Thursday, December 31, 2009

memori daun kari in video



**background mp3 pappu can't dance from the film of jaane tu ya jaane na yang dilakonkan oleh anak saudara amir khan iaitu imran khan yang digilai para gadis di india.

kayu sugi

aku tak pasti, tapi ranting-ranting ini akan dipatahkan oleh mereka lantas digunakan sebagai penggosok gigi atau bolehkah saya memanggilnya pokok kayu sugi? pokok ini hidup di kawasan beriklim tropika-savanah. berdaun kecil, permukaan sedikit berlilin dan sekali kelihatan ia bagaikan pokok baobab yang muda. tapi menurut kata seorang tua, pokok baobab lain tapi sifatnya sama. kalau begitu mari kita buku geografi tingkatan 2 bahagian belakang bab iklim-iklim dunia. cekidaud.

Wednesday, December 30, 2009

my wallpaper : the red fort

main entrance, called lahore gate is guarded by the armies.

royal family cemetry, this massive grave compound is really impessive with its architecture.

english old building look-liked, i thought it was a college. trouble to continue my walk there due to its size.

sepintas lalu, bukan alamat ke rumah senah

saya menerima sebuah komen yang amat menggelikan hati, ditulis oleh seorang rakan yang tidak tahu asal-usulnya, yang pasti beliau adalah warga seratas. bagi yang belum membaca, boleh klik pada gelaran (part 9). komen tersebut berbunyi begini:

Salam...

Aku ingin menceritakan sedikit perihal gelaran siapa? kerana gelaran ini telah kerap digunakan dan telah salah digunakan...
Di sini aku ada satu cerita yang berkait rapat dengan gelaran siapa? yang berlaku sewaktu zaman dulu kala.. Masa ni kita form 5..
Ceritanya bermula selepas solat maghrib pada hari Sabtu sekitar jam 8 ke 8.15 malam...
Kisah ini berlaku di tangga depan surau yang berdekatan dengan tempat ambil wuduk...
Aku ingin cerita dalam bentuk dialog supaya mudah untuk diceritakan. Kisah ini adalah disebabkan oleh gelaran siapa
dan ia berlaku antara aku dan dia yang aku gelarkan 'Yang Terkena'...
Kisahnya adalah seperti berikut:

Yang Terkena: Hang ada nampak Saparin dak?
Aku: Tak nampak la pulak. Pasai apa nak cari dia?
Yang Terkena: Aku nak jumpa dia la.. Nak ambik selipar aku balik..
Aku: Selipar hang ada kat dia ka?
Yang Terkena: Ha'ah... Ada kat dia..
Aku: Tapi pasai apa Saparin ambik selipar hang?
Yang Terkena: Tadi aku cari selipar aku... Tapi tak jumpa... Pastu aku tanya depa, sapa ambik? Pastu depa semua cakap Saparin ambik... Jadi sebab tu la aku nak cari Saparin...
Aku: Hang tanya depa 'Sapa ambik selipar aku?' ka...
Yang Terkena: Ha la... Aku tanya camtu...
Aku: Pastu depa semua cakap Saparin yang ambik ka..
Yang Terkena: Ha la...
Aku: Hang dah terkena la... Kalau hang tanya kat aku, aku pun akan cakap Saparin yang ambik... Macam depa jawab gak...
Yang Terkena: Jadi betui ka Saparin yang ambik?
Aku: Dak la... Depa main-main saja... Kesian kat hang... Hang try la cari selipar hang tu... Tapi memang bukan Saparin yang ambik...
Yang Terkena: Ok.. Tak pa la... Aku try cari...


Kesian kat membe kita yang dah terkena ni... Mati-mati dia ingat Saparin yang ambik... Kalau membe kita ni betul-betul cari Saparin, tak ke dah jadi satu hal lain plak...

