Tuesday, March 31, 2009

persiapan kenduri kendara (part 1)

aku rasa, orang kampung aku paling cerewet bab kenuri menikah. mula dari perancangan lagi dah ada mulut juih yang nak komen. seriyes. adat kenuri menikah mula dari sorg manusia yang tiba-tiba tubik crite nak ada boipren atau gepren. pastu start la bawak mulut. coh ceh coh ceh...katakan la dah merisik ke pastu bertunang. lepas je bertunang, soheh kaun mak hawa ni saja buat-buat konpius dok tanya haribulan.

selaku tuan rumah yang nak handle kenuri, paling selamat dia kata "tengok dulu katanya nak tunggu cuti skolah". tapi nak tak nak last-last kena decide gak bila. pastu tok ketua yang sedia kala ada gout tu tepaksa naik turun tangga gi tanya mulut ke mulut(bukan CPR). pastu dia listkan. wakil setiap umah yang nak kenuri kenara ni akan duduk semeja, bincang! takut berselisih tarikh. sat lagi 2 kenuri sama sehari, haru dibuatnya. mengikut adat, mesti nak wat cara rewang. tak mau katering-katering bufet-bufet(bupe) nih. katanya tak hormat tetamu. tetamu akan mari agak tengah hari dengan perut lapar tak berserak pagi, mari ke rumah lepas salam berkaut, terus nak letak punggung cetek(huruf e pertama ada tanda koma atas) di kenuri dan ada bentara hidang pakai dulang. wah! aku rasa sikit-sikit kehotelan. haha..proses memadah juga mesti disampai secara lisan, kad dianggap sekadar lambang budget kenduri, so buatlah kad cantik-cantik, berbau wangi dan sentiasa lebih advance dengan design yang latest.

so tak heran lah. agak lagi sebulan nak kenuri, tuan rumah kena buat meeting. aku ingat lagi, untuk kenuri paksu dan abang aku, aku siap kena buat poster, tampal di dinding dewan. aku tulis sume perkara yang penting atas poster tu termasuk perkara meeting(anak sapa nak menikah), tarikh meeting, venue, masa dan paling penting adalah makanan yang akan dihidangkan masa meeting. mak aku mula asal nak buat laksa, tapi rumah sebelum tu ada dah buat dah. sat gi kata tiru pulak. nak buat bubur kacang yang ekonomik, sat gi ramai tak mari sebab tak best. so buat bihun sup. meeting ni bertujuan nak ambik kehadiran dan menetapkan tugasan setiap rangka kerja termasuk ketua setiap kumpulan, hasilnya sebuah carta organisasi. sebenarnya diorang siap mengutarakan request bentara dan semua tukang basuh dan tukang segala tukang sekurang-kurangnya nak upah. biasa bagi kain tuala, ada yang kaya sikit bagi duit. mampos! ok, habis meeting.

kayu api jangan dilupa.

next, agak lagi 3 minggu, mula gi cari atau beli nyiur. aku ingat aku pergi ngan lori pick up gi amik nyiur hampir 100 bijik, pastu dalam masa 5 hari aku habiskan kupas kulit nyiur tu. seriyes ada kesan gelembung air kat jemari mungil aku ni (haha). tujuan nyiur ni nak buat kerisik. sebab gulai wajib dimasak dihari kawen tu adalah gulai daging masak hitam, memang special tak dapat kat tempat lain(tapi ada dah tempat lain tiru resipi). lagi seminggu lebih nak kenuri, ada suatu petang tu pompuan-pompuan datang ramai-ramai ke rumah untuk mengacau kerisik.orang lain sampai nak sumbat bahulu ke mulut pun tak jadi, gelak jadi tak bunyi tapi bahu henjut-henjut. aku ingat lagi aku jugak yang antara yang memarut nyiur tu(pakai mesin lah). so, tuan rumah memang wajib menyediakan makanan kepada peserta kerisik ni, sekurang-kurangnya kuih muih dan teh-o.

