Tuesday, April 7, 2009

usop 'burn' yang ligat

"cak cilok hat-hat, cak cilok koci lompat, nestum nestat pak ali tukang cat, babi bulu pak itam jilat? weyyy...mahzam jadik! larikkkk!!!" sekumpulan anak-anak kecil darjah 5 kuning lari bertempiaran bermain "aci-kejar".

tawa riang anak-anak ini bisa membuatkan hati kecilku mendesik kata kasihan buat mahzam yang terpaksa dibuli kerana tubuh yang montel. usap bakar dan addi seraya berlari keegoan dengan yakin mengetahui akan mahzam tak berdaya mengejar mereka.

"weyyy....kali ni puas lari! mesti sampai loceng bunyi pun mahzam jadi lagik. hahahaaa..!!!" pekik usop bakar dengan gahnya. sambil berlari, dia mengekori belakang rohayati yang tika itu membawa buku latihan yang dipesan cikgu ani untuk dibawa ke kelas. rohayati memang ringan tulang, sesuai dengan tudung merah jambunya sebagai pengawas.

"pap!!" usop bakar terus belari laju dan sejurus rohayati menjerit, "aaaaaaawwww!!". namun rohayati berlalu pergi tersipu-sipu menahan malu setelah punggungnya ditampar usop bakar. terbakar hatinya untuk membalas dendam namun kudrat memikul himpunan buku yang meninggi membuatkan dia lekas-lekas ke kelas. "jaga hang usop! aku cerita kat mak hang!"terkeluar suara kecil rohayati.

di situ pula kelihatan rosne azlin, nurhaida dan hasmida bermain 'zero-fence'. setiap kali peserta memulakan lompatan getah, mereka berwajah serius, fokus dan kental. selepas berjaya membuat lompatan aras kepala, hasmida memasuki fasa tarian. serentak rosne azlin dan nurhaida bernyanyi sesama mereka, "blue black ikan tosei, si-li-ar-li-ar-wer, mother-mother i can see...one! two! three! four! five! six! seven!..."

"gedebuk!!" hasmida jatuh, kakinya diselit usop bakar! hasmida hanya mampu menangis kerana tariannya yang hanya tinggal 3 saat itu telah terbatal. usop bakar sungguh girang, berlari tanpa henti. sungguh bebas...... riang..... tanpa sempadan...! terus menguatkan hayunan kaki usop bakar melangkah jauh sambil mendepa tangan gaya kapal terbang.

"kringgggggg!!!!!" loceng berbunyi tanda masa berehat telah tamat. namun sedikit pun tidak mematahkan semangat usop bakar untuk terus berlari. "weyyy..chop! aku nak masuk kelas dah,"pekik mahzam. "hahahaaaa.... hahahahaa!!!" usop bakar terus menggelakkan mahzam yang tercungap-cungap di pintu pagar sekolah. langkah demi langkah, usop bakar mengorak makin laju. tiba-tiba...

"piyekkk!!" bagai dilintasi malaikat, semua para pelajar terpaku. melihat larian usop bakar yang berhenti secara tiba-tiba. seorang demi seorang berlari mendekati usop bakar. "aaaaarrrrgh hahaha...wuhuuu! hahahahaaaaa!!!!" semua yang melihat kejadian itu mentertawakan usop bakar kerana terpijak tahi lembu.

5 comments:

missone hazel said...

hahahaha...ingat zaman kanak2 dlu..

SYED NAHAR said...

mesti hang suka main getah!!

AISHAH ISA said...

hahahhaaa..usop..usop..nakal giler die..aku igt die penah tarik rambut aku ms drjh 3..die kate aku pkai rmbut palsu..sengal tol!

SYED NAHAR said...

nak layan usop tu mmg bleh wat kita hilang akal. tapi org nya kelakar sangat. cuma skang bila dah tua lain sudah, sekidit kurang releven cerita perwatakan dia n gosip tentang dia. haha..tapi ok la, thats life.

nurd said...

ala.. man aci, aku x masuk dlm cite nih. asyik2 usop je jadik pelakon utama. aku nih pembantu pun x dpt... hahahaha