Tuesday, November 10, 2009

gelaran part 8

apa khabar anda sekalian? marilah kita sama-sama meneruskan subjek kita ini untuk mengkaji nama gelaran. diharap semua pembaca dalam menyediakan pen dan kertas bagi menyalin isi-isi penting seterusnya dinotakan secara peta minda. bagi yang baru saja mengikuti ruangan ini, bolehlah anda semak kembali slot Gelaran part 7.

36. mek i
apapun sejarah penganugerahan nama 'i' terhadap haniza mohd nor sememangnya tidak diketahui oleh penulis. penulis menabur fitnah bahawa ianya mempunyai kaitan dengan nama beliau yang bunyinya ringkas dan mudah dipanggil 'i' atau ainiza. sewaktu lewat 90an, jenama 'I' sangat popular sehinggakan turut mengeluarkan produk elektronik seperti kamera dan pemain mp3. penulis pernah melihat mohd hafis ibrahim yang suatu ketika dulu rapat dengan haniza, di mana hafiz telah mempromosikan nama haniza dengan produk 'I' periuk nasi yang sedang hangat di pasaran. namun, idea itu telah ditempelak oleh haniza yang diakui memiliki vokal high peaching.

37. jungle tasmania
pulau tasmania di bawah pemerintahan negara yang mendaulatkan monarki ratu elizabeth II, australia memiliki keunikan tersendiri sebagai satu-satunya lokasi di negara pulau terbesar dunia itu yang menurunkan salji. pulau tasmania terkenal dengan buah epal dan haiwan seperti beruang koala. tasmanian devil merupakan haiwan mirip koala yang terkenal menjadi ikon australia selepas kangaroo. animasi tasmania yang memaparkan seekor haiwan yang gemar memakan apa sahaja termasuk batang pokok dan kerusi meja. nur tasnim ismail mendapat jolokan tasmania daripada suhaili basri yang pada ketika itu mengejek-ngejek nurtasnim yang telah dimarahi puan sabihah. nurtasnim didakwa menyimpan dan memakan jajan yang disimpan di dalam laci meja sewaktu kuliah. apabila diarahkan mengeluarkan barang bukti, didapati jumlah makanan tersebut mampu dibuat kenduri tahlil yang mana laci tersebut mengandungi ban sosej, kerepek ubi pedas, kacang goreng, maruku, kerepek pisang masin, kacang tumbuk, jambu potong, burger, hotdog, biskut chipsmore dan pelbagai lagi. tidak dapat dinafikan, kelaparan menjadi faktor para pelajar kurang tumpuan, namun makan secara berlebihan sememangnya mengundang rasa cemburu rakan taulan. setiap kali melihat nur tasnim menyuap makanan, suhaili basri akan menyanyikan lagu tema animasi tersebut, jungle tasmania.

38. sekenar
bunyi sekenar sebenarnya berasal dari susunan konsonan dan vokal seperti berikut; S.K.N.A.R. nama sknar diterajui oleh nor samsinar khamsi yang sangat popular suatu ketika dahulu sebagai orang kuat planet zuhrah selain nor hasliza dan siti rahayu. jika nor hasliza dengan dunia musabaqah beliau, samsinar pula dengan dunia sukan dan adik angkat. samsinar sering kali menjadi perhatian para senior, tidak dinafikan samsinar amat langsing ketika itu. watak samsinar telah mencuri tumpuan daripada lelaki egois dan liar, mohd naim bin abdul rahman yang dulu juga turut ramping, lalu menyusun koleksi kisah cinta klasik. menurut fakta sumber lisan sekunder dan tertier, SKNAR membawa maksud Samsinar Khamsi Naim Abdul Rahman. keunikan cantuman nama membentuk akronim itu berjaya membawa nama sknar menjadi abadi di sanubari setiap warga seratas. apapun, jodoh mereka tidak berakhir di jinjang utara mahupun tilam vono.

39. robot
"siapa? wani? wani mana? ohh...wani robot! lain kali sebutlah robot baru confirm!"ujar seorang teman. terdapat dua orang perempuan di seratas ketika dulu yang memiliki nama syazwani, iaitu nurul syazwani dan nor syazwani. nor syazwani dikenali sebagai wani robot, dikatakan berjalan seakan sebuah robot berbateri, tegak dengan postur robot berperisian. berbeza dengan idasary yang berjalan seperti penguin, ketegakan syazwani lebih jelas sudut tepatnya, boleh ditentu-ukur dengan menggunakan pembaris tembereng ataupun dibuktikan melalui garisan pembahagi dua sama serenjang.