pastu lagi seminggu nak menikah, khemah pun mula dipasang. giliran lelaki gagah menunjuk bakat duduk saja, sebab yang betul-betul buat kerja berapa kerat je, muka yang sama gi mana-mana kenuri tu lah muka fevret yang betul-betul pasang khemah. yang lain tu cuma sekadar lap-lap peluh, display sarung parang di pinggang dan kain tuala good morning di leher. pas tu tunggu makanan disajikan. makan tak cukup? order lagi.

tangan dengan mulut sama naik, lebih cerita pada buat kerja. haha..tapi best! lupa penat kerana ketawa.

pasukan ini menyediakan makanan untuk doa selamat.

sehari sebelum kenuri, yes kena la sembelih lembu. nak meraikan mereka yang menyembelih ni memang tak sah tanpa makanan. sebelum dan selepas penyembelihan. siap sembelih, terus dipotong, dibasuh dan ready untuk dimasak malam nanti, gulai masak hitam dan bahagian tulang sedikit dibuat kari bersama batang pisang. petang yang sama, akan nampak di jalanan makcik-makcik berjalan macam itik, di tangan ada pisau yang berbalut kertas surat khabar. tujuannya nak ke bangsal untuk menghiris bawang dan sebagainya.

malam kenduri ingat rilex ke? oh tidak, umah aku buat doa selamat supaya majlis berjalan lancar. lancar je ke? kot la ada yang pengsan, hujan ke, ribut ke...haha tapi yang penting mintak dijauhkan je, janganlah sampai kurafat. (dengarnya seminggu sebelum kenduri orang dulu-dulu akan membuat satu tiang dan membalutnya dengan kain kecik kaler kuning lalu dipahatkan di bucu perabung rumah, konon nak jauhkan mala petaka pada hari keraian. ish syirik! haha...orang dulu-dulu tak de nak TV nak ramalan cuaca). makan nasik putih berlauk je la malam tu,dan sup tulang dari lembu yang disembelih juga disediakan. boleh hirup, boleh tapau.

kambing ini diberi nama dafi oleh sepupu saya bernama amira. ia disembelih sebagai aqiqah untuk anak paksu, syazanani dan majlisnya diadakan pada malam yang sama.

semasa kenduri paksu, malam itu diadakan majlis khatam dan marhaban.

lepas doa selamat (jeng3!), peserta yang pakar membuat acar sayur akan stand by. para lelaki akan menggoreng ayam sambil meratah(siap dapat rokok dunhill free lagi, yang underage pun terlibat, teh tarik lah...ada-ada je nak request). proses membuat acar sungguh rumit, menggunakan cuka. kuah nya dibuat dahulu dan sayur-sayurnya dicelur lebih kurang jam 3 pagi. namun kuah dan sayur akan dicampur dalam pukul 10 pagi esok. memang sepanjang malam ada yang berjaga, especially kawal ayam goreng tak habis dilahap budak-budak nakal. menurut petua, jikalau ingin tahu rasa kuah atau pes acar tersebut sedap, rasa kuah itu dan jika anda rasa nak terbatuk, maka sedap lah tu.

ini tempat bagi membasuh pinggan mangkuk milik surau kampung.

semasa kenduri kawen abang, lemang dibuat untuk hidangan pada petang sehari sebelum majlis kenduri.

paginya, proses gotong-royong membuat kerabu pucuk paku bersama taugeh, perut dan etc dimula seawal 8.00 pagi. sebagai tanda menghargai tenaga para veteran(diorang ni je yang reti tahap masin yang best), kena la masak untuk sarapan percuma. proses memasak gulai daging masak hitam pun masa ni sekadar diperangatkan kerana siap dimasak malam tadi. namun, kuah ayam masak merah dimasak seiring kerabu pucuk paku. dan tika itu jua, campuran acar sayur dibuat. sungguh kelam kelibut. wajib dipastikan semua masakan disiapkan sebelum tengah hari. siap, para hadirin sempat pulang ke rumah untuk mandi dan pakai lawa-lawa melaram sehabis glemer kerana tugas sekarang dipikul pihak bentara untuk rewang.

