Thursday, May 27, 2010

kehadiran tak terduga

7.50 pm

kali terakhir boss keluar, meninggalkan diri anda seorang yang masih menghabiskan sisa kerja di hadapan komputer dalam kubikal. duduk di kerusi terasa tidak selesa. sesekali perut dikempiskan, terasa gerakan ini apabila hanya posisi tali pinggang yang statik.

sesekali tubuh ditinggikan. melihat jalan lurus ke hujung, ke pintu. volume suara ditinggikan, terus windows media player di-minimizedkan. sambung kerja yang masih buntu dengan konflik rekabentuk yang tidak comply dengan kehendak klien. oh shit!

10.15pm

kini anda sungguh tidak selesa. badan terasa letih dan berlengas. terbayang mandian hujan di rumah, sungguh enak menerpa kulit, diratakan buih mandian harum mewangi. sesekali menghirup nescafe tentunya nikmat.

'zapppp...! zapppp!' mesin fotokopi yang automatis seperti biasa ber-initializing. walaupun selama ini selang sejam ia begitu, tapi lewat malam kini bunyi sebegitu amat mengganggu. bagaikan ada orang yang sedang membuat salinan fotokopi.

berkemas untuk pulang. meja sungguh berselerak. dengan hanya menyusun kertas-kertas ke satu tempat lantas dipasang klip. hati lega, lantas beg di ambil dan segera memeriksa kunci kereta. ok! ada di dalam poket. alunan lagu di windows media player dimati. sunyi sekali.

segera kerja-kerja akhir di-savekan ke dalam pendrive supaya berpeluang sambung di rumah. jika anda masih ada kudrat, namun kebarangkaliannya rendah. tak mengapa, asalkan hati puas. kenapa komputer kini buat hal? lembab! nak save sampai berminit-minit.

dari kubikal ini, membelakangkan pintu bilik pengurus. bilik pengurus memang hebat, berdindingkan kaca kehijauan membuatkan pejabat ini nampak kemas dan terkini. tapi anda tidak akan pernah memandang belakang kerana dinding kaca itu akan menampakkan wajah anda yang kepenatan. kusut nampaknya.

kenapa tidak? ketika bos tiada, inilah masanya mempraktikkan dinding sebagai cermin muka. secara perlahan, anda menoleh kepala 45 darjah secara horizontal. tetapi pantas sekali kembali ke posisi asal. kenapa? mungkin ini mainan minda. esok saja. pendrive di cabut. jalan kaki laju-laju dan keluar.



esok, 8.30 am

masuk pejabat seperti biasa. anda berbincang dengan seorang teman sekerja. kata anda, anda melihat cermin di dinding kaca boss anda. ya benar sekali. anda melihatnya. diterangkan dengan penuh detail dan semangat. rakan anda itu khusyuk mendengar.

5.00 pm

rakan anda tidak boleh menyimpan rahsia. kini boss anda mengetahuinya. kesemua anda berbincang, mengkaji fenomena tersebut. kini kesemua anda, termasuk boss anda merasakan sesuatu tidak kena dengan bilik tersebut.

boss anda terus menceritakan pengalaman beliau di suatu malam sehingga perasaan seram itu terbawa-bawa sehingga ke pakir kereta di bawah. panik! semua orang panik. kini disyaki sesuatu lembaga menghuni bilik boss anda.

kini seorang rakan sekerja yang pintar membuahkan satu idea. semua mendengarnya. ya! lampu dipadamkan dari dalam bilik. bagi menjelaskan lagi fenomena ini, dibuat lakonan semula. aneh, jika seseorangd di dalam, nyatanya bayang-bayang itu tidak akan kelihatan.

dari mana datangnya sosok ghaib itu? seorang staff berjalan menuju keluar. 'berhenti! berhenti kat situ!!!' terpinga-pinga lelaki itu.

'ok, mundur ke belakang lagi. lagi!!! lagi sikit lagi ke belakang lagi.'

seluruh mata kini tertumpu dengan imej yang berubah di dinding cermin itu.

