indah bulan mentari terbenam,
indah mimpi mata terpejam,
nora azua suka bersenam,
cikgu fizik berdagu tajam.
terlajak urut urat sengal,
terlajak mudik dilanda badai,
sang penyu maskot terkenal,
ilham achik si cerdik pandai.
pagi petang bermain mahjong,
tidur malam peluk kera,
kening panjang kaki lonjong,
namun manja oh senah menara.
rempuh tiang sejarah si buta,
menjeling gadis jalan mendada,
gaya melaram berkaca mata,
persis datin imej macrieda.
petua jelita si aishwarya rai,
hirup kari tanpa santan,
pipi labu mayang mengurai,
aset samsinar menjejak jantan.
14 comments:
amboi...ngalahkan pantun dari perwakilan wanita umno negeri semilan hang niehh...
hahahaaa...len kali prepare byk sket pantun tue... sknaq harap insaf...hahahaaa.. sampai ati hg syed...
hahaha..nie lima top 5 ar nie??sangat kretip.
snorr : sknaq ngan aku dah biasa, saling berpantun tatkala kami berSMS. kadang-kadang aku suka bergurindam jiwa serta deklamasi syair si pari-pari...cik snorr sila la berblog.
norihan ko ke delete comment first tu? sbb ko org pertama baca. haha
achick : ni top 5, mmg pun. pasni baru ada edisi team ke2 seperti wan hazila, mastura, zati, izza dan sebagainya...
ayyyaakkkk......cess..cess...jd bahan aku di sini yerr...
indah sungguh bunga kantan,
indah lagi rupa cik Intan,
jantan bukan sebarang jantan,
jantan arbok jadi sasaran...
snorr...jgn gitu dong...jgn diperdaya oleh kata-kata nista syed nahar ni....huhu
pergi pekan membeli kantan,
kantan tua bunga berhabuk,
jangan sasar silap jantan,
entah pengkid berwajah arbok.
ooo org first yg komen tapi telah mendelete komen itu adalah HASNOR NASHRAH. selamat menyertai blogger. wah wah...tapi apa maksud nafeez tu?
snorr...misteri la sape tu?
top 5 yang galak menarikan jejari di atas papan kekunci....tp...samseenut..bila nak update..heheheh
phheewwiiiitt...beli oiii beli.....
pantun tuk kak wan x de ke?hehe...ko ni dr dlu x abis2 berpantun,dri fster dah bjangkit ke blog dah.huhu
versi tiga kerat
kantan dibawa dari mesia,
mujur tak dirampas encik pemeriksa,
bukan aku yg komen first tu na!
versi empat kerat
(ditujukan khas utk mCrieda)
lempok durian jadi pilihan,
mkn dgn sambal belacan(buleh ke?),
aku sekadar watak tambahan,
nak jadi blogger mongkin ton depan.
nafeez = nashrah + fixi
betoi dak puan hasnor?
kalo betoi sila bagi nama baby kamu NORIHAN tak mengira jantina..compulsory!hehe..
kak wan : cik wan hazila jgn la cemburu, kita letak 5 dulu. pasni ada second phase punya. lagipun kalau tulis byk2, next time posting tak de idea pulak..haha.
norihan : pantun 3 kerat wujud ke dalam kepulauan nusantara kita?
check in kargo ketiak berpeluk,
kantoi belacan kastam pak amin,
mamang termaktub engkau dituduh,
salahkan hasnor yang delete komen.
"aku kan pelajar terbaik BM PMR 1999,sebagai natijahnya, aku dibenarkan merekayasa pantun 3 kerat,2 setengah kerat, 3.142 kerat atau berkerat-kerat" kataku dgn nada riak yg ke-10.
aku membalas:
kakwan ku kira menawan,
syed nahar ku sangka tampan...,(kuikuikui...)
takpa klu nak tuduh norehan,
kelmarin aku setat wat blog,bagai nak gila bagai nak sawan...
**anak jantan tak sesuai nama norihan...takut nanti pi kelas pakai skirt...haha teringat zaman uitm dulu...
ooo...snorr juga adalah hasnor nashrah...hehe! syabas betti syabas!
norihan : merekayasa atau merekayasu, rekalah. kerana wujudnya blog ini utk kita berkreativiti. namuh, natijah binti abu karim menyatakan pantun "pai" kerat adalah aneh seraya merosakkan aqidah dan sirah annabawiyyah.
snorr aka mak buyung : i beli pantun u...
jawab pantun penuh konfiden,
jangan sampai dibuat tarian,
sawan blog sawan moden,
sawan mengandung itu meroyan.
Post a Comment