mari memasak bersama chef ismail, "wong lo ka! panas badan pun tiada"

makan tengah hari mula disaji jam 12 dan akan beransur tamat apabila pengantin tiba. pelbagai acara dibuat semasa tempoh bersantap seperti marhaban, kompang tika pengantin tiba, DJ memutarkan lagu (seriyes kerje dia merapu selama 3 jam), silat pulut meraikan pengantin bersantap, kareoke dan sebagainya mengikut kreativiti dan budget (rumah aku buat marhaban dan kompang je). fuh, belum cerita apa yang berlaku dalam rumah dengan hantaran, bunga telur, pelamin, bilik pengantin, masakan pengantin bergubahan(ada lauk extra nak bagi special kat pengantin), goodie bags, acara minum petang untuk keluarga pengantin dan sebagainya.

meja makan pengantin belum siap.

tamat kenduri menandakan beban untuk mengembalikan suasana kembali kepada asal, yes sila berkemas. memang penat! tapi itulah adat kampungku. haaa...ni baru part 1, next ada cerita lagi)

9 comments:

missone hazel said...

wei,sebijik kenuri kt kg kak wan masa zaman dulu2.tp skng ni dah kureng skit,sume nk keje snang je.haha...tapi kan,betoi la,byk tol makanan nk kena sediakan....haha...buat tu,ada makan, time buat ni, ada makan...patut la semuanya cam bola...haha

Cik Faridah Huda said...

Panjangnye...tp rase inkuiri nak bace tetap ade...bukan senang nk jumpa org bergotong royong bt knduri skang nie...semua asik makan buffet je...baguih kg ang...masih mengekalkan ciri2 tradisi...

SYED NAHAR said...

kak wan : yes memang dipenuhi makanan. cuba bayangkan makanan tu ada sesuatu kekurangan? haaa..lain pula ceritanya.

mek : datang lah ke kampungku!

Cik Faridah Huda said...

payah la lagu tue....
ada ka anak-anak teruna hat pree...
nnt aku p masuk meminang...
leh tgk kampung padang....
munkin perlu belajar bahasa gerik pas nie...

SYED NAHAR said...

eh..jgn kata teruna, ayah sang teruna pun ada juga. ok aku akan perkenalkan kau dengan wan hussein yang merupakan jiran saya, dia kini bermain bola sepak utk negeri perak. anda suka? bleh jadi rita rudaini no2.

Cik Faridah Huda said...

kembaq ke wan hussein tu....???
nak kena kawen kat siam ke...
janji ensem..hahahahaha

SYED NAHAR said...

haha..siam ngan kampung aku dekat dah. naik bas rm1.80 je. haha. tapu usin tu pemalu, aku ada nampak dia main midfield kat tv balik aritu. haha. encem tu..abang dia lagi encem tapi abg dia hanya berkerja sebagai mat rempit sambilan kerana sesiapa yg ada moto rxz akan dituduh merempit. haha.

NaFeeZ said...

betol ker ada org kena berjaga malam sebab tanak kasi ayam goreng diratah dak2 nakal? len kali letak la dalam beg berkunci...haha kena sajes kat tok ketua...kenduri kat sana betol2 very welcome..siap berhidang lagi tu...tradisi camtu dah lupus 10 tahun dahulu kat tempat aku.sekarang makan amik duduk seniri dalam pinggan n cawan plastik...

SYED NAHAR said...

kampung aku mmg masih tradisional. sbb tu aku pun seorg yg cukup tradisional bagai lelaki melayu terakhir...*imagine aku duk tepi vanidah imran*