Tuesday, May 12, 2009

memori 4 waruna (part 6)

bersambung dari memori 4 waruna (part 5)...

"tahukah kamu guru itu mengajar agama? kenapa kamu bersikap kurang ajar?" suara tegas bergetar cikgu noraini ahmad memecah sunyi yang hanya diselang-selang bunyi kipas berputar. tatkala itu kelihatan faridah hashim yang tiba-tiba muncul ti pintu, terpacul seakan ingin berkolaborasi mengisi hari petang, namun usahanya terbantut melihat cikgu noraini yang berdiri di hadapan. faridah hashim lekas terus beredar.

"kenapa kamu tak tahu menjaga adab? guru itu menangis, mengadu kepada saya yang kamu melawannya, itu biadab! apakah dosa dia yang hanya mengajar kamu ilmu agama? kalau kamu tidak menghormati guru, kamu seperti derhaka kepada ibubapa kamu. itu adalah dosa."cikgu noraini terus memberi tohmahan percuma. mungkin beliau hanya mendengar rintihan dari sebelah pihak. kami langsung tidak bersuara, hanya sekadar menerima apa sahaja. seluruh pelajar akur kerana tidak mempunyai medium perantara lain kerana kuasa tidak berpihak kepada pelajar.

cikgu noraini sempat menjeling ke arah 4 pelajar lelaki. kami disifatkan lemah kerana gagal mengembleng dan membimbing 26 pelajar perempuan. ashabul yamin berkelakuan aneh kerana masih mampu senyum, dan terdengar tawa kecil. aku yang mudah membuat analisa melalui ironi ini mula menafsir sesuatu. tapi padaku, itu mungkin kerana beliau cukup rapat dengan guru tersebut, seperti sudah biasa bersemuka oleh itu menghasilkan bibit ironi tersebut.

cikgu noraini terus berhujah petang itu, selama hampir separuh jam. tamat hujah, beliau memberi salam dan terus beredar tanpa sempat kami berdiri memberi salam hormat. kemudian, kami kembali bising. setiap sudut berbincang tentang perihal sebentar tadi. tidak lama selepas itu, ustazah husna masuk ke bilik darjah dan tercegat di hadapan. menyambung kesinambungan yang baru dilalui.

isi yang disampaikan ustazah husna hanya sama. aku sekadar memekakkan telinga. selepas ustazah husna pergi, barulah nafas ditarik lega. aku ke belakang menghampiri meja natasha aqilah untuk bergosip. terasa panas punggungku apabila mendengar ceramah percuma tadi. dengan tidak semena-mena, kami terus bergelak ketawa berbual kisah hidung. aku memberitahu natasha suatu resipi bagaimana untuk membangkitkan semangat diri apabila berhadapan musuh. perbualan ini hanya sekadar membangkit suasana gundah bertukar ceria.

"weyy, nak tau dak. katakan lah kalau hang nak bagi bengang kat sorang tu, cuba hang tengok lubang idung dia lama-lama. lepas tu konfem rasa bengang. terus membangkitkan ideologi nasionalisme. haha.."aku berjenaka bersama tasha dan sememangnya natasha hanya ketawa kecil namun siti zalipah yang ketawa "over".

tamat kelas persediaan petang, seluruh pelajar pulang. menyambung episod baru di hari esok dan begitulah saban hari. sungguh memenatkan jika difikirkan, melalui usia remaja di dalam jaringan asrama, berpagarkan undang-undang namun kini ia bagaikan segar dalam ingatan.

keesokan pagi...

kringggg!! loceng berbunyi. seluruh pelajar bersiap sedia membawa segala buku dan peralatan untuk ke kelas bahasa inggeris. aku yang sudah kelewatan segera memecut laju menuju ke set 2, kelas cikgu zuraidah. aku sempat berselisih dengan cikgu loh teik sze dan mengucapkan selamat pagi kepadanya. tiba di kelas 4 utarid, aku melihat azharuddin sedang bersemangat membaca buku kompilasi puisi dan cerpen, terlihat beliau sedang membaca kisah the lotus eater .

aku di sebelah fakhzan rosli. terlihat nur solihah sedang menggoncangkan kakinya, cukup pantas, mungkin sedang melakukan senaman ringan untuk mengelakkan diri dari mengantuk. noor hani baru tiba, terus duduk di sebelah siti zalipah. tidak lama kemudian, bau harum semerbak minyak wangi berjenama avon iaitu far away menusuk hidung. haruman ini cukup popular di sekitar lewat 90an. petanda bagi haruman ini bukan jelmaan makhluk halus atau orang bunian tapi ia bermakna cikgu zuraidah sedang dalam perjalanan menuju ke kelas bahasa inggeris set 2.


bersambung...


sedutan episod akan datang :
apakah tragedi istimewa yang berlaku dalam kelas bahasa inggeris set 2 di bawah kelolaan cikgu zuraidah ini? siapakah mereka yang terlibat? (ikuti mereka ; fakhzan rosli, siti zalipah, noor hani jusoh, nur solihah, azharuddin dan penampilan istimewa syuib)

12 comments:

missone hazel said...

incident set 2 x seteruk incident set 4 kelolaan sir rahim...huhu

SYED NAHAR said...

sila rungkaikan kak wan..kita share la...hhehe..

missone hazel said...

bdak yg jahat slalu kena perli dlm kelas english.cba tny anand dia ingt ke dak

SYED NAHAR said...

biasa la "muka target". itu bermakna terdapat unsur underestimate terhadap pelajar. sian la kalau pelajar tu dah determine nak berubah tapi tetap dipandang begitu. hahaha..

sapa yg kena?

missone hazel said...

girl kak wan sorg...huhu

Anonymous said...

apakah reaksi "Dengan Kata Kunciiii" ketika 4w mendpt syarahan percuma dari Pn Noraini dan ustazah Husna...Seingat aku dia pon ade buat syarahan percuma gak lepas tu..YE DAKK

SYED NAHAR said...

kak wan : hahaha..tak sangka hang pun ditarget. kui kui!

azizul : tak ingat lah cik "kata kunci" tu. rasanya ada tapi tak dilayan pun. sebab masing2 sedang marak terbakar api menjulang. huhu..

the bongsu said...

sir rahim suka ckp ngn henpon dia ja..sat2 ada org call..hishh maklomlah zaman tu telpon tangan nei xbrapa nak glemer lagik..

incident tu..agak2 xigtlah..haha

malas nak igt sbb kelas english yg paling boring bersama mr.rahim..huh..

SYED NAHAR said...

pesal? apakah jenis trauma kelas sir rahim? sila la kupas dalam blog anda.

Anonymous said...

Seingat aku Stim pon ade mencelah ketika Pn Noraini berhujah sampai tiba-tiba Pn kesayangan NurZaihan ithew mengeluarkan stmnt "Sia-sia saje kamu jadi qariah tapi derhaka pada ustazah'..TUUDIAAAA..trus Stim menangis. Sgt mulot longkang Puan ithew. Trus Stim dichop DERHAKA

SYED NAHAR said...

ish ish....sian stim. ye ke azizul? aku bab tu kureng ingat tu malas nak nulis.tapi mmg puan itu terlalu jujur tika berkata-kata. mungkin dia sekadar menjalankan tugas setelah berita disampaikan kepadanya. sebab kebanyakan benda berlaku even puan itu masuk campur, selalunya masa berlaku puan itu tiada. siapa berani derhaka kepada puan itu? haaa...

Anonymous said...

KERANA PUAN ITHEW SANGAT TAWADHUK, BERIMAN, BERAMAL SOLEH, ..........DLL