November 30, 2009 7:11 PM

Tuesday, December 29, 2009

terima kasih datuk





**please click-on for enlargement.

Monday, December 28, 2009

our december closing calendar

dewan sri pinang di georgetown, betul-betul mengadap padang kota lama.

susunan bunga yang memberikan risiko serta kerisauan berganda kepada ibu-ibu yang beranak kecil.

renjis-renjis dipilis.

kek tingkat bunga mawar biru?

pelamin.

jangan tanya kenapa ada empat kerusi, sudah pasti bukan pengapit yang nak duduk.

meja bersantap.

deejay and the emcee.

aku yang ikat ribbon ni.

bersama para tamu.

melepak sebelum makan.

kari dan kari, pupus daun kari di pulau pinang. hahaha...

sila hati-hati semasa menuruni tangga jika tidak mahu tersungkur di khalayak awam.

flower girl.

another 3 flower girls.

sanding atas pelamin.

warna purple membuatkan anna seorang jadi lain.

baca doa panjang macam khutbah jumaat.

pengantin juga berdoa.

teruskan berbual.

lampu.

adik pengantin lelaki bersama webcam beliau.

mereka tampak gumbira.

feeling artis lah sebab ramai yang sudi nak snap gambar.

kanak-kanak.

tepung tawar renjis-renjis dipilis. nasib baik tak ada sesi menyuap pulut yang dicicah garam, gula dan asam, kononnya asam garam kehidupan. kalau boleh pilih nak gula sahaja kerana mahu hidup penuh kemanisan tanpa diabetis.

makan.

sarah berbaju bandung.

eh anak siapa ni rajin mensnap?

rahimi berbaju belang.

saya suka cupcake ini, nanti saya advertisekan blog dia.

sesi memotong kek.

para tamu tak susut hadir.

bergambar sebelum pulang.

leaving the hall.

dewan sri pinang dari kejauhan.

Thursday, December 24, 2009

kenapa lambat?

tingggg.... **ada message masuk**

"RM0. JOM GELAK sampai terbalik! Ceriakan hidup anda dengan lawak yg pasti menggeletek anda! Muahahaha. Cuma 30sen/hari. Hantar DAFTAR LAWAK ke 27800 sekarang!" daripada maxis 27800.

arghhhh! tension mendapat message yang lebih kurang setiap hari dalam 5 atau 6 kali. mengapakah masalah ini membelenggu aku? meskipun sudah banyak menyatakan hasrat tidak sudi menerima message junkie begini pada setiap kali operator maxis bertanya khabar, membuat kaji selidik kepuasan pengguna post-paid.

namun kini, aku sering merasakan diri aku tidak gembira. walaupun aku ketawa, tapi ia tidak bermakna aku puas dengan apa yang ada. perasaan ini bukan paksaan atau pun dicipta sendiri tapi ia hadir dari lubuk nurani secara semula jadi.

aku berfikir, kenapa aku selalu menjadi yang terlambat untuk setiap perkara? diam-diam aku mengambil pen dan kertas, merencana garis keluar setiap bukuan minda supaya dapat motivasi diri. lambat? terakhir? tidak moden? tak tahu? mari lihat senarai yang sempat dicatat :

1) sewaktu rakan seperjuangan memecut laju kenderaan masing-masing sewaktu di kolej, aku masih beum memiliki lesen memandu. jangankan gear, warna minyak hitam pun aku tak tau. saat menumpang seorang kawan, radio era ditunekan. mendengar jenaka apek senario di konti bersama soalan-soalan yang dianggap bodoh dan kelakar oleh kawan aku, "apakah warna minyak hitam kereta?". soalan itu telah membuat manusia di sekeliling aku gamat ketawa. aku turut ketawa tapi jauhd i sudut hati memikirkan jawapan soalan tadi.

2) zaman persekolahan, aku menggunakan kotak pensel yang paling basic, iaitu kotakp ensel yang cuma ada dua komponen. bekas dan penutup, itu sahaja yang menjadi peti simpanan pensel merah HB, pisau belit, pemadam (dihiasi dengan gambar serta ada bahagian atas pemadam itu bewarna hijau) dan pembaris yang skalanya sudah kabur. berbeza dengan addi nul hanif yang cukup advance, kotak pensel beliau cukup moden. tekan sahaja punat ini, keluar pembaris. tekan itu keluar pengasah. pintu kotak pensel ada 2 belah, di bawah dan di atas. pensel semua panjang-panjang, berjenama stabilo dan terdapat beberapa batang pensel yang tak perlu diasah. tak perlu diasah? ya, jika mata pensel sudah tumpul, pindahkan saja ia ke atas dan secara mekanikalnya, mata baru yang tajam akan muncul. diikuti dengan ketaksuban terhadap pensel petik/picit (di kelantan lebih dikenali sebagai kalam pecet) yang terdapat di pasaran dalam pelbagai warna, saiz serta pakej (beli pensel mekanikal dapat ubat pensel serta pemadam, dalam paket). begitulah peredaran masa yang aku tak dapat mengejarnya. paling sedih jika dikenangkan perihal pensel warna LUNA, kasut sekolah, brek basikal alloy, sticker pokemon dan sebagainya.

