Thursday, April 23, 2009

gelaran part 2

kita teruskan dengan subjek kita. diharap semua pembaca dalam menyediakan pen dan kertas bagi menyalin isi-isi penting seterusnya dinotakan secara peta minda. bagi yang baru saja mengikuti ruangan ini, bolehlah anda semak kembali slot gelarat part 1.

6. chin
qusairi bin ibrahim adalah anak kelarian karai, kuala kangsar. beliau merupakan antara pelajar paling unik berdarah kacukan melayu-cina. mata sepet, putih dan kecil molek tubuhnya menjadikan beliau laris di pasaran dunia angkat-mengangkat, yakni jambu. gelaran “chin” diberikan sebagai maksud cina, bukan dagu. menurut wan norziah, di kampong halaman qusairi lebih dikenali sebagai cik E. kini beliau sibuk menguruskan perniagaan burger di malam hari selain bertugas secara formal di pejabat pendidikan daerah, PPD grik.

7. borek
sewaktu di tingkatan 1, kita mempunya seorang senior di tingkatan 4, bernama azrul. beliau amat dikenali sebagai “borek”, namun bagaikan mengetahui nasibnya yang akan dibuang sekolah. beliau telah menemui azrul di bilik A11 dan seterusnya mengamanatkan nama gelaran “borek” kepadanya. tiada sebarang berita terkini mengenai aktiviti terkini beliau. menurut seorang trio ko'diang bernama mat gam, borek kini bekerja di alor setar.

8. bangla
sewaktu kelas pendidikan jasmani, pelajar di kelas kejora dan utarid akan bersama-sama beriadah. cikgu talib pernah membuat onar dengan mendenda pelajarnya yang gagal menuruti perintahnya. salah satu memori yang masih terpahat berlaku di laluan beratap dari kelas 2 kejora menuju gymnasium. khairul aswandy telah diarahkan mengangkat kayu blok tanpa berbaju, mungkin gusar akan kotor. cikgu talib mahu memberikan arahan seterusnya kepada khairul aswandy yang nampaknya kurang kepekaan pendengaran, lantas cikgu terbabit telah mengalami tekanan, lantas terlupa nama-nama anak muridnya. keterlanjuran cikgu talib dengan kuat hatinya memanggil khairul aswandy“woiii...bangla!!!”. selain itu, khairul aswandy juga dipanggil pak tam, dan nama pak tam juga pernah hampir mencetuskan gelaran "mak tam" kepada dua gadis di kelas 2 kejora yang pada masa itu hangat dipergosipkan dengan khairul aswandy. kini pak tam seorang jurutera mekanikal.

9. the legend
bertubuh tinggi dan memegang jawatan penting dalam organisasi perwakilan pelajar, azizah ghazali telah digazetkan sebagai khazanah seratas sebagai satu lagenda sebagaimana mahsuri mencipta lagenda tersendiri di langkawi. azizah ghazali lebih mudah digambarkan menerusi azizah the legend kerana pada masa yang sama turut memiliki sorang lagi rakan seperjuangan bernama nor azizah mansur. terdapat ura mengatakan azizah the legend kini bekerja di adabi rawang.

10. nate
bahasa ibunda batu kurau agak seakan bunyi bahasa negeri pantai timur yang bersempadan dengan tanah siam. namun, pertelingkahan mohd hakimi abdul rahman dan mohd hidhir pungot telah menarik lensa kamera. kisah hangat ini diperkatakan sehangat kisah cikgu aziz menumbuk seorang pelajar siswi angkara sifat yang manja. hakimi dengan lantang telah menghentak kaji, menepuk meja, walhal mengacah untuk terkam, namun hidhir membuat serangan balas. Ketidakpuashatian hakimi mengundang padah kepada dirinya sendiri apabila beliau menjerkah, “nate munggggg!!!!!”. lantas seluruh pelajar 1 kejora tergamam gara-gara bahasa itu agak aneh diperdengarkan oleh mereka yang rata-rata berbahasa utara. sejak itu, gelaran mat nate mekar abadi. kini mat nate bekerja sebagai penjawat awam sebagai penyelidik di salah sebuah pejabat kerajaan berhampiran kompleks putra, the mall.


salam pemirsa dan berjumpa lagi dalam gelaran part 3 di masa akan datang. sekian.

17 comments:

naeims_ab said...

aku pun tak berapa tau dengan sejarah gelaran2 nih... memang dahsyat la hang nih... mami jarummmm...

SYED NAHAR said...

mami jarum ka?? hahaha...besar kepala betul naim ni...eh silap kepala besar! hahaha..la ni awat kepala ceq nampak kecik?? hahaha..

weh naim...sesi terapi aku oleh hang takkan terhenti dek disconnected YM ko? buat tukun je lah modem berukband ko tuh. haha..

melaser kepada doktor peribadi anda bermakna anda sedikit mengalami masalah jiwa nan lara.

natasha said...

sapa mak tam..??haha..xbaik tauuu..

