Tuesday, November 24, 2009

mari teman saya bersarapan

lapar sungguh! turun tingkat tiga pergi cafe, dah jemu nak makan nasik lemak so tukar selera kepada bubur nasik. tak der ikan masin tapi dia buat goreng-goreng seperti yang anda lihat pada gambar di atas. semenjak dua menjak ni macam kurang semangat nak post entry baru. kalau ada pun balik-balik video yang mudah dan murah itu. beberapa agenda yang ingin digariskan kepada teman-teman seperjuangan, iaitu berupa :

1) saya telah berpindah ke sentul, di taman dato senu yang merupakan sebuah rumah berhantu yang cukup mirip sebagai lokasi ghost buster. bukan apa, rupa paras rumah yang dibina seawal lewat 70an ini membuatkan anda teringat akan memori menonton filem lakonan uji rashid, r.jaafar dan kuswadinata muda. pertuduhan ini dibuat ketika menjejak kaki kali pertama di mana saya naik ke tingkat tiga untuk meliwat kabinet almari lantas terlihat beberapa pelekat majalah gila-gila yang ditempek di muka laci. bayangkan sticker itu yang berupa gambar hitam putih, kartun, lelaki tua memakai kaca mata hitam dan janggutnya panjang mengurai. oh!

2) perkahwinan kakak saya, anna akan berlangsung di perak dan kemudiannya selepas 2 minggu kenduri menyambut di pulau pinang. makna kata kena pulang ke kampung lah. then kenduri kawan-kawan yang nyata menguasai kalendar disember 2009 akan terpaksa dipilih yang mana mampu untuk dihadiri. bagaimanapun saya memberikan semangat untuk diri sendiri supaya mengkaji baik buruk pelan pemanduan agar ia berjalan lancar dan ekonomik.

3) aktiviti bekerja secara part time telah membuatkan saya agak gembira lately ini, mana tak nya dapatlah hamba mengumpul sedikit wang untuk perbelanjaan harian. kepada mereka yang ingin menyertai kerja mudah ini (ini kerja baru dapat duit tau! bukan MLM) mestilah komited dah memerlukan keazaman yang tinggi seperti beramah sampah serta very talkative. biasalah group discussion style lah kan. ok, esok saya akan berada di universiti malaya library untuk melakukan kerja part time di bawah kelolaan dr.siew dari UTAR untuk kajian terhadap terhadap penggunaan blog, rasanya kali ini merupakan kaji selidik TNS reserch international atau nielson international. jom join!

4) saya mengalami masalah dengan sistem email hotmail, jadi kepada semua para pelanggan mahupun yang ingin mendapat konsultasi mengenai kain sari, sila rujuk blog yang mana saya telah mementionkan email sekunder saya iaitu naharsyed@yahoo.com sebagai pengganti. diriku amat mengesali tindakan keji kumpulan group respek yang secara tiba-tiba menyalurkan rangkaian email forum mereka itu ke hotmail saya dan menyukarkan saya mencari kerja lain. selama ini hotmail menjadi email tunjang saya sejak 1997 (sejak mengenali internet).

itu saja kot? eh kenapa sikit sahaja? konon ingatkan banyak sebab otak serabut seperti bun chicken floss. ah, mungkin masalah kendiri. kalau ada tambahan boleh update kemudian.

11 comments:

missone hazel said...

apa kes ni???

SYED NAHAR said...

inilah perkembangan terbaru diriku. wahahaha..

emy jay said...

aku nak gtau, aku mkn lontong pagi tadik..pastu aku nak gtau, duit ko da berlebih tu, main income pon da lebih pade cukup..ne bukan 2nd income dah,tapi 3rd income..ko hengat kite dok singapore ke nak cari duit bebanyak?? (nada bengang sbb duit aku xbanyak)..lagi satu aku nak gtau, aku denda ko belanja aku kat chilis..lame da kan tertangguh?? dari zaman aku berlaki sampai la da jadik mak jan neh..

Anonymous said...

aku malas la syed...suma mls...nk hup date pun...huh mencik pada diri seniri.....

bila tgok aqilah tunang, rasa cam nk tunang skli lagi ja...best ooo tunang....huhuhuhuhu

eh..apasal ni??? terimalah...hasil lalutan aku yg mls..huh!!!!!

- tp suka baca blog hg yg sntiasa ter hupdate'

yang mls n rasa nk tunang skali lagi....
sir

Cik Faridah Huda said...

syed...kalo boleh aku nak ang hadir sebagai pasangan aku di majlis apem....mane-mane pun xpa...hohohohohohoh.....
bukan ape...nak bagi feel kenduri itu meriah!

*masih x leh padam memori yg asik teringatkan ang reverse rio pas tu pandu semula ke dpn di belakang kedai mamak USJ tuh semata-mata memberi pade senah jln dulu!!!!

SYED NAHAR said...

emy jue : tu la ko nak makan chilis pastu mai KL tak calling2 aku..hehehe...kot ya bleh pi tengok kedai tudung ala2 ariani tuh... kan abang aku meniaga uptown! hehehe.. tapi diam je dia macam tak memerlukan khidmat dah. biar jelah. oii mana la aku ni banyak duit...aku ni simpan duit utk masa depan..nak beli umah lah...

sir : alahai sir aku ni kempunan nak baca blog orang lain tapi payah nak tgk berupdate tapi takpa laha ku update pun aku dapat rasa aku punya tuning kian merendah dan tak serancak dulu... tapi suatu hari nanti aku tau aku pun akan terhenti jugak dari pengapdetan belog. oii apa kes nak bertunang lagi? ko nak wat koleksi suami tiri eh?? hahaha...

mek : kenapa imaginasi itu yg kau fikirkan? hahahah..oh mek u have to be my partner utk kenduri tapi later aku cek kenuri akak aku tu bila, kalau tak clash kita berpadu la serang kenduri depa. hahahaha..

the bongsu said...

rumah di cent-tol mmg cam scary..hu hu malam2 jengoklah tepi tingkap selalu..

emy jay said...

pasne kalo aku gi sane mmg wajibul ghunnah aku gtau ko..ko jgn buat2 bz plak..

eleh, duit da banyak lagi nak banyakkan lagi..meh share ngan aku nak duit ko? huhuhu

SYED NAHAR said...

anand : mmg lah scary..aku pun mcm kurang berkenan duk sentul tapi just buat jangka masa pendek jek. ingat nak gak beli rumah. hehehe..

emy jue : bila next trip ko?

emy jay said...

mungkin 11 dec..pastu aku nak gi penang..jom la join..ade kawan aku kawen

SYED NAHAR said...

aku pun december full dengan jemputan walimah urus...hehehe..

tgk la kalo ada rejeki...