Sunday, January 31, 2010

coming soon

hopefully, everything goes well...coming soon.

Friday, January 29, 2010

awek delhi 6

a girl in red...once upon a time at jaipur, rajasthan.

minit mesyuarat delegasi : wan, emy j & han shimizu

menonton adnan sempit telah membawa mood ceria kepada 4 bujangan yang masih tercari-cari kebahagiaan. walaupun ditimpa musibah trafik sesak, namun ahli delegasi berjaya selamat tiba di jusco metro prima sebelum 9.30 malam. adnan sempit merupakan sebuah filem yang bagus, sesuai ditonton oleh seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan saiz pinggang seluar.

delegasi terus menuju damansara damai untuk gala makan malam. bertempatkan sesuah restoran ala thai, delegasi mula bermusyawarah sehingga lewat malam berembun. berikut adalah minit mesyuarat pada malam tersebut :

1) emy j telah mengalami perasaan bercampur baur. moral daripada menonton adnan sempit telah membawa sebuah imaginasi cinta, di mana beliau jatuh cinta terhadap watak adnan sempit atau pelakon itu sendiri.

2) frekuensi dan had desibel tawa hilai keempat delegasi tidak dapat dikawal lagi setelah vibrator masing-masing gagal berfungsi waras apabila transistornya rosak. mula bergetar, semuanya ok, namun selepas itu gagal berhenti.

3) isu nostalgia berbangkit untuk acara kemuncak apabila han shimizu dan emy j jelas sekali pernah menyertai pertandingan melukis untuk slot chicky mail barrels KFC dengan lukisan mickey mouse. mereka gigih bangun pagi, menonton rancangan tersebut pada hari ahad jam 930 pagi. manakala penulis membuat pengakuan bahawa gagal menyalin alamat kerana pengacara rancangan tersebut membacanya dengan terlalu laju, justeru merujuk episod akan datang tetap gagal.

4) han shimizu sememangnya seorang yang sentiasa update tentang dunia peragaan fesyen. dengan memakai gelang geometri, beliau berjaya menguasai malam tersebut. menyentu perihal gelang, han shimizu bersetuju dengan penulis bahawa beliau pernah aktif dengan membuat gelang di zaman nostalgia dulu kala. dengan perca kain dan tiub angin aquarium, gelang dibuat dengan melilit ke dalam dengan bantuan sedikit minyak sebagai pelincir.

5) wan hazila dan emy j sekali lagi menyentuh isu perihal pensel warna LUNA. "jangan tekan", "jangan tiup pengasah" dan "susun balik dari putih sampai hitam ikut susunan asal" merupakan nota penting setiap kali menggunakan aplikasi pensel warna tersbut.

6) soal kerjaya, emy j kelihatan benar-benar gembira namun beliau menghadapi kesulitan. lokasi kesulitan itu bukanlah bertitik koordinat di kem tentera sungai buloh dan bahagian sulit lain namun bertempat di rumah sewa beliau kerana memiliki housemate yang 'muka kelabu'.

7) masala cinta emy j bukan lagi meruncing, malah beliau kini lebih provokatif. wan hazila pula sedang mengalami tekanan jiwa atas urusan kerjaya yang sesempit masa.

sekian sahaja minit musyawarah.

Thursday, January 28, 2010

genting highland




the rainmaker

ringkasan :
kisah kebijaksanaan 2 sepakatan peguam yang bermula dari kosong, bijak mengatur strategi dengan menubuhkan syarikat kecil-kecilan, mencari sendiri kes-kes penganiayaan untuk dibawa ke pengadilan. dengan azam yang tinggi, minda yang cerdas serta tuah, mereka akhirnya berjaya membawa kes penipuan syarikat insuran ke mahkamah, justeru memenanginya dengan jumlah saman tertinggi. sememangnya karya john grisham amat menarik! lakonan mantap oleh tunjang utama matt damon dan francis ford coppola.

komen :
kisah ini amat bijak! dapat bayangkan betapa sesebuah plot dikarang hebat menerusi imaginasi yang tinggi dan perancangan yang sempurna. sarat dengan unsur jenaka juga, namun filem ini dilihat amat bersahaja serta tulen. pada bahagian emosi sedih, ianya amat berkesan, iaitu apabila mangsa yang teraniaya itu meninggal. mari kita kagum dengan matt damon kerana lakonan beliau yang best!!

