dalam pukul 3 petang...
mak teh timah : baru kelik ka?
mak long judah : ho lah.
mak teh timah : kami tak kena. demo tak madah ke kami.
mak long judah : aku kalu tak kena madah aku mujur. malas main kenuri kot belah tu.
mak teh timah : nak wat geno.
mak long judah : heh, tak padan ngan menikah pree. pelamin 3 tikat.
mak teh timah : ya ka? nye ada duit di mana?
mak long judah : kot berry beri gak sikit mana nak tahu.
mak teh timah : hahahaha...
mak long judah : nak suka dik! hahahaha..kami pun pakat gelak belaka.
mak long judah menyandarkan basikalnya di batang pohon nangka, seraya menuju ke rumah jirannya si janda makteh timah. saluran astro ria sedang mempertontonkan siri ulangan raja lawak musim ke-2. mak teh timah memicit butang "off" pada alat kawalan jauh bagi memberi laluan kepada mak long judah untuk berbual sesama mereka.
mak teh timah : malu la wei, kalu aku kan lari duk jauh. orang la ni duk tak habih cerita pasal ni la. sian la ke bini berry tu. tahu ke dak dia?
mak long judah : eh, bini dia tu tak molek lagi. duk di wad rumah sakit ipoh.
mak teh timah : ya ke? aku dengar kata jatuh?
mak long judah : tak tahu aku. demo kot belah darat tu tahu la. kita tak tahu cerita.
"yuhuuu!" perbualan dua janda ini dicelah oleh surah halus mek jebuh, halus suara itu kedengaran bunyi datangnya dari dapur.
mak teh timah : yuhuu!! di sini!! mari mana weh?
mak long judah : sapa?
mak long judah menjengah kepalanya ke dapur.
mak teh timah : tahu ka. bunyi serupa suara jebuh.
mak long judah : dia la kot. mari kot belakang.
mek jebuh : ooo..! demo masak gulai labu. amik labu mana weh?
mak teh timah : wooo...jebuh! geno masuk kot belakang. mari la duk sini. lapar ke? amik la nasik duk ada belana lagi dalam periuk letrik aku tu.
mek jebuh : tak moh eh. kami nak hantar baju esah. baju anak dia hat kejo di putrajaya tuh. baju angkasawan meghelik-meghelik. pesyen lama, tak padan kejo besar. aku tak berahi bunga halus. nak besar sikit baru nampak.
mek jebuh terpesona dengan warna kuning gulai lemak labu di bawah tudung saji. lantas di kuis-kuis isi labu untuk diratah.
mak long judah : woh! dok kira baju dia. banyak ke mu dok buleh la ni?
mek jebuh : boleh la stakat nak beli gelang buah-buah serupa hat mika tu. hahaha...
mak long judah : hahaha...woooo! hat aku ni murah je.
mak long judah segera pura-pura menjatuhkan lengan baju yang disinsingnya ke bawah. senyum lebar tanda malu kerana ada insan yang perasan akan kewujudan gelang barunya itu.
mak teh timah : mu beli mana?
mak long judah : kedai cina wang chung. beli bayar koyak kertas. aku tak berahi berhutang. kedai dia tepi sikit balik sini kedai wak jawa hat menikah janda pak mat.
tangan mak long judah memberikan "body language" tentang posisi kedai yang dimaksudkan. apabila menyebut nama janda pak mat, secara serentak kedua-dua janda ini menjebik bibir tanda menyangkal perkahwinan janda pak mat itu.
mak teh timah : menikah dah janda pak mat tu?
mak long judah : wohhh!!! tak menikah wat pa dok usung merata.
skali lagi mereka menjebik bibir juih.
mak teh timah : mari sini jebuh wei.
mek jebuh : sat...sat...nak meratah gulai demo. sedap weii...bubuh aji banyak mana? hahaha...
sambil menuju ke anjung, mek jebuh masih mengunyah makanan yang diseluk dari dalam tudung saji mak teh timah. tersenyum sinis tanda ingin menyampaikan sesuatu. bungkusan plastik berisi baju kurung terkepit erat di celah ketiaknya.
mek jebuh : labu amik mana? tua molek, sedap mika buat gulai. manis!!
mak teh timah : demo ni beri.
mak long judah : chah mari minggu sudah. beri ke aku labu. aku kata nak makan sorang tak abih, aku beri timah sebelah.
mak teh timah : aku pun makan tak abih. kelmarin dulu buat gulai dah, lempar ke tanah. basi. anak kami tak berahi gulai lemak. payah main yuk budak. berahi makan merapu KFC la pizza la. kita orang tua selera lain.
mak long judah : aku tak berahi ayam KFC. muak!!
kali ini hanya mak long judah seorang yang menjebik.
mek jebuh : budak la ni. macam-macam. kita dulu, kecik-kecik lagi dah polek tempoyak.
mak long judah : hahaha...!!! heh aku tak dak tempoyak tak lajak nasik.
mek jebuh : saja pun. kadang tu, tempoyak rumah dia abih mari mintak ke aku. hahaha!!
mak teh timah : hahaha!!! ado banyak ke mika buleh tempoyak? dusun kami tak jadi tahun ni.
mak long judah : eh, aku ni tak zohor lagi. kelik sat.
mak teh timah : sat gi mari pulak naaa...
