sebutir sel membahagi secara meosis atau mitosis, atau pembelahan dedua terus berganda membina hidupan. jika zigot bertukar fetus, rama-rama keluar dari kepompong,juga berudu tumbuh kakinya, itu semua proses lahirnya benda hidup. apakah ia diadun bersama perasaan? benarkan perasaan ini menyaluti organ hati justeru berlitar terus ke saraf minda? kenapa kita berperasaan walaupun kadang kalanya kita alpa?
takdir merencana kita berjumpa, dan takdir menyimpulkan kisah bagaimana perpisahan akan tercipta. ini hakikat yang kita tak punya kuasa sedikit pun, cuma berbekal usaha. ingin kekal, ia terlalu ajaib untuk berlaku. masa berlalu bagai air mengalir lalu. tempuhilah setiap pertemuan dengan memperingati bakal berlakunya perpisahan kerana perasaan wajib hadir tatkala meniti hari muka. apakah ubatnya jika perasaan bertukar gila? syukur dan sabar sentiasa.
selamat terbang , bawa bersama memori senja. 27/05/09
5 comments:
hohoho.....datang dan pergi....byk makna tu...sabo2
Datang dinanti..
pergi diratapi..
kak wan : muhasabah diri je. haha..
azri : betul la...bila ko dah bertukar a samad said ni??
Datang dan pergi...sesuka hati....
lirik lagu ape ntah...
kalau lagu letto aku tau "kau datang dan pergi oh begitu saja.."
Post a Comment