Tuesday, November 3, 2009

gelaran (part 7)

apa khabar anda sekalian? marilah kita sama-sama meneruskan subjek kita ini untuk mengkaji nama gelaran. diharap semua pembaca dalam menyediakan pen dan kertas bagi menyalin isi-isi penting seterusnya dinotakan secara peta minda. bagi yang baru saja mengikuti ruangan ini, bolehlah anda semak kembali slot Gelaran Part 6.

31. win/ wind
idasary binti ibrahim memiliki keunikan tersendiri. dari tahun 1997, beliau merupakan objek penegasan di kelas 1 utarid. keunikan yang beliau miliki selain dari merupakan warga kuala lumpur yang tunggal adalah tingkah lakunya yang istimewa. ramai jejaka yang pernah dikaitkan dengan idasary, mengumpulkan koleksi kisah cinta yang pelbagai rona. seorang pelajar matrikulasi yang berstatus tengku pernah mendominasi kisah klasik cinta idasary, dikiuti dengan beberapa watak rakan sebaya. idasary merupakan peminat fanatik kumpulan boyband terkemuka amerika di era lewat 90-an seperti backstreet boys. namun di sebalik penampilan idasary yang indah itu, beliau telah dikaitkan dengan watak seekor haiwan comel, penguin. gerak jalan idasary dikatakan menyerupai penguin. sebagai nama panggilan manja, win nama diberi.

32. karen/ current
tidak ada kena mengena di antara karen kok atau karen mok dengan nama yang bakal diperbincangkan selepas ini. karen merupakan terjemahan dari perkataan inggeris iaitu current yang membawa maksud arus. menurut hukum arus V=IR di mana masing V adalah voltan, I adalah arus dan R adalah rintangan. jelas, mohd amin bin ibrahim merupakan tokoh terbilang dalam dunia fizik, lanjutan dari peninggalan sir isaac newton, moyang kepada olivia newton john. mohd amin ibrahim mendapat nama karen/ current hasil daripada fenomena yang dicetuskan dari sitkom animasi terkenal jepun, pokemon. watak pikachu telah disinonimkan dengan mohd amin ibrahim, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada mohd amin adalah pengikut setia ajaran kumpulan cakera alam atau tidak. kehebatan cakera alam yang dipelopori oleh seorang lelaki berbangsa india muslim bermarkas di cheras, adalah teknik rawatan kesihatan yang berasaskan aliran elektrik. misteri pernah dibongkar dalam siri popular tv3, misteri nusantara.

33. salamander
mohd salam bin yahya dipanggil salamander. sangat mudah mencipta nama, hanya perlu membuat penambahan bukan imbuhan terhadap nama beliau. salamander merupakan haiwan yang tergolong dalam keluarga cicak yang hidup di kawasan lembab seperti di pinggir kali. sesekali mohd salam bin yahya marah dengan ajukan kawan-kawan yang memanggilnya salamander namun tidak dihiraukan malah diugut dengan gelaran lain, dipanggil salam-spender yang membawa maksud seluar dalam.

34. wak
nilai jawa dalam masyarakat salah satunya diertikan lagi dengan kata nama. bukan frasa kata nama kedua atau kata ganti nama namun maksud tersirat sesebuah nama itu sendiri. jika apek dibayangi kaun cina, sememangnya wak melambangkan jawa. wak saini atau mohd saini pajuri telah dilahirkan di beruas, perak. perilaku saini tidak pernah melambangkan jawa, apatah lagi pertuturan beliau yang sudah lama bertutur dalam bahasa rasmi ibunda, bahasa malaysia. sikap saini yang disenangi ramai juga membuatkan beliau dikenali dengan identiti masyarakat jawa, justeru dipanggil wak sebagai tanda ingatan 1 malaysia.