3) henfon! ya, henfon aku memang tak canggih. sehingga kini aku masih menggunakan model vodafone yang paling basic. hitam putih, hanya boleh sms serta menerima/membuat panggilan. selebihnya jangan ditanya. tahukah anda perasaan ketika ingin menjawab panggilan? apabila henfon berdering, anda melihat manusia sekeliling. dalam LRT yang sesak, dengan para pelajar sekolah yang bermain memegang I-fone, aku menjadi serba salah untuk menjawab panggillan. jika pemanggil itu bukan mustahak bagiku, akan aku tekan butang silent atau reject call saja kerana aku tidak sanggup dihina dalam hati oleh setiap pengguna LRT.

4) sewaktu di sekolah menengah, persatuan pengakap merupakan organisasi yang paling lemah, buntu tanpa aktiviti. pasukan pancaragam merupakan yang paling aktif, semua pelajar (yang sukakan keindahan seni) ingin menyertainya. oleh itu selain daripada warga zuhrah, hanya mereka yang cantik sahaja diberikan peluang oleh cikgu zul seperti norhafiza osman. pelajar lelaki jangan mimpikan cikgu zul, di makmal kemahiran hidup pun akan dimalukan oleh cikgu noh bin lasa. ketika di tingkatan 4, aku menyertai pasukan pancaragam. aku yakin, ramai yang tidak tahu akan kewujudan aku, muktamir mukhzani dan beberapa lagi. kami membawa hati jauh ke kelas-kelas yang kosong untuk melepak, tidur serta berbual. tiada rakan pancaragam yang bertanya khabar apatah lagi mahu memberikan tunjuk ajar seperti mana pada ketika itu aku melihat faizah irnawati diberikan watak bermatin kastenat, rafidah bermain drum serta nazrizawati yang sememangnya mereka bukan pelajar zuhrah. kami terkilan, terutama ketika mengisi buku ko-kurikulum. pelajar lain memujuk cikgu dengan merajuk-rajuk walaupun untuk naikkan lagi 2 markah. kami yang sememangnya disisihkan terus dimarahi guru dengan diberikan markah yang sedikit (tak boleh cerita, private). kami berbakat tapi tiada peluang (statement bunuh diri).

5) aku tidak popular, seperti yang aku berkehendakan. namun, apabila keputusan kuiz fizik, ramai yang tidak tahu aku bukan sekadar menyertai kuiz tersebut padahal aku mendapat pencapaian kepujian bersama seorang lagi pelajar (sama ada firdaus atau syueib). namun, ketika guru memberitahu terdapat seorang pelajar biologi memperoleh kepujian, masing akan menuduh ia milik zul affiq dan faizal uzairi (hasanul tak masuk sebab dia tak available weekend tu). sehingga kini mungkin ramai rakan rapat yang belum tahu, tak mengapa di sini aku memberitahu.

6) aku lemah dalam subjek pendidikan islam. ustazah rohami dan guru-guru agama yang lain akan memarahi aku setiap kali keputusan peperiksaan diberikan. aku akui, aku bodoh dalam tajwid. bahagian awal, dari nombor 1 sampai 10 aku memberi jawapan yang sama iaitu mad arith lisukun. mudah-mudah terkena 1 atau 2 yang betul secara kebetulan. aku tidak pernah menjejak kaki ke sekolah agama rakyat semasa di sekolah rendah. namun semasa di seratas, semua guru agama menyifatkan semua pelajarnya sudah reti. oh sekali lagi aku diabaikan. ia masalah yang sama ketika berada di dalam kelas bahasa arab yang mana aku tak pernah lulus buat 5 tahun pembelajaran (5 kali 4 ujian = 20 kali tak pernah lulus bahasa arab). tapi aku tidak malu jika kawan-kawan sibuk nak tengok kertas, aku berikan dengan hati yang terbuka. tak pernah nak cakap "wei hang dapat berapa? aku dapat rendah ja....90 ja..." padahal markah aku 37 sahaja!

