bila aku terpandang gambar taxi ni, aku mula tringat kawan-kawan yang dulu sama-sama berjuang di new delhi untuk projek delhi metro. apakan daya, semuanya mempunyai destinasi kerjaya berlainan tempat dan nasib, harus aku paling tak bernasib baik. sedih tau bila tengok gambar ni sebab aku pernah berangan dan bagitau hakim, suatu hari nanti kita naik teksi ni pergi jalan ramai-ramai pusing delhi bila kita dah abis projek nanti. tapi kini aku sorang je tinggal, jadi walau panas aku tetap buka tingkap luas-luas dan pandang ke luar yang berhabuk, tahan nafas membiarkan muka aku disentuh debu berterbangan.
aku mula fikir akan faiz yang akan kawen 2 mei, luqman di nigeria, faizal di JPS kuala selangor, hakim di JKR kuala lumpur dan shahrul di negeri sembilan. wish you all the best where ever you are, what ever you do and who ever stands by you. i miss every moment eternally! taxi delhi memang unik, dengan kereta ambassador lengkap power brake ni, sungguh romantik dan mengundan special attraction kepada sesiapa yang berjiwa seni seperti aku. kenapa aku sedih? tak paham. setiap gambar yang aku belek akan mengimbau kisah yang terjangkau dari objek yang tertera di atas gambar.
by da way, gambar ni diambil semasa naik tavera chevrolet yang dipandu saleem yang hanya sempat bekerja dua minggu sahaja, kita menuju ke india gate. semasa dalam perjalanan pulang, saleem telah terkeliru dengan arahan pihak kami, dan beliau kaget serta hilang tumpuan lantas diblok oleh kereta lain di hadapan, betul-betul di persimpangan hotel hyatt dan bangunan engineers india. saleem dipukul sehingga darah mengalir laju menitis dari bibirnya. saleem masih senyum menyatakan dia tidak apa-apa, sekadar perkara harian yang dilalui seorang pemandu awam. saleem pernah offer makan beriyani di rumah parents nya di uttam nagar. namun dia telah diberhentikan oleh tuannya, encik thakur lalu pergi tanpa sempat aku mengenalnya lebih. aku mula teringatkan saleem yang memang setia memandu, cuma dia kurang ilmu selok belok jalan raya di new delhi. semoga berjaya!
No comments:
Post a Comment