Monday, January 25, 2010

entry khas buat macrieda

macrieda atau datin, dua nama yang sungguh sinonim dengan si pemilik nama faridah binti hashim. di sini saya ingin melampirkan beberapa keping foto buat tatapan faridah serta teman lain yang memasang niat untuk menjadi datin suatu hari nanti. di sini boleh dijadikan panduan tentang tata rias diri untuk menghadiri sesuatu acara. mereka di dalam gambar ini merupakan para wanita dalam keluarga majikan saya, yang memiliki status yang tersendiri.

adakah dia memakai kurung sari?

ya warna biru laut lembut cukup seperti salju.

hitam bukti keunggulan?

kehadiran tas tangan sebagai aksesori.

gaya korporat.

tema tradisional.

untuk wanita bertudung.

gaya kasual tika bersantap.

dekorasi 2 jam

pada hari jumaat, sebelah malam, bersama wan hazila dan emma, kami menuju ke metro prima kepong atas dasar ingin mencari lokasi penempatan hasmahafizi dan isteri beliau, hasnor nashrah. dengan buah pendapat dan arah telunjuk dari wan hazila dan emma, alhamdulillah kami cuma sesat sekali 2 kali sahaja. selamat tiba, terus berborak sambil hasnor memainkan dvd papadom dan hidangan air kopi. lama berborak, sampai lupa jam sudah pukul 1 pagi. namun, hasnor nashrahtelah memberikan assignment kepada aku untuk membuat suatu transformasi ke atas 4 bakul untuk tujuan pernikahan sepupu beliau. dengan had masa, aku berhasrat untuk membuat dekorasi yang ringan, sesuai dengan kos dan kerumitan kerja tangan. masa yang digunakan hanyalah menyamai filem man laksa (kerana penulis membuat kraftangan sambil menontonnya, dan tamat apabila m.daud kilau muncul dari langit). silakan melihat hasil dekorasi seperti lampiran di bawah :


bakul anyaman berwarna coklat kilat (actually macam sapu syelek, terbayang pulak tupentine dan spirit metil masa belajar KH dulu).

konon macam banyak, padahal 4 biji sahaja jumlah bilangan bakul.

pandangat pelan projek dekorasi.

kisah larut malam : bayang-bayang

maghrib masih di pejabat. lambakan kerja dengan himpunan kertas membukit, lumrah memaksa diri bekerja lebihan masa. cik haniza dan azlin sofina ditingkat 3 rela berjuang selagi kudrat memihak, selagi minda tercapai untuk menggalas tanggung jawab.

masa berdetik lalu, pejabat sudah lama lapang. hanya kedengaran desiran komputer lama yang masih tekun bekerja. sebelum kelewatan, cik haniza dan azlin sofina berpakat untuk sama-sama ke surau.

*interkom*
haniza : lyn, kalau nak pergi surau ajak saya tau.
lyn : ya, eh pergi sekarang lah. dah lewat pun. kita 2 saja yang tinggal.
haniza : teman tau, saya ni dah lah penakut!

bersama menyusuri laluan lurus ke pintu utama. sinaran cahaya lampu menerangi membentuk bayang-bayang, apabila dihalangi di bahagian sisi berupa slot dinding biru sementara yang dipanggil 'partition'. melangkah terus bersama keluar. tiba di koridor, telintas untuk terlebih dahulu singgah di tandas.

haniza : lyn, masuk tandas dulu?
lyn : haah!
haniza awak jangan keluar lagi tau, saya nak masuk tandas jap.
lyn : ok.

cik haniza melangkah menjangkau daun pintu. pintu pertama jelas terselak dari dalam, seperti sedang digunakan. sunyi, diam, tiada bunyi, kini kotak fikiran dihujani kecurigaan.

haniza : eh lyn, i perasan siang tadi masa i nak sembahyang asar, i masuk tandas dulu jugak. tandas yang ini sama macam tadi, macam ada orang. sekarang ni pun terkunci lagi. cuba tengok ni i tolak pun berkunci dari dalam.
lyn : eh ye ke? janganlah buat takut kak niza, tiba-tiba naik bulu roma.
haniza : eh ye lah! takkan i nak tipu. hairan jugak.
lyn : kak niza cuba tengok, kat bawah tu ada bayang.
haniza : awak nampak bayang apa?
lyn : tu ha! tengok lah.
haniza : eh bayang apa pulak. tapi tak nampak kaki pun??

perasaan kian cuak. lantai dan diding tandas yang terbuka sejengkal jelas kelihatan tiada orang berada di dalamnya, tetapi hanya bayang-bayang yang wujud, terus jantung deras berdegup.