7) sewaktu bersekolah rendah, rumahku jauh dari rumah. sudah banyak kali aku menyatakan aku tidal larat untuk membuat kayuhan terutama ketika pulang ke rumah. beberapa kilometer, membuatkan lutut aku mengalami disfungsi kerana perut yang lapar gagal menyalurkan tenaga yang kuat. di tambah pula pukul 2 petang perlu ke sekolah lagi jika ada tuisyen. so, aku tak pergi tuisyen. lebih membebankan lagi adik aku si nazwan tu menumpang aku. oh sungguh berat!! setiap kali melihat pelajar yang berebut menaiki tangga bas, aku merasakan bahagianya tak payah kayuh basikal bawah panas mentari. jika berselisih dengan bas, aku akan kayuh selaju mungkin supaya bas itu tidak memotong aku di mana kawan-kawan aku di dalam bas itu akan mentertawakan aku sambil melemparkan ais ketul. oleh itu, lurah dinaiki atau dituruni, aku tetap kayuh laju-laju. jarak dianggarkan 5 kilometer. selepas itu, aku berpindah lagi jauh dan jarak itu menjadikan mustahil untuk mengayuh basikal oleh itu ayah aku membenarkan aku menaiki bas. aku suka mengayuh basikal jika basikal itu adalah basikal BMX atau yang setaraf. tetapi basikal yang aku guna itu adalah basikal yang menyerupai makcik-makcik pergi beli sayur.

8) aku merupakan pelajar yang menerima RMT atau dengan nama lain adalah rancangan makanan tambahan. aku bersyukur kerana kuantiti makanan agak banyak. namun dari isnin hingga jumaat, tiada menu nasik lemak. aku menyukai nasi lemak, terutamanya nasi lemak cikgu yang berlaukkan ayam goreng. sungguh emosi melihat sham bersama ibunya makan di bahagian dalam kantin. sham tidak memakan kulit ayam yang masin-masin sedap, dia membuangnya. ketika itu aku rasa sungguh hina kuah laksa RMT ini yang hanya rasanya seperti kuah kertas tisu kisar. aku masih mengingati nasi lemak SKRKT sungguh sedap dan aku menjamahnya sekarang!!! ya sekarang juga!!!

9) hobi masa lapang aku di seratas adalah membuat kerja amal. membuat kad dekorasi ucapan merupakan yang paling hangat, aku mengambil upah percuma. berbekalkan kertas, perca, pen yang dipinjam sertas potongan kartun majalah ujang, aku menyiapkan sebuah kad yang sungguh kreatif (kreatif padahal tahap minda umur 15 tahun pada 1999). saingan sengit daripada pencabar ahmad baqi tidak pernah melunturkan semangatku. baqi menggunakan bahan yang dibeli dari pasaraya besar di pulau pinang, manakala kertas dan perca aku hanyalah lebihan daripada norasheedah abdul razak yang banyak membantu. prop yang kurang, aku sekadar berharap kepada design dan tema sahaja. berbeza dengan ahmad baqi yang lengkap dengan gam UHU, kulit kerang, 'mountin' board (tak tahu spelling), pen dakwat basah dan sebagainya. namun aku bersyukur karya aku tetap disebut-sebut sehingga kini setelah aku menerima pujian untuk kad sempena persaraan uncle joe tempoh hari di MTD.

