Thursday, May 7, 2009

memori 4 waruna (part 3)

sambungan dari memori 4 waruna (part 2)...

aku deras menuju kantin, melihat ramai pelajar yang makan di situ. aku amat teringin untuk menyantap nasi lemak tetapi poket aku hanya berisi wang 30 sen. oleh yang demikian, aku sekadar membeli apollo roka, yang aku sebut sebagai "forerro roka".

"weyy sheedah! nah 3 kupang. weyy belanja la aku. sedapnye kerepek ni!!" aku berseloroh. norasheedah seraya dengan pantas mengambil sepeket kerepek pisang lalu diberikan padaku. katanya,"ambik la tapi simpan sikit tau. jangan makan habis aku nak jugak". rezeki jangan ditolak tapi musuh aku masa itu tetap mawardi.

semasa di tingkatan 4 waruna di awal tahun, mawardi pernah berdaftar untuk memasuki kelas beraliran sains tulen. namun hanya seketika, dia kembali kepada aliran teknikal. kehadiran mawardi di dunia ceria waruna mengubah suasana kepada gegak gempita. aku terngiang-ngiang kisah duka lara di tingkatan 3 kejora yang cukup pedih menanggung siksa semasa acara kerusi panas. tapi, walaupun aku masih dihantui permainan itu sehingga setahun lamanya, mawardi tidak seagresif dulu. dia lebih santai dan sesekali menegurku, aku pula yang salah tafsir, perasan seperti diriku digertak trauma lepas. sungguh cereka.

tamat waktu rehat, aku dan beberapa teman masih alpa dengan dunia ceria. aku sering mengusik norhafiza osman dengan menyebut nama mawardi. lantas norhafiza juga menceritakan perihal kisah di tingkatan 1 kejora yang mana beliau menerima panggilan dari mawardi sewaktu cuti semester. dari situ juga, aku dimaklumkan mawardi akan asal usul nama "apem", kerana kucing peliharaan di rumah norhafiza juga dipanggil "apem". aku tidak mengetahui kebenarannya kerana sekadar berbual kosong.

aku kembali ke kelas. melihat telatah norfiza "pow" kerepek dari azizul sehingga kepada hafizah mandom di belakang. "weyy syed nak pow kerepek ko, jangan ler kome kedekut dengan teman, ateee...???"terjah norfiza atau niner kepadaku. aku menjawab, "mana ada. hari ni aku pokai tahap choi sook si kaki judi. tak dak duit! haha tapi jangan makan banyak, sheedah suh simpan." kemudian tanganku menghulur sepeket kerepek buat niner, lalu niner senyum sahaja.

husniyah diam membisu. aku menegur siti zalipah, seraya bertanya, "sir, awat nonie diam? tringat kat abang husni ke?" siti zalipah dengan berani membalas, "dok aih! pesal pa plak abang husni, nonie tak suka. nonie suka yang alim-alim ja. hang tau dak nonie suka KP azizan kita dulu. hahaha..hang nak tau cerita dak?" dengan pantas husniyah halim berkata,"weyy syed! jangan toksah percaya sir. tipu! hahaha..! mana ada. aku tak tau apa pun. depa wat cerita." belum sempat kami mendayung perbualan lebih lanjut, suara pekik kedengaran.

"ustazah datanggg!"ashabul yamin memberi peringatan. segera kumpulan perbentangan yang diketua oleh norhasliza segera kehadapan bagi bersiap sedia. norhasliza menampal hampir 6 helai kertas "mahjong" putih yang sarat dengan isi bagi subjek pendidikan islam.

ketuk! keletak! ketuk! keletak! ustazah jamilah turun dari anak tangga seraya masuk ke pintu kelas 4 waruna. 5 orang pelajar telah bersiap sedia berdiri. tamat sahaja bacaan doa oleh ashabul yamin, semua pelajar duduk. aku sempat melihat ketika doa dibacakan, apem sibuk memperbetulkan gerbang tudungnya dengan ternganga dan anak mata memandang ke atas.

"hahh!!! kumpulan mana yang nak present hari ni? oh norhasliza! kamu ya norhasliza? saya bukan kenal kamu sangat sebab saya cuma kenal budak kelas saya jer, 4 musytari". dengan semangat yang kental, mereka memulakan perbentangan. penuh berwibawa, norhasliza yang petah berucap di hadapan mengolah topik dengan gaya intretasi jari jemari, adakala jarinya menguncup seperti kudup teratai. tiba-tiba perbentangan diberhentikan.

"stopppp!!! stopppp!!!"


bersambung...


sedutan episod akan datang :
kenapa perbentangan norhasliza dan rakannya diberhentikan? apakah reaksi pelajar 4 waruna? ikuti kisah selanjutnya. ( ikuti mereka; norhasliza, penampilan khas nurul syatilla dan watak tempelan norsamsinar)

5 comments:

missone hazel said...

wei...hahaha....akhirnya kisah TERANG dah bermula...bab apem betulkan tudung tu,mmg dpt imagine la kan..bab kasut usjam turun tangga tu pun,maklumla trun je tangga trus masuk pintu kelas...4 waruna mmg hebat dgn kerepek,asik melantak bila cikgu ngajar kat depan.syed dah jahat,suka wat suspen cenggitu...

Cik Faridah Huda said...

kuih..kuih...kuih.....aku gelak..bukannye kuih taw!!!!!

sedutan episod akan dtg mmg selalu buat aku teruja nak bace....

natasha said...

cepat2 update..xsabar dgn recall apa yg jadi pasni..sggh tragis..kiki

naeims_ab said...

aku seperti sedang membaca novel kisah budak sekolah... ni kisah cinta ka, persahabatan ka, kisah kekeluargaan???

SYED NAHAR said...

kak wan : suspen ke? haha..saja nak suh korang imagine aktiviti kontrol tudung korang tuh. cuba tgk hani, rilex je. haha..

mekrieda : jangan lupa baca esok pukul 7.30 pagi dah release. saja nak umpan korg suh datang opis awal2. hahaha...

tasha : dah lama terupdate wahai tasha, everyday pukul 730am except saturday n sunday sebab weekends i kasi laluan utk koleksi kisah kampung padang. waahahaha...

naim : ini bukan kisah geng bas skolah tau! ini kisah perjuangan hak asasi. hahahah...persahabatan jugak!