cik haniza dan azlin sofina pantas berlari keluar dari tandas tersebut. niat untuk ke surau dilupakan, terus memicit punat lif menuju ke bawah untuk bertemu pihak keselamatan. mujur terdapat seorang lelaki yang masih menghuni bilik kawalan. dengan bantuan beliau, mereka kembali ke tingkat 3.

haniza : eh abang masuk lah kat dalam tuh. cuba tengok apa ada dalam tandas tu. tadi kita orang nampak ada bayang.
abang : kat mana?
haniza : tandas yang pertama. abang masuklah. kami tengok, tunggu dari sini. apa-apa kami cabut dulu.
abang : eh janganlah macam tu.

kini minda mereka mula bercelaru. satu persatu kisah seram dibayangi. kembali mengingati kisah tea lady yang ditolak jatuh tangga di tingkat 12, kisah pekerja perempuan cina melihat kepala hitam di atas daun pintu, kisah komathi disentap makhluk halus ketika tertidur di pantry dan perempuan dirasuk roh syaitan di pintu masuk utama pejabat. kedudukan pejabat yang hanya bersebelahan dengan gunung batu kapur ini sering diundang gangguan, tambahan waktu lewat malam.

berdebar-debar, pegawai keselamatan teragak-agak untuk memeriksa. dilihat ke belakang beberapa kali ke arah cik haniza dan azlin sofina. langkah perlahan menghampiri pintu tandas pertama. cik haniza dan azlin sofina berdiri rapat, saling berpelukan tubuh dan bersedia untuk lari jika apa-apa berlaku.

dengan semangat waja, pegawai tadi melawan perasaan gementarnya. matanya meliar melihat lantai yang masih jelas bayang-bayang besar tadi. dengan keazaman yang tinggi, beliau terus menolak daun pintu tandas itu dengan sekuat hatinya.

alangkah terkejutnya mereka, serentak dengan jeritan cik haniza dan azlin sofina, seraya daun pintu terbuka. sekujur tubuh mesin hampagas jatuh menyembah lantai, terus gamat tandas dengan jeritan yang panjang. kini mereka tau ia perbuatan pekerja indonesia, atau makcik-makcik cleaner yang tidak bertanggung jawab melakukannya atas sebab musabab yang tidak relevan.

Friday, January 22, 2010

a prairie home companion

ringkasan :
filem musikal yang mengisahkan kehidupan para pelakon pentas opera, berlatarkan irama country. kehidupan mereka padat dengan gosip, skandal, sejarah serta obsesi diri. dibarisi pelakon handalan seperti meryl streep, lindsay lohan, tommy lee jones, lily tomlin, kevin kline serta ramai lagi. sangat sesuai untuk ditonton oleh seluruh peringkat usia dengan emosi kita bermain bersama setiap kali alunan musikal berlangsung bersambungan.

komen : seperti menonton pentas musikal (walaupun belum pernah menjejak kaki ke istana budaya), emosi saya tiba-tibab oleh bertukar dari gembira kepada sedih dengan cukup sempurna. sememangnya filem lakonan meryl streep mesti ada sesuatu.

Thursday, January 21, 2010

miss potter

ringkasan :
miss potter (lakonan renee zellweger) merupakan pelopor dalam dunia senia buku kanak-kanak di mana beliau telah menjadi penulis pertama yang mengadaptasikan perihal haiwan kepada suatu karektor. sebagai contoh serigala memegang watak antagonis, arnab sebagai mangsa keganasan dan itik sebagai orang bodoh. miss potter yang lanjut usia memperoleh kebenaran dari sebuah kilang untuk mencetak kasil karyanya, lantas terjual bagai pisang panas. menerima penentangan hebat daripada ibu kandungnya, perjuangan seni miss potter terus menerima kritikan sehinggalah beliau menemui cinta azali bersama seorang jejaka lakonan ewan mcgregor. namun di penghujung kebahagiaan ini terselit duka yang bisa mengubah kehidupan miss potter yang terus membawa diri demi karya-karya beliau.

komen : ok! sebuah cerita yang tidak telalu berat dan sesuai ditonton seisi keluarga. sungguh membuahkan diri saya teruja melihat haiwan-haiwan comel yang bangkit seperti hidup, keluar dari kertas seperti imaginasi yang digunakan oleh miss potter untuk berkarya. kisah ini melibatkan perasaan seorang perempuan bujang lanjut usia lingkungan 30an yang terdesak di antara obsesi, cinta, keluarga dan kerjaya. terapi yang baik untuk hujung minggu. saya suka filem ini!

