Monday, October 5, 2009

gelaran part 6

apa khabar anda sekalian? atas dasar simpati terhadap beberapa komentar sebelum ini, saya bersetuju untuk kita sama-sama meneruskan subjek kita ini yang mengkaji nama gelaran. diharap semua pembaca dalam menyediakan pen dan kertas bagi menyalin isi-isi penting seterusnya dinotakan secara peta minda. bagi yang baru saja mengikuti ruangan ini, bolehlah anda semak kembali slot gelarat part 5.

26. awak
mohd hairol mizzam bin hariz merupakan seorang yang amat kedekut. menurut skala, tahap kekedekutan beliau kurang 4 persen berbanding haji bakhil dalam filem tersohor labu labi. mizzam merupakan pemakai cermin mata kanta cembung dek kerana matanya yang rabun jauh, namun takhta tertinggi tahap kerabunan bukanlah beliau sebalik harzelinda. jiwa mizzam yang sungguh cermat berbuat perbelanjaan harian memaksa beliau untuk tidak membeli sabun basuh baju dan berus. setiap hujung minggu, mizzam akan ke rumah ibu saudaranya di bagan serai untuk tujuan mendobi pakaian. langkah bijak beliau diteruskan lagi dengan mengamalkan dasar menyimpan stok produk di dalam poket. walaupun ramai teman sebilik B14 yang teringin untuk berkongsi makanan, namun mereka telah tahu alasan mizzam untuk tidak berkongsi, iaitu mizzam akan berkata, "awakkkk...saya pun nak makan jugakkkk!" wajah comel mizzam akan membuatkan setiap yang melihat akan menjadi sayu, lalu tidak tergamak untuk berkongsi makanan. jemu mendengar perkataan awak, mohd hairol mizzam dipanggil awak mizzam. awak merupakan pelajar tercomel batch97-1999 kerana mengekalkan rupa paras yang sungguh jambu, sekali gus menjarakkan diri dengan pencabar lain seperti ahmad baqi (bukan nama sebenar), romzi, naim (sekarang tidak lagi) dan sebagainya.

27. mat chem
gurauan senda seharian adalah mengubat hati yang pilu teringatkan kampung halaman. walaupun rumah beliau hanya sedekat kamunting, mohd hafiz ibrahim tidak terlepas dari bersenda. bilik A11 merupakan sebuah kamar ceria yang saban kali terdengar hilai tawa penghuninya. gurau menukarkan emosi menjadi ceria, keceriaan membawa keyakinan dan keyakinan membawa pertuturan menjadi kelucahan. lawak lucah sememangnya menggelikan hati. namun di sini kita perlu tahu adab dan sempadan untuk menulis. namun percaturan di sini ingin menyatakan nama mat chem berasal dari suatu jenaka yang lucah dan telah gagal sewaktu penapisan oleh FINAS kepada penulis. apapun, di sini penulis ingin menegaskan hanya bahawa nama gelaran beliau berasal dari sebuah lawak lucah yang mengaitakn susuk tubuh beliau sewaktu di tingkatan 1 yang sedikit berisi, tika beliau baru memasuki seratas dari king edward.

28. pakcik
mohd muktamir mukhzani merupakan seorang penggelar yang jaya. beliau amat berjasa dalam industry ini serta telah menempa nama sebagai penggelar tersohor yang mampu menggelar pelajar tingkatan lain. namun, tiada siapa yang sempurna dan dapat lari dari sebarang kemungkinan. rupa paras dan tinggi rendah menjadi ukuran utama dalam proses penggelaran. muktamir disinonimkan dengan warden terkemuka yang katik, pakcik sahar. walaupun muktamir redha dengan dengan ketentuan nasib beliau, beliau kekal tabah dan tidak putus asa untuk terus menggelar lagi kerana khidmat beliau amat diperlukan oleh segenap lapis masyarakat kerana gelaran itu ada kepentingannya sendiri.

29. indon
sekali lagi rupa paras menjadi jolokan utama. kini rozanizam zainol dipanggil indon kerana dikatakan beliau memiliki raut wajah keindonesiaan. mungkinkah rozanizam sekacak tony gunawan? atau secomel nocholas saputra? atau segagah samuel rizal? apapun, malaysia dan indonesia tetap berjiran baik dan memiliki asal keturunan melayu yang serumpun. rozanizam merupakan bintang sukan terkemuka rumah enggang dan menjadi pencabar utama dalam larian 100 meter.

30. apek
mata sepet, kulit cerah dan berjalan persis apek cina yang aktif bergiat hebat berniaga di pasar sayur taiping sememangnya menyumbangkan idea mengaitkan azharuddin sebagai apek. walaupun di kelas beliau dipanggik azzaq, namun di asrama jolokan azzaq tidak sepopular mana, tapi nama apek sungguh masyhur seperti nama-nama besar yang lain. walaupun begitu, tatasusila beliau tidaklah seperti seorang apek cina bahkan beliau merupakan seorang pecinta yang romantis kerana kisah perasaan cinta beliau penah dinobatkan sebagai yang teragung pernah didengar namun medium blog di sini bukan masanya sekarang untuk dibuat penjelasan, mungkin di lain kali.

berjumpa lagi dalam gelaran part 7 di masa akan datang. sekian.

6 comments:

Anonymous said...

we had joy
we had fun
we have teacher lee choi fun

i request these name to be in ur next gelaran entry

-SIR
-SKNAR/SKNAQ
-DOME

sapa lagi?

anonimes

SYED NAHAR said...

sapa anonimes nih???
macam nak tuduh cheweng je aku rasa...hehehe.

naeims_ab said...

hahaha...tak pasal2 ada plak terselit nama aku yg sememangnya popular ni.. sekarang ni aku dah tak jambu, tapi macho... hahaha..

SYED NAHAR said...

hang macho? hishh...
naim mana sessi berumah terbuka ko?
dah nak abis shawal nih...

naeims_ab said...

SEDANG DIUSAHAKAN.. HAHA..

SYED NAHAR said...

pelis la naeim wei nak abis shawal dah nih..sila percepatkan..hahahha (ayat org lapar!)