'lagi...slow skit...ok lagi sikit. ok dah!! benda tu kat sini ke??? takkan lah benda tu dibelakang kamu??? sudahlah, lepas ni jangan siapa-siapa stay-back lama sangat.'

a tribute

Tuesday, May 25, 2010

bingung dan bengong

gambar hiasan...rasanya sangat bingung...terasa gelap. buat apa pun tak kena...

puisi buat penulis

malam bermimpi siang berangan,
dikejut sakit digigit lipan,
putus tali pada sambungan,
putus asa pada harapan.

cucuh api mercun meletup,
sakit jantung nasib si ayam,
kenapa ia harus kau tutup,
wacana baca sekalian alam.

petang menunggu hujan berhenti,
mengapa kini kian melebat,
lapan puluh hari menanti,
utus doa buat sahabat.

Sunday, May 23, 2010

rasa syukur

apsal bila entry rasa syukur memaksa diri pulak cari gambar berbaju melayu atau sebagainya. punya cari rupanya tak de. yang ada pun cuma baju di atas iaitu kurta atau dengan kata lain baju tradisional india. tak pe lah, nampak ler pakistan sikit. sila kutuk kalau berani.

apa yang bersyukur sangat ni? nak buat kenduri arwah ke apa ke? tidak lah begitu. sekadar nak cerita yang saya kini telah lega menahan sebak dan tekanan dengan khidmat broadband maxis kini setelah bertukar kepada P1wimax. syukur sangat sebab upload youtube pun ok sahaja. tapi tak tau lah lama mana ia akan berkhidmat sebegini. kalau tak jugak, kena lah menahan perit sekali lagi kerana kali ini P1wimax datang dengan pakej kontrak. aduss!

apa yang tak bestnya, kalau dibawa balik kampung soheh la tak boleh guna. tapi tak mengapalah sebab RM48 sahaja sebulan. tak mampu lagi nak meneruskan permainan maxis yang berdolak-dalih. tekanan dibuatnya. tamat saja kontrak maxis terus dimatikan. agak dah stabil kot-kot beli rumah ke, masa tu nak pakai streamyx pula. streamyx bermaksud poreber. tidak lagi nomad. bila tu tak tau lah.

sebut pasal kenduri arwah tahlil apa tu teringat pula dengan mek masa makan asam pedas melaka. punya la dia gelak tak cover. daging kambing hujung bibir pun masih lagi nak gelak. semua gara imitasi terhadap suasana tahlil di kampung-kampung. tak mengapa, nanti akan muncullah entry dari klasifikasi koleksi kampung padang. oh petang ni saya di kantor. sengaja buat-buat rajin sebab hari ahad memang membosankan. kalau di rumah tidur sahaja jawabnya. baik berbuat sesuatu yang produktif.

Friday, May 21, 2010

orgee kebasahan

esok cikgu noryati binti abu bakar nak kutip buku skrap. aku dah hampir siap, cuma satu lagi lukisan nak kena buat semula. dalam banyak-banyak corak, tinggal orgee yang aku belum siapkan. jadi malam ni aku kena siapkan, tak kira!

pondok kecik, berdepan bilik A11. aku di situ dengan cheweng. letak saja punggung, terus gigih buat lakaran ulangan susunan orgee. aku pilih motif daun.main taktik kotor sikit, aku tekap saja bentuk daun tu dari kertas keras yang aku dah gunting. fuh! cepat siap. taktik mewarna pula, senang saja. warnakan hitam dan putih dengan menggunakan marker pen. mudah!

mudah ke? bukan 15 minit, tapi nak tak nak lebih dari sejam. mana tak nya, depan aku cheweng dah lama lelap. cheweng berbaju melayu kaler oren, agak singkat sikit tapi masih pakai. gamaknya baju fevret dia sebab baju maroon tu dia jarang pakai. aku je yang rotate sebab selain baju melayu putih wajib tu, aku ada yang kaler biru laut tu pun dapat free. semua orang dapat. mat taylor yang jahit. aku gerakkan cheweng. terus dia blah. jam dah pukul 12 lebih.

