sambungan dari memori 4 waruna (part4)...
krekkk!!! kerusi bergesel dengan lantai, kelihatan azizah yang tinggi berbaju biru pengawas bangun berdiri, lantas dia menyatakan isi buku hatinya, "ustazah, saya selaku salah seorang pelajar 4 waruna di sini ingin menegaskan, bahawa saya tidak masuk ke mana-mana belah pihak. saya ingin tidak mahu....".
belum sempat azizah menghabiskan ayat-ayatnya, ustazah jamilah terus meluru keluar. sambil beliau berjalan, terdengar tangisan, "wuuuu...jadi maknya kamu semua nak lawn saya la ni? tak pa! tak pa!..wuuuu...!!!!". azizah masih terpaku, kepalanya masih teleng 25 darjah, mulut separuh bukaan dan bibir muncung menjebik. detik hatiku tergambar, azizah mungkin kecewa kerana belum sempat mengutarakan kata-kata jampi serapah beliau, iaitu "dengan kata kunciii.."
kami semua terpaku di dalam kelas, pun begitu kepuasan turut dirasai jauh di dalam benak hati. aku menjeling ke arah norhasliza atau lebih mesra dipanggil kak cik liza, dia hanya duduk dan masih bersedih. kelihatan wajahnya pilu dan masih bergenang titisan air mata, belum kering semenjak menangis ketika berdiri di hadapan, mungkin terkejut dengan momentum perubahan drastik yang berlaku. maksud kenyataan azizah ghazali tentang "tidak memihak kepada mana-mana pihak" telah ditangkap oleh ustazah jamilah sebagai kami pelajar 4 waruna telah melancarkan perang secara padu. beliau menangis, menaiki anak tangga dengan hentakkan kaki yang agak jelas kuatnya, meluru ke bilik guru, "wuuuu....". kelas 4 waruna kekal diam.
ashabul yamin mencemuh, "ish korang ni". lantas ashabul yamin juga terus belari keluar, digusari menghala ke bilik guru. azizul othman memandang belakang ke arahku, dia memberitahu bahawa dia rasa ingin mengekori ke mana ashabul yamin menghala semata-mata atas dasar semangat inkuiri beliau. aku hanya menjebik kerana aku pada waktu itu berpuas hati dan menyokong penuh akan situasi yang berlaku.
mungkin tindakan kami akan diwartakan sebagai kurang ajar. tapi kami ingin menegakkan hak sebagai pelajar yang ingin mendapat perhatian melalui pembelajaran kerana saingan yang kian kompetitif, justeru meningkatkan prestasi masing. kami bukan pantang dibanding, tetapi merasakan maruah dijatuhkan kerana pernah sesekali ustazah jamilah menyentuh hal mengenai kenapa pihak sekolah masih memberi peluang kedua kepada mereka yang tidak mendapat A dalam mata pelajaran sains dan matematik pada PMR lalu untuk terus belajar di SERATAS.
aku juga dapat mengimbau kenangan pahit bersama beberapa pelajar lain. masih segar di sanubari apabila tidak lama dulu ustazah jamilah pernah berbual bersama beberapa pelajar lelaki 4 musytari. beliau yang bersuara nada tinggi mempersoalkan prestasi pelajar 4 waruna yang tidak sehebat pelajar 4 musytari. beliau juga menyatakan tidak menyukai beberapa pelajar 4 waruna, tetapi tidak ditekankan dengan lebih lanjut apakah alasan beliau.
pernah juga suatu ketika beliau hadir sewaktu kelas persediaan petang untuk meninjau suasana kelas 4 musytari yang dipegangnya selaku guru kelas. semasa beliau berdiri di pintu belakang, menyaksikan beberapa pelajar lelaki berdiri di atas peti buku bagi menggantungkan kad manila sebagai carta nota subjek. ustazah jamilah pernah bersuara seakan berbunyi, "lain kali buat lah cantik-cantik sikit, takkan nak bagi sama macam kelas W!" pada diriku, ia menyentuh hati.
tidak lama kemudian, ashabul yamin hadir ke kelas. dia hanya diam membisu, tidak berkata apa-apa. bila ditanya dia sekadar menjawab, "tunggu la nanti kena". aku tidak faham maksudnya namun aku dapat berimaginasi akan nasib yang bakal dihadapi oleh sekelas 30 orang pelajar ini. bukan setakat sumpah seranah namun "target"!