dengan kadar segera mak long judah bangkit, menuruni anak tangga dan terus menyarung selipar dan kembali ke rumahnya yang hanya sejauh 7 langkah.
mek jebuh : aku kesian kat judah ni. duk sorang dalam rumah. beras beli banyak mana? kita skali goreng ikan temenung sekilo setengah. dia....goreng sekor kot.
mak teh timah : lama sangat dah laki dia mati. dekat 20 tahun dah. jenis malas dah nak main laki. tua dah. tak serupa janda pak mat.
mek jebuh : tu laa..menikah muda sangat janda pak mat dulu. padan la bercerai. risau budak la ni pun menikah muda. hat jantan tu muka budak tak abih lagi. menikah geno. reti ka.
mak teh timah : betina pun sama. nye pandai ke main masak kot-kot dapur.
mek jebuh : serupa anak berry tu la. jantan tu umur 18. hat betina baru abih SPM. nak tahan lama mana. masa seronok tu, seronok la. bila dah beranak baru tahu.
mak teh timah : eh? anak berry apa cerita?
semangat inkuiri mak teh timah mengorek cerita sensasi terus membuak. air wajah beliau menzahirkan betapa dia tidak tahu langsung akan cerita sensasi itu. "pap!!" ditampar peha mek jebuh tanda memujuk manja.
mek jebuh : woooo...tak tahu ke???? geno mika buleh hidup tak tahu cerita. kalu aku tak tahu cerita aku tak senang duduk.
mak teh timah : wooo...nak tahu geno. aku tak dan. ralat duk keja rumah. geno buleh kena tangkap basah tu sapa cerita?
mek jebuh menarik nafas dalam.
mek jebuh : aku ni...bukan la nak jahat mulut ke apa ke. nak mengata mengumpat pun bukan. tapi kita ni teringin la nak bermulut. benda betul, cerita pun tak pa lah. rumah berry ngan rumah aku tu dekat benar, dia picit suis lampu pun aku buleh dengar.
mak teh timah : hooooo...
mak teh timah meraba-raba bungkusan plastik yang kini dikepit di bawah peha mek jebuh.
mek jebuh : hari bila tu, bini berry katanya jatuh masa keja di pekan nuh. hantar gi rumah sakit. retak teruk gamaknya di kepala ni, kena hantar ke rumah sakit ipoh. si berry gi duk sana la nak jaga bini dia kena tahan di wad. teruk kot bini dia tu. jatuh ke, ada penyakit aku pun tak tahu. bini berry tu kecing manis pun ada, darah tinggi pun dia jugak. dia pun tak besa cerita.
mak teh timah : teruk benar tu barang kali.
mek jebuh : bila si bapak ngan si mak tak dak di rumah, anak si berry ni duk buat jahat. duk bawak masuk budak betina ke rumah.
bibir tebal mek jebuh menjuih menambah panas cerita yang direncanakan.
mak teh timah : sungguh ke? mu nampak?
mek jebuh : woooooo!!!! hari-hari basuh cadar!!!
mak teh timah : ya ke????
mek jebuh : tak tahu wat pa rumah kami dekat. malam demo kena tangkap tu pun, aku ada tengok. bawak gi pejabat agama dah la lepas tu. teriak sana la jawabnya. pegawai pejabat tok kadi tanya pasal apa duk tidur berdua. anak berry jawab malam-malam takut tidur sorang. takut hantu apa besar panjang bulu atas bawah.
mak teh timah : budak betina tu pun galok nya. tak malu tengah-tengah malam gi rumah jantan.
mek jebuh : budak la ni. tak dengar ajar. payah bela anak betina ni. tak serupa kita dulu tertib lendik. petang dah eh. aku ni nak ke rumah esah.
mek jebuh bingkas bangun dari situ. dilibas ke belakang kain tuala biru yang menutupi rambutnya sebagai pengganti selendang. kain batik berkedut, jelas kelihatan kain batik itu tersedut ke celah punggung.
mak teh timah : tak pa lah. kirim salam lah ke esah tu. kami pun lama dah tak main berjalan ke paya. malas gi rumah demo belah sana nuh banyak pacat!!
mek jebuh : takut pasal apa kat pacat? ketik sikit-sikit berdarah. ketik lama-lama, perut hok kempis tu nak jadi kembung. hahahaha....
mak teh timah : hahahaha....melawak merapu mika ni.
mek jebuh : melawak lebih kurang.
mak teh timah : hahahha....ha lah, ha lah!
bersurai. jauh mek jebuh berjalan namun masih kedengaran suaranya yang halus menyanyikan lagu seroja.
6 comments:
panjang gilerr...aku baca separuh dulu...esok smbg lagi...keh3 (maklumla aku ader sindrom x suka membaca)
ko tu sindrom main game kat facebook...aku tau. hehehe..
wei,byk tol masa ko.baca sekerat ja,sok2 smbg lagi...huhu
aku menaip tak laju tapi dah tulis skit-skit kat notepad pastu nak post aku paste je lah. hahaha..ko lain busy nak arrange dinner datin2.
pasni aku kena beli kamus edisi "daerah grik"... nak improve vocab... nt aku tak paham aku tnya hang na...
haha..ash ash! tanya sedara nenek hang la kat besia tu. kan ke ko penah kata ada sedara kat situ?
Post a Comment