malam.

sejuk. angin sesekali bertiup.

aku memandang dewan makan yang lampunya dipasang bahagian dalam saja. nampak kelibat makcik dan pekerjanya tengah bersedia untuk jamuan pagi nanti, sarapan. untuk nasik lemak hanya digunakan mangkuk laksa. apa pun itulah kehidupan asrama. makcik tu berwajah cina, seksi sangat, suka pakai terompah kayu. boleh dengar dengan jelas.

latar belakang dewan makan bagai bermahkotakan sebuah mercu tinggi. gerap berdiri teguh, dengan sebutir permata merah. ya! bukit larut memiliki pemancar di atasnya. lampu merah itu tidak berkelip.

aku masih ada baki masa. selagi masih ada niat rajin, tak salah kalau aku melengkapkan nota sejarah. cikgu nabisah beebi binti mura sahib hanya mahukan peta minda. entah kenapa dahulu aku sangat tidak menyukai konsep peta minda kerana ia akan jadi berterabur, tak cantik serta tidak akan dibaca lagi. tapi kini aku rasa ianya relevan.

aku membelek-belek buku sejarah yang sudah kuning ini. sesekali berbau masam kertas lama, sungguh kasar permukaan kertas ini. tiba-tiba aku kehausan. terus terbayangkan air milo wahi yang ditapau dari dewan makan, berisi penuh di dalam tumbler yang disorok dalam locker.

aku meninggalkan file dan buku-buku di situ. berhasrat sebentar sahaja ke atas. menaiki tangga sepantas boleh. terjah masuk ke dorm A11, melihat semua 14 orang kawan lain sudah enak lena diulit mimpi. locker aku ditempat paling hujung di bucu ruang. sungguh sedap dan bahagia meneguk air milo wahi.

tap! tap!

berulang lagi.

tap! tap!

aku meragui bunyi hentakan kaki sungguh kuat, hentakan pemakai kasut kawad PKBM. askar! aku terus melluru ke tingkap yang pecah mengendap koridor, inkuiri melihat dengan mata tajam. naluri ingin tahu kini berubah sekelip mata. bayangan sebesar kayu balak melintasi mata. tak dapat aku bayangkan, tiada bentuk tubuh manusia mahupun susuk yang dikenali. hanya remang bulu roma naik ke leher. aku berdecit lari tidur di sebelah rizuwan.

pagi.

berlari ke pondok. melihat kertas lukisan jatuh di atas rumput hijau. lukisan corak susunan orgee aku telah kebasahan dek embun pagi.

tamat

Wednesday, May 19, 2010

dosa kelmarin

seorang lelaki, berumur lewat 30an. memandu seorang diri menyusuri jalan lengang. lahir di benaknya memikirkan kehidupan yang telah berlalu. sesekali merasai dirinya redha jika dilanggar kenderaan lahir, terperosok ke lubang gaung lalu mati serta merta. tentunya emosi terganggu, kerana hidupnya sudah berada di penghujung.

melangkah ke alam persekolahan, dia merupakan pelajar pintar, mengepalai badan sukan yang hebat sehingga menjuarai pelbagai piala peringkat negeri dan kebangsaan. minat mendalam dalam arena sukan ditambah dorongon bapa, membuatkan dia rasa diri dihargai. mencari kebahagiaan bukan ditulis, namun dibesarkan oleh seorang ibu tunggal membuatkan dirinya sentiasa merindui bapanya.

tamat persekolahan, masuk mendaftar ke kolej ternama. si ibu mengingatkan jangan menghubungi bapanya. tanpa banyak bicara, dunia ini kecil dan takdir menemukan mereka sekali lagi. di situ dia kian rapat dengan bapanya tanpa pengetahuan si ibu. bapanya memberi ilham untuk meneruskan perjuangan di bidang sukan serta menjanjikan era gemilang bersama impian yang diimpi.