Wednesday, January 20, 2010

kisah larut malam : terperangkap

melangkah kaki, jauh merentasi jalan sibuk, menyeberangi satu persatu. melihat kiri dan kanan, mujur cahaya lampu neon menerangi malam sepi. tiada angin yang berbayu salju, malah peluh menitik memerahi keringat seharian kerja.

jam menunjukkan tepat jam 10 malam. mula terbayang peringatan yang tertulis 'parking till 9 pm only' lantas membuahkan kerisauan. hayun kaki lagi, terus pantas menuju destinasi. sesekali berlari-lari anak gusar kelewatan mengundang kisah.

tiba di perkarangan bank. masuk menerusi lobi, terus ke sisi sayap kiri dan menekan punat lif arah atas. degup jantung perlahan kian laju, cemas membayangi kereta terperangkap. "Tinggg!" pintu lif terbuka. berdiri seorang pengawal keselamatan berbaju biru lengkap lencana di bahu.

"dik...parking di mana?"

"tingkat 3..." soalan dijawab dengan nada rendah.

"lain kali jangan lewat. last pukul 9 saja. sepatunya sekarang dah tutup gate tapi hari ni nasib baik pakcik lewat," nasihat diberi.

"ok."

tiba di tingkat 3, terus berjalan laju membelok kanan, menempuh lorong samar dengan serpihan cahaya oren dari luar. tiada bunyian lain selain hentakan sepatu hitamnya. pintu pertama, bertanda "exit", meneruskan perjalanan ke pintu terakhir.

pandangan luas terbentang apabila menjejak kaki di lantai 'parking' tingkat 3. sebuah papan tanda besar tertera tulisan amaran 'parking till 9 pm only' lalu hati kesal menyelubungi jiwa. jarang kelihatan ruang kosong menguasai pentas, hanya 2 buah kereta yang ada di situ, sangkaan kereta milik syarikat kerana terdapat cat logo di pintu depan.

terus berjalan ke hujung. dari kejauhan wajah rupawan kereta myvi baru berwarna oren coklat semakin dihampiri. samar kian pudar berganti kejelasan maksima. degupan jantung sekencang perasaan, langkah lurus tiba-tiba diperlahankan.

"ahhh...kenapa sekarang???"

jarak 20 langkah dianggarkan, pintu kereta di depan mata menanti saat untuk dibuka di mana jari bersedia menekan punat kunci berpenggera. kini peluh dingin membasahi setiap permukaan kulit. bagaikan kepulan asap, putih, membentuk sosok wanita bertudung, duduk kemas di kerusi belakang.

arah langkah dilencong terbalik, kembali berjalan pantas menuju pintu masuk ke dalam bangunan. disusuli larian kencang dengan beban tergalas di bahu. sebaik pintu hendak dibuka, terpacul pegawai keselamatan yang cuak memerhatikan pertembungan itu.

"kenapa?"ditanya.

"ada benda dalam kereta," dijawab.

terus mereka perlahan-lahan menuju ke kereta myvi oren coklat di perhujangan lantai. diperhatikan setiap genap ruang dengan penuh teliti sehingga mencapai kepercayaan bahawa sosok itu telah lesap pergi.

"sebab tu jangan lambat. masa drive cuba baca-baca ayat yang mana patut. di simpang akhir sebelum sampai rumah, pesan suruh dia pergi. takut diikutnya kamu ke rumah. sampai di rumah jangan lupa mandi. cuci kaki sekurang-kurangnya." pesanan akhir diberikan oleh pakcik prihatin tadi sebelum memecut keluar.

**penulis mengenali mangsa, seorang kawan

Tuesday, January 19, 2010

ruang masa


lately, i busy sangat. sepanjang minggu ini sangat obvious apabila melihat blog ini tidak terisi. bagaikan membela seekor kucing comel lalu tidak diberikan makan. maaf. **terus peluk blog ini** namun dalam kesempitan masa, i mencuri untuk menulis sebagai melepaskan rindu. wah?? tiada kaitan dengan gambar di atas, kerinduan untuk menulis buat i jadi takut dengan langkah dan bayang sendiri. apa semua kesibukan ini akan membuat diri mengecapi kebaagiaan? sudahlah jangan berbohong. aku benci kesibukan!