SYED NAHAR said...

clue. sorang tu budak karai sekampung ngan qusairi. wakakaka.

HasanahNordin said...

cikgu aziz penah tumbuk muka student?dahsyat...

Cik Faridah Huda said...

ko jangan terkezut senah...Cikgu Aziz memang emosi lebih.....melampau-lampau pun ye gak...Cikgu Aziz penah baling Buku Teks Matematik Form 1 ala2 lempar cakera kat 2 org budak pompuan kelas aku..tepat kena muka depa dua...Budak 1 Zuhrah taw la sape insan2 malang tuh..seriyes kesian..sure depa trauma 2/3 bulan...dah la baru masuk...

WADI said...

cikgu aziz? sapa tu? kehkehkeh...memori kamar warden sangat dengan cikgu aziz...kahkahkah

SYED NAHAR said...

aku tau mawardi menyimpan pelbagai kisah cikgu aziz. kelas 1 kejora awal2 sudah meletop kisah pasal cikgu aziz. bukan tumbuk muka la senah, tapi tumbuk perut. menjerit mcm kucing kena pijak ekor. memori kamar warden tu aku tak berapa sure sebab yg itu silalah mawardi kupas kembali kisah silam. selain kelas kejora dan zuhrah, 1 suria juga pernah meletop kisah cikgu aziz. jeng3! sume budak form baru akan tergezut mendengar crita ini. hahaha..malas cite sapa kena, tapi boleh diagak la. seriyes bukan setakat mangsa yang trauma namun pelajar lain juga, tapi pelajar lelaki di asrama lain pula ceritanya.

Cik Faridah Huda said...

sila ulas dan kupas...aku nak taw....!!!kisah 1 Suria n juga kisah kamar warden....

SYED NAHAR said...

mek : aku bagi tu tugasan kepada muhd mawardi utk kupasan di kisah warden. hahaha...kisah 1 kejora n 1 mmg aku tau fresh. kisah 1 suria aku tau cerita saja. hahaha...

naeims_ab said...

cikgu aziz baik la wei... sebaik cikgu sabihah... kekerasan yg dilakukan oleh cikgu aziz semuanya salah cikgu sabihah... kurang kasih sayang kot... hahaha.. boleh???

HasanahNordin said...

naim,jgn bg kurang kasih sayang kat cikgu muja..kang cikgu muja bertindak agresif kat sekolah..opss..bini ko cikgu kan??haha..aku men cakap je..haha..

SYED NAHAR said...

naim : aku mmg tak berapa suka la tindakan cikgu aziz menumbuk perut dia (budak kelas kita, hang 1k jugak), sebab dia pompuan. lagipun itu bukan teladan yg patut ditunjukkan. hahaha tapi bab2 hal tu....mmg diakui ramai perasan. kalau cikgu sabihah bad mood, cikgu aziz pun lebih kurang. hahaha.

senah : naim tu terlebih kasih sayang. sihat naim haaaa...hahaha.

[DnaZz] said...

Seriyes aku xtaw perihal cikgu aziz tumbuk prt bdk klas 1K. Yang aku taw, bdk pompuan klas aku (1S) ade yang kene hempap buku math yang tebai tu atas kepala. Kesian sungguh masa tu.Semua org terkedu. Setelah hampir 12 thn tggai form 1 sekrg baru reveal semua. Kl la dulu2 dah heboh pasai ni, mau dah lama cikgu aziz masuk ISA, kan?

SYED NAHAR said...

haha..tak tergamak tgk cikgu aziz masuk ISA. sian cikgu sabihah kang. tapi cikgu aziz ni mari hari baik, baik gila. dulu dia mengganas di asrama sebab kami sume dah azan maghrib tu baru nak mandi. aku dah terperangkap. dengar sorg demi sorg kena piappp!!! aku dengan selamba pi kat dia wat2 tanya apa ntah....(skill lama) terus dia jawab siap senyum gelak2 pastu aku berlalu pergi selamba gila. fuh lega. dengan cikgu rahim pun aku pernah selamat gak. buat2 sakit mulut akibat ulser. dah la pura2 sakit, sampai ke prep malam cikgu ahim usaha mai bagi aku ubat bonjela. hahaha....tapi skali kena ngan roli satu batch kena sumpah seranah! sadis kisah spm!!!!

SYED NAHAR said...

eh lupa...apakah cikgu aziz tu berbin kan isa? ISA?

Anonymous said...

azizah the legend= khazanah seratas..kikiki..apara...