sambungan dari memory 4 waruna (part 6)...
"sirrr! dah siap belum soalan semalam? tiru!" aku membisik ke arah siti zalipah namun tidak dilayan. noor hani menjeling aku lantas dia bersuara, "nah! cepat sikit". aku segera membuat salinan sepantas kilat memecut laju menyalin setiap patah kata tanpa berfikir. sememangnya aku lemah dalam subjek bahasa inggeris.
"good morning teacherrrr!"semua murid memberi ucap pagi.
"okay! close all your books. today i wont teach you about these short stories even the poems. i tought we may do some interesting lessons. do you have any idea?" puan zuraidah bertanya. kami semua terpegun.
"teacher! nak buat apa?" nur solihah bertanya sambil tersenyum dan memandang ke sekeliling kelas. tiba-tiba syuib berdiri, "teacher! homework semalam tu soalan number five dalam poem sonnet 18 tak cakap pun musim apa yang cantik. summer atau spring?"
"okay, take a look at soalan 5. we go for short discussion. commonly, in the united kingdom the most beautiful season is summer, bloom and blossom! am i right? usually even malay, we will describe something beautiful like...as beautiful as a blooming flower. sonnet 18 is written by a very legendary poet, by william shakespears who was born in upon avon, UK. so we have to fresh our knowledge about the place he was born. okay? maybe in other country spring is much better but we have to consider this question based on its original circumstances," panjang lebar ulasan puan zuraidah.
sambungnya lagi, "actually, today im not feeing better. i wish to let us destress. how about if you play some light game. i think spelling bee is fine. okay?? we go playing this game only for 20 minutes then we continue for our literature study."
"Yessss!!!" keseluruhan pelajar menyatakan persetujuan.
"i guess all of you knew the terms and conditions of this game. who did mistake like giving wrong spelling or too late replying or who are discussing, this people will be disqualified. ok? i start with azharuddin with a letter or K,"ulasnya lagi.
"K for kite"...terus bersambung kepada pelajar disebelah dan seterusnya.
"E for elephant, E.L.E.P.H.A.N.T"...
"T for tame, T.A.M.E"..
"E for Apple, E.P.P.E.L"
puan zauraidah seraya menjerit, "idasaryyyyy! i nak ketuk you. suka hati u spell apple salah? even small childrens know, so embarassing. apple is A.P.P.L.E!!!! you are the first to be disqualified!" seluruh pelajar mentertawakan idasary. idasary hanya mampu menutupkan mukanya dengan telapak tangan, menanggung malu selaku bekas pelajar set 1 dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3, namun kini di set 2.
setelah beberapa pusingan, kejuaraan menjadi milik nur solihah. sememangnya beliau sepatutnya berada di set 1 kerana begitu lancar, petah berbahasa inggeris dari awal mula. saingan utama beliau hanya datang dari syuib dan noor hani jusoh, mungkin hani tewas dek kerana tulisan beliau yang sungguh cakar ayam. pernah hani yang mengantuk, memegang pen menyalin nota, tidak sedar mata penanya yang berlalu di atas kertas, terus mengulit dakwat sehingga ke atas meja sambil matanya terbuka separa.
syuib disuruh puan zuraidah mendeklamasikan puisi sonnet 18. lantas beliau berdiri.dalam keheningan pagi jumaat, seluruh pelajar lelaki kemas berpakaian kebangsaan iaitu baju melayu bersampin hijau muda serta bersongkok hitam. sebaik syuib berdiri, aku melihat siti zalipah yang berada tepat dibelakang syuib, menutup mulutnya. bahu siti zalipah berdenyut-denyut, sambil noor hani jusoh yang tadi mengantuk kini segar bugar.
wah! kini kutahu kenapa mereka ketawa. jelas! sungguh mengaibkan. dari belakang, aku dapat melihat sampin yang dipakai syuib tersedut ke celah punggung. aku juga hairan, biasanya ia terjadi jika seseorang tidak mengenakan seluar dalam. tapi, hari ini hari jumaat dan sampin itu cukup tebal untuk terlipat dan disedut. padanlah siti zalipah dan noor hani tersipu-sipu ketawa tak berbunyi, walhal aku tahu ia sungguh melucukan.
perkara ini pernah berlaku sewaktu awal kemasukan kelas 4 waruna apabila fadli shah pernah melihat perkara yang sama berlaku ke atas seorang pelajar perempuan di kelas itu. padanlah fadli shah yang melihat kejadian tersebut dengan secara spontan beristighfar sebanyak 2 kali.
"kringgg!!" loceng berbunyi menandakan kelas tamat dan kami semua bersurai. perasaan gembira kerana hari jumaat bilangan kelas hanya sedikit.
tamat beberapa sesi kelas, selepas jam 12 tengah hari, semua pelajar lelaki akan ke masjid telekom untuk solat jumaat. selain itu ia turut menjadi igauan mereka yang gemar akan lauk udang sambal yang dihidangkan untuk menu makan tengah hari di dewan makan.
bersambung...
sedutan episod akan datang :
apakah aktiviti pelajar 4 waruna di hujung minggu? teruskan membaca episod akan datang apabila penulis bertemu noor hani jusoh membincangkan sebuah kisah panas, iaitu sebuah pendedahan eksklusif. (ikuti mereka : noor hani jusoh, nuryasumira, khadijah dan penampilan khas faridah hashim)
7 comments:
ooohhhh...samping syuib tersedut...
adekah syuib tidak memakainye...hahahaha..gelak guling33333333xxxx
epple..kelakar..mgkn idasary nak buat lawak pagi..
mek : eh hang kata dia tak pakai? mana hang tau? usha tak mana yg bleh wat bukti kata dia tak pakai? hahaha..
anand : idasary terconfident lebey. hahah...**baca blog sambil lipat saree**
pasal shuib tu tau lpas abis klas,gelak guling2 ngn sir...haha
sir mmg keja dia usha org...pastu gelak! hahaha...jahat! mana sir ni lama sangat cuti kawen!!!!!
Hanya Nahar sje tahu Syuib pkai celana kecil ke tak? OPS
aku rasa pakai...maybe sehari sebelum tu syuib makan nangka. haha..sian syuib. tak baik tau. tapi korg pompuan paling selalu jadik. serius...
kalau celana kecik itu longgar pun bisa jadi juga.
hahaha..
Post a Comment