Saturday, January 16, 2010

the curious case of benjamin button

ringkasan :
benjamin dilahirkan tidak normal, dimana kadar kedutan kulitnya menurun, juga tulang temulang. pendek kata semasa dilahirkan, rupa paras beliau adalah berusia seorang datuk dan beliau mati sebagai seorang bayi comel. komplikasi yang berlaku memberi impak besar dalam hidup cate blanchett yang pada awalnya menolak cinta benjamin (lakonan brad pitt). benjamin menjalani kehidupan penuh dugaan, sehinggalah mereka berada pada titik yang mana umur mereka sama. benjamin sedar akan kesusahan yang akan ditanggung isterinya lantas beliau membawa diri ke beberapa tempat termasuklah india. tetapi mereka bertemu kembali pada umur benjamin 20an, di mana cate blanchett sudah tua dan sedang menguruskan sebuah kelas tarian balet. akhirnya benjamin mati dalam dakapan cate blanchett sebagai seorang bayi.

komen :
moral cerita ini adalah memaparkan walaupun kita telah berusaha untuk mendapatkan sesuatu, namun apa yang berlaku di kesudahannya adalah suatu yang harus kita terima kenyataannya. kita tidak boleh melawan ketentuan. namun begitu, walaupun kisah ini amat tidak ada logika, namun ia telah memberikan impak yang sangat besar pada diri saya yang menontonnya. filem ini membuatkan saya berasa amat sedih, dan tidak terkawal. sungguh touching. hanya mereka yang berjiwa komando sahaja yang akan menyatakan ia tidak best. saya telah menontonnya banyak kali, sehingga sanggup dimuat turun melalui torrent. siapa nak copy sila berikan pen drive. saya suka filem ini dan ia memberikan seribu makna buat saya sehingga tercatat di kalendar januari 2009 saya.

pesan nenek

mur kata nenek jangan main api, kelak terbakar jari. akan tetapi, kanak-kanak mana yang tidak gembira bermain api? itu adalah lumrah apabila kita suka akan sesuatu, terus menghasilkan sebuah taksub. namun angina lalu akan meniup perubahan, searus usia kedewasaan. maka kita kenal, bisa mengadili baik buruk.

kita sudah besar, tapi tetap ingkat. jangan tanya kenapa, kerana jawapannya akan tertunding hidung sendiri. sememangnya bunga cantik tika kembang kelopaknya, jika disentuh pudar daranya. untuk kekalkan kecantikannya agar kekal lama, kucup sahaja. ambil baunya, harum itu akan melekat sebagai terus ke hati, itu pesan nenek lagi.

nenek oh nenek, kenapa jari kudung kalau tunjuk pada pelangi? nenek jawab tak baik.

nenek oh nenek, kenapa kakak tak kahwin lagi? nenek jawab kakak merdu bernyanyi di dapur.

nenek oh nenek, kenapa nasi basi di pinggan? nenek jawab nasi menangis.

soalan : nenek siapa tu? nenek aku tak pernah pesan benda-benda cenggini..

Tuesday, January 12, 2010

fried green tomatoes

ringkasan :
mengisahkan kehidupan yang dilalui oleh seorang perempuan yang meniti umur 40an. antara keyakinan diri, perasaan, bentuk tubuh, usia, perangai suami dan aktiviti harian, pelakon utama iaitu kathy bates telah dipertemukan dengan seorang yang amat bermakna dalam hidupnya. perempuan tua, seorang nenek yang hidupnya hanya tertumpu di hospital. menghayati kisah yang diceritakan semula, kathy bates terus komited dan mendapat semangat baru, iaitu semangat 'towana". kisah 'towana' melibatkan kisah cinta, persabatan, kematian, perjuangan hidup serta penindasan. dengan itu, kathy bates terus menagih penceritaan tersebut lalu kerap menziarahi perempuan yang tidak dikenalinya itu lantas pada suatu hari perempuan itu tiada lantas mengundang seribu satu persoalan lalu berdasarkan kata hati, kathy bates pergi menuju ke sebuah kafe yang dulunya popular dengan menu 'fried green tomatoes'.

komen : aku amat suka cerita ni! best dan sangat best! pada awalnya aku malas nak tengok tapi sungguh tidak menyangka bahawa filem-filem lakonan kathy bates selalu tidak mengecewakan. memang patut kathy bates pernah menjulang oscar. dvd ini telah aku beli sewaktu di utm dulu tapi tak boleh play menerusi laptop. tapi tidak tahu kenapa aku terdetik untuk menontonnya. terima kasih wahai kata hati kerana telah membantu aku mengisi hari malam. mula dengan mood sedih, cerita ni berjaya membawa mood semangat beserta diselit lawak natural yang exectly dia sekadar benda yang berlaku tapi lawak bila dimentionkan. ending dia memang sedih!

