Monday, November 30, 2009

kain sari dibawa belayar

menerima tempahan dari rakan, membuatkan diri ini teruja. bukan niat kerana mengambil untung tapi kesempatan yang ada perlu diguna sebagai jasa kepada rakan taulan kita. berada di india sendiri membuat diri aku meraba mencari keunikan yang aku sendiri kabur. rugi kalau tak beli sari kerana di malaysia harganya sangat mahal. nak pergi ke india semata-mata untuk membeli sari? oh tidak! tiketnya sahaja mencecah lebih 2 ribu.

dari sunder vihar, aku menaiki otto (3 wheeler cab) menuju janak puri metro station atau lebih dikenali sebagai tren ringan. namun, aku perlu melakukan transit di connought place untuk mengemudi aliran vishvidyalaya sebelum turun di patel nagar. kesesakan umat manusia di connought place yang merupakan lokasi paling meriah di pusat bandar new delhi sememangnya diakui dengan tubuh dirempuh dengan hidung diharumi bauan bunga jasmin. setibanya di patel nagar, sekali lagi perlu menggunakan khidmat otto untuk menjejakkan kaki di sebuah pasar berhampiran persimpangan AIIMS (all india institute of medical sciences).

setibanya di INA market, aku terus menghayun kaki menuju koordinat raj silk store, di situ seorang kawan bernama bupesh akan menunggu. sememangnya pertemuan telah dipersetujuan melalui memorandun yang ditandatangani. buat pengetahuan, kain sari jenis sutera bangalore ditempah khas dan ditenun dari bangalore, yang berada di negeri karnataka iaitu negeri kelahiran aishwarya rai, nun jauhdi selatan. seawal satu minggu, aku menyampaikan tempahan berupa jenis kain sari, warna, rundingan harga serta bilangannya supaya melicinkan jihad ini.

keadaan INA market yang daif sering mengingatkan aku dengan kejadian pengeboman berani mati serta serangan pengganas. keadaan di sini juga amat panas, dipenuhi manusia. di bahagian belakang terdapat pasar yang menjual sayuran juga, termasuk ikan (jika ada), daging kambing, ayam serta daging-daging lain termasuk yang tidak halal. setelah membuat bayaran kepada bupesh yakni secara tunai, aku akan membawa gumpalan pukal ini untuk menaiki otto dan seterusnya kembali ke rumah tamu menaiki tren.

di rumah tamu, aku akan membuka kotak-kotak pembalu kain sutera sari ini supaya dapat mengaburi mata pihak kastam. disusun rapi dalam beg supaya mengoptimasikan ruang. kemudian, aku akan menimbang beg tersebut supaya tidak melebihi berat yang ditetapkan. setibanya hari untuk berangkat, beg akan dibawa bersama ke lapangan terbang antarabangsa indira gandhi yang terletak di sempadan gurgaon-dwarka iaitu di mayur vihar.

setelah berjaya melakukan pendaftaran bagasi, perasaan lega disaduri kepenatan terus membuatkan diri aku tidak sabar untuk menjejakkan kaki di KLIA. setibanya di sana, terus membawa bagasi yang berat melalui green lane terus ke kaunter teksi untuk perjalanan ke hentian duta.

membeli tiket di hentian duta untuk ke kampung halaman amat menguji kesabaran, kerana bagasi yang berat tidak dapat digerakkan atas jalan berturap. aku mendapati urat dan otot lenga amat sakit dengan migrain di otak mula dirasai. mengangkat beg masuk ke dalam bahagian bawah bas, kemudian naik ke atas untuk terus lena.

5 jam perjalanan, aku tiba. terus menuju ke rumah dan membuka bagasi untuk melakukan tugas secepat mungkin kerana cuti 10 hari digunakan sebaik mungkin. pos bungkusan apa yang patut , kecuali sehelai sari yang yang dipesan khas oleh seorang teman yang sudah lama tidak berjumpa. menurutnya beliau kepingin menerima kain sutera sari itu secara 'by hand' lagipun 'gathering' akan berlangsung di one utama.

aku berangkat ke kuala lumpur sekali lagi dengan bas, bersama barang-barang lain. tiba di hentian duta, aku membawa diri ke KLsentral. kemudian barangan termasuk kain sari tadi di simpan di sebuah laci yang disewa. kemudian, aku pergi ke pejabat untuk menguruskan hal-hal berkaitan. selasai, jam menunjukkan yang aku telah lewat dan perlu segera menuju ke stesen LRT taman jaya dan pulang ke semenyeh, rumah kakak. bermalam di semenyeh dengan hati tak tenang memikirkan nasib si kain sari yang bermalam renggang denganku di KLsentral.

keesokan paginya, keluar rumah awal mengikut rombongan kakak menuju petaling jaya. aku turun dari kereta di taman jaya, menaiki tren menuju ke KLsentral kerana hari masih pagi. bersarapan. kemudian mengambil barang yang ditinggalkan di dalam laci. sesudah tengah hari, aku menerima panggilan dari natasha yang sudah bersiap sedia di kelana jaya. bertemu di sana dan bersama menuju one utama.

