Monday, March 23, 2009

kisah air pili kiah pak leman

bau ikan pekasam mek yg digoreng manjalar ke seluruh dapur, dikhuatiri menyelinap tingkap rumah jiran. agaknya rongga nasal hidungku ni dah tak tahan menanggung keaktifan sel resdung berbahagi secara belahan dedua secara mitosis, lantas aku menekan suis kipas penyedut, lega sikit. kalau tak, sia-sia aku makan kapsul qurro'ataini. ibuku khusyuk menghiris bawang dan cili untuk kemudiannya digoreng sebagai bahan tabur. aku boleh dengar mak aku cover-cover bersin, sememangnya virus resdung tu datang dari dia.

"nah...oooh nah!" secara drastik kiah pak leman masuk ke dapur. "masuk ler," ujar ibuku. "masuk dah pun, baju pahang aku siap dak lagi?" senyum je kiah ni. aku dapat lihat ibuku menarik nafas dalam, terpaku dengan terjahan soalan kiah pak leman. sel-sel saraf minda ibuku bekerja mencongak dan membuat penyata kira-kira akaun kiah yg mungkin masih belum membayar upah jahit baju kurung pesak gantungnya yg dulu. "aku ambik dulu, esok-esok aku bayar lah. nak pakai duit, anak masuk asrama," ditambah kiah tanpa rasa bersalah. "petang ni lah aku hantar, tangan baju tak kelim lagi," balas ibuku selamba.

kiah pak leman terus menuju ke mesin jahit ibuku. dibelek-belek baju tempahan pelanggan lain bagi melihat baju siapa yg paling advance. biasanya, baju midah missy rumah sakit yg paling up-to-date, kerana kerap mengunjungi nagoya textile. tapi kali ini hanya beberapa helai jubah kak teh zaharah yg tergantung, jubah yg sekadar dihantar untuk dipotong, labuh sangat kot. "eh ni jubah sapa ni? lawa, tapi warna gelap sangat,"kiah bertanya. "kak teh beli di mekah tahun lepas," jawab ibuku.

"eh nah, duit pencen laki mika masuk dah? ingat nak pinjam seratus dua. nak bayar duit sewa rumah. dua kali dah jubir mari mintak. aku kata laki aku tak dak, padahal malik berenti kerja,"sayup suara kiah merayu . "kami pun esok baru gi bank,"ibu memberitahu sambil memandang luar tingkap. bawang dan cili siap dihiris. pedih pemeluapan ion-ion zat bawang membuatkan mata ibu sedikit pedih tapi cover pro. ibu memang suka cover, sebab tu tak de sape tahu nenek baring berselimut litup tapi sekadar hanya pakai pampers di dalamnya. nenek selalu mengadu panas walau kipas dipasangkan mengadap sudut tepat terhadap tangen lubang hidungnya dengan kelajuan putaran rotor persaat pada skala 5. tapi sekarang nenek tidur nyenyak, mimpi apa entah lah, berkerah dia berdengkur!

ibuku senyum melihat kiah. kiah nampak tidak sabar lagi mengenakan baju kurung pahangnya yg baru ini walau baru kelmarin dihantar. "dan dok siap malam ni? aku nak pakai baju ni gi kenuri menikah menyambut anak sahak,"kiah menyampuk lagi. ibuku ketawa kecil. diambil bilah pisau tadi, dibasuh. "wiiii..seronok la mika. air pili lajunyee....!!!" kiah berkata. lantas ibuku menzahirkan kehairanan,"wok po?" kiah pak leman terus tidak puas hati. berjalan kakinya menghampiri sinki dapur, dipulas kunci air sehingga paras maksimum. merecik-recik air ke mukanya. kiah kembali menutup kunci air, seraya terus merapik, "mika tahu dok? jubir tu kedukut tahik idung masin".

"haaaa?" spontan ibuku terpaku. "air pili rumah aku tu kongsi dengan rumah sebelah. satu pili tu, dia pecah dua, buat meter asing. tu pasal air pili aku kadang slow, nak masuh pinggan pun lambat." ibuku cuba menambah dengan pertanyaan,"slow macam mana?" dengan penuh keazaman kiah pak leman memberi keterangan,"eleh, air pili mengalir lek lek lek lek...!!!serupa jarum. aku cerita lama dah ke jubir, suh repair. ni dia langsung tak moh berkira. naik benci aku tengok air pili aku tu mengalir serupa air kencing bini dia!" selama 2 minit setengah dapur rumahku riuh dengan tawa suka. gamat suasana sedia ada jika kiah pak leman bertandang. begitulah kehidupan seharian para surirumah tangga saban hari. penat memasak biasanya dirawat dengan cerita pergolakan isu semasa.

dapur rumahku di kampung.

keadaan dapur yg berselerak sewaktu kenduri kawen abang, turut kelihatan mak teh zan dan keyrol.

6 comments:

HasanahNordin said...

hang de penyakit lelah ke??hahaha...jangan senda lebih2..t ada org sound..

SYED NAHAR said...

senda? hahaha..ooo. ye tak ye. syyy...hahaha.

Cik Faridah Huda said...

patut la kiah pak leman jeles kat mak ang....sinki ada dua paip ayaq...laju lak tu...x macam air kencing bini si jubir tuh...huwahhh..huwahhh..huwahhh

SYED NAHAR said...

nak jeles apa, sinki buat seniri segala kabinet tu, paksu aku yg buat. kontraktor phua chu kang.
haha..tp ok la kan.

missone hazel said...

betoi kata cik faridah huda tu,memang patut la kiah tu jeles kat mak hang...hahaha

SYED NAHAR said...

kiah tu saja ja..sume org dia nak jeles...haha. kak wan, amboi lawa nya dlm gambar. mcm model dah eh.