perselisihan faham antara suami isteri adalah suatu perkara berbangkit yang harus dielakkan. namun, tidak dapat dinafikan ia tetap berlaku. perkelahian ini kadang kala tidak dapat ditangkis. punca utama kes ini berlaku adalah sifar egois dan tiada persefahaman. tapi benar, meskipun perit melalui duka tertegang urat namun ia secara tidak langsung melatih kesabaran dan muhasabah diri.
penduduk darat kampung padang sering memperkatakan kisah pasangan mat tajilah dan isterinya yang berasal dari banjarmasin. mereka sering bertelagah dan menggemparkan penduduk kampung sehinggakan anak mereka, noriah dan adik mek dikatakan mencari kedamaian di luar, iaitu mencari kasih cinta bersama abang-abang askar di kem batalion 304 di kampung air suda.
setiap kali menjelang senja, suara pikuk anak-anak kian ditelan desiran sayap pungguk yang terbang ke sarang. sunyi dan sepi. dua tiga kanak-kanak dilihat beriring sejalan menuju ke rumah mak teh sakpah untuk mengaji muqaddam. namun, lorong mat taib hanya sepi seketika. tatkala masuk waktu, maka berlaunglah suara mat zain, "radio 3 ipoh start dahhh!!!". ini menandakan mat tajilah dan isterinya mula bertekak.
suara mereka bertelagah memang jelas didengar. mana tidak diiyakan, pintu rumah kecil sumbangan PPRT itu terbuka luas, hanya akan ditutup tika mat tajilah berasa mengantuk mahu beradu. cahaya pelita minyak tanah menerangi sudut tengah rumah itu, percikan cahaya keluar menerusi bukaan pintu, menampakkan dua insan yang saling bercekak pinggang, kadang kala bersila persis bersantap malam.
selapas penat beradu suara menegakkan terminologi diri terhadap isu yang dibangkitkan, masing-masing kekal memendam baran di dada. acuh tak acuh, senario ini tidak hanya diikuti mereka berdua namun jiran tetangga sudi memasang telinga sebagai wacana diskusi harian di pagi esok.
sikap kurang cerdik mat tajilah sering menjadi tohmahan masyarakat. memang benar dia tidak pernah ke sekolah, namun sifat suka mencuri beliau tidak dapat disangkal lagi setelah dilihat mencuri dua tandan pisang awak di kebun jirannya sendiri untuk dijual di pekan hari. walaupun ditegur, alasan yang kurang waras sering diberikan. contohnya, "aku bukan nak mencuri, tapi mana aku tahu itu pisang mu!". memang menjemput diri makan penampar.
jangan sangka ia terhenti di situ. selepas seketika, terdengar suara mat tajilah memekik kuat, bermakna tempoh persendaan mereka belum ada penghujungnya. kisah pertelagahan mereka pasangan laki bini bukan berlangsung sekali satu malam. malah, setelah kurang 30 minit diam tanpa suara, para jiran menyangka mereka sudah berhenti dan berkemungkinan sudah lena dibuat mimpi asmara. namun sangkaan ini meleset. pekikan suara kembali berkumandang. sekali lagi mat zain mengumumkan, "radio 3 ipoh mula pulakkk!" beginilah saban hari.
embun pagi membasahi rumput hijau. ayam berkokok disahut kuapan lembu. sebaik jendela kayu puan sata dibuka, daun pintu rumah mek chu sediakala ternganga luas. lantas para suri rumah terus membuat liputan kurang rasmi sesama mereka merujuk kejadian semalam. ada di antara mereka yang sekadar mendengar, ada yang menokok tambah dan ada pula yang sakan membuat ulang tayang seperti apa yang dikendap. itulah gosip, sebuah permainan harian yang makin dilayan, makin ditagih.
berikut adalah komen-komen mereka yang pernah dirakam sekitar darat iaitu jiran tetangga mat tajilah, terserah kepada anda menilainya:
mek chu :
"masa kelahi nampak macam nak angkat penumbuk, lepas kelahi boleh tidur berdua".
puan sata (isteri mat zin):
"dalam duk kelahi tu, berenti sat. duk tak lama sambung semula. duk tak sat aku dengar mat tajilah suruh bini dia cucuh api rokok. lepas tu sambung lagi".
mat zain :
"dua-dua tak berapa cerdik".
melah :
"jenuh la kalau kelahi kopi duk di tengah. agak dahaga, tuang secawan. sambung kelahi. lepas tu tuang lagi secawan. bangun pagi esok, kencing tubik secupak".
sekian.
8 comments:
kalau dah jodoh...hehe
ko nak kawen ngan tajilah ke? haha.
Banyak persoalan dari cita nieh...
1) suami = mat tajilah
2) isteri = ?
3) anak = noriah
adik mek
4) tukang ajaq naji = makteh sakpah...apa ka nama betoi dia?
5) lembu "berkuap" ker syed?
6) "aku suka menjemput diri makan cokodok dari pisang bukan curi"
to hasnuuuuuur nashrah...
bini mat tajilah tu aku lupa nama apa.
makteh sakpah nama sebenarnya ialah sa'afa.
lembu tu berkuap mcm menguap.
ko baca ayat mana yg aku tulis makan jemput2 tu?
HAHA...lekaih pi tgk kat para 6, ayat terakhir... point no.6 adalah ulasan pembaca semata-mata... sekian harap maklum...
memang mat tajilah telah ditampar oleh jirannya. bukan setakat jirannya, pak ngah mat taib jugak pernak menampar beliau. mat tajilah juga sering ditangkap mencuri getah sekerap di kebun-kebun sekitar perairan sungai perak.
dalam paragraf 6..yes! tak de pun aku sebut cekodok?? aik??
pelik. yang ko sibuk pasal dorang 2 nape? siap ada komen org kg lagi. isk..isk..isk... terlalu prihatin r ko neh.
haha xsngka ade org nk blogkn kisah kat kg padang..klakar je bce n karakter2 semua dikenali..sy org kg padang gak....
Post a Comment