para pelakon pentas opera, berlatarkan irama country. kehidupan mereka padat dengan gosip, skandal, sejarah serta obsesi diri. dibarisi pelakon handalan seperti meryl streep, lindsay lohan, tommy lee jones, lily tomlin, kevin kline serta ramai lagi. sangat sesuai untuk ditonton oleh seluruh peringkat usia dengan emosi kita bermain bersama setiap kali alunan musikal berlangsung bersambungan.

komen : seperti menonton pentas musikal (walaupun belum pernah menjejak kaki ke istana budaya), emosi saya tiba-tibab oleh bertukar dari gembira kepada sedih dengan cukup sempurna. sememangnya filem lakonan meryl streep mesti ada sesuatu.

Thursday, January 21, 2010

miss potter

ringkasan :
miss potter (lakonan renee zellweger) merupakan pelopor dalam dunia senia buku kanak-kanak di mana beliau telah menjadi penulis pertama yang mengadaptasikan perihal haiwan kepada suatu karektor. sebagai contoh serigala memegang watak antagonis, arnab sebagai mangsa keganasan dan itik sebagai orang bodoh. miss potter yang lanjut usia memperoleh kebenaran dari sebuah kilang untuk mencetak kasil karyanya, lantas terjual bagai pisang panas. menerima penentangan hebat daripada ibu kandungnya, perjuangan seni miss potter terus menerima kritikan sehinggalah beliau menemui cinta azali bersama seorang jejaka lakonan ewan mcgregor. namun di penghujung kebahagiaan ini terselit duka yang bisa mengubah kehidupan miss potter yang terus membawa diri demi karya-karya beliau.

komen : ok! sebuah cerita yang tidak telalu berat dan sesuai ditonton seisi keluarga. sungguh membuahkan diri saya teruja melihat haiwan-haiwan comel yang bangkit seperti hidup, keluar dari kertas seperti imaginasi yang digunakan oleh miss potter untuk berkarya. kisah ini melibatkan perasaan seorang perempuan bujang lanjut usia lingkungan 30an yang terdesak di antara obsesi, cinta, keluarga dan kerjaya. terapi yang baik untuk hujung minggu. saya suka filem ini!

Saturday, January 16, 2010

the curious case of benjamin button

ringkasan :
benjamin dilahirkan tidak normal, dimana kadar kedutan kulitnya menurun, juga tulang temulang. pendek kata semasa dilahirkan, rupa paras beliau adalah berusia seorang datuk dan beliau mati sebagai seorang bayi comel. komplikasi yang berlaku memberi impak besar dalam hidup cate blanchett yang pada awalnya menolak cinta benjamin (lakonan brad pitt). benjamin menjalani kehidupan penuh dugaan, sehinggalah mereka berada pada titik yang mana umur mereka sama. benjamin sedar akan kesusahan yang akan ditanggung isterinya lantas beliau membawa diri ke beberapa tempat termasuklah india. tetapi mereka bertemu kembali pada umur benjamin 20an, di mana cate blanchett sudah tua dan sedang menguruskan sebuah kelas tarian balet. akhirnya benjamin mati dalam dakapan cate blanchett sebagai seorang bayi.

komen :
moral cerita ini adalah memaparkan walaupun kita telah berusaha untuk mendapatkan sesuatu, namun apa yang berlaku di kesudahannya adalah suatu yang harus kita terima kenyataannya. kita tidak boleh melawan ketentuan. namun begitu, walaupun kisah ini amat tidak ada logika, namun ia telah memberikan impak yang sangat besar pada diri saya yang menontonnya. filem ini membuatkan saya berasa amat sedih, dan tidak terkawal. sungguh touching. hanya mereka yang berjiwa komando sahaja yang akan menyatakan ia tidak best. saya telah menontonnya banyak kali, sehingga sanggup dimuat turun melalui torrent. siapa nak copy sila berikan pen drive. saya suka filem ini dan ia memberikan seribu makna buat saya sehingga tercatat di kalendar januari 2009 saya.

Tuesday, January 12, 2010

fried green tomatoes

ringkasan :
mengisahkan kehidupan yang dilalui oleh seorang perempuan yang meniti umur 40an. antara keyakinan diri, perasaan, bentuk tubuh, usia, perangai suami dan aktiviti harian, pelakon utama iaitu kathy bates telah dipertemukan dengan seorang yang amat bermakna dalam hidupnya. perempuan tua, seorang nenek yang hidupnya hanya tertumpu di hospital. menghayati kisah yang diceritakan semula, kathy bates terus komited dan mendapat semangat baru, iaitu semangat 'towana". kisah 'towana' melibatkan kisah cinta, persabatan, kematian, perjuangan hidup serta penindasan. dengan itu, kathy bates terus menagih penceritaan tersebut lalu kerap menziarahi perempuan yang tidak dikenalinya itu lantas pada suatu hari perempuan itu tiada lantas mengundang seribu satu persoalan lalu berdasarkan kata hati, kathy bates pergi menuju ke sebuah kafe yang dulunya popular dengan menu 'fried green tomatoes'.

komen : aku amat suka cerita ni! best dan sangat best! pada awalnya aku malas nak tengok tapi sungguh tidak menyangka bahawa filem-filem lakonan kathy bates selalu tidak mengecewakan. memang patut kathy bates pernah menjulang oscar. dvd ini telah aku beli sewaktu di utm dulu tapi tak boleh play menerusi laptop. tapi tidak tahu kenapa aku terdetik untuk menontonnya. terima kasih wahai kata hati kerana telah membantu aku mengisi hari malam. mula dengan mood sedih, cerita ni berjaya membawa mood semangat beserta diselit lawak natural yang exectly dia sekadar benda yang berlaku tapi lawak bila dimentionkan. ending dia memang sedih!