Thursday, May 7, 2009

peninggalan shah jahan dan mumtaz untukku

close up dekat sikit, lihatlah ukiran pada marble ini sehingga ia jadi taj mahal. pagar luar tu tak wujud pun sebab sengaja dia nak bagi ada border, tak le lekeh sangat. sapa nak? kawin ngan aku.
haha..ceh! apa kes atas alasan miniature ni je. aku beli 2, satu untuk aku satu untuk orang yang nak menikah itu. berat weyy!! aku rasa macam dome besar dia macam terlalu tinggi...eh ye ke?

lihatlah wahai pembaca blog, saya telah beli 2 miniatures of taj mahal. gila kemaruk ke beli sampai 2. sebenarnya untuk dijadikan hantaran kawin kakak saya. ceh! bajet cinta agung la tuh. agung tak agung naik berotot lengan ni menjinjing ketulan ukiran batu marble nih! sila hargai pemberian ini. jangan komplen, ini saiz second besar, 4th paling kecil. nombor 1, mahal and nombor 2 adalah berat!! ini semua apabila disyaratkan adik beradik kena sponsor hantaran. okay ke? kalau kena part perfume okay lah sebab bleh rembat gift nyer. mesti orang itu decide nak beli yang mana tuh tak kisah tapi yang penting gift tu dia rembat. naya kau wahai zulhabri!!

aku telah beli dalam 70 key-chain seperti dalam gambar, ini angkara kakak aku yang nak kawin hujung november ni. boleh dia kata tak cukup?? nak taruk dalam goodie bags kot. tapi takkan 70 tak cukup, nak lebih datang agra beli seniri lah ye. beg saya redah nanti! dah lah pesan air liur. aku bajet nak kasi dia 50 je, belen untuk orang rapat. siapa ye??

antara 2 koleksi pinggan marble siap dengan dekorasi bunga-bungaan seperti yang terdapat di dinding taj mahal. sume beli 4 pinggan, lagi 2 untuk mr.abu bakar boss kat malaysia order. takut pulak dia tak berkenan. okey ke pinggan ni? lagi 2 aku nak taruk dalam kabinet mak aku. okey ke? musykil lah.

koleksi pengalas cawan atau gelas, satu set ada 6 keping dengan bekas dia. aku beli 4 set. orang kedai tu telah hipnotis aku so aku beli sampai 4. tak sampai hati nak jadikan pengalas piring ayaq hangat, just masukkan dalam kabinet mak aku jugak. tapi kakak aku mesti nak offer kabinet dia. ye ke? aku hanya bersyak wasangka sebab dia lebih suka kain. haha..

12 comments:

natasha said...

nape ko pegang menda2 tu cm model iklan dlm majalah..haha.
pinggan marble n pengalas cawan tu cm cantik..nk free leh??

SYED NAHAR said...

wei cik tasha..benarkah? macam model iklan? eh tak sangka i...makna kata i ada bakat natural lah eh? **perasan jap...jap je jgn la kaco**

nak free? gila ko. marble tuh. mai ler sini. aku bawak ko free naik kete, makan free, umah pun free ko conquer la floor atas ngan segala dapur nya...moh le!!!

emy jay said...

kite rapat kan?so ade peluan la dpt keychain...yea yea dapat keychain...
:)

SYED NAHAR said...

hahaha..mawardi pesan, jgn sesapa kasi awek dia hadiah. tak baik. wahahaha...tak manis dipandang orang. hahahaha...alasan.

emy jay said...

awek dia?xbace ker warkah terakhir yg panjang berjela dia karang tu? aku kan materialistik dan sebagainye..sesuai la aku dapat keychain..huhu

SYED NAHAR said...

eh ye ke? hahaha..materialistik sampai diungkapkan dalam blog? dasyat. hahaha...

missone hazel said...

wei,nak gak!!!

SYED NAHAR said...

nak apa? **mata tgk kiri kanan**
tak de pape pun??

Cik Faridah Huda said...

banyak sungguh hadiah percuma kat belog si Nahar neh...aku x mau berebut key chain....

tap nak tanya nie.....bisik-bisk kat telinga Nahar...Shawl ang apa habaq?????hehehehhe

SYED NAHAR said...

shawl habaq baik. aik?? shawl je? kharan kesihatan aku mcm mana? hahaha..shawl ada 10 lai..rilex ler. masih sejuk dalam almari. tak tau sapa pemiliknya. hahaha..

Anonymous said...

weii.. kabinet cheq kata maiiii .. maiiii

*lepas ni nak ekjas kabinet tu bagi ada ruang kosong*

SYED NAHAR said...

weh kabinet tepi tok tido tu kosong lagi..hahah..tapi kabinet kat umah tak strategik sebab org tak tgk. lampu pun rosak ampeh tul. hehehe.. sila tak yah ekjas kabinet anda..hahaha..