Monday, January 11, 2010

aku kapan vodafone

ini telefon bimbit aku, memohon maaf kepada vodafone yang telah banyak berjasa selama 2 tahun. jadi kini aku kembali boleh bercakap menerusi telefon setelah 3 minggu speaker vodafone rosak. sedih..

2 tahun dan perpisahan

selama 2 tahun, genap, kini pengalaman mematangkan kita. pertemuan awal di musim dingin, aku berbaju tebal menghayun kaki mencarimu sehinggalah kita dipertemukan di sunder vihar. aku puas minilik dirimu. kutatap dan kuamati, dirimu tidak seperti yang lain. bakatmu yang seadanya memaidai kewujudanku yang lemah ini. terima kasih atas pertemuan ini.

selama 2 tahun, bersama dirimu tidak pernah lekang bersamaku. kesibukan kerja tidak pernah aku mengabaikan dirimu. walhal penat, aku akan jua luangkan masa bersamamu, sekurang-kurangnya menyentuhmu atau lebih dikit dengan merasai degupanmu, lebih dikit lagi merisaui keadaanmu tika berjauhan.

selama 2 tahun, dirimu tabah menerima diriku yang punyai emosi, terkadang alpa akan dirimu sehingga khabaranmu aku lewati. maaf membiarkan mu lama menanti dikepanasan. aku berdosa, aku yang berjanji menjemputmu leka dan dikau jatuh sakit. aku sedih dan berdosa namun tetap berdoa ikhlas demi kesihatanmu. terima kasih kerana bertahan.

selama 2 tahun, kelewatan tidak tertanggung lagi. dirimu berkhabar duka. akan tetapi dirimu sedia bersama. bersama lewati lorong gelap, berjalan panas, terkadang dibasahi gerimis senja namun kesetiaanmu membuat daku rasa terhina. teramat hina kerana telah berdosa mengabaikan dirimu hingga cela.

selama 2 tahun, aku cuba sedaya upaya membalas budimu dengan pekertiku. namun dirimu kian terjejas. semakin hari mula rebah. kerap ditimpa musibah. dirimu cepat letih, terus rebah. manurut katamu, tidak tahan lama lagi. aku kaget. sehinggalah dirimu tidak lagi mampu bercakap. tiada kata dapat kuungkapkan betapa diriku sedih melihat khabaranmu.

selama 2 tahun, aku tidak patah hati terus mengambil berat akan dirimu, tetapi aku tidak mampu menjadi yang sempurna. dirimu berpesan, seperti rakan lain agar aku melupakanmu. ya, aku tidak akan melupakanmu tetapi desakan terhadapku memiliki penggantimu. aku sayang akan kamu, potret memori bersamamu akan mekar di kalbu. bersama pemergianmu pada 10 januari 2010 aku hadiahkan kasihku berupa sekalung rindu semoga abadi.

Thursday, January 7, 2010

my wallpaper : india gate

massive arch standing tough underneath clear sky.

the fountain.

the india gate stands in the middle then every 90 degrees will has this monument completely symmetrical.

front view of india gate, built up to commemorate the indian army during the war. on every piece of block, written there the names of those died for being independence of india against colonialisme .

Wednesday, January 6, 2010

kata-kata mereka tersemat di sanubari

dalam dunia ini, bukan kita saje yang hidup. maksud saya yang ingin ditegaskan kat sini adalah kita hidup bermasyarakat. kita perlu bercakap untuk menyampaikan sesuatu mesej. ya bercakap! cakap menggunakan bahasa yang difahami.

akan tetapi, aya ada perkataan 'akan tetapi' di sini untuk mula saya membina tajuk perbincangan, setiap kata-kata yang pernah disampaikan oleh seseorang itu akan menjadi azimat, mahupun kata-kata kesat atau lucah itu akan membentuk trauma. terpulang kepada penerimaan kita. menjadi seorang nahar, apabila teringatkan seseorang (tidak bermaksud semua orang) itu , nahar itu akan mempunyai sesuatu yang mungkin tersemai abadi di sanubarinya, bagaikan abadi.

mari kita tinjau siapakah 15 warga seratas yang kata-kata (termasuk penulisan) mereka itu menjadi igauan :

1) faezah irnawati mohd zakei
- "tidur yang cukup penting untuk kecantikan"....petua turun temurun
-"tabuh berbunyi gempakan alam sunyi, berkumandang suara midah, memekik memecah sepi, selang-seli suara uskam"...lagu nasyid raihan yang diubah suai.