tamat belajar, terus aktif dalam bidang sukan. peluang pekerjaan ditolak demi sebuah minat. namun zaman telah berlalu, tenaga muda lebih perkasa. kegagalan demi kegagalan disusuli kecederaan, menambahkan luka di hati. membina keluarga baru, namun perhatian kurang menyebabkan dirinya tersisih dari isteri dan anak, sehingga berselisih faham. perhubungan dengan si ibu menjadi renggang, lalu menyalahkan si ibu atas memutuskan hubungan dengan dengan bapa, mamaksa penceraian.

si ibu sedih, lalu memperingatkan anaknya bahawa itu adalah yang terbaik demi masalah depan. tappi si anak ego dengan menunding si ibu sebagai punca. luluh hati si ibu. tahun demi tahun berlalu, rambut putih jelas kelihatan. si ibu sudah tidak berdaya. anak yang diasuh dengan didikan tertinggi kini gagal dengan kehidupan baru sebagai broker saham, jatuh menjunam, papa dan dililit hutang sehingga hidupnya bagai pelarian di atas pemanduan kereta yang dikejar bank.

destinasi akhir, si anak memandu pergi berjumpa ibu. kaki yang kaku memijak tangga, lantas membuka pintu, isi rumah masih kekal seperti dulu, sejak kecil hingga kini. di situlah kelihatan kerusi kecil yang dulu digunakan olehnya untuk memanjat kabinet mengambil biskut. meja bulat yang terlukis angka 1 hingga 10 serta alphabet A hingga Z dengan dekorasi haiwan liar afrika.

berdiri di tengah ruang tamu, melihat pintu yang separa terbuka mengingatkan bagaimana dia nekad meninggalkan ibunya walaupun tidak pernah dihalau malah dibekalkan dengan sebekas kuih muih serta kek. ego lelaki mungkin diwarisi, namun ego menguasai diri dan emosi.

melangkah masuk ke kamar ibu, sebak tidak terkata. hati keras lelaki kini mencair apabila melihat gigi palsu yang masih terendam dalam gelas. buku-buku disentu satu persatu. mencuri pandangannya, sebuah diary yang klasik, dengan paparan 1981, menggambarkan ia diary sewaktu dirinya menuntut di kolej.

dengan linangan air mata, helaian diselak. membongkar segala kisah perit dilalui si ibu yang disimpan abadi, ditempuh seorang diri. kini dia sedar dirinya bukan hidup tunggal, bahkan memiliki seorang adik melalui perkahwinan bapanya dengan seorang wanita lain ketika bertugas sebagai tentera. kini terpancar kenangan mengapa ibunya dimarahi si bapa kerana menyediakan sup tidak pedas. rupanya kini dia memiliki adik tiri berbangsa lain.

tidak dapat menerima kenyataan, kini kesal kerana menyalahkan seluruh nasibnya kepada ibunya selama ini. membawa buku itu bersama, meluru ke dalam kerata, memecut laju untuk pulang melawat isteri dan anaknya sebagai mahu membuat perubahan baru. dia kesal selama ini berkeras menyalahkan isterinya atas meminta perpisahan. hatinya mula ikhlas dan suci seperti jernih air mata yang mengalir membasahi pipi, tanpa dipaksa.

kenderaan menghampiri simpang. lampu merah. sambil terus sambung membaca coretan akhir, di helaian belakang, 17 Disember 1981, hari lahir dirinya. tertulis harapan ibunya, 'jangan salahkan ibu memilih perpisahan dengan ayah kamu kerana itu yang terbaik supaya kamu tidak luka. ibu tidak pernah sanggup kehilangan kamu. bukan memilih antara kami siapa yang bersalah, bukan tugas anak untuk memilih tapi berusaha dan berjaya.'

deruman enjin kedengaran, makin deras. sebuah treler panjang dengan muatan tangki hitam mengangkut bitumen meluru pantas. kini dia sedar, lampu trafik sudah hijau. kini bagaikan sedar dari mimpi, dia memasukkan gear dan menarik nafas dalam dengan niat kembali membina hidup.

