hampir keseluruhan kedai dan penjaja di delhi (rasanya whole india) mengguna sistem sukatan ini, iaitu penimbang kaedah keseimbangan. pemberat logam digunakan, agak kurang accurate sebab kalau nak beli just 2 kilo tapi kamu mesti membelinya dengan ia dibundarkan kepada 500 gram terhampir walaupun masih ada pemberat 250 gram selaku yang terkecil atas alasan leceh sebab sebiji epal dah berapa? kalau tepung ke rempah ke boleh lah melakukan penelitian. konsep dacing ini kira okay lagik, terdapat juga yang cara manual di mana dacing itu dipegang dengan tangan, contohnya membeli maruku kacang di yashwant place, chanakya puri. itu dah dekat dengan kawasan penempatan kedutaan kira sepatutnya moden tau. tapi gambar kali ini diambil di simpang empat sunder vihar menghala sunder colony dan peeragarhi.
cuba teka berapa kilo agaknya epal-epal yang dibeli tu?
seperti melangkah ke alam 30 tahun kebelakang. tapi unik jugak kan?
No comments:
Post a Comment