Wednesday, March 25, 2009

sexy munirah : pacat


sila tekan button play, then pause it while the video tends to buffer. finish it and press play to enjoy!

lyric: pacat (diterjemahkan daripada bahasa kelantan, selamat menyanyi)

petang-petang, hujan turun lebat,
nak pergi padang, tengok dikir barat,
rumput panjang, tanah lembap,
beringat kat awak, takut ada pacat,
dalam seluar dalam, baju dalam pun dia hinggap,
dara bujang, bini orang pun pacat kerabat.

kot kata pacat dia nak serupa dengan lintah,
kaki tangan melakat serupa orang jemur getah,
diketik pacat yang tak biasa rasa nak muntah,
kebanyakan dia ketik kat celah-celah,
petang-petang hujan turun lebat...


pacat lintah apa orang panggil kata makhluk,
pelik bidaah, lapar galak, kenyang menunduk,
dia isap darah, dia tak makan nasi pulut,
dia tak telinga, tiada mata, tapi ada mulut,
petang-petang hujan turun lebat...

pacat bukit orang panggil kata pacat mawa,
ketik sakit, parut dia bekas lama,
beringatlah adik takut pacat pergi ketik demo,
diketik adik...ah ah tidak puas nyawa,
petang-petang hujan turun lebat...

pacat mawa dia tak serupa dengan pacat kampung,
ketik orang betina, dia cari yang golek punggung,
diketik dia selagi tak kenyang dia tak turun,
ketik lama-lama yang perut kempis itu nak jadi kembung,
petang-petang hujan turun lebat...

4 comments:

AISHAH ISA said...

hamende ni syed...
xkn ko lyn lagu ni kutt..
huuuu..geli je..

SYED NAHAR said...

haha. lahu ni unik. member aku bernama rahman dari ganu yg bagi. katanya munirah ni sering menghiburkan tetamu ketika mengisi masa semasa pengiraan markah oleh juri di pertandingan dikir barat. munirah ni berkemungkinan rakyat thai.

[DnaZz] said...

Mula2 aku tgk tjuk nie aku ingatkan cita pasal munirah aka mone kene ketik pacat.mmg dia kene ketik pon.Masa tu kita g hiking bukit larut. Wahab telah berjaya jadi penyelamat.


p/s:Uper2nya andaian aku salah.LAgu upenye.ahahah mmg kene ar.Sesswaaaii!!

SYED NAHAR said...

wah aku dah lama merindu cik mone aka siti munira org kulim itu. langsung diam tanpa khabar berita. wah wah rupa-rupanya wahab telah bertindak sebagai si watak pacat terhadap mone "hok golek punggung"..hehehe..

lagu rakyat yg berinspirasikan lelaki playboy.