Tuesday, May 18, 2010

do expecting high

Lama dah dulu (merujuk dosa wan yang lambat upload pic), suatu malam yang indah. Memandu tanpa hala tuju, akhirnya tiba di Ulu Subang Jaya (USJ) terus meluru ke persiaran kewajipan. Lebih tepat lagi kalau disebut Goodyear Court. Jangan pulak mek nak suruh aku delete entry ni sebab terpublish lokasi bersemayam mek.

“mek mana nak makan?”

“Taipan?”

“Ok! Aku nak makan biasa-biasa je. Bukan nak berwestern bagai”

Ok, terus menuju Taipan. Kami mengunjungi sebuah restoran cina yang menghidangkan makanan halal. Taukeh dia juga seorang wanita bertudung (tuduhan berasas). Restoran agak lengang, kerana jam telah menunjukkan lagi 8 jam nak subuh.

wah tengoklah cawan kecil yang diperbuat dari tanah liat ini, keless bukan?
Terus order! Baca puny abaca catalog, mek order makanan bersup. Wan pula lebih teruja dengan nasi. Manakala aku memesan mee yang telah dipromosikan iaitu makanan kantonis (macam bahasa pula). Tidak mengalah dengan minum yang dipesan mek dan wan, aku mempraktikkan kebolehan interpretasi aku dengan memesan minuman yang tampak sangat cina.


“Teh herba dengan cincau! Ais! Satu!”


Tidak lama menanti, teh cina atau green tea (tak tau mana satu) dihidangkan. Sungguh teruja apabila the tawar ini membasahi lidah bagi tujuan menueutralkan sebarang sisa rasa di lidah. Srupppp! Ahhh sungguh segar! Dapat terhidup dari wap air teh itu berupa bau kehijauan berupa sel-sel selulosa (bukan selulit). Tentunya dedaunan teh menghijau kaya dengan klorofil original dari Negara China dikisar segar setelah dipetik.

Ok, lama melalut, makanan dan minuman dah sampai!

“Tapi kenapa teh herba cincau aku macam ni???” **sediri tengok gambarajah di bawah!


bila kecewa muka pun sememeh saja.

Sunday, May 16, 2010

leceh

sekarang ni entah la kenapa, ada saja tak kena. kalau aku bersiap pagi awal nak pergi keje, kena plak polis trafik ngada-ngada tahan lane aku, sampai 4 kali lampu hijau pun still kena tunggu dia bagi arahan. last-last sampai opis macam tu jugak. leceh!

cuba di pejabat kita konfiden dan rajin nak siapkan keje, ada saja hal lain yang menghantui kepala otak kita. tetiba teringat eh tadi cermin kereta tutup penuh ke bukak sedikit? hari di luar makin gelap tanda nak hujan. paling malas kalau ada announcement suruh alih kereta, sebab petang kul 5.30 diorang nak main futsal. kan dah mati mood! leceh!

di rumah, ya rumah aku banyak tikus. tension betul. malu pun ada. jaga kau tikus nanti aku nak racun korang. disebabkan korang, aku selalu kena cuci dapur belakang sebab korang tak jaga kebersihan. semangat cuci lantai dapur dengan fabuloso. wangi! cuak lagi setitik dua bagi wangi. lepas cuci, tolak air dan bagi kering. fuh penat. bangun pagi esok, dia buat tahi lagi! leceh!

kereta pun satu hal. setiap bulan ada saja minta dihulur duit kepada mekanik. wiring punya pasal, segala ceruk nak kena cek balik. hish! paling malas bila nak start je tak bleh, sebab? tak de charge! bocor kat mana sebenarnya nih??? leceh!