10) yang terakhir amat pendek. aku ingin menyoal setiap guru seratas, "kenapa bagi aku sijil berhenti sekolah dengan kelakuan yang sekadar BAIK". aku mengetahuinya setelah aku berada di UTM, di mana aku terlihat sijil berhenti sekolah milik mohd hakimi bin abdul rahman (mat nate) yang jelas tertulis "AMAT BAIK DAN TERPUJI". aku tidak menyangka akhlak mereka begitu, benarkah mereka betul-betul memiliki akhlak terpuji seolah-olah aku membayangkan akhlak rasulullah. oh sungguh tidak adil! sehingga kini aku menyalahkan pengetua tuan haji ahmad roli bin hasan ke atas kegagalanku memasuki matrikulasi. dia ambil, peram lepas tu esok tarikh tutup baru hari ni nak bagi dan menyatakan dia tak mahu sign. sungguh hina akhlak itu!


sekadar gambar hiasan, tatkala kesunyian aku sering kali berYM dengan kenalan lama di new delhi dulu. tika ini beliau pulang ke paris. beliau adalah guru bahasa peranchis di sebuah kolej swasta di lajpat nagar.

Wednesday, December 23, 2009

nenek kebayan

"sir...cepat aku kat main entrance hotel. pintu masuk, keluar je hotel terus nampak!"

aku terus memacu kereta ke depan, menunggu ketibaan sir. tapi sir lambat pulak. kereta belakang dah mula bagi signal. aku menghimpit ke tepi, tapi tak muat. ok lah aku ke depan sikit.

"sir mana? cepat lah...sian aku tunggu kat pintu yang ada jockey ni, bukan aku bawak mercedes pun. hahaha.."

"sat..sat...aku dalam lif nih!"

aku terus menunggu. setibanya sir di pintu, dia terus jalan melintasi laluan menuju penghadapan hotel mengadap jalan raya yang ada 2 bijik bas persiaran. lor!! aku kat sini... lantas aku membuka tingkap dan melambai tangan.

"sir!!..."

cis sir tak nampak aku. takkan aku nak turun panggil dia???

"kring"... telefon aku berbunyi.

"wei hang kat mana?"

"ok pandang tepi belah kiri, kereta warna hitam. nampak? aku tengah lambai tangan ni!"

sir masuk dalam kereta terus aku keluar ke jalan raya menuju ke bulatan pahang. jalan agak lengang berbanding waktu petang. mungkin jam 8 malam warga kota dah lama balik rumah mengadap berita tv3.

"wei sori lah mata aku rabun memang tak nampak. aku turun lif pun agak-agak ja. aku ada spek mata tapi aku tak mau pakai. laki aku beli yang besar, malu aku nak pakai. kena beli lain."

so kami menuju kampung baru setelah dipersetujui kak wan yang sememangnya jugak tak tau lokasi mana lagi dah. kak wan datang bersama encik eddy, maybe balak baru dia. sewaktu kereta slow menghampiri lampu merah simpang chow kit, terdapat sebijik skuter kecil yang dipandu gelong angkara tayarnya yang pancit siap terkeluar tiub dalam, kena pulak jalan turapan blok saling mengunci, moto dia pun melompat-lompat. saspen...

sampai di suatu simpang, aku belok kiri. cis! pasar malam pulak terus jam. ok lah kak wan pun baru keluar rumah.

"hello kak wan, kami dah nak sampai dah. la ni kat mana tak tau la ada pasar malam. ha nih syed kata kat depan dewan singh gurdwara sahib..."

"ha lah tak dak kena mengena ngan cikgu nabisah beebi binti mura sahib tuh."

"aku ingat lagi dulu kat surau seratas dengan pae, kami duk usha cikgu nabisah smayang. lepas sujud tu dia bangkit cepat sangat macam tak dan baca apa-apa."

"takkan dia lupa baca doa antara 2 sujud tu?"

sampai di kampung baru, kami sesat mencari restoran western food. so, tunggu kak wan datang tunjuk jalan. dalam hati aku ngan sir saspen, siapalah gerangan yang memandu kak wan?

**ok no problem..lepas parking terus order makan dan berbual sampai bergelak sakan. sir order french fries tapi hampeh tak makan langsung! sos dia macam sos custard masam, tak sedap.

lepas makan, terus nak balik. sir dah janji nak encik asmadi lepas kul 12, yakni sebelum tidur. so hantar dia balik, cancel bawak jumpa mek. sebelum blah eddy bagitau arah nak keluar.

"depan corner kiri, straight sampai simpang, belok kiri lagi pastu terus..."

aku terus masuk dalam kereta, sambil tengok kak wan dan sir duk laga pipi. masing-masing laga tak bagi kena sangat takut bedak kurang atau bercampur. dalam aku start enjin dan pasang air-cond, kereta waja yang dipandu eddy terus blah, meninggalkan kami.

