Monday, April 20, 2009

dialog pagi : either shawls, stoles or scarfs?

di rajouri garden kedai sebegini ada di merata-rata.

tanpa flash kamera, kelihatan seakan berbayang dek jalinan benang gelap.

sinaran flash untuk memfokus corak pada stoll atau stole ini.

seriyes aku tak tahu benda alah ni nak dikategorikan sebagaimana apa. yang pasti, di sini shawl banyak dijual ketika musim sejuk, saiznya besar. kalau panjang sikit jadi selimut, selalu digunakan oleh para penarik beca yang kesejukan tatkala menunggu penumpang.

stole, ada yang mengejanya stoll, bersaiz sederhana. lelaki atau perempuan akan membaluti leher sebagai langkah keradangan sekitar leher semasa musim sejuk yang berkelembapan rendah, ditakuti batuk-batuk jika kerongkong kering. lelaki sering memilih corak ringkas, belang warna atau sekadar selembar fabrik tak berdekorasi manakala perempuan cocok dengan corak bungaan. scarf yang bersaiz kecil digunakan oleh perempuan di musim panas. menutupi sebahagian rambut atau ringkas segak jika didandan pada leher atau kolar baju.

ini adalah sekadar contoh, haha...yang dimaksudkan mungkin didatangkan dengan pelbagai warna lain. saje je wat entry pasal ni. haha.


saya mahu berehat sebentar dari menulis blog, tidaklah lama. kenapa? jumpa lagi di entry yang seterusnya. kepada teman bloggists, teruskan menulis. kepada yang baru menjenguk, sudikanlah selalu. sekarang tepat jam 2.20am, saya akan melabuhkan badan di atas katil, pejam mata, belayar menerusi bahtera mimpi sehingga dikejut jam loceng. jumpa lagi.

4 comments:

HasanahNordin said...

mesti kerinduan pasni..yelah..blogger terhangat bercuti...(saje buat ayat bg perasan skit..kihkihkih..)

Cik Faridah Huda said...

"saya mahu berehat sebentar dari menulis blog"

harap sekadar berehat tok menidorkan diri SAHAJA.....giler kempunan aku kalo dibuatnye dier berehat sebulan!!!bukan sebulan..seminggu pun bisa buat hatiku x keruan...(gilosss!!!ngah kipas syed barangkali)

the bongsu said...

mgkn beliau nak bertapa cari ilham dan jawapan kpd kekonpiusan itu

SYED NAHAR said...

senah : aku tau ko rindu aku lebih dari rindu nak baca blog aku. **menambahkan keperasanan yg sedia meninggi** haha.

mek : kipas tu blow sikit kat belakang telinga aku ni. jangan pakai blower vidal sassoon ko. panas!

norihan : ate..idok le konpius sangat. ate cuma forat laptop malam tadi tak abis lagik. haha.