Wednesday, March 18, 2009

5 kuning dalam memori

aku saruk stokin, pastu jalan kaki tunggu van tepi jalan. setiap kali ditahun baru, bukak sekolah budak-budak akan semangat nak gi sekolah. baju kemeja baru, putih bersinar dengan kolar yang masih keras terpacak, smart dipakai topek. aku tahu baju tu baru beli. topek baru melepasi aku, menuju sekolah dihantar kakak die yang baru bertunang. mereka bertolak jauh dari batu 6, keluar pagi-pagi, 4 org atas satu moto bersama 2 lagi adiknya. suatu pemandangan biasa. pertengahan tahun 1990an pil perancang sukar didapati sama ada di klinik dokter venka, pasaraya, toko ubat mahupun kedai tabib cina. aku mula terbayang perasaan jeles yg bakal dialami sewaktu perhimpunan pagi ni. aku perasan even kakak topek pecut laju pulas minyak, kolar baju topik sikit pun tak berkibas. sah baju baru! sifat mazmumah aku yg suka melengahkan masa memaksa aku pakai kasut marco murah yg bertapak hijau ni ke sekolah dengan 70% masih basah walaupun aku dah jemur semalaman bawah peti ais.

hari isnin, perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa. semangat abang mahzam, cikgu saripudin berdiri tegak menyanyikan lagu negaraku, kelibat hafizzudin menaikkan bendera semakin perlahan setelah mendahului melodi nyanyian. sewaktu cikgu rodiah yang bersuara persis petir memanah setan berucap sebagai guru bertugas, aku mendengar addi berbicara soal kasut jenama spark barunya yang sungguh canggih siap dengan pemantul cahaya. mataku menjeling teman-teman dari kampung perah, sebahagian besar berselipar, sambil rizal yang masih selsema pagi terkedu-kedu menyedut hingus. "esok sapa nak pesan nasik lemak?" ujar azlina. "esok mak aku kata sapa nak order burger kena bagi duit hari ni 7 kupang," rosne azlin menyampuk. aku terbayang burger daging tanpa mayonese yg dibelah dua dan dibalut tisu kertas bewarna kuning yg biasa dibawa rosne tahun lepas. tamat ucapan, kami semua bernyanyi lagu perak nombor 1. serentak bahu anak-anak skrkt membidang ke atas menarik nafas dalam tiap kali tiba di not-not tinggi bagi mengawal pitching. kemudian, satu demi satu barisan berbaris keluar menuju ke kelas. para pengawas sibuk mencatit nama mereka yg lewat atas buku 555 dengan pensil yg intergrated ada pemadam kat atas.

tiba di kelas 5 kuning, tibalah masa untuk bergurau senda selagi guru sibuk bersembang di perjalanan. nurhaida yunus dengan bangganya mengeluarkan pensil kaler luna yg baru dibelinya, cukup istimewa kerana bukan 12 tapi 24 batang kesemuanya dari putih ke hitam. di bahagian bawah kotak diberikan pengasah percuma. menurut nurhaida, "pengasah ni kalau guna jangan tiup, nanti tumpul". yati segera mengiyakan. dikeluarkan pula krayon jenama buncho olehnya bagi meraih kagum dari teman seperjuangan. aku bertanya, "eda..kalau aku nanti masa kelas seni boleh aku pinjam?" pantas nurhaida menjawab, "boleh tapi masa kaler jangan tekan. habis guna susun balik dari kaler putih sampai ujung skali kaler itam". aku cukup terharu mendengar jawapan nurhaida yg berjanji memberi pinjam. addi pula mengeluarkan pensil canggih, belum pernah siapa memilikinya. menurut beliau, pensil itu dibeli khas di pasaraya EEQ. bahagian utama pensil itu berbau haruman pisang vanila. setiap mata yang tumpul boleh dicabut dan dimasukkan dari belakang dan secara bergiliran, mata baru yg tajam akan berada di hadapan. tercengang yusuf dan mahzam. tidak cukup dengan itu, addi terus menambat pesona kami pabila mempamerkan bekalan mata-mata pensil untuk stok beberapa bulan, bukan satu tapi 3 papan! menurut addi, "ni abang chik aku yang beli".

suasana kelas 5 kuning bertambah meriah, riuh macam pasar mini po-ai. zulhamidulisani dilihat terus bercerita dengan penuh perasaan, dikelilingi azura, zamzuriani dan rohayati. hamidah menggelengkan kepala tanda membantah. azizul amin yg merupakan ketua kelas dengan berani memukul meja guru dengan pembaris kayu cat kuning yg berukuran 1 meter panjang dan lantas menjerit, "sapa bising aku tulih nama!" yusuf dan mahzam segera menekan hidung masing-masing meniru perwatakan seekor anak babi comel sebagai tanda protes terhadap azizul amin. dalam kemeriahan suasana hingar ini, tiba-tiba kedengaran satu pengumuman, dibuat sekali lagi oleh azizul amin, "cikgu ani dah datang!". semua para pelajar 5 kuning kembali ke tempat masing-masing bagi bersedia memulakan sesi pembelajaran.

5 comments:

Cik Faridah Huda said...

ko Kuning...aku Biru...hik..hik...hik..

SYED NAHAR said...

naik darjah 6 aku di kelas 6A1. kelas biru siskolahku utk kelas 3M. hehehe...

Cik Faridah Huda said...

ces..itu la bezanya skolah ku ngan skolah ang.....

aku conquer kelas biru dari darjah 3 smpi 6...darjah 1 n 2 depa x screaming....sebenarnye..aku ngan riak dan takbur nak ckp...aku dok kelas plg pandai 4 tahun berturut-turut ngan memegang angka top 3 stiap kali periksa.....

aku taw ang pun same....
kalo x..x kan beleh bertemu di SERATAS...hahahahahaha

SYED NAHAR said...

tapi aku peksa masa darjah 1 dapat no 12 jek...tak penah no 1 pun. skolah aku dikuasai tangga teratas liga oleh seorg anak cikgu yg pernah dituduh penerima soalan bocor, pastu tanak share. ko top 3 ke? wah pandainya.

aku kat seratas pun tak pandai sgt. tapi terkilan bile tgk kawan2 tak tau nama ibu negara madagascar.

nurd said...

huhu.. really miss that moment.. waa... nk kecik balik. xnk tua...