"weh, cepat gila depa nih. tak berhati perut."

"cepat gila!"

"tak pa, kita slow-slow. tak baik kita marah orang tanpa mengetahui niat mereka (sambil pikir kak wan balik rumah terus atau meronggeng lagi...). kita kena think positive!"

setelah kereta waja hilang dari pandangan, baru kami gerak. menyusuri lorong kecil, gelap sekali. tiba-tiba dihujung selekoh nampak kereta waja, terus berhenti di belakangnya.

"oh tu dia depa. tak sangka depa nak jugak tunggu kita. tu la kita ni tak baik buruk sangka. tapi awat lama sangat depa berhenti? nak aku hon ke?"

"ntah..tunggu je lah, kot eddy nak tunjuk jalan kot"

lama menunggu dalam 2 minit, nampak pintu kereta waja terbuka.

"eh pasai pa pulak?"

nampak seorang nenek tua turun dengan begitu perlahan.

"aik sir!!! takkan kak wan berubah menjadi nenek tua? gila hang nenek kebayan!!! betui la kan tadi kereta waja kaler ni lah kan?"

"ha ah lah kaler kereta sama! hahahaha...nenek tua siap pakai baju kebaya lagi"

terus menyusuri jalan tun razak sampai ke bulatan pahang dan tiba di hotel legend beberapa minit kemudian. dalam kereta tak berhenti ketawa. oh tak cukup masa untuk berbual sebab terlalu lama tak jumpa.

**tak der pic sebab aku dan sir sah-sah malu kat eddy, kak wan pulak hilang ingatan! last-last tiga-tiga mengaku malu nak mula keluar kemera dulu. menyesal...

mari buat pengimbasan nama meraka



**boss cuti 2 hari...yea!

labis

simpang menuju labis, jauh jugak labis ni rasa macam jalan tak berpenghujung.

adat menghadiri majlis.

wah redza fahmi berarak.

paluan kompang cukup meriah sepanjang pengantin bersantap.

dari kiri adalah mangkuk (tangan bersimen), amir hasyim (pegang hadiah) dan rusdi (ayoyo).

yeah nasi briyani adalah fevret johor.

syakirin dan meen, berangan macam kenduri diorang pulak. haha.. mesra-mesra bawah khemah.

pakcik azri (driver pada hari tersebut), syakirin dan zaki.

eliza (bukan pemilik kilang kicap), meen dan no-en.

inilah pengantin, acu atau syuhada merupakan rakan kongsi aku tiap kali ada makmal. sebab nama kita bermula dengan abjad yang sama. acu budak rajin, kena pulak dengan eja atau redza fahmi yang diakui rajin (tahap boleh tahan). dalam ramai-ramai budak geng rumah sewa eja kot yang memberi saingan terhadap amir banana. acu dulu bersekolah di sekolah tun syed sheikh shahabudin bukit mertajam, classmate dengan zaki dan huda zainudin. huda amat mengenali ahmad baqi selaku satu mukim qariah di penaga, penang.

aku suka kugiran ni! tak sempat snap masa ada awek gempal nyanyi lagu goyang inul tu sebab masa tu aku tengah makan. giler meriah!

mereka yang berpasangan sahaja yang boleh bergambar! dari kiri kyen (bukan saudara kartikayen) & meen, no-en & pakcik azri, acu & eja serta pengantin baru (sehari sebelum hari ini adalah kenduri eliza) eliza & zaki. kita tak pergi kenduri elilza di JB sebab jauh, so kenduri zaki di perlis kita ada buat pesanan, harap zaki tak kecil hati. eliza ni anak kepada timbalan naib canselor dulu knal tak? dato alias. bertuah zaki... hehehe..
kita tak pergi kenduri elilza di JB sebab jauh, so kenduri zaki di perlis kita ada buat pesanan, harap zaki tak kecil hati. eliza ni anak kepada timbalan naib canselor dulu knal tak? dato alias. bertuah zaki... hehehe.. sorry lah eliza kau tanya aku pasal saree sume sold out. next time okay!