Monday, November 9, 2009

buah keranji dalam perahu

saya tidak berniat untuk menceritakan kisah kawan lama saya yang bernama keranjit kaur atau lebih popular dipanggil kiran itu, tapi kisah ini berlaku pada hari jumaat lepas. saya sangat teruja kerana selama ini saya hanya mendengar melalui pantun dan syair.

kakak ani rahayu memberikan saya 3 biji kuah keranji. katanya ia adalah pemberian dari seorang kakak lagi yang mana kakak ani rahayu mengagih-agihkan 3 biji seorang supaya saling rasa-merasai. kulitnya seakan baldu nipis di luaran biarpun nampaknya seperti kekacang dalam filem ice age.

close up, lihatlah! buah kernji perlu dikupas menggunakan teknik yang betul supaya ianya sekadar membuat bukaan belahan dedua seperti pembelahan sel secara mitosis. isinya hanya sedikit, rasanya masam seperti asam jawa tapi hanya seketika. memiliki biji yang keras, bewarna coklat kehitaman membuatkan saya teruja kerana ini pertama kali seperti mana saya mendapat tahu asal biji kacang badam yang bakal menyusul di entry akan datang.


lihatlah diriku yang teruja diungkapkan di dalam gambar dengan bebaju merah menyala. gambar ini bagi mengabdikan sejarah hari saya bertemu buah keranji yang sering difitnah hanya berada di dalam perahu.


3 comments:

Anonymous said...

oooo..cmtu ek rupa dia....aku pun igt buah tu dok dlm perahu jugak...tol la..ala2 kcg dlm cier ice age tuh..

lupa nk komen pasai baju...meghah menyala pak ngah oiiiii....hehehheheh....muka teruja bertemankan buah keranji....


sir

SYED NAHAR said...

besa la..tak tau nape la ni mood nak pakai baju teghang mcm berani sangat. padahal tua dah pun...! hahahaha... gila klasik buah keranjit kaur nih.

Anonymous said...

laaa..melambk kt klate buah keranji,dari kecik da knl buah 2:)