Friday, March 13, 2009

impian seorang kanak-kanak

kecik dulu ayah aku garang, tapi dia takkan lupa kalau balik dari kedai mesti belikan aku cekelat. fevret aku cekelat kandos. tapi kalau dapat cekelat hacks pun tak pe lah. aku tau ayah aku lupa nak beli, just dia bagi apa yg standby dlm poket. namun, aku punya cita-cita tatkala di usia itu, segalanya bermula dengan ayat 'kalau aku ada duit aku nak beli...'. meh aku list apa yg agaknya aku ingat sampai skang:

kalau aku ada duit aku nak beli...:
1) air mesin vending, just bubuh duit n tekan nak air apa. aku menyimpan hasrat nak beli mesin tu n letak kat umah tepi kerusi ruang menonton. agak dahaga tekan keluar air cincau...konon spesel kes aku punya mesin cap cari aku je kalau tekan mesin tak mintak duit.(buduh nya)
2) kotak pensel yg penuh butang miseri. tekan punat ni keluar pemadam, tekan tu keluar pengasah. lebih memberansangkan bukaan utama ada di dua belah side. pencil case ni diperbuat dari plastik, lining luar lembut ada sponge kot, dihiasi wajah kartun terkini.
3) pemadam banyak-banyak. aku nak wat koleksi dari huruf A sampai Z. pastu pemadam jugak pelbagai bau haruman, even ada pemadam bentuk tembikai bau pun tembikai. aku jugak tak perlu runsing kalau kalah gusti pemadam jika bekalan stok byk. tapi juara tetap juara, namun kawan aku rata-rata siap potong pemadam kepada beberapa bahagian. keji betul sifat tercela mereka. sampaikan pernah dapat pemadam kaler hijau saja, menang skali lagi baru dapat bahagian baah dia, ada huruf A n gambar apple kecik.
4) nasik lemak cikgu. kat kantin cuma cikgu bleh makan nasik lemak cikgu. harga maybe singgit lebih, namun wang saku aku cuma singgit sehari termasuk tambang bas pergi 20sen balik tumpang kawan. jeles kat cikgu yg bawak masuk anak dia makan kat dalam manakala aku dan anak-anak non-cikgu hanya beratur menunggu mee goreng taruk kuah kari atau bihun taruk kuah laksa (nak bagi sedap). kini, di sekolah rendah turut menjual minuman kultur hidup vitagen dan nugget, so aku nak beli mesin masa kembali ke zaman persekolahanku.
5) moto yg sama sebijik ngan moto milik satria baja hitam (moto belalang tempur). dengan hanya menjerit nama belalang tempur, ia akan datang dengan sendirinya ke arah kita melalui kesan sensor infrared lampu di bahagian depan moto tersebut.

5 comments:

mat said...

aku rasa impian hang mesti nak jumpa artist mcm celine dion time sekarang ni

SYED NAHAR said...

aku lagi suka barbra streisand n aretha franklin....frankly who is this frankestein?

HasanahNordin said...

ish ish...tinggi sungguh impian hang masa kecik..

Cik Faridah Huda said...

aku dulu pun jeles kat kawan aku nama MOHD MUZANI...sebab die p skolah bw RM5 so die leh makan makanan cikgu..tiap2 ari lak tu...sedap je nampak die mkn hatta sekadar ikan goreng je pun...

aku slalu beli nasi lemak 2 kupang..kopok lekor 2 ketul...time balik..beli ABC..kalo bungkuih..3 kupang..kalo mkn kat situ 2 kupang...

skang mane nk dpt dek non oiiii...!!

SYED NAHAR said...

senah : ye la masa kecik sume nak, skang mcm nak benda lain plak.

mek : dulu masa duit sikit pandai plak ngumpul jimat nak beli apa2, skang dah keje plak mcm tak reti pegang kalat. bila la aku nak kaya kalau suka ngabis duit benda tak pekdah. mula tringat nak tambah ASB.