35. nuhu

nama nuhu tidak asing lagi di kalangan majlis perwakilan pelajar. nuhu menjadi milik nurul huda binti mohd noor yang berasal dari kampung gajah mati, mukim pokok sena, kedah. nuhu mungkin merupakan gabungan daripada ambilan nama beliau sendiri sebagai satu sebutan membentuk kata sendi, di mana pabila mulut kita muncung menyebut nuhu, sendi mulut akan tertujah ke hadapan tanpa memberikan sebarang refleksi terhadap sendi lesung di punggung. nuhu merupakan pelajar yang sungguh kuat jiwanya, menghayati situasi. nuhu pernah dinobatkan sebagai ratu bahasa peranchis sejurus menguasai peperiksaan lisan semasa di seratas apabila mampu menewaskan muhd rizuwan ismail hanya dengan berbekalkan kecantikan luaran. nuhu amat menggemari nasi goreng pattaya gerai belakang bomba serta teh ais bawah fajar jalan panggung wayang, taiping.


berjumpa lagi dalam gelaran part 8 di masa akan datang. sekian.

18 comments:

Cik Faridah Huda said...

hohohohohoh...I like!

benci dgn memori ang..sbb ia begitu kuat....

missone hazel said...

lama dah dok tgu sambungan ni.akhirnya timbul gak.hehe...

missone hazel said...

lama dah dok tgu sambungan ni.akhirnya timbul gak.hehe...

SYED NAHAR said...

mek : ceh ceh ceh! haku ni bukan hape..baru jumpa buku azimat yg dulu aku list down kat india masa boring2 dulu..hehehe...tu bleh karang balik tuh.

kak wan : timbul tenggelam je aku nih...kalau diberi luangan waktu, ada je entry baru...

idasary said...

syed nahar...
aku tabik spring la dengan ingatan ko terhadap sume bende2 ni..tapi sedikit pembetulan ye...byk lagi bende lain yang bole jadi objek penegasan selain aku. mane plak aku pengumpul kisah cinta ni????

Cik Faridah Huda said...

seriyes teringat kat kepekatan teh ais bawah Fajar....sedapnye..ade lagi ke skang?

SYED NAHAR said...

idasary : wahahaha..tapi masa mula masuk seratas tingkatan 1 ko lah yg paling banyak scandal. sila terima hakikat. hahaha... glemer tuh bukan senang nak jadi.

mek : anda mempunyai banyak memori tentang makanan di taiping...
mungkin yonh tau foo taiping juga menghiasi mindamu...

Anonymous said...

baru ni aku p tepeng cari yong tau foo kaklia dan abg di dah tak dak. stall depa katop. huh. keciwa.

-nan (bukan nama manja)

SYED NAHAR said...

ya ka? keciwa...nasib baik kueh teow doli masih aktif.

cik mastura othman said...

tetiab aku rs nak menyampuk.....
kalau ikut istilah kulinari, salamander merujuk pada satu alatan memasak... hehehe... lebih kurang mcm griller, tp bersaiz microwave dan bisanya terletak di bahagian atsa stove... kih3....

SYED NAHAR said...

ooo..bahasa kulinari mmg unik. apa selama ni omputih panggang cicak ke kat stove dorang? hahaha..

mas kat ikea banyak sale pasal barang dapur! nak je aku bawak hang pi sebab best memilih mcm masuk dalam dapur nigella bites tuh.

Anonymous said...

hehehhehe...a'ah..ni suma memory....dok tggu gak smbungan ni....kemarin aku ada kss..ni bru sempat baca...tgok2 dh ada 11 komen..huish..hebat tu...segmen gelaran mmg ramai yg tggu...hehehhe


sir

SYED NAHAR said...

eleh sir...apa pun aku tak tau gelaran SIR tu asal usul mai dari mana.. kena rikues la kat hang suh cite.. bleh ke?

Anonymous said...

HAHAHHAHA...
biarlah RAHSIA.....

biar aku ngn org2 tertentu ja tau...sebab time aku dipggil sir tu..xrapat sgt ngn hg..time tu form 2 rasanya..aku pun dh lupa....sebab tu hg x tau....hehehheh

sir

SYED NAHAR said...

wei sir sampai dikau memencilkan diriku!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

syed..pendek jer aku nak komen..
"..aku suka slot gelaran nie.."..sekian.

-emon-

naeims_ab said...

teruskan usaha murni anda...

SYED NAHAR said...

emon : ye ke? aku teruja sebab emon baca belog aku. tq emon. i lap u veli mach! muah muah!

naim : takkan aku nak kena muah ko gak? heehee...aku dah tak de watak nak ungkai la weh. man chorn pun lama dah tak baca belog aku.