Friday, May 8, 2009

memory 4waruna (part 4)

bersambung dari memori 4 waruna (part 3)...

"stoppp! saya kata stop tu stop lah! tak paham ke? saya nak kamu teghanggg!! tahu tak tengangg?? bukan awak baca saja apa yang awak tulis. saya ajar kelas sebelah tak da masalah pun, cuba kamu ikut cara dia orang kan senang," ustazah jamilah yang berdiri di belakang kelas berjalan ke hadapan. dua tangannya berhayun ke atas memberi tanda supaya berhenti.

norhasliza yang masih belum menghabiskan perbentangannya kelihatan sedih dan pilu. tergambar kepenatan di malam hari sewaktu kelas persediaan hingga terbawa ke asrama, bersama ahli kumpulan sibuk menyiapkan rangka kerja justeru membuat nota-nota penting di atas kertas mahjong putih dengan pen marker berwarna warni, beserta kepulan awan larat sebagai hiasan. usaha beliau dilihat gagal meraih perhatian ustazah jamilah yang berkehendakan lain.

ustazah jamilah yang merupakan guru baru di seratas meneruskan komennya yang agak negatif itu,"saya nak kamu teghanggg!!! lepas tu, bagi saya presentation kamu ni tak cukup. memang tak lengkap. bagi saya apa yang kamu tulis ni semua tak dak satu pun yang saya mahu. kamu kena belajar seniri, bagi kawan kamu faham".

"kelas saya 4 musytari okay ja. tak payah saya nak teghang. dia orang pandai nak buat macam mana nak bagi kawan lain faham. kamu ni tidak, kertas mahjong tu pun nampak tak cukup, nak kena tambah lagi,"tambah beliau lagi.

kata-kata itu telah membakar semangat segelintir pelajar untuk bersuara. kelihatan nurul syatilla sudah memperlihatkan mata yang tajam ke hadapan, seakan menembusi dinding sehingga ke hujung blok, yakni bilik warden. kini nurul syatilla sedang berkecamuk fikirannya. "hurmmm..."suara kecil norsamsinar kedengaran, sekadar berdengus.

norhasliza yang tadi diam kini menyambung perbentangannya, "seterusnya kita lihat....". tapi dihentikan oleh ustazah jamilah. "kenapa? kamu tak puas hati ke?" tanya ustazah jamilah. norhasliza menjawab, "ustazah, takkan tak dak langsung isi yang kami present ni? sekurang-kurangnya mesti ada sikit walaupun tak banyak. penat kami buat..."

tiba-tiba nurul syatilla berdiri, seraya bercakap dengan petah penuh iltizam, "ustazah jamilah, saya rasa kita patut bagi penghargaan kepada mereka sebab mereka bersusah payah malam tadi menyiapkan semua ni. sepatutnya diberikan ucapan terima kasih, bukan menjatuhkan semangat! kalau ustazah mahukan lebih dari itu, mungkin kami tak mampu buat dan kami inginkan belajar secara berguru."

seorang lagi pelajar berdiri, nun ditengah-tengah, di bawah kibasan angin kipas siling. kain tudung kembang ke udara seperti marak api berjelaga. "pada saya, kami tak suka jika dibanding-bandingkan dengan kelas yang pandai. jika kami tak pandai, ustazah tak boleh terus kata macam tadi."norsamsinar menambah.

"nanti! nanti! saya tak faham. cuba kamu teghangg..apa yang kamu mahu? kalau kamu nak ubah cara pembelajaran, okay kita boleh buat presentation lain,"ustazah jamilah mencelah seolah-olah tidak faham akan suasana yang kian menegang. nurul syatilla kembali berdiri, "ustazah, kami memang mahukan perubahan! tapi kami juga ada hati dan perasaan!"

tiba-tiba bunyi geseran kerusi dari hujung, berhampiran pintu hadapan. krekkk!!! seluruh mata tertumpu kepada beliau.



bersambung...(pada minggu hadapan, isnin 8.00 am)


sedutan episod akan datang :
apakah bunyi geseran kerusi itu hadir dari seorang yang bakal mencetus fenomena? apakah yang berlaku seterusnya? apakah reaksi ustazah jamilah? (ikuti mereka : ashabul yamin, azizah ghazali dan penampilan istimewa siti munira)

9 comments:

missone hazel said...

hahahaha...tringat peristiwa tu...memang anti gila kat 4m time tu,sory ye bdak2 4m.sbb usjam ni suka sgt nk m'agung2kan korang,nk compare la,ape la....kelas kitorg ni kan happy go lucky je...hehe

natasha said...

btul2..aku xpenah berkenan dgn usjam..haha..soriii..tp time ni la aku rasa paling best spjg berada kt 4 waruna..

SYED NAHAR said...

kak wan : haha..diakui benar! perasaan itu memang wujud dalam sanubari aku. mmg tak patut dia compare sebab mana la kita leh lawan dengan budak yg overall 8A.

tasha : rasa kepuasan yang amat! haha...segar!

Anonymous said...

WAH...CEPAT SAMBUNG. JGN LUPA KISAH PN NORAINI YG CUBA "BASUH" 4W SELEPAS KEJADIAN ITHEW TETAPI BERJAYA DIPATAHKAN OLEH STIM N D GENG..

N KISAH 4M MENANG REKACIPTA YG SGT NTAH APA-APA...HUHOHUHO

SYED NAHAR said...

wey cheweng...hang la sambung...hehe. bilanak tulis blog ko tuh?

Anonymous said...

apapun sgt hebat daya ingatan kau...sujuddddd

SYED NAHAR said...

hahaha...eleh azizul aku tak ingat kalau tak bergosip ngan ko berkali-kali! ko pun sumber inspirasi aku. kunun..ahahaha. ko kat kota kinabalu ke belah ceruk mana azizul? mcm felda jek bunyi nye...tapi kan sabah??

Anonymous said...

Sgt Ceruk..Felda Sahabat. 80km dr pekan lahad datu yg mcm hanjeng

SYED NAHAR said...

haha..bersabarlah wahai azizul. aku di new delhi nama je new tapi sungguh tak kusangka membeli buah oren yang dijual oleh kereta keldai. wahaha...sungguh tradisional. api aku suka jugak delhi ni sebab ada jugak murah. tapi yg mahal pun banyak gak. paling untung aku dapat pi taj mahal. hahaha..

bila hang nak balik ke semenanjung lagi? moh le kita dating. bleh makan2 ko blanja. ko tak penah blanja aku lagik. hahaha..