2) mohd azharuddin
- "kalau kencing tak semestinya berak, tapi kalau berak mesti akan kencing jugak"...fakta kajian sains beliau

3) zati hazira, siti noraishah
- "gempak wallane"...kata-kata akhir pada majalah sekolah

4) ahmad fazlan
-" jangan pandang orang sebelah mata, kerana kita ada dua belah mata" ...kata-kata akhir pada majalah sekolah khas buat mat burn

5) wan norziah
- "woi tengok tu PKM tengah kawad"...kesalahan menyamakan PKBM dengan parti komunis malaya.

6) syaihan mohamad
- "bilal bin ghunnah"...jawapan kepada bilal bin rabah

7) suhaili bin basri
- "wei hang pa rasa budak pompuan pi kelas pakai singlet ke baju dalam?" ...penegasan terhadap fakta

8) siti zalipah ibrahim
- "adidas" ... scandal remaja perempuan

9) mohd mawardi bin abdul majid
- "saya bagi dia ni 3G makna kata Gedik, Gatai, Galak" ... tuduhan mawardi buat faridah hashim sewaktu program kerusi panas

10) hasmahafizi
- "aku duk kat taman tok kaya" ... cubaan mengubah alamat rumah daripada kampung tok kaya, perlis.

11) idasary ibrahim
- "I.D.A.S.A.R.Y" ...acuhan kepada cikgu sabihah

12) mohd zaimi bin fiak
- "aku ingat pompuan beranak ikut pungkoq" ...kesalahan fakta sains

13) mohd zul affiq
- "perempuan paling cantik di seratas termasuk cikgu-cikgu adalah haniza" ...buah fikiran
-"pergi berdiri di tengah jalan, saya nak tengok berapakah momentum apabila awak dilanggar kereta"...jenaka secara fizik rekaan beliau

14) muhd muktamir mukhzani bin bajuri
- "wei yashar tepi sikit, hang duduk atas kaki aku"... rintihan ketika bacaan tahiyat akhir

15) yunus
- "tok aku kata kalau terpijak penyapu kita kena ludah penyapu tu balik, kalau tak kita kena sial" ...amalan petua lama

awek delhi 5

awek delhi pada kali ini ditemui di sebuah jalan raya yang sibuk. beliau sedang menunggu bas atau teksi roda 3 (bertuah pemandu teksi roda 3 itu). sewaktu bersedia menghidupkan kamera, beliau secara tiba-tiba menundukkan badan untuk melihat kaki seluar agak keputihan betis beliau lebih jelas memancar di m usim panas. trendy kah beliau yang lengkap berkaca mata gelap? tubuh badan beliau seperti model tapi sebenarnya tidaklah begitu tinggi cuma kelangsingannya membuatkan beliau kelihatan seperti itu, mungkin dalam 160cm. kemungkinan beliau ingin mengunjungi pusat membeli belah atau berjumpa rakan. sekarang emy juliana akan tahu siapa yang membeli seluar jeans levi's skinny cut bersaiz pinggang 27, menyamai patung di pusat membeli belah.

Tuesday, January 5, 2010

pengaruh jiwa

pada aku, setiap kali melalui suatu fasa itu mesti hadir bersama perasaan yang kemudian mempengaruhi jiwa. namun perilaku tidak semestinya. sewaktu tinggal berjauhan, bukanlah kesedihan yang menyelubungi jiwa. aku tidak sunyi di hujung minggu walhal sepi malam aku amat menggembirakan. memiliki kerja yang dikategorikan sebagai tahap sederhana, degupan jantung hanya sekali-sekala saja goyah.

aku gemar mendengar. lagu-laguan sentiasa menjadi halwa telinga dan turut sama berdendang riang. dalam suka menyanyi bersama, tika sakit berlagu pilu. kini aku ingin menceritakan bagaimana sesebuah bait lagu meniti arus kenangan. setiap lagu hadir pada suatu fasa masa dan tika itu kehidupan harian dilalui seperti biasa, cuma sesekali mempengaruhi rutin. kini, jika lagu itu berkumandang, ia secara automatis mengembalikan kenangan yang sememangnya kita belum lupa.



lagu yuna yang berjudul 'yang sebenarnya' pernah membuai diriku. aku yang jauh ketika itu hanya diperkenalkan dengan lagu itu daripada sebuah blog rakan. kali pertama mendengarnya, ia bersesuaian dengan situasi aku ketika itu barang kali, terus selesa didengar saban kali. kini pabila mendengarnya, ia mengembalikan ingatan aku kepada peristiwa-peristiwa yang pernah dilalui :

1) setiap kali bangun pagi di hari ahad, tubuh aku berat. sambil bersiap, aku membiarkan lagu yuna tadi bermain sendirinya berulang kali. aku mengerti aku ceria. sehinggakan kaedah baring di katil dilakukan dengan lompatan. tika itu ya, aku bersahabat dengan internet semestinya memiliki kenalan.

