1. Snap the picture of both inner and outer of your purse.
2. Introduce your purse brand, price & where you buy.
3. Take out whatever its inside your purse.
4. Tagged other 7 person.
5. Comment on your friend’s (who tagged you) purse.
jawapan untuk org yang mengetag aku:
1. dah snap pun, terpaksa aku tegangkan cadar katil sebab nak amik background putih. tapi baru perasan cadar putih bisa memberi arti katil ward 17 hospital taiping utk para pesakit kanser usus dan apendiks.
2. brand? blackberrys ---> (www.blackberrys.com)
price? aku tak hengat sebab beli dah setahun lebey lepas wallet aku kena copet.
mana aku rembat? aku beli kat connought place, new delhi.
3. dah..sume dlm pic kat bawah. tenung senirik.
4. 7 person? byk sgt la wey...nanti lah aku tag. sape la mangsanya.
5. komen utk purse macrieda : purse ko cun la bagi anak gadis. aku tak reti mengomen, sbb macrieda seniri seorg fashionista. purse ko tak cukup gedikz utk dipadankan dengan imej datin ko, kena ada labuci kot. tak pun kaler gold. pasni dia pi sunway pyramid la nampaknya ajak senah. senah sila switch off phone anda weekend ni sbb aku tak sanggup disalah ertikan...sekadar menjawab tag. kih kih!!
nampak je aku jinjing benda alah ni hengat ringan ke? tapi ok la opis n umah 2minit je naik kete. beg itam ni beg free sbb soping apa ntah kat JB dulu kala. sume kejadah barang ni keperluan aku, especially mp3 player. perfume tu saje je nak lawan ketiak kari org delhi. lain tu adalah kamus dewan bandaraya new delhi edisi ke-28, alat tulis, nset, calculator, camera, wallet, strepsils (kebetulan sakit tekak) dan resit-resit utk dikelim (kebetulan baru balik dari kampung).
gambar luaran (sbb tu aku taruk dlm case itam tu).
dalaman (takyah tenung lama-lama, tak de kad kredit pun).
business cards.
ada gambar ukuran passport kot tetiba ada audition masuk kegemilangan paspot sinaran tv3 bleh la terus isi borang. gambar budak kecik yg cute tu merupakan budak afghanistan yg aku jumpa kat FRRO opis kat RK Puram. diorg ni fugitive yg masuk awalnya tak de permit tapi nak apply ni kot. mak dia saje tinggal atas meja suh aku amik. sebenarnya sian bibir budak tu bengkak. pesal jgn tanya aku sbb kabul bukan di negeri perak.
kad cibd, i/c, kad mrt spore, maybank n cimb. kad bsn seratas dulu hilang mana ntah.
zip belakang case itam tu ada paspot n permit pemastautin (utk menerima hak keistimewaan seperti membeli tiket sama harga org lokal beli).
duit...tak kira sebab beribu-ribu rupess je. diulangi itu adalah mata wang rupees so tak yah jeles sebab kalau convert lepas la nak beli spenda cap arnab belang dpt belen 2 kupang 5 duit. duit mesia tu belen kat mesia. lain tu duit indon, spore, arab saudi, nepal, ukraine n duit india lama.
pemberat beg itam aku ni rupanya syiling, patut la. pasni nak masuk tabung mbf bentuk arnab tuh.
ada duit syiling dari ukraine diberi atas dasar survinir oleh sorg insan yg duk tepi aku kat airport delhi, rupanya sama flight turun KL, rupanya nak gi kuantan.
No comments:
Post a Comment