Thursday, November 19, 2009

gelaran part 9

apa khabar anda sekalian? marilah kita sama-sama meneruskan subjek kita ini untuk mengkaji nama gelaran. diharap semua pembaca dalam menyediakan pen dan kertas bagi menyalin isi-isi penting seterusnya dinotakan secara peta minda. bagi yang baru saja mengikuti ruangan ini, bolehlah anda semak kembali slot Gelaran part 8.

41. siapa?
jika ditanya siapa? kita akan memberitahu namanya atau hanya katakan tidak tahu. namun, sekitar tahun 2000 hingga 2001, soalan terbabit dijawab dengan nama 'saparin' atau 'saparina'. Kisah 'sapa?' ini tercetus berikutan pergolakan cinta yang kian menerima populariti hangat antara salfarina dan mohd mawardi bin abdul majid. walaupun berakhir di tengah jalan, dominasi kisah ini terus dibawa ke pengadilan para pengkritik gosip terkemuka berikutan persoalan peralihan cinta berkulapok mawardi dari norhafiza kepada salfarina. nama salfarina seringkali dilelakikan kepada safarin, yang menyamai pemilik mohd safarin bin sabli. acapkali diwarwarkan persoalan 'siapa?' bakal mengundang jawapan yang bisa menyayat hati iaitu jawapan yang tiada pembayang atau pemaksud. persoalan 'siapa?' ditukar huruf konsonan dan vokalnya kepada 'saparin?' untuk lelaki atau 'saparina?' untuk perempuan. sememangnya ia mengundang komplikasi namun lebih mendesak anda supaya bersedia sebelum dicerca.

42. juntai
norhidayatullah mohd tajri telah melakar sejarah menyayat hati dengan kisah jatuh bangunnya dari bangku di tingkatan 1 kejora sekitar 1997, namun terus melakar persepsi kepada satu fenomena baru di sekitar tahun 1999 ketika sarat dengan tugasan menempuh PMR. norhidayatullah sering membina baris ayat di luar tabii, di mana beliau yang pada asalnya begitu ikhlas membina bait ayat tersebut, kemudian disalah ertikan oleh rakan seperjuangan berikutan kejanggalan cantuman kata yang dibuat beliau. kelas bahasa melayu di bawah didikan puan noraini ahmad sememangnya memerlukan anda bersiap sedia dari segi rohani dan jasmani, walhal diketahui sebahagian besar para pelajar perempuan mempunyai persepsi lain terhadap abang jasman syazri. norhidayatullah yang popular dengan nama june dikaitkan dengan watak penjahat utama dalam siri 'di mana joe jambul' iaitu june maskana. selain itu, june digosipkan berupa jelmaan artis tersohor juhara ayob yang sama bentuk dagunya. kisah juntai ini bermula apabila norhidayatullah diminta membaca baris ayat yang beliau karangkan kepada umum, di mana kejanggalan baris ayat tersebut didambakan beliau dengan perkataan juntai yang sememangnya aneh atau lucah. bagi mengabadi kisah yang berlaku di kelas 3 zuhrah itu, norhidayatullah dipanggil "juntai" atau "june".

43. nyet
nyet merupakan kata asal yang membayangkan pergerakan lenturan dari objek yang lincah bergerak ksana ke mari iaitu monyet. monyet dikelaskan kepada haiwan mamalia, berada dalam kumpulan yang sama dengan beruk, ungka, kera, babun, orang utan dan gorila. monyet amat meresahkan kita, kehadiran monyet akan menyebabkan tong sampah digeledah, makanan tersimpan dicuri serta serangan fizikal. monyet di taiping juga comel, bermata bulat. mohd yashar bin yusof telah menyertai kelab pertubuhan yang dikelolakan oleh mohd zulkepri yang disinonimkan dengan watak maskot orang utan serta pengikut ajaran lain iaitu umar fakhrin sebagai babun dan lain lagi. kecomelan dan bermata besar, dengan kelincahan mohd yashar meraih simpati rakan-rakan supaya menganugerahkan gelaran manja 'nyet' kepada beliau yang bertahan selama bertahun di hati sanubari.