setibanya di one utama, diri norihan hamid empunya kain sutera sari bangalore itu tidak dapat menghadirkan diri. lantas sebelum pulang, kain diberikan kepada siti nurol nour yang tinggal di wangsa maju ketika. menurut sumber, siti nurol nour kemudiannya tidak dapat menemui norihan, kerana kesibukan beliau yang telah berpindah ke bangi. lantas, kain tersebut diberikan kepada nursolihah (penulis tidak pasti) untuk disampaikan kepada norihan yang sangat sibuk ketika itu.

beberapa hari kemudian, penulis telah kembali ke delhi, dan setelah itu mendapat tahu kain telah selamat tiba ditangan empunya, norihan. menurut norihan, dia gembira dan tidak tahu fesyen apakah yang akan diadaptasikan dengan fabrik tersebut. sehingga kini, cik norihan hamid belum pernah memaklumkan kesudahan nasib kain sari sutera bangalore tersebut. sehingga kini koordinat norihan hamid masih kabur menerusi google earth.

kesimpulan :
kilang-bangalore-delhi-klia-perak-klsentral-OU-bangi-(emon bawak ke mana?)-empunya...pelbagai jenis kenderaan yang dinaiki oleh cik sari ini. dipanggil cik sari kerana penulis menggambarkan cik sari seorang perempuan seperti mana diperakui mother nature is a female.


** hehehehe...macam kisah aku sebatang pensel
..

7 comments:

Cik Faridah Huda said...

betul la.....macam karangan biografi...aku sehelai kain saree!

SYED NAHAR said...

hahahaha...

sebab tu lah bila aku mendengar rintihan baju hang yang dijahit tak menepati citarasa, aku rasa amat sedih kerana bagaikan sungguh rugi. hehehehe... sebab tu aku menekankan hantar kat cina suh jahit sebab depa particular skit...

Anonymous said...

waa terharu baca cerita saree dibawa belayar..

dr 1piece aku dpt 5pieces(kain, kebaya, kurung kedah, kurung kedah budak kecik sepasang).

mmg berbaloi!ada lebihan aku nak buat uncang..hehe aku suka menjahit..

tp sebenarnya aku order 2 lai tau ss..

btw, thankyu!

.nan.

Anonymous said...

hehehe..order last minit mana nak leh menemukan fabrik yg berkenan di hati... tak caya tanya mekrieda yg order sebulan in advance tapi akhirnya kawan mek suka tukar2 kaler then aku rasa pening..hehehehe..

nahar

Cik Faridah Huda said...

Today Im wearing Indian Cotton..besnye...soft je...rugi ambek 2 pasang....

yang nie betul2 puas hati!sbb kain cotton aku suh bt baju kurung biasa je...list pun x letak...

baju ungu..tufung ungu..handbag ungu..kasut Vincci ungu..rase cam Ribena berjalan..hahaha

SYED NAHAR said...

ribena? kalau ada mawardi aku nak suh mawardi pakai kuning bleh jadik ribena lemon. hahaha


kenapa nama mawardi yg kusebut??

Anonymous said...

unlock iphone 4
how to unlock iphone 4

is this a virus attack. what should i do now?
unlock iphone 4 unlock iphone 4 how to unlock iphone 4
Laptop: Lenovo Y410 OS: win XP sp3 AntiVirus: Norton Internet Security 2009 Back in the Philippines, I was using my laptop normally. No problems. I could connect to the internet, download stuff with p2p, etc. About a week ago, we arrived in Las Vegas and have been living with my uncle's. I was enjoyed his really really fast internet (well, compared to my connection back in the Philippines, It was incredibly fast). I was able to download stuff of interest and also surf normally. The problem occurred after I visited a pornsite (and I've been visiting this pornsite back then so, I had confidence that It didn't pose a threat to my system) (and please, I don't give a **** about what you think about me If I visit porn sites) My laptop started hanging. I have to hold the power button just to turn it off. Usually, windows would show an error that "the laptop didn't turn off properly" blah blah... It didn't. After my next attempts of rebooting the laptop, about 5 minutes into operation, it would slow down, and after a few seconds, it would freeze and after trying to run task manager, it would sound off a loud beep that wouldn't end unless I turn off the laptop by holding the power button. This happens when I'm connected to the net. This also happens when I'm not connected but gives my laptop more normal run time, and eventually hangs. I tried running system restore, It said that "it couldn't help solve the problem". I tried running system restore while in safe mode and it was successful. I rebooted back into normal and the same problem occurred (hang, loud beep). I tried doing a system scan in safemode (since in normal mode, it would hang right away), and it found 1 threat (mebroot) and said (Norton) to have resolved it. Fortunately, I had a back up OS (win XPsp3 again installed on a separate partition). I ran it, and connected to the internet. I surfed to google, fry's, target, (since I was shopping for stuff). After about 20 minutes into browsing, the same thing happened to my laptop (without browsing porn). It hanged, and sounded a loud beep again. My laptop is a year old, and warranty doesn't cover it any more. I want to know if I'm having hardware problems or software problems. Thanks! Happy New Year! unlock iphone 4

how to unlock iphone 4 unlock iphone 4 [url=http://theunlockiphone4.com]how to unlock iphone 4 [/url] unlock iphone 4