sekali sekala pergi jogging di taman metropolitan memang best. rasa ringan kepala. peluh keluar. fuh penat yang berbaloi. nak main bowling pun belah malam je tu pun sebagai latihan kalau ada kompeni suh lawan mana-mana. weekend ni ingat nak pergi FRIM. lepak-lepak, dengar kata ada canopy walk. macam best! punya poyo cari di internet sekali broadband wat hal. slow macam siput. bengang betul. cancel pergi FRIM. emo! leceh!

shopping? buat masa ni kesempitan wang tak payah lah nak shopping. paling best bleh shopping kat selayang mall je, beli baju murah kemeja ke, asalkan tak nampak mcm kat danau kota sangat. tapi bila sampai, cari punya cari mesti payah nak berkenan. nak pergi one utama? jalan jam, kena tol, parking bayar. nak pergi klcc? lagi lah leceh!

apa yang ta leceh?

Tuesday, May 11, 2010

sampai malu nak update dah!

Lately hidup tak keruan, tengok blog pun rasa kesian. Nak update, idea tu ada sikit-sikit tapi masalah internet sungguh membuatkan aku rasa nak mencarut. Apakah kenikmatan yang aku dapat dengan melanggan maxis broadband? Sebab balik-balik aku menggunakan internet di pejabat sahaja. Walaupun boleh facebook selepas jam 5.30 petang, tapi ok jugak sebab still boleh. Tapi lepas jam 5.30 ni kalau nak update blog macam gigih sangat kan? Ok, tak pe! Memang hari ini aku gigih.

Mula-mula sekali, aku tak halal duit aku bayar broadband maxis ni, gila kau RM78 sebulan baik aku pergi cyber café berapa jam aku boleh melayari internet? Segala kontrak semua tu biarkan, aku bayar sahaja asal puas hati. Kayalah kau taukeh maxis dengan wang yang aku bayar secara tidak ikhlas ini berdasarkan servis durjana yang telah engkau janjikan (emosi tak terkawal).

Nak update pasal kerjaya? Oh tak perlulah kerana hati aku hadir ke pejabat ini bagaikan mayat bernyawa. Aku tak ada feel nak kerja keras. Feel tu tak de sebab semangat merosot. Kenapa? Sekali lagi aku mintak kau bagi jawapan yang kau suka. Alah, masalah yang sama denan orang lain juga kot. No! no! no! masalah aku lain tapi tak boleh share dengan korang sebab kes ini aku nak feel sorang-sorang unless ada member nak ajak melepak bergosip.

Jualan? Ok lah. habis. Tinggal Punjabi suit je yang aku baru nak rilis kat blog. Sila lah, sungguh murah aku jual. Tak sangka. Apakah aku sudah fed up? Belum..semua kerana khidmat maxis yang durjana itu. Aku minta banyak-banyak kemaafan kepada pelanggan yang tak jemu bertanyakan kain itu ini sebab aku lama tak update. Aku janji lepas ni aku akan lebih cergas demi keanggunan anda dengan kain ela. Hahaha..betul apa? series! Menurut sumber, sewaktu jualan murah jakel, cawangan baru di shah alam, kain aku jual sama jenis dan coraknya jenis cotton nipis sikit tu, jakel bubuh semester RM30, empat meter berapa?

Ah, apa aku nak buat sekarang? Gossip dengan korang? Haha.. hanya yang bertuah akan menerima update terkini. Buat rakan taulan, tentu anda tak sabar mendengarnya. Tapi, biarkanlah ianya menjadi misteri. Pada yang perang dingin, harap bertenang. Pada yang nak robohkan tiang seri rumah tu, harap rujuk pada yang pakar. Pada yang tensi dengan rakan serumah sewa, gunakan kuasa psikologi hebatmu. Pada yang Berjaya naik gaji, ah aku jeles pada kau! Pada yang sunyi, ambil henfon tekan sms dan send pada aku, kerana aku merinduimu. Hahaha…ayat last tak tahan. Nampak sangat menipu.

**Memohon maaf atas kelewatan mengupdate blog ini. tapi seriyes rasa malu nak update sebab dah lama tak berbuat demikian. hahaha...

Sunday, May 9, 2010