44. g-lair
sewaktu di arena 1997, seorang senior di blok al-ghazali bernama mohd azlan berasal dari tanah cik siti wan kembang, kelantan. abang azlan dikenali dengan nama 'jelir' mengikut bahasa telor rakyat kelantan. setiap yang 'azlan' akan dipanggil 'jelir'. tidak mustahil lagi norazlan zainal abidin mewarisi nama tersebut sebagai rangkuman sistem monarki di seratas. justeru, norazlan gusar dengan telor negeri kelantan yang kian pupus di seratas, kerana dengan berakhirnya senior tingkatan 5-1997, maka dominasi bahasa utara menjadi bualan harian sedangkan norazlan berasal dari tanah kegemilangan ketuanan melayu perak iaitu manong, kuala kangsar. lantas noazlan menjalankan suatu urbanisasi ke atas nama itu kepada 'G-lair' yang lebih sesuai dengan genre musik terkini. setiap harta beliau termasuk buku nota, komik dan majalah 'abang harun driver teksi' dicatit nama 'G-lair' sebagai penanda empunya.

45. 45. stim
stim merupakan suatu perubahan yang berlaku pada suatu jirim (air) yang berada pada suhu melebihi takat didihnya, di mana air akan berubah menjadi stim atau wap apabila mencecah 100 darjah selsius. aplikasi stim diguna pakai untuk beberapa teknologi lama seperti enjin kuasa wap oleh kapal-kapal laut bersaiz kecil dan sederhana. bagi menyingkap istilah stim di bangku seratas terutamanya lelaki, ia membawa maksud kepada suatu takat emosi yang mana ia memisahkan percaturan kawalan minda dengan jiwa, selalunya berlaku ke atas mereka yang mengalami ereksi. pada ketika ini, mata mereka yang 'stim' akan membuat bukaan separuh dan ini mirip mata yang mengantuk. meskipun pelajar perempuan tidak tahu akan makna sebaliknya, namun nama 'stim' menjadi dorongan kepada peserta musabaqah tahunan norhasliza yangberasal dari sungai acheh, nibong tebal pulau pinang. norhasliza atau kak chik liza memiliki mata yang cantik, amat stim sekali. tidak gusar lagi jika beliau menjawat gelaran stim walaupun digusari tidak mengetahui asal makna perkataan itu sendiri.


semoga kita berjumpa lagi dalam Gelaran part 10 di masa akan datang.

5 comments:

MiSsZiLa said...

next part please....hehe..

SYED NAHAR said...

woh bagi la chance bernafas..hehehehe.. ate ni baru baca satu nak lagi satu.. tamak gila! hahahaha..

naeims_ab said...

xbest...nak yg lain...

Anonymous said...

Salam...

Aku ingin menceritakan sedikit perihal gelaran siapa? kerana gelaran ini telah kerap digunakan dan telah salah digunakan...
Di sini aku ada satu cerita yang berkait rapat dengan gelaran siapa? yang berlaku sewaktu zaman dulu kala.. Masa ni kita form 5..
Ceritanya bermula selepas solat maghrib pada hari Sabtu sekitar jam 8 ke 8.15 malam...
Kisah ini berlaku di tangga depan surau yang berdekatan dengan tempat ambil wuduk...
Aku ingin cerita dalam bentuk dialog supaya mudah untuk diceritakan. Kisah ini adalah disebabkan oleh gelaran siapa
dan ia berlaku antara aku dan dia yang aku gelarkan 'Yang Terkena'...
Kisahnya adalah seperti berikut:

Yang Terkena: Hang ada nampak Saparin dak?
Aku: Tak nampak la pulak. Pasai apa nak cari dia?
Yang Terkena: Aku nak jumpa dia la.. Nak ambik selipar aku balik..
Aku: Selipar hang ada kat dia ka?
Yang Terkena: Ha'ah... Ada kat dia..
Aku: Tapi pasai apa Saparin ambik selipar hang?
Yang Terkena: Tadi aku cari selipar aku... Tapi tak jumpa... Pastu aku tanya depa, sapa ambik? Pastu depa semua cakap Saparin ambik... Jadi sebab tu la aku nak cari Saparin...
Aku: Hang tanya depa 'Sapa ambik selipar aku?' ka...
Yang Terkena: Ha la... Aku tanya camtu...
Aku: Pastu depa semua cakap Saparin yang ambik ka..
Yang Terkena: Ha la...
Aku: Hang dah terkena la... Kalau hang tanya kat aku, aku pun akan cakap Saparin yang ambik... Macam depa jawab gak...
Yang Terkena: Jadi betui ka Saparin yang ambik?
Aku: Dak la... Depa main-main saja... Kesian kat hang... Hang try la cari selipar hang tu... Tapi memang bukan Saparin yang ambik...
Yang Terkena: Ok.. Tak pa la... Aku try cari...


Kesian kat membe kita yang dah terkena ni... Mati-mati dia ingat Saparin yang ambik... Kalau membe kita ni betul-betul cari Saparin, tak ke dah jadi satu hal lain plak...

SYED NAHAR said...

hahahaha...lawak la hang aninomes.