40. empat serangkai
empat serangkai ditubuhkan bukan untuk merompak bank BSN taiping, tapi bagi melengkapi trio jejaka koodiang, kedah yang utuh dengan semangat asal usul tempat kelahiran. siti zalipah yang dipanggil 'sir' juga memiliki nama ini yang mungkin ramai atau beliau sendiri tidak tahu. apabila melihat siti zlipah, ramai yang akan mengucapkan kalimah 'empat serangkai' sambil menjeling ke arah mohd khairul nizam bashiron, azrul aziz dan mohd zaidi. menurut pengkaji, siti zalipah melengkap trio itu menjadi triplet, atau berempat disatukan identitinya dengan setiap mereka memiliki konsonan 'Z' dalam nama mereka yang jelas sekali. tanpa konsonan ini, tentu tidak semeriah mana. mereka juga dipanggil orang 'Pida' namun disangkal oleh siti zalipah yang menegaskan beliau tidak terjebak dengan trio itu, justeru membuat pindaan kepada 'Feeder', seperti yang tertera pada kad pengenalan ibunya.


berjumpa lagi kita dalam Gelaran part 9 di masa akan datang.

12 comments:

Cik Faridah Huda said...

hahahhaha..lawak...

harap2 naim baca terutama tang part sekenar tuh...

aku mmg dok agak dah nama blakang tuk stand 4 naim abdul rahman...tp bila aku minta pengesahan...selalu samsenutt buat2 x mau jawab...kanak2 2Z..tetap utuh ngan spekulasi itu...

eleh...jgn dok tipu aku la...
depa time kelas bahasa arab ustad Juaini..slalu main ngerling2 mata...ingat aku x nampak?????kikiki

SYED NAHAR said...

ye ke? depa ngerling2??? ish...dasar pompuan gatai! sorang lagi tu dasar jantan gelenya!

eh tetiba aku emosi? hahahaha...
**feeling aku sebagai mawardi**

hahahahah..

naeims_ab said...

aku hanya mampu tersenyum sipu... itu semua hanya gosip liar.. kami hanya kawan biasa. (jawapan biasa artis)

SYED NAHAR said...

ceh! gosip mmg lumrah akan bergerak liar meniti bibir... tapi gosip tak kan tercetus tanpa peledak..pendek kata tak de angin masakkan pokok nak berhenjut....

naim...sila buat press conference.

[DnaZz] said...

hahahaha..aku nk gelak nie..hahahaha.lawak ar, bru aku taw asal usul SKNAR nie..kikiki..yup, naims sila buat press conference.hahahahahaha ang mmg paparazi la, syed. ni lagu tuk ang "papa..papa..paparazzi" :p

SYED NAHAR said...

tu lagu lady gaga ke gugu gaga erra? "ni ha ai nak tunjukkan u ai sental tayik baby ai..u ols tak reti kan?"

naeims_ab said...

no comment, soalan lain?
hmmm..no comment jugak..
no comment..no no no.. i nak saman sapa yg mencemarkan imej i ni.. sewel..

SYED NAHAR said...

eleh naim..sikap kepala besar ko tuh menjadikan ko seorang yg egois. hahaha.. dan dikau jugak telah hanya berkawan dengan jantan2 berlagak baik je bagi mengaburi mata sepet mat burn dan teman2 lain.

samsinar kay said...

weeeeiiiiii...nahar!! kwn2 jgn terpedaya... itu hanyalah gurauan berdasarkan assumption encik nahar yerrr...nk tuntut royalti ni upon this storyy...hahahaha....

SYED NAHAR said...

hahaha..cik samsinar kay usahlah anda membuat penentangan ke atas apa yg telah diperceritakan kerana mohd naim abdul rahman senirik telah mengiyakan kisah ini untuk diperdagangkan di seluruh pelusuk asia pasifik..

naeims_ab said...

sejak bila plak aku bg permission?? sungguh paparazi si syed nahar nih..sesuai jadi wartawan media hiburan, berkawan ngn HUZZ..

SYED NAHAR said...

huzz? auw mak sukee! hehehe...
aku upgrade skit ah takkannak kawanngan huzz wartawan cover line tuh.. stakat urtv ceh! baik aku keje ngan ryan seacrest ke utk channel E.