kemudian guru sejarah dengan ayunya masuk ke kelas. cikgu sapura pertama kalinya mengenakan kaca mata. namun aku tidak setuju dengan bentuk kaca mata itu. beliau seorang pemudi yang masih muda, cantik mulus serta mampu bergaya lebih dari itu. tapi aku akur dengan jiwa seorang guru yang dikatakan cukup piawai. kaca mata agak besar, bingkai warna emas, tidak sesuai digayakan oleh cikgu sapura yang berwajah kecil molek itu.
tidak banyak yang berlaku pada kelas subjek sejarah, cikgu sapura seakan langsung tidak memberi sebarang komen. mungkin beliau belum mendapat cerita terbaru tentang apa yang berlaku sebentar tadi. mungkin keadaan di bilik guru telah hingar dengan gempita kisah yang diadu oleh ustazah jamilah. 2 jam berlalu, tamat kelas cikgu sapura, loceng berbunyi dan kami bersiap untuk ke surau dan seterusnya makan tengah hari.
jam 2.30 petang, kelas mula dipenuhi pelajar. 4 waruna cukup kekal meriah tetapi kali ini masing-masing berkisah, bercakap perihal kejadian yang berlaku. 4 waruna didiami 26 pelajar perempuan, selebihnya hanya 4 pelajar lelaki iaitu penulis, azizul othman, ashabul yamin dan mohd hidhir pungot. aku bertanya komen dari siti munira, beliau menyatakan berasa puas hati dengan hak pelajar ditegakkan. belajar berguru lebih mendatangkan manfaat dan aku berpendapat, walaupun guru itu bagaikan pelita yang membakar menerangi suasana namun guru dibayar gaji seperti mana kerjaya lain. pembelajaran melalui perbentangan sememangnya baik secara praktis tetapi bukan 100 peratus tanggungjawab pelajar, tetap guru perlu membimbing.
hening petang yang cukup indah itu dinodai oleh suatu kunjungan tidak rasmi oleh seorang yang cukup digeruni. tanpa bunyi, dia memasuki pintu, perlahan berjalan, berdiri di bawah gelombang angin yang dialun kipas pada senggatan 5. seluruh pelajar terpaku melihat sekujur tubuh berdiri dengan tudung labuh berwarna coklat. seluruh pelajar segera kembali ke tempat duduk masing-masing. diam dan memandang ke hadapan, hanya bersedia.
bersambung...
sedutan episod akan datang :
ingin tahu apakah yang berlaku semasa kelas persedian petang itu? siapakah guru yang bakal memberi syarahan percuma? adakah hanya beliau seorang? (ikuti mereka ; faridah hashim dan natasha aqilah)
11 comments:
suspender betol...
aku sebagai watak tempelan yang seterusnye....hahhaha
haah..apasal ada aku sbg watak tempelan gak..haha.
sumpah aku tak ingt..
mekrida : haha..sila berdebar menanti cerita ini.
tasha : haha..ko ni memang!
Yang penting...Selepas peristiwa itu Aku trus masuk pasukan Nasyid Sekolah dibawah bimbingan Ustazah Therang yerrr...
Sampai skrg aku tetap merasakan adalah menjadi agak kurang ajar kita menyinggung perasaan Ustazah tapi aku rasa cara kita meluahkan perasaan boleh diterima la kan. Habis tu takkan nak pg megipas dia setiap JumaatKANNN..mungkin..Azizah Ghazali puncanya Ustzah tersinggung..Upos matilah Kata kunciiii
aku ingat ko masuk nasyid sebab nak jumpa asrul izwan. hahaha... lawak ja..
kita masa tu belum matang. agak2 la pun. mmg bunyi mcm kuang ajaq tapi kalau kita terus diam, perubahan tak jadik. aku suka pendirian che la, dia jujur n yakin dengan tindakan dia, dia tau apa dia nak so kalau cikgu mahu diri dihormati, guru juga perlu menyayangi murid-muridnya. hidup ini seimbang.
rasa ingat dah apa yg blaku pastu...hehe
hehe....memang la igt hari ni hang masuk keje baca beberapa etry skali gus..wahahha!
HANJENG kau..perlu ke asrul? I ikhlas ingat memperjuangkan irama nasyid ke persada yg lebih tinggi..WAH KATANYERRR
Yang penting...Asrul adalah ank murid kesygn Therang yer.
iyerrr..apa nih? kata-kata kesat dari seorang bekas penyanyi nasyid? sungguh tak berkesan mesej lirik nasyid itu terhadap dirimu. hahaha..rilex bergurau jek..
mmg dia pelajar fevret pun. nyampah aku. hahaha...azizul ko bila nak balik semenanjung? org tanya serius nih!
23HB MEI..CUTI 3 MINGGU...
haha..wah balik kampung kah? best tuh!! jom join pot luck bersana norihan? dia pengelola..
Post a Comment