2) bertanya rakan akan lagu ini, terus mencarinya untuk dimuat turun. ya, laman '4shared.com' semestinya menjadi taruhan. terus diisi dalam komponen mp3 lalu dimainkan bersama lagu kesukaan lain. setiap kali menuju ke malaysia embassy di chanakya puri, setiap kali menuju tapak bina, setiap kali jiwa kosong dan sebelum tidur aku cuba untuk mendengar lagu ini. aku tidak taksub dengannya tapi mungkin kerana perasaanku yang mahukannya.

3) kini aku membayangkan di mana aku tiba-tiba menjadi gemar memasak. katakan saja, maggie bandung, cucur kucai, pelbagai kari, tomyam sayur, sanwich tuna, spagetti dan mihun goreng. pernah juga kerana dipengaruhi hormon ini aku telah membuat laksa buat pertama kali. apabila ianya licin, aku puas. tetapi sambil memasak aku gemar ketawa sendirian. oh jangan gusar dititis racun kerana belum pernah mendapat mati.

4) aktiviti keluar bersama teman bukan sepejabat tentunya membuat ramai ahli rumah sunder vihar merasa aneh. musim panas aku menaiki metro untuk ketemu rakan yang kemudiannya membawa aku meneroka dunia sebenar yang tiada tolok bandingnya. tulis sahaja hospital burung, kuil jain, lorong sudu dan garfu, berjalan kaki menuju india gate, ke pertunjukan tarian kathak, melawat pusara penyair ulung zaman aurangzeb, makan di haldiram serta pameran ganesha di mandi house. semestinya pengalaman yang cukup sempurna.

5) kenapa perlu melatarkan video dengan projek jambatan menyeberangi sungai yamuna di east delhi itu? ya, ketika pacuan yang dipandu manjeet menuju ke sana, aku mencucuk pemain mp3 untuk bersama melayani lagu ini. ketika itu aku dan faiz membuat percaturan sendiri apabila sesuka hati pergi melawat projek itu tanpa disuruh. bukan sekadar berakhir di situ, kami menuju pasar-pasar di old delhi, membeli gelang ole-ole berupa gelang tangan, ke jama masjid makan tengah hari di restoran karim sehingga pulang malam di sunder vihar. penuh dengan kenangan ketawa hilai.

namun, ya ada namun di sini, keakraban bersama lagu yuna ini telah berakhir dengan apabila perasaan lain menyelubungi jiwa. sememangnya perasaan lain yang bukan lagi ceria, tentunya dihelaian akan datang.

my wallpaper : alai minar

this is the alai minar, i have no clue to explain about its legacy but for sure it was built during the splendour of mughlai emperor.

group of people were sitting on the lawn, then i saw this cute boy in black.

Monday, January 4, 2010

semangat 2010

tanggal 1 januari 2010, aku telah memanjakan diri dengan sebuah DSLR nikon sebagai pemuas nafsu yang melonjak-lonjak saban hari. terdapat sedikit penyesalan namun kegembiraan mengatasi segalanya. kedai fotokem telah direkemen oleh seorang pakar dari nikon centre, times square. puas hati dengan beg yang kemas (macam briefcase pakcik-pakcik), tripod, memory card 8gb dan aksesori. ia dijadikan hadiah tahun baru kerana selama hidup belum menerima hadiah bermakna meskipun setiap tahun meniti hari jadi. oh bukan hadiah tak bermakna tetapi hadiah yang menurut hawa nafsu. selepas ini saya akan menanam hasrat untuk mendalami ilmu kewartawanan dari majalah, kawan kepada seorang kawan, kawan baru dan blog zati hazira. aku gusar jika aku memaksa diri aku mengisi penuh petrol untuk memulakan perjalanan cuti-cuti malaysia walhal wang perlu disimpan untuk masa depan. amalkan cuti yang jimat seperti pulang ke kampung sambil berniaga pekasam. idea belum berkembang.

Friday, January 1, 2010