ini adalah pacuan 4 roda kami, tata sumo milik manjeet yang disewa 24 jam sehari khas oleh pihak syarikat untuk tujuan pengangkutan kami. kenderaan pertama kami disewa daripada thakur, toyota qualis yang dipandu bajinder. kemudian kami pernah bertukar kepada chevrolet tavera yang dipandu saleem, kemudian kembali bersama bajinder. selepas itu, kami meneruskan penggunaan toyota qualis tapi dipandu secara berselang seli oleh kuldeep dan rakesh.
selepas itu, syarikat telah menamatkan perkhidmatan thakur, kemudian menggunakan tata sumo yang sememangnya baru dibeli oleh manjeet. seawal sebulan, manjeet enggan membuang plastik yang membaluti kerusi-kerusi namun setelah akur dengan keselesaan, dia menuruti kehendak kami. selain kami berenam, encik shahrul akmal dan encik nasir pernah turut menggunakan perkhidmatan tata sumo untuk ke tapak bina. kami pernah beramai-ramai menyanyikan lagu "kekasihku tertinggal di malaysia" dan lagu-lagu melayu lain tatkala kami mengalami saat-saat getir suka duka mengharungi hari-hari berlalu. seorang demi seorang meninggalkan delhi, kali terakhir aku dan faiz, kemudian aku sendirian sebelum ditamatkan perkhidmatannya pada 8 april 2009.
aku tidak akan melupakan setiap detik bersama, bermula dari rumah tamu melalui simpang restoran bikaner menuju udyog nagar, terus ke surajmal stadium berhampiran LG3, terus melepasi kesibukan nangloi, LG2, sepanjang menuju rajdhani park di bawah laluan bertingkat metro delhi, tiba di LG1, CIS 1, terus melepasi stesen mundka, CIS 2 dan membelok ke kanan melintasi rel kereta api dan melepasi kilang-kilang milik MTG, CEC-SOMA, IJM, ITD dan tiba di casting yard.
gelaran part 6 akan disambung pada minggu